Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 May 2014

Hari Ibu 11 Mei 2014

Lisa Amin












Ohhhh emak saya Puan Hajah Samsida Binti Haji Talib selamat hari emak. Saya sayang emak. Tahun ni macam biasa la akan buat sambutan tertunda. Selamat hari jadi mak 8 mei dua hari penting di bulan mei. Nanti bila kome (kata ganti diri orang pahang) balik kita sambut ya mak. Tunggu la menu-menu lazat dan kek dan aneka kuih muih. Ini lah ratu hati dan syurga dunia saya. Orang kata saya anak kesayangan mak tapi bagi saya segalanya adalah hubungan timbal balik sebagaimana kita memberi sebegitulah kasih sayang itu akan kembali kepada kita secara semula jadi.

Mak saya sungguh bertuah dimanjakan suami dan dikasihi anak-anak.Sepanjang hidupnya penuh dengan limpahan kasih sayang. Sepanjang hidup saya bersamanya sekali pun kalau boleh saya tak mau dia bersusah payah.Segalanya sudah tersedia, dari hal rumahtangga hinggalah urusanrumah tangga. Mak tak payah buat. Sekali sekala saya akan mandikan mak. Tololong sabun belakang katanya tangan tak sampai.....oh mak alangkah manjanya kamu. Potong kuku aktiviti yang paling saya suka, dalam kamu kata jangan saya tetap nak buat juga, takut-takut pun kamu tetap bagi tangan dan kaki kamu.Tapi mak selagi kamu hidup minta lah apa saja, selagi termampu saya akan tunikan impian kamu.

Bertapa hati anak tersentuh melihat kedut diwajahmu.....melihat urat-urat yang timbul di tanganmu menyedarkan saya bertapa nikmat yang Allah limpahkan untuk kami semua. Bertapa gigih emak membesarkan 10 orang anak.Dalam usia emak 71 tahun menyediakan makan untuk seleranya bukan mudah. Masakan kurang pedas, kurang masin dan semua perlu dimasak dengan lembut.....tak da lagi sayur rangup kesukaan saya. Tapi itu bukan masalah besar.Apa saja untuk mu emak......apa saja.Bertapa dalam usia saya begini saya rindu nak merasa air tangan mak tapi payah nak dapat sebab setiap kali saya balik keinginan sayak untuk memasak pelbagai menu kesukaan mak mengatasi keinginan saya untuk merasa air tangan mak. Tapi pastinya lemang air tangan mak yang paling sedap, pulut dengan taik minyak. Tu je la air tangan mak yang selalu dinikmati oleh kami sekeluarga.Tak mungkin juga saya lupa 2 resipi terbaik mak yang saya belajar ikan tongkol masak ompak dan ikan tongkol masak rebus asam belimbing.Menu kesukaan mak pasti saya tak lupa sate, nasi ayam, nee goreng basah, lemang puding jagung dan sup ayam atau tulang, masak lemak daging cincang dan KFC.KFC dan sate selalu menjadi buah tangan untuk mak tiap kali balik kampung.

Hobi kita bedua aktiviti menyapu daun dihalaman yang besar macam padang golf tu pun akan menjadi kenangan. Rupanya saya juga memiliki sifat suka akan kehijauan laman tanpa daun kering yang jatuh. Saya selalu cakap kat mak kenapa nak dijolok daun dari atas pokok ketika musim luruh. Tapi sebenarnya bila saya menyapu pun saya akan jolok juga daun tu. Ini juga belum dikira hobi main asap.Sama je perangai mak dengan anak.Hobi kita ronda-ronda naik motor pergi jalan-jalan pusing kampung petang-petang. Kadang-kadang kita ronda jauh sampai perlok, kampung tengah, gol,bau dan jelai. Seronoknya hirup udara segar kampung kami.

Dalam doa saya semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan hati, penawar untuk segala penyakit dan dipanjangkan usia.Saya juga berdoa agak seluruh adik beradik saya mengasihinmak saya sepenuh hati dan sentiasa dapat mengembirakan hati emak. Zaman sukar membesarkan anak-anak sudah lama belalu. Zaman sukar adik-beradik saya juga sudah berakhir kini semua berada dalam keseimbangan hidup yang baik.Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi, cucu dan cicit sedang membesar juga dalam keadaan baik. Semoga seluruh keturunan kami dijauhkan dari segala perbuatan yang tidak baik dan keruntuhan moral zaman sekarang.

Saya juga bersyukur dengan didikan dan asuhan mak menjadikan saya serba boleh dalam pelbagai bidang. Semua kerana emak saya boleh belajar mesin rumput, tukar mentol lampu, baiki mesin basuh, yang paling best sifat berdikari yang diajar membolehkan saya mengendalikan urusan rumah tangga dengan baik. Tahu peraturan contoh selepas subuh kena sediakan minum pagi bukan tergole-golek atas katil. Baju mesti dijemur sebelum matahari terbit. Bukan jam 12 tengah hari baru nak mesin baju. Makan tengah hari mesti siap dimasak sebelum jam 1230 tengah hari. Bukan 1230 baru nak keluarkan lauk pauk dari peti ais. Ini bermakna sekitar jam 11 dan kena mula memasak.kiranya kalau duduk kat rumah mak teh sidah simpang 3 sebelum zohor memang tak sempat nak rehat. Rumah dah la besar satu kerja pun tak boleh bak skip kalau tak siap la kena membebel dengan mak teh sidah.Cara menghormati dan meraikan tetamu pun sama sesiapa je datang mesti sediakan air dan kuih. Mesti ada air basuh tangan walaupun makan biskut jerr. Pinggan manggkuk mesti tidak berkadaan baik dan tidak sumbing.

Saya juga bersyukur semua anak menantu mak saya baik-baik dan sentiasa bersatu. Terutamanya di dapur tak da orang bermasam muka antara ipar duai boleh memasak dengan meriah. Mujur dapur besar ada 3@4 orang chef dalam dapur pun tak pe. Saya juga bersyukur melihat kesabaran adik beradik saya melayan kerenah mak saya yang sungguh cerewet. Terutamanya yang lelaki. Kalau nak pergi mana-mana memang lama nak tunggu mak bersiap. Kalau nak pergi shopping tu yang paling tak  sabar. Saya pun kadang- kadang puas bersabar. Tu belum bab dia nak pastikan Rumah selamat, pintu kunci, paip air, gas, plug, dan dia yang nak bersiap lama dan hobi nak pergi toilet sebelum berjalan. Kalau bak pilih barang macam nak beli belian dia punya pilih Ya Allah punya la lama. Mujur la bab cerewet membeli belah ni tak turun kat saya. Tak tau la siapa yang dapat.

Walauapapun itulah mak saya......dan itulah mak kami. Yang paling disayangi dan dikasihi. Ini antara kisah saya dan emak memori terindah sementara Allah masih pinjamkan kami umur beliau. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mewarisi sebahagian sifat dan sikap beliau kebanggan saya didikan dan asuhan nya terbaik saya pasti boleh menjadi yang terbaik kalau bab menguruskan rumah tangangga ketika orang lain terkial-kial saya sudah excellent berkat didikan emak. Terima kasih mak....  cinta hati saya dan yang paling penting Terima Kasih Allah.

No comments: