Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








14 April 2011

Maafkan Agar Di Maafkan

Lisa Amin





Saya menyedari memberi kemaaf lebih sukar meminta maaf. Memintaa maaf akan membuatkan beban fikiran terlepas jauh dari hati. Tapi Memaafkan............ sukar digambarkan, kerana kita sentiasa rasa kita telah pun terluka di saat pekara ini terjadi. Saya ada terbaca dalam sebuah buku....

"Orang yang tidak di maafkan akan sentiasa "diikat" oleh orang yang tidak dimaafkan. Maafkan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas dari terus mengingatkan kesedihan,kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu" 

Maaf satu perkataan yang mudah untuk kita mengucapkanya........... tapi memaafkan sejauh mana ia mampu di terima. Hari raya biasanya kita bermaafan untuk sebab yang kita tidak pasti, kenapa kita meminta maaf dan perlu dimaafkan.  Bukankah maaf terbaik dengan memberitahu kesalahan yang telah kita lakukan. Pernahkan kita lakukanya? Tujuaan memohon maaf untuk rasa tidak terbeban itu bagi saya tidak mudah dilakukan dan ia masih tidak suci jika kita tidak memberitahu pekara yang sebenar.


Saya bukan jenis pendendam, saya jenis orang yang biasa-biasa yang mudah menerima keburukan orang lain. Kerana saya ingatakan dalam diri saya bahawa kita semua manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Apabila menerima keburukan orang lain bereti, jarang ada manusia yang saya rasakan mereka telah berdosa dengan saya. Tapi kadang kala saya terfikir sejauh mana ia benar...... kerana jauh di sudut hati saya ada insan yang saya fikir, saya sudah lepaskan mereka dari dosa mereka dengan saya. Tapi ada diantara mereka saya selalu kata lupakan saja ....... lupakan saja adakah ia satu bentuk kemaafan atau satu ungkapan pergantungan........ saya keliru....... adakan saya ikhlas melepaskan dosa mereka  atau???? LUPAKAN............. LUPAKAN.......... LUPAKAN................ bagi saya melupakan bukan satu pengampunan. Jadi haruskan saya berdendam....... atau mengampunkan ..... adakah ia satu dosa........ kerana mungkin mereka ini tidak pernah sedar pun mereka mengecilkan hati saya dan perlu memohon keampunan dari saya. Jadi saya mahu lupakan dan harap dapat memaafkan mereka sebelum saya menutup mata.

Tapi setakat ini cuma ada seorang sahaja yang saya katakan lupakan...... yang lain saya yakin memang tidak ada dosa dengan saya. Beliau pernah membuatkan hati saya kecil............saya jarang berkecil hati kerana jarang ada orang yang berjaya masuk ke dalam hati saya. Kebanyakan mereka adalah orang biasa...... yang tidak masuk dalam senarai saya. Sebab itu saya benci menyanyangi seseorang kerana kasih sayang sungguh mahal. Saya tidak suka ada orang yang boleh mengganggu gugat hidup dan emosi saya........ yang dibenarkan hanya haya keluarga saya dan insan terpilih. "INSAN TERPILI" yang bukan pilihan hati saya tapi ia takdir ilahi..... insan terpilih ini tidak dapat membuatkan saya benci pada mereka yang ada cuma kasih sayang. Beliau yang membuatakan saya kecil hati ini bukan insan terpilih........ saya tidak dapat memberikan label kepada beliau........ dan saya yakin dia bukan insan terpilih saya.

Mungkin beliau hampir menjadi insan terpilih........ kerana satu ketika dulu beliau pernah dekat di hati saya.... setelah hampir 2 tahun berlalu tiba-tiba saya mendapat msg dari beliau. Itupun setelah beberapa kali beliau menghubungi saya tapi tidak saya jawab. Kadang-kala memang saya sibuk dan tidak sempat menjawab. Kadang kala saya memang pilih untuk tidak menjawab...... Kenapa kerana saya tidak bersedia..... akhinya saya membalas MSG beliau dengan  hati yang berbelah bagi. Setelah bertanya khabar beliau mula bertanya kan soalan yang lebih berat........ dan saya memang tidak minat untuk menjawab. Kerana satu ketika dahulu beliau telah pun memilih untuk melupakan saya dan saya bukan pilihanya untuk berkongsi suka dan duka dalam hidupnya? Jadi kenapa dia mahu bertanyakan susah senang saya sekarang??????

Bukan ini tanda ia satu dendan dan ada dosa yang tidak saya ampunkan? Bertarikh 26 Feb 2011 akhirnya kesudahan MSG kami, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya sebab menjadi kawannya walaupun dia serba kekurangan dan katannya saya terima beliau sebagai kawan. Katanya juga saya adalah kawan terbaiknya walaupun jauh dia doakan saya semoga berjaya dalam hidup. Dia juga ada memohon maaf dari saya. Saya balas SMS tersebut dengan "saya juga mohon maaf semoga dosa kita akan terhapus andai salah seorang dari kita telah tiada di dunia ini". Bukan ia jawapan berbaur dendam dan tidak ikhlas? Ketika msg ini dihantar saya sedang meronda-ronda PKNS Shah Alam. Hati saya berbelah bahagi dan penuh dengan rasa bosan......................

Berdendamkah Aku......... sifat yang saya jarang miliki tapi untuk beliau perasaan ini wujud? Kenapa adakah kerana dia hampir menjadi insan terpilih???? Adakah kerana sayang? Benar suatu masa dulu saya sayang beliau.................. Tapi kini hati saya telah merajuk.......... saya tak marah pun....... dan rajuk ini sukar untuk saya pujuk....................... LISA AMIN DALAM DILEMA...............

No comments: