Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








10 February 2011

Tahun Baru Cina @ CNY 2011

Lisa Amin


Wah tahun ni seronok betul tahun baru cina.... seronok kenapa ntah la tapi saya suka panggil  ia rumah simpang 3. Pantang ada cuti kami semua akan berhimpun itulah kurniaan Allah kepada bonda saya yang pastinya akan gembira kerana anak-anak akan balik berhimpun tanpa senketa malah aman dan damai. Riuh rendah dapat di dengar dari jalan raya lagi. Melihat suasana rumah di simpang 3 setiap kali cuti saya yakin ramai ibu bapa lain berdoa semoga rumah mereka semeriah ini.




Keluarga besar saya yang berjumlah 10 orang ini pastinya akan memeriahkan rumah simpang 3 ini bersama anak dan isteri masing-masing. Biasanya agak mudah melengkapkan jumlah ahli keluarga simpang 3 ini kerana  5 berada di pahang dan 4 lagi berada di selangor dan  1 negeri sembilan. Apabila yang 5 ini dapat pulang yang 5 di pahang ini pasti akan pulang menambahkan kemeriahan rumah simpang 3 ini. Cuma kak long saya saja yang susah sikit nak balik sebab keja dan sudah beranak cucu. Tapi setiap kali raya beliau pasti akan pulang bersama anak dan cucu berhimpun di sini dan menjadikan rumah simpang 3 tertambah meriah dengan cucu kami yang seramai 4 orang.




Rumah simpang 3 ini akan dipenuhi dengan agenda makan-makan yang tiada berkesudahanya. Semua anak perempuan dan menantu akan memikirkan menu-menu untuk disajikan. TBC tahun ini kami menikmati lemang dan rendang ayam, sebagai menu terpenting, sarapan pagi dengan, nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, bihun goreng,mee sup, mee hailam, bubur jagung, kuih donut, jagung rebus, ikan pekasam, masak tempoyak ikan dan bermacam lagi. Itu agenda makan-makan tidak termasuk lagi kesibukan kaum lelaki bergotong royong membersihkan halaman rumah.  Dan kanak-kanak mengambil bahagian mecakar rumput yang baru dipotong. Ini akan menajadikan rumah simpang 3 ini kelihat kemas dari luar dan sentiasa berasap.











Ini merupakan pemandangan yang biasa disajikan oleh kami. tidak termasuk agenda membawa anak-anak mandi di sungai. Ini merupakan acara wajib yang diajurkan oleh abang saya. Memenuhkan kereta dengan anak-anak dan membawa mereka mandi. Jadi kalau pak cu nya tak balik sibuk la mereka bertanya siapa yang nak bawak mandi sungai. Bagi kaki pancing pulak mereka akan cari Pak ngah mereka yang akan membawa mereka memancing di kolam.



 

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

bestnya suasana kak...=)

Lisa Amin said...

tu la suasana umah simpang 3