Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








21 September 2010

Memori 27/9/2005

Lisa Amin

Ini adalah sebahagian memori yang saya temui dalam kotak .......... ketika saya mengemas di hari raya 2010 ........ ia juga bukti saya pengumpul sampah bagi anggapan orang lain bagi saya ia berharga.......

Resit tol PLUS dari banggi ke Air Keroh Melaka.......   berharga RM13.90 sen pada jam 2117. Hehe ia memang memori, memori saya berzama Siti Zakiah..... lebih berusia dari saya dan menjadi teman saya berpoya-poya ketika degree saya di UKM. Seingat saya bersama Siti Zakiah saya banyak berpoyax2 dan kami memang giler masa itu......... ada saja idea mahu kesana sini............. dari peri melepak hinggalah berjalan-jalan, putrajaya, mid valley.......bukit bintang tanpa mengira jam dan waktu......... pantang ada masa dan ruang..........

Dalam memori saya pada hari ini sebaik sahaja habis kuliah yang saya tidak ingat kuliah apa kami diberitakan bahawa seorang rakan kami Sahrom Othman  ditimpa kemalangan.......... jadi kamu semua berpakat untuk pergi melawatnya di Hospital Putrajaya.Agak ramai juga rakan kami yang lain datang melawat. Beliau patah kaki dan cedera di beberapa tempat yang lain...........

Sebaik sahaja lepas melawat ketika dalam perjalanan pulang kami berbincang ayatnta seperti biasa? Baru pukul ........... awal lagi. Tak kan nak balik dah............ apa kata kalau kita........... hahah
itulah ayatnya........... dan kali ini kami bercadang mahu pergi berjalan-jalan ke Melaka. Melaka dengan UKM ni tak la jaugh sangat......... Maka pada hari tersebut bersiar-siarlah kami di bandaraya melaka di sekitar mezium dan dataran pahlawan......... yang peliknya memang tidak ramai orang.......... kamix2 sahaja... mungkin kerana hari itu hari bekerja.......... Maka berseronoklah kami semaunya di Melaka.............

No comments: