Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








20 September 2012

Resipi Trifle

Lisa Amin



Pertama sekali terima kasih kepada kakak kesayangan saya yang ajar baut desert nie....... cantik dan sedap. Malangnya saya kurang minat untuk makan sebab ada kek.....tapi ramai yang suka makan.......... jadi macam biasa saya akan buat untuk orang_orang yang saya kasihi dan sayangi.

Bukan susah nak buat tapi payah nak jadi dengan sempurna........tengok rupa pun dah menyelerakan bagi pencinta desert. Yang paling susah nak buat tang kastard dia, tak boleh terlalu lembik dan terlalu keras. Kalau lembik sangat tak boleh potong dan rasa mentah..... kalau keras sangat nanti dia berketul-ketul tak cantik untuk dihidangkan. Kalau lembik pula nanti kastard akan berkedut dan bocor masa di tuang dengan jeli atau buah akan terapung. hemmm susah juga nak buat..........

Bahan-bahan





1 box kek gulung perisa pandan jenama first choice atau fuji bakery
 Potong dan susun dalam bekas rapat-rapat dan sumbat semua lubang yang ada. jangan ada lubang di dalam bekas. Biasanya 1 buku tu dipotong kepada 14 bahagian.


Bahan-bahan kastard

1 tin susu cair
setengah tin air
3 sudu gula
3 sudu tepung

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kacau hingga sebati kemudian masakan atas dapur dengan api sederhana hingga pekat. Selepas itu tuang atas lapisan kek yang telah disusun.

2. Basuh buah campuran dalam tin kemudia toskan....... tabur atas lapisan kastad




3. Jeli jenama nona berperisa strawberry  dikacau bersama 400ml air panas dan ditambah pewarna merah ditungkan atas lapisan kastard tadi........

4. Hiaskan dengan buah peach dalam tin selepas sahaja jeli dituang ketika jeli masih cair.... buah perlu dibasuh dan di toskan dahulu

5.Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan

No comments: