Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








31 August 2012

Biskut Raya Peanut Butter 2012

Lisa Amin



Hemmmm kuih nie ada sejarah yang tersendiri dalam keluarga kami. Kuih nie boleh dikatakan kuih nostagia. Sebab dia merupakan kuih klasik........ generasi sekarang tak tau dah kuih nie...... Dulu kuih nie sentiasa di buat oleh mak long saya yang berada di Mentakab Pahang. So kalau raya balik kampung memang tak melepaskan peluang untuk makan.Siapa yang suka kuih berasaskan kacang rasanya kuih nie antara yang terbaik raya.............memang orang tak kan lupa rasanya yang lemak manis.Biasanya golongan yang dah berusia la suka makan macam mak dan kakak-kakak saya......... tapi golongan muda pun suka juga... sebab rasa dia yang memang lazat sekali.Jadi tahun ini secara kebetulan terimbas kembali nostagia kuih peanut butter ni secara tak sengaja......... ada orang mintak.......... mungkin kuihnya tak sama......... tapi kalau saya...... orang kata kuih peanut butter inilah kuihnya......... Jadi atas permintaan dan juga demi sebuah kenangan yang dah lama dilupakan....... apa salahnya di hidupkan kembali kenangan kuih nie.

Resipinya mestilah dari mak long saya yang dah diperturunkan kepada kakak saya, makan saya pun mencuba la...... macam biasa la resipi keluarga saya nie resipi lebih kurnag........... jadi pandai-pandai la nak sukat. Sebelum buat ni cari acuan dulu.......... nasib baik ada lagi acuannya.Bab resipi nie tak puas hati lagi nak kena pergi tanya mak long saya.... nak menuntut  semula. Biar rasanya asli dan kekal menjadi resipi keluarga kami.

 Resipinya senang je.......... tapi pelaksaan nak buatnya susah .... silap gaya hancur kuih tu........ Melekat dalam acuan tak boleh keluarkan. Nak buat ni ada acuan khas macam acuan bahulu cermai....... cuma ia lebih ringan dan nipis. Hiasan wajib krismis hitam........... memang kalau tak de krismis ni memang tak jadi la kuihnya......... kurang rupa dan kurang gaya.

Pengajaran pertama yang saya dapat buat kuih nie adalah kena tabur tepung dalam acuan sebab dia memang melekat dan tidak cantik kalau tak tabur tepung......... satu aduanan kuih berbulu-bulu dan tak cantik........ aduanan kedua yang acuan nya di tabur tepung baru la kuihnya licin.......

Masa beli peanut butter ni jgn lupa pilih yang halus ya.......... dulu kami penah terbeli yang kacanya ada yang kasar....... puas pulak nak bland bagi halus......... dah dapat satu kerja............kenangan betul masa tu..... kecoh satu rumah....... orang yang beli tu kena bebel la...... beli tak baca...... main ambik jer............. ambik ko kena bebel......

Bahan-bahan


  • 1 balang penut butter yang dibeli lady choice tak kisah balang kecil or besar
  • Setengah balang butter
  • 1 balang gula icing
  • 1 balang tepung jagung
  • 2 balang setengah tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu minyak sayur@ lemak sayur

#  Gunakan balang peanut butter untuk sukatan kuih ini

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula icing hingga kembang
  2. Masukan kuning telur, minyak sayur@lemak sayur, baking powder dan peanut butter 
  3. Masukan tepung jagung dan gandum yang telah di ayak
  4. Kacau adaunan sehingga sebati
  5. Potong krismis kepada 2 atau 3 bahagian
  6. Panaskan acuan selama 10 minit........... keluarkan
  7. Sapu dengan planta dan kemudian di tabur tepung......... mesti tabur tepung untuk dapatkan kuih yang cantik dan tidak melekat
  8. Letakan krismis di bahagian tengah-tengah  dasar acuan.........kemudian letakan doh kurang sikit dari penuh kerana kuih ini akan kembang...
  9. Setelah masak keluarkan kuih degan mengetuk acuan dengan hujung pisau atau player
Panaskan oven 160 c bakar kuih selama 30 minit sehingga kuih menjadi perang





No comments: