Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








13 April 2012

100 Tahun Titanic 15 April 1912

Lisa Amin

Misteri yang tidak pernah terungkai, tenggelam di dasar lautan Pasifik bersama dua pertiga penumpang kapal mati ketika kejadian tersebut. Kejadian pada pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).Ramai pakar dan pengkaji masih berusaha mencari jawapan bagaimana peristiwa ini berlaku.Adakah kerana kesilapan teknikal atau ada sebab-sebab lain. Belanggar dengan bongkah ais dikatakan mungkin bukan punca utama kapal ini tenggelam.

Sejak 25 tahun bangkai kapal Titanic ditemui, tiada seorang manusia pun pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal." malah tiada siapa memiliki sebarang petunjuk apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihata.Kini selepas 100 tahun, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Bersempena dengan ulang tahun ke-100 tragedi ini,  History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum dalam dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini. Jadi kepada peminat kisah sini mari kita saksikan penemuan terkini berkaitan dengan kejadian kapal karam ini.





Sumber: Kosmo 13 April 2012

No comments: