Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 August 2020

PULAU PERHENTIAN TERENGGANU 7-9 OGOS 2020

Lisa Amin




Jauhnya yang beratus-ratus kilometer dari bangi akhirnya berbaloi bila melihat keindahan pulau perhentian. Ketibaan di jeti yang dipenuhi pengunjung yang agak luar biasa ramainya menjadikan susana semakin meriah. Pekara pertama yang wajib adalah bersarapan versi terengganu sampaikan tak tahu la nak pilih yang mana. Nasi dagang, nasi kerabu,laksam, pulut, nasi lemak dan beraneka kuih muih.Cakap la apa sahaja semua tersedia dikebanyakan kedai yang ada di sekitar jeti.


LAKSAM

                                                       KUIH TOPI DAN NASI DAGANG

Perjalanan ke pulau dengan menaiki bot hanya mengambil masa 30-45 minit. Terdapat banyak resort, chalet dan hotel di sekitar pulau ini. Pilih sahaja yang berkenan dihati yang bersesuaian dengan bajet dan keingian. 



Aktiviti di pulau apa lagi semestinya menikmati keindahan pantai, menikmati maknan laut dan juga snorkeling. Bila dah terjun dalam air dah nampak ikan satu hari berendam pun tak sedar tau-tau je dah hitam berkilat walaupun dah pakai sunblock 100++.Bila mendarat di pantai pula sibuk la mencari port cantik untuk bergambar, jumpa pokok, batu pasir 

 



Keindahan laut terengganu sememangnya tidak dapat dinafikan antara banyak pulau yang terdapat disemenajung keindahan laut terengganu masih berada di tempat pertama. Terdapat kepelbagaian terumbu karang dan beraneka jenis ikan berbanding pulau-pulau lain dimalaysia. Pastinya melihat penyu di laut merupakan antara tarikan utama di sini. 



Bagi mereka yang meminati dunia hiking mereka juga boleh membuat pendakian santai ke kawasan kincir angin yang terdpat di sini. Laluan pendakiannya santai dan mudah boleh didaki oleh semua orang. Dari puncak bukit kincir angin kita boleh melihat keindahan pulau perhentian dari kawasan yang lebih tinggi. Cuma sayangnya ketika ini kawasan tangga dari jalan laut ditutup kerana keadaan nya yang sudah tidak selamat untuk dilalui. Sebelum ini pengunjung boleh memilih laluan laut dan darat untuk sampat ke kawasan kincir angin ini.




Sepanjang berada disini turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati maknan enak yang terdapat di sekitar kawasan chalet di sini. Menikmati minum petang ditemani angin laut menjadikan makanan bertambah lazat.


No comments: