Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 August 2020

PULAU PERHENTIAN TERENGGANU 7-9 OGOS 2020

Lisa Amin




Jauhnya yang beratus-ratus kilometer dari bangi akhirnya berbaloi bila melihat keindahan pulau perhentian. Ketibaan di jeti yang dipenuhi pengunjung yang agak luar biasa ramainya menjadikan susana semakin meriah. Pekara pertama yang wajib adalah bersarapan versi terengganu sampaikan tak tahu la nak pilih yang mana. Nasi dagang, nasi kerabu,laksam, pulut, nasi lemak dan beraneka kuih muih.Cakap la apa sahaja semua tersedia dikebanyakan kedai yang ada di sekitar jeti.


LAKSAM

                                                       KUIH TOPI DAN NASI DAGANG

Perjalanan ke pulau dengan menaiki bot hanya mengambil masa 30-45 minit. Terdapat banyak resort, chalet dan hotel di sekitar pulau ini. Pilih sahaja yang berkenan dihati yang bersesuaian dengan bajet dan keingian. 



Aktiviti di pulau apa lagi semestinya menikmati keindahan pantai, menikmati maknan laut dan juga snorkeling. Bila dah terjun dalam air dah nampak ikan satu hari berendam pun tak sedar tau-tau je dah hitam berkilat walaupun dah pakai sunblock 100++.Bila mendarat di pantai pula sibuk la mencari port cantik untuk bergambar, jumpa pokok, batu pasir 

 



Keindahan laut terengganu sememangnya tidak dapat dinafikan antara banyak pulau yang terdapat disemenajung keindahan laut terengganu masih berada di tempat pertama. Terdapat kepelbagaian terumbu karang dan beraneka jenis ikan berbanding pulau-pulau lain dimalaysia. Pastinya melihat penyu di laut merupakan antara tarikan utama di sini. 



Bagi mereka yang meminati dunia hiking mereka juga boleh membuat pendakian santai ke kawasan kincir angin yang terdpat di sini. Laluan pendakiannya santai dan mudah boleh didaki oleh semua orang. Dari puncak bukit kincir angin kita boleh melihat keindahan pulau perhentian dari kawasan yang lebih tinggi. Cuma sayangnya ketika ini kawasan tangga dari jalan laut ditutup kerana keadaan nya yang sudah tidak selamat untuk dilalui. Sebelum ini pengunjung boleh memilih laluan laut dan darat untuk sampat ke kawasan kincir angin ini.




Sepanjang berada disini turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati maknan enak yang terdapat di sekitar kawasan chalet di sini. Menikmati minum petang ditemani angin laut menjadikan makanan bertambah lazat.


06 May 2020

CENDOL SAGU GULA APONG SARAWAK

Lisa Amin



CENDOL PKP

PKP yang bersambung dari fasa ke fasa mengjadikan kita lebih banyak masa untuk mencuba sesuatu yang mungkin kita tak pernah terfikir pun nak buat selama ini. Tambahan menu yang nak dibuat tu sesuatu yang mudah didapati di mana-mana dan bila bila masa. Tapi bila dah kena kurung nie memang benda yang mudah dapat nie pun kita dah hilang punca nak cari.




Jadi ini la masanya untuk kita belajar buat cendol... alkisahnya cendol ni tak sengaja terbuat. Masa PKP ni banyak orang tunjuk skill memasak dan mereka sangat la kreatif untuk menghasilkan sesuatu menu tanpa peralatan yang lengkap. Asalkan boleh kata orang walaupun dalam menghasilkan cendol ada acuan yang khas tapi bila semua tukang masak berkarya maka terhasilah macam-macam cara. ada yang gunakan botol, plastik dan penapis untuk mengantikan acuan cendol.



Cendol nia dibuat menggunakan tepung untuk membuat lompat tikam. Menu asal nak buat lompat tikam resipi ori hanya guna beras yang direndam dan dibland dan sedikit kapur. Sambil kacau tu ada pulak yang tanya macam mana nak buat cendol. Barulah terfikir nak buat cendol tu bahan asasnya sama dengan lompat tikam cuma resipi moden hari ini ada tambah tepung ubi atau jagung.

Jadi kenapa tidak kita cuba buat cendol sebab bahan asas lompat tikam santan dan gula merah masih digunakan untuk membuat cendol. Baik mencuba dari kita mengalah sesuai la dengan bulan puasa ni. tambahan pulak ada orang bagi gula apong dari sarawak sebagai pemanis rasa.



02 April 2020

DALGONA PERINTAH KAWALAN BERKURUNG

Lisa Amin


RESIPI DALGONA

3 SUDU NESCAFE
4 SUDU GULA
4 SUDU AIR PANAS

PUKUL HINGGA KEMBANG DAN BERKRIM DAN NIKMATI BERSAMA SUSU SEGAR PANAS ATAU BERAIS


Resipi ini antara yang viral masa perintah berkurung sempena corona ni. Kita pun layan je la alang-alang tak da benda nak buat dan banyak pulak masa lapang. 





15 February 2020

TAHUN 2020

Lisa Amin
Kota Raya


Tahun 2020

Tahun yang sangat ditunggu oleh semua orang. Dulu tahun 80an dan 90an semua membanyangkan tahun 2020 nie macam dah terlalu morden macam kat angkasa semua dah boleh terbang. Rupa-rupanya masih jauh dari jangkauan masa nak sampai ke ketahap tu. Beruntungla mereka yang menikmati semua zaman ini.

Kadang-kadang memang banyak benda yang tak disangka dan yang pastinya semua bukan dalam jangkauan kita sebagai manusia. Kita mungkin boleh meramal tapi Allah jua yang menentukannya.

Tahun 2019 begitu banyak dugaanya tapi biarlah masa yang berlau akan terus berlalu. Tahun 2020 adalah fasa melaluinya suka atau tidak memang tak punya pilihan melainkan melaluinya. Bertabahlah dan jangan menyerah.Ada banyak sebab membuatkan air mata kita gugur tapi jangan lupa ada banyak sebab juga yang menyebabkan kita mengesat air mata. 

TEGUH BERDIRI DIHADAPAN ORANG SEKALI PUN ADA MASANYA REBAH MELALUI LIKU HIDUP.



26 August 2019

Lisa Amin

💛💙💙


Setelah sekian lama bercuti dari berblog akhirnya kembali ............rasa nak ucap selamat datang kepada diri sendiri 😂. Kemana menghilang selama ini......biarlah rahsia

Telah banyak masa berlalu pastinya banyak yang telah berubah orang nya masih sama tapi mungkin jiwanya telah berlainan.........masa akan terus berlalu dan bakinya semakin sedikit.....nikmati hidup ini dengan penuh kesabaran dan bermaanfaat kata orang biar jasa jadi kenangan.....


15 January 2017

Musim Makan Dedaun

Lisa Amin




Musim tekak rasa bernafsu dengan dedaun hijau. Layan kan saje. Kalau tak da nafsu tu sampai kecut simpan dalam peti sejuk. Tapi hidangan sampingan tu wajib. Kadang ada ikan, ayam, kambing, sotong atau aosej dan nugget. Makan pulak dengan cheese. Memang rasa boleh makan setambun.




08 January 2017

Jalan ke Lari

Lisa Amin




2017 tahun untuk menghabiskan masa untuk berlari. Menggunakan lebih banyak masa untuk aktiviti luar dan beriadah. Larian pertama untuk tahun ini berjarak 5 km. Ronda-ronda UKM boleh tahan juga lembapnya nak habiskan 5km nie. Tapi layan kan saja la.



29 November 2016

Perjalanan hampir 2000KM Malaysia-Hatyai-Krabi Thailand (Part 1)

Lisa Amin



Setelah hampir seminggu membuat perjalanan jarak jauh hampir 2000km dengan mengunakan jalan darat....wow banyak betul pemandangan yang dilihat dan pengalamam yang dikutip.  Bergerak tengah malam dan sampai ke sempadan bukit kayu hitam pada awal pagi. Selesai bersarapan memulakan perjalanan masuk ke thailand. Kat situ dah mula drama pertama...... cik nama cik telah disenarai hitam dari keluar negara kerana hutang ptptn. Walaupun dah semak dalam data berkali-kali sebelum pergi memang tiada halang. Macam taktik baru je nak kutip hutan iya la klu dah beli tiket pergi London mesti la akan usaha bayar kan tak banyak pun sikit. Iya la kita yang salah tak bayar hutang tak yah nak marah-marah.  Jadi kena la uruskan dulu hutang yang tertunggaak tu. Alhamdulilah pegawai di ptptn sanggat membantu untuk memudahkan urusan pembayaran...dalam 3  jam je selesai dan nama pun dah clear.

Lepas tu memulakan perjalanan masuk ke thailand. Sebab drive maka perlukan data internet sebagai penunjuk jalan beli sim kad dlm 300 bath untuk intertnet unlimited utk 7 hari. Ok la tu  kira murah n internet pun tak la slow sangat rasa berbaloi juga kalau beli. Masa masuk tu dah nampak dah aneka makan yang menarik....nyumm...nyummm aiskrim kelapa, pulut ayam dan pulut mangga. Semua pun sedap tu. Tapi sabar dulu sebab baru lepas makan kan. Jadi alang-alang guna jalan darat kita pun boleh menyimpang ke kiri atau kanan sikit. Sebelum ke krabi kita singgah dulu ke hat yai. Berpusing-pusing cari tempat makan tengahari... Kalau ikut perancangan awal nak pergi makan kat shah alam seafood...tapi pusing punya pusing tak jumpa pulak akhinya jumpa kedai makan kelantan saja. Jadi terus saja makan tengah hari kat kedai nie.

Makan tengah hari kat sini harga dia biasa-biasa saja tapi tom yum tu memang sedap yang teramat sangat. Makan cinta pertama tom yum di bumi gajah putih ini bermula. Sedap yang lain macam sampai rasa balik nanti nak belajar masak tom yum semula.  Walau pun selalu je masak tomyam tapi rasanya memang jauh lagi nak sampai lavel tomyum thai.

Lepas makan tengah hari  singgah sekejap kat Khlong Hae floting market yang dibuka setiap hari jumaat-ahad bermula jam 3 petang hingga malam.  Tapi sebab datang awal lagi maka banyak kedai yang belum buka ada beberapa kedai je yang dah ready dan yang lain baru nak susun barang. Disebabkan perjalanan masih jauh tak boleh buang masa kat sini dan perlu teruskan perjalanan ke krabi.  Perjalanan pun bersambung ke krabi selepas itu.



Masa awal perjalanan tu lalu di banyak kawasan perkampungan dan kelihatan ramai yang bertudung di kawasan pekan dan juga banyak masjid di kiri kanan jalan. Masa sampai di hotel kami di krabi hari pun dah malam. Niat awal tu nak cari hotel muslim kat area tepi pantai senang nak terjun dalam laut tapi semua dah penuh. Jadi kami pilih hotel muslim yang jauh sikit dari kawasan pantai sebab kami drive. Jadi tak da masalah sangat kalau tinggal jauh sikit dari kawasan pantai. Resot Phu Panwa dalam 10 minit ke kawasan pantai.


Resort Phu Panwa duduk jauh sikit dari pantai resort nie macam dlm kebun kelapa sawit asalnya sebab bsnyak pokok kelapa sawit dalam nie.... Kat depan pulak ada pokok getah memang rasa duduk dalam kampung. Harga pun tak mahal sangat dalam 150++ utk samalam  dan yang paling penting ia milik orang islam dan makanan memang halal. Tapi kami cuma makan sarapan sahaje. Sarapan yg disediakan memang simpel je tak da la meja buffet yang panjang berkilo-kilo meter. Tapi cukup la alas perut bayar pun murah kan.Kemudahan lain yang membuat kan rasa selesa kat sini ada wifi, kolam renang dan sewa motorsikal yang memang murah tak sampai rm 30 je sehari.


Lepas check in hotel mandi dan berehat maka kami pun mencari loasi untuk makan malam dan pakej untuk aktiviti pantai keesokan harinya. Kami pergi ke kawasan pantai kat sana bayak kaunter yang jual pakej untuk ke pulau nie. Tapi rupanya masalah lain bila drive kat sini ialah parking. Susah betul nak cari parking kereta pusing 10 kali pun tak jumpa lagi. Lepas tinjau beberapa kaunter kami pilih salah satunya yang berharga 1200 bath yg kononya dah dicount 50% dr hg 2800 bath naik speed boat. Disebab kan stay lama kat sini ambik pula pakej ke 2 untuk islan hopping  kat pulau-pulau lain dalam 300bath + 300 bath lagi untuk cukai taman marin total dm 600 bath juga dan pilik naik kapal kecik macam sampan kayu atau nama komersialnya longtail boat.Jadi ada dua hari aktiviti pantai. Cukup kot nak bagi kulit yang tak berapa nak cerah nie jadi malap terus.



Hummm panjang pulak nk tulis bagi habis ada 6 hari lagi. Nanti sambung lain kali.

09 January 2015

Resepi Kuih Gelang@ Keria

Lisa Amin



Saki baki keledek cameron bulan lepas banyak lagi. Dah tak lalu dah nk makan kekedek rebus jadi kena pikir cara lain nak masak, keledek ni pun dah tumbuh akar dah kat dapur nie.Tekak pun musin sejuk-sejuk nie asyik nak makan jerr rasa nak makan manis- manis pulak. Jadi kita buka dapur 2015 dengan kuih gelang@ keria.Terfikir pulak nak buat kuih keria sebab senang jerr nak buat kuih nie.....hehe senang ker sebenar saya nie jarang buat kuih-muih nie. Kira macam tak berapa pandai nak buat kuih-kuih ini.... Eh buat pengakuan jujur pulak kat sini.

Rasanya buat kuih nie tak susah mana cuma nak sira tu mcam susah sikit. Sebab kena masak gula dia dan jacau dengan kuih... Ingat pengalaman dulu sebab tak pandai nak buat gulanya terus tak jadi kuihnya. Gula tu kalau basah sangat tak jadi kalau pekat sangat nanti jadi terlebih manis pula.

Bahan-bahan

200 gm kekedek
60 gm tepung gandum
Secubit garam
4 sudu gula
3 sudu air

Cara-cara

1.Kupas dan rebus keledek hingga empuk bersama secubit garam

2.  Biarkan sejuk sedikit kemudian lecek ubi keleden dengan senduk atau cawan

3. Kemudian tambah tepung jangan terlalu keras sehingga tidak melekat kat tangan jerr

4. Buat bulat dan leperkan dengan tangan kemudian buat lubang kat tengah. Kalau tangan melekat dengan tepung tabur sedikit tepung kat tangan dan piring tempat kita letak kuih tu supaya kuih tak melekat.
5. Selepas itu boleh digoreng dalam minyak dan api yang sederhana besar

6. Panaskan gula bersama air sehingga cair dan bertali selain gula oasir boleh guna gula melaka. 


7. Selepa gula cair berbuih dan bertali masukan kuih yang telah digoreng kacau sehingga rata, kecilkan api dan kacau segingga gula keras dan tutup api. Terus kacau sehinga kuih tidak melekat satu sama lain.





01 January 2015

Tunai janji 2014

Lisa Amin



Ini kes tunai janji dengan mak. Kata nak cat lantai rumah sebab hari tu baru tukar lantai baru. Maklum la rumah lama lantai pun dah reput. Banyak serangan anai-anai dulu pakai tikar getah nak tutup lantai kayu tu. Jadi tak nampak apa yang berlaku kat kayu tu. Jadi lepas tukar baru nie ingat nak bogelkan jerrr lantai tu. Tapi kena cantik kan sikit la. So nak varnish kan lantai nacam ala-ala lantai chalet gitu...dah janji dengan mak nak tolong catkan.



Gigih kot nak siapkan sebijik rumah. Nak alih perabot lagi. So hujung tahun nie je la masa nak buat keja-keja can nie.huhu nak cat kat luar ok lagi nak cat dalam bilik aduh nak alihkan alari dan katil tu seksa la juga nk guna tulang 4 kerat pompuan nie.







27 December 2014

BBQ dan banjir 2014

Lisa Amin



Jemputan kepada seluruh ahli kekuarga rumah simpang tiga. Walaupun banjir projek makan2 terus on. Dah bawak macam-macan dari bangi dan setelah penat berjuang meredah banjir dapat la makan macam- macam. Sepatunya 9/10 ahli keluarga yang check in tapi sebab banjir jadi 7/10 yg check in.

Yang ni bawak dr bangi mana nak cari marshmallow kat jerantut .... Bersama bahan sos BBQ.








Hah tu semua menu pada hari bbq makan sampai pengsan.Time sejuk dan hujan pulak tu selamat 3 ekor ayam, 2 kg kambing, l kg sausage, sebiji kek dan kastad labu.