Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








05 October 2012

HAMKA 22 sep 2012

Lisa Amin





“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” 
― Hamka


Lawatan ke Padang Sumatera Barat.........membawa saya ke kampung halaman HAMKA seorang, Ulamak, sasterawan yang terkenal.......... buku-bukunya banyak diterbitkan di malaysia dan ada bukunya menjadi sumber rujukan yang terpenting. HAMKA merupakan singkatan mana beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah.



Perjalanan rumahnya melalui jalan berliku di sepanjang perjalanan melaui kelok 44 atau selekoh 44....... memang berliku.........tapi pemandangan sungguh indah di pinggir  gunung dan melihat tasik Maninjau. Ia merupakan lawatan hari kedua kami di sana. Memang benar seperti kata-katanya

 Saya sangat terkesan  pada desa kelahiran saya. saya sudah sering Keliling dunia, tapi rasanya tidak ada pandangan yang seindah maninjau. Desa itu pun mempunyai arti penting bagi hidup saya. Begitu indahnya seakan-akan mengundang kita untuk melihat alam yang ada disebalik pemandangan itu....!

Saya juga terkesima melihat pemandagan sawah dan tasik maninjau yang jernih airnya............



Katibaan kami di rumah kelahiran HAMKA di sambut oleh anak sudaranya Pak Hanif Rasyid yang memberi kan penerangan ringkas tentang sejarah hidup HAMKA. Memang menari sekali ceritanya............. leka tanpa meyedari masa berlalu. Katanya rumah ini dijaga dengan menggunakan duit sumbangan orang ramai. Terdapat banyak kenangan barang dalam rumah ini termasuk juga Jubah Konvokesyen dari UKM yang dah berusia hampir 40 Tahun. Katanya memandangkan kami merupakan rombongan dari UKM makan dia meminta kami menyampaikan kepada pihak yang berkenaan minta diganti jubahnya... kerana ia sudah di makan anai-anai.

“Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras” 
― Hamka

“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.” 
― HamkaDi Bawah Lindungan Ka'bah


Kata Pak hanif HAMKA merupakan ornag yang berjiwa besar. Beliau menjadi terkenal kerana zaman kanak-kanaknya yang nakal......... namun akhirnya dia sedar selamanya dia tiadak hidup bergitu. Kerana Kegagalan perkahwinan ibu bapanya dia memberontak.......... menjadi keras hati. Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya.......... akhirnya dia menjadi ulamak.............. seperti cita-cita ayahnya kepada beliau.

No comments: