Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








19 July 2012

Diet Dan Senaman

Lisa Amin

Tidak berguna kamu diet tanpa senaman
Tidak guna kamu senaman tanpa diet
Kerana ia telah dibuktikan bahawa ia perlu bergabung




Nak cerita pasal dapur kena cerita pasal berat badan dulu kerana ia berkait rapat. Kerana dapur ini menjadi punca kepada berat badan yang memang dah obesiti. Bukan mudah nak tengok asap kat dapur bujang ni.......... nama pun bujang kan mood nak masak-masak masa bujang ni jarang datang maklum la tuan badan sedang diet sekarang. Kalau masak semua yang enak-enak belaka dan kena makan banyak-banyak. Jadi rosak la diet yang baru nak bermula ni. Puas sudah berniat akhirnya 2-3 minggu ni nampaknya usaha untuk diet dan bersenam dah ada. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 45minit. Hasilnya boleh tahan turung 1 kg setiap minggu. Makan macam biasa aja cuma dikurangkan sahaja. Percaya atau tidak sejak cuba-cuba berdiet ni berat badan dah turun 10 kg. Masih terlalu jauh untuk dapat berat badan yang sesuai. Tapi tak pe la pelahan-pelah cuba. Semoga kali ini bukan cakap kosong ada la hasilnya. Tapi apa yang paling mengembirakan baju yang pernah di beli tapi tak dapat nak dipakai kerana memang macam sarung nangka dah berjaya disarungkan dan nampak lebih elok untuk dipakai. Yang paling penting bahagian lengangnya tu sudah okey sangat......Kalau dulu saya cakap nak selit kertas sekeping pun tak lepas.... sekarang boleh la letak 10 keping kertas kot.... hahahaha..... Oh baju putihku ..... sabar akan ku pakai kamu satu hari nanti.

Susah nak percaya saya boleh melakukanya seorang diri tak perlu ada kawan kerana yang sudah obesiti itu saya bukan mereka. Jadi saya harus lakukanya sendiri dari berjalan kaki... kemudian berjogging secara pelahan mengelilingi stadium 3- 4 kali..... kemudian tambah lagi 5-6 kali kemudia tambah lagi 7-8 kali sekarang setelah hampir sebulan kaki saya mampu melangkah lebih banyak lagi, untuk paling banyak setakat ini 13 kali pusingan hahahaha tapi yg 13 kali tu hanya sekali ya bila akan terjadi lagi tak tau la. Rasanya 10 kali pusing sudah ok kot. Sungguh megagumkan diri sendiri biar pun ada kata-kata sumbang " kak baik jalan kak" Tak pe adik akak akan terus jogging dengan gaya akak. Asal akak bahagia adik jangan risau.

Terima kasih juga kepada seorang sahabat yang banyak memberi semangat Kak Mustika Fitri. Jasa mu ku kenang sekarang dia mendorong saya untuk bersenam pagi dan petang. Setakat ni belum berjaya lagi. Saya akan terus berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan nya. Kak Mustika Firti ini bukan sebarang orang sekarang sedang buat PHD dalam bidang sukan. Seorang pensyarah di universiti di indonesia. Dia juga selalu di jemput bagi menjadi juri bagi acara antarabangsa di Indonesian dan juga luar negara. Cerita lain tak pasti lagi nanti saya akan berkenal-kenalan lagi dengan lebih rapat.Tapi beliau sangat merendah diri dan sangat memotivasikan saya. Kak Mustika Fitri ini buat senaman pagi dan petang sebanyak sepuluh round sebelah pagi dan 10 round sebelah petang. Huhuhu saya juga boleh buat 10 round tapi masa yang di ambil sekali ganda lebih lama. Hehehehe jadi saya akan mula lebih awal. Kira saya dapat jurulatih percuma yang bukan calang-calang orang dan semuanya percuma tak perlu di bayar. Dia juga ajar beberapa set senaman untuk membakar lemak dengan lebih pantas. Katanya berjogging aja tidak cukup.......... aduh  10 pusingan tidak membakar lemak dengan lebih baik .........hemmm. Tapi tak pe la ikut saja cakap jurulatih ya...... yang paling penting senaman lengan....tu yang buat baju putih tu muat di bahagian lengan kot.

Yang pastinya raya ni pakai kebaya ya........ hahahhahah kebaya hijau..

No comments: