Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








15 March 2011

Raptor Watch@ Minggu Burung Pemangsa 12 Mac 2011

Lisa Amin






Sekali lagi kami melakukan apa yang kami suka tanpa halangan. Macam biasa la bersama team poya-poya kami yang serba boleh, dari pergi ke bandar hingga lah ke hutan rimba. Memulakan perjalanan seawal jam sembilan pagi ke Tanjung Tuan Port Dickson. Perjalanan yang ditempuhi berjalan lancar dengan jam yang suam-suam kuku. Menurut rumusan yang kami buat jam yang berlaku ini kerana menempuh beberapa bukit yang agak tinggi juga. Sebaik tiba di hutan lipur tanjung tuan. Dengan semangat dah bersungguh kami mendaki walaupun kelihatan banyak peserta yang mula turun. Kami juga bertemu dengan ramai pelajar sekolah yang melakukan aktiviti berkumpulan.






Setelah mendaki bukit dalalam tempoh yang agak lama kami sudah mula berasa penat dan bertanya sesama sendiri masih tinggikah bukit yang kami daki? Mujur lalauan pendakian kami sudah di tar. Jika jalan tanah merah atau denai habis lah kaki dan kasut kami yang ala-ala nak pergi shopping tu. Sambil mendaki kami sudah mula membuat gosip aiiikkk kita ni memang tak de kerja dan suka mencari pasal.  Penat semakin terasa ditambahan pula cuaca semakin panas. Kami bertanya kepada sekumpulan pelajar sekolah yang sedang turun. Adik jauh lagi ke nak sampai atas ni? Tak la jauh sangat kat dalam 7-8 minit jawab salah seorang dari mereka.......... ooooo kata kami tapi salah seorang dari kumpulan pelajar tersebut berkata tapi kalau akak jalan cam ni rasanya petang baru sampai kot............. Biar benar budak ni jauh lagi ker........





Kami meneruskan pendakian dengan membawa bekalan untuk kami mengisi perut yang sudah mula bekeronconng tapi perjalanan nampaknya semakin jauh. Ramai kumpulan yang mendaki sebelah pagi juga sudah turun. Kata seorang teman..... Kak cuba tengok mata dia orang pandang apa kat kita? Dia Pandang apa pulak ni....... kami bukan ratu dunia........ Dia orang pandang bakul bekal kita n air teh ni la............ Hahaha apa lagi  tunjuk la kat dia orang kita ada air teh yang sedap. Hahahaha jahat giler......Akhirnya sampai juga kami ke puncak tanjung tuan.............. fuh lega... matahari menancar terik. Kami membuat pendakian di anak tangga, sebelum sampai ke rumah api dan melihat sekeliling dan air laut. Cantik sungguh pemandangan dari sini ditambah lagi dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Menadang kan kawasan di sekeliling rumah api ni bertambah panas kami memutuskan untuk turun ke denai bawah dan mencari kawasan yang baik untuk membuka bekalan dan melepaskan penat.






Menikmati makan tengan hari berbekalkan roti dan sardin yang tidak berlimau ini hemmm boleh tahan. Sedap juga rasanya........... ditambah lagi dengan air teh dan buah apple. Kami menghabiskan masa hampir 3 jam berehat dan bergosip sambil di buai bayu laut, Nyamannnnnnnnnnnnnnnn dan tenanggggggggggg itulah yang boleh digambarkan....lama juga rupanya kami pot pet.......... pot pet. Tempat makan kami berhampiran laluan turun naik pendaki ............... tapi kami buat tak tau je........... tengok la kami  makan. Sebelum turun kami sempat membuat pusingan sekali lagi di sekeliling rumah api dan dan hujan turun menghilangkan panas yang membahang di atas bukit ini. Terdapat peniaga air kelapa di bahagian bawah rumah api ini dan pejual makanan ringan. Kami tidak tunggu lama dan meneruskan perjalanan turun ke bawah.





Sepanjang lalun turun ini kami berjumpa dengan ramai lagi penadaki lain yang sedang mengdaki. Malah ada yang membawa anak kecil yang berusia tidak lebih dari 6  bulan . Tabah betul ibu bapa zaman sekarang bayi sebesar itu dibawa mendaki bukit?  sebaik sahaja turun kami pergi ke kawasan karnival yang dianjurkan khas untuk aktiviti ini di perkarangan PNB Ilham Resort. Terdapat gerai jualan tropong dan dan lain-lain gerai di tapak karnival ini termasuklah gerai kosmetik The body shop.............apa motifnya? Saya pun tak tau.............

Ketika menunaikan solat di di surau resort ini kami terdengar ada jemaah lelaki berkata " Maya tadi tu islam ke apa? Hah biar betul ada yang meninggal ker? Dan ia tidak lah menjadi tanda tanya sangat kerana kami tidka melihat kejadian tersebut. Tapi sememangnya semasa kami tiba tadi ada kereta polis dan ambulans di kawasan parking yang kami fikirkan pekara biasa ada polis berkawal dan ambulans menjaga keselamatan para peserta maklumlah acara ini disertai oleh ramai pihak dan merupakan acara peringkat antarabangsa. Kami tinggalakan persoalan siapa yang meninggal tadi dan meneruskan aktiviti dengan naik ke menara tinjau resort ini untuk melihat pemandangan sekeliling.Memang cantik penmandagan di sekeliling tanjung tuan ini. Setelah puas berposing di puncak menara kami berangkat pulang. Dalam perbincangan asal kami mungkin akan tidur di Port dickson tapi membatalkan hasrat kerana terlalu ramai orang.Maklum sahajalah cuti sekolah baru bermula.



Kami menikmati makan malam di gerai berhampiran Teluk Kemang boleh tahan rasanya dan harganya. Berbaloi la juga menikmati seafood dengan harga RM 45++ Sepanjang perjalan balik kami semua terdiam kepenatan........... kaki pun sudah mula lengguh. Kami terlena seketika di R&R nilai sebelum menunaikan solat isyak dan magrib............ penat.........Tapi lain kali kami nak pergi lagi.............. hahahhaha

No comments: