Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 July 2013

Resipi Bubur Cendol Masak

Lisa Amin


Bubur Cendol  Masak Versi Hulu Cheka


Bubur cendol masak??? apa bezanya dengan bubur cendol biasa.............Nie semua kerana Dafiya Batrisya.........adik............. banga maklang dapat buat bubur nie jauh dari kampung hulu cheka kita........tanpa ada orang tua-tua atau makx2 saudara adik yang lebih tua................Macam ajaib pun ada nie semua demi bubur cukur jambul si Dafia Batrisa yang umur 7 hari masa tu. Buat kat Cahaya SPK jerrr tak buat kenduri kat kampung pun nanti raya kita balik buat kenduri ya Dafiya..............

Sebenarnya tak tau lah tempat lain ada ke tak bubur nie..........tapi kat kampung Hulu cheka kalau kata kenduri cukur  jambul atau berendoi memang nie wajib..........kira kalau takda masa cukur jambul memang tak sah..........nak membuatnya boleh tahan susahnya.................kalau pakai dapur kayu macam kat kampung saya memang berpeluh dah mengalir air mata kena asap...............sebab cendolnya di tekan terus dalam kuah santan yang sendang mengelegak atas dapur..............bukan macam buat cendol biasa tepung dimasak kemudian ditekan dalam air sejuk.................

Antara menu masa cukur jambul dafiya hari tu macam biasa la mee goreng, pulut panggang, kuih kaswi, buah dan bubur cendol masak............... semua masak sendiri dengan bantuan maid kakak saya........part paling bangga masak bubur cendol anak tu la..........alkisahnya masa cakap nak buat cukur jambul dalam hati aduh kalau dapat buat bubur cendol masak macam kenduri kat kampung bestnya..........dah cakap kat kak ina.....nak buat boleh jer .............tapi pandai kerrr dan mana nak cari acun cendol yang berlubang tu kat sini.........ya tak ya juga susah nak cari acuan tu............kat kampung pun tak banyak rumah orang yang ada acuan tu..........................hemmm tak pa la...........tapi dalam hati tetap nak buat bubur yang manis tak kira la bubur apa...........pulut hitam kerr.........kacang hijau kerrr or jagung..........yang penting nak buat juga bubur ganti bubur cendol anak.............tapi saya nie kalau bab rezeki tentang benda makan nie insyaallah mememang saya murah rezeki..............syukur kepada allhamdullilah................kalau terlintas jerrr nak makan apa-apa insyaallah reszeki tu akan mudah jerrr sampai kat saya.....................nanti ada la terjumpa atau orang hantar.............kadang-kadang rasa terharu sangat..........macam baru nie teringin makan buah pear or lai...............tunggu pasar malam nak beli...........terbayang rasanya yang ber juice n manis tuh sejuk-sejuk pulak memang lazat sangat.............tiba-tiba masa pergi bilik kawan hari tu dia kasi buah pear........hemmm terima kasih ya allah............aikkk tukar tajuk pulak..........

Kisah bubur tadi...........masa hari nak cukur jambul tu..........tiba-tiba termasuk kat dalam bilik stor tak da cari apa pun ............tiba-tiba jer rasa nak masuk........sejak ada maid nie dah jarang masuk stor biasa nak apa-apa minta jerrr kat dia................masa masuk tu terpandang periuk kukus tu...................yang lubang-lubangnya halus dan memang boleh buat acun cendol.............rasa macam nak melompat-lompat kat dalam tu suka sangat..............apa lagi cari bahan la kat pantry makan puan haslina tu...........macam-macam ada termasuklah tepung dan kapur...........so oder santan jerr la dengan abang ipar yang kebetulan tak balik lagi dari shopping barang kat pasar untuk masak petang tu...........



Bahan-bahanya

1 paket @ 500gm  tepung beras
1  ketul besar kapur makan sebesar ibu jari
2 biji kelapa
Daun pandan
1/2 jug air @ santan cair
3 senduk gula pasir
1/2 senduk gula merah bertapis

Cara-Cara

  1. Boleh guna santan cair untuk bancuh atau air sahaja.........gaulkan sebati dengan tepung bersama kapur makan...........macam bancuhan kuih buah melaka....  lembik sedikit atau sehingga boleh ditekan dalam acuan dengan kalau tidak ada acuan cendol boleh guna periuk kukus yang berlubang kecil
  2. Masakan santan cair bersama gula dan gula merah sehingga mendidih bersama daun pandan
  3. Letakan tepung dalam acuan dan tekan terus kedalam santan yang sedang mendidih atas dapur sehingga habis..........sekali sekala angkat acuan dan kacau supaya tidak berketul
  4. Kacau sehingga mengelegak dan masukan santan pekat  kemudian tutup api.............
  5. Lebih sedap sejukan dalam peti ais

No comments: