Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 September 2011

The Secret Life Of Nora

Lisa Amin






Sekali lagi akan berkunjung ke Istana Budaya demi sebuah karya pementasan di lantai teater. Sebuah karya yang ditunggu untuk melihat kembali kegemilangan Tiara JaqQuelina sebagai pelakon dan penerbit eksekutif.

Jika Tiara sendiri meneraju watak utama, kemampuanya sebagai pelakon di lantai teater dijangkankan akan memberikan persembahan yang luar biasa.Mungkinkah  (TSLON) setanding PGL atau jauh lebih hebat bersamalah kita tunggu pementasanya yang akan berlangsung pada 29 September hingga 16 Oktober ini.

Jadi kepada yang belum lagi menempah tiket bolehlah berbuat demikian dengan datang sendiri ke kaunter tiket Istana Budaya atau layari laman web http://www.airasiaredtix.com/ atau menghubungi Istana Budaya Box Office 03-8755 4666.Tak sabar rasanya nak tunggu 11 Oktober ni untuk menyaksikan kegemilangan TSLON pulak


 

13 September 2011

Jari Jemari Kaku


Lisa Amin



Jari jemari kaku bakal beraksi, sebenarnya nak cuba sangat bakat yang lama terpendam. Rasa-rasanya boleh tapi .........tak pasti ya ke tidak. Jadi sebagai bukti untuk pengesahan bakat terpendam ini. Ku cuba gubah 4 jambak bunga untuk percubaan pertama. Jadi lepas ni tak perlu pikir berjuta kali kemampuan diri dalam mengubah bunga jadi ke tidak. Rupanya jari-jemari ini masih memiliki bakat seni. Sekali pun bukan pengubah bunga, tapi tak la teruk sangat rupa gubahan bunga yang di cuba-cuba ni.  



Rupanya dalam sibuk-sibuk mengubah bunga di bulan puasa terlupa nak snap bunga yang dah siap gubah. yang sempat cuma gubahan dasar sahaja. Gubahan pertama bermula ketika waktu berbuka puasa nak tiba tak sempat nak snap yang dah siap. Cuma sempat ambik gambar gubahan dasar je. Sambungan gubahan pula ketika lewat malam menjelma. Dan menyedari tak cukup la pula bunganya. Jadi tertangguh hingga ke hari raya. Di siapkan dengan disaksikan oleh mata-mata tak percaya bahawa itu gubahan sendiri bukan beli dari kedai. Katanya macam beli je............ so ini boleh la di jadikan penyataan bahawa gubahan ni setanding yang dijual di kedai dengan bermodalkan RM 100 dapat jimat RM 350 berbaloi-baloi.



Terima kasih untuk emak juga kerana bersusah payah basuh dan berus pasu bunga yang dah lama bersawang tu.So lepas ni tak perlu beli bunga yang siap digubah lagi. Jimat duit emak.heheheh

01 September 2011

Ikhlas

Lisa Amin

Al kulliyah.......... baru saya tahu rupanya ikhlas itu rahsia allah........... rahsia allah yang hanya dia yang tahu. Kita sendiri sebagai pemberi pun tidak tahu rahsia allah ini.................jadi katanya ustaz itu jgn tunggu ikhlas baru kita nak memberi. Kerana kita juga tidak tahu bila kita ikhlas. Jadi sentiasalah memeberi kerana ia anugerah allah.............Ikhlaskan hati

Merdeka Raya 2011

Lisa Amin

Merdeka Sudah........... Raya Pun Sudah

Merdeka raya katanya tahun ni............... kemeriahan berganda.......... dunia akhir zaman ni agaknya memang segalanya diberi berganda. Lagi apa mau pikir..............Tahun 2011 tahun merdeka raya. cuti panjang berjela seminggu........... raya la selagi boleh. Tahun ni mpaling la sempoi........... rumah ku aja beraya. Tuan punya rumah tak raya. sehelai baju pun tak de. Ini peristiwa penting ni.... jgn tahun depan aku dah tak sempat raya lagi sudah... duduk tujuh kaki dalam tanah.

Tahun ni tahun yang saya buat.... baik-baik tak ponteng sangat terawih......... lagi seminggu nak raya pun pergi lagi... lepas balik baru sambung buat kuih raya. Baik sunggu saya..... siap cuti sebulan dok kat umah. ingat sempat buat semua kerja... kemas rumah la...tapi rupanya bukan senag nak uruskan rumah simpang tiga ni. Kalau buat pemalas macam saya kena bagi 3 bulan baru siap kemas ikut pencapaian ISO. Kalu tak ada je tempat yang tak kena dipandang mata.

Minggu ni balik bangi nampaknya sibuk juga kena berkemas. kena pindah umah bawah katanya.... adoiii ni yang leceh nak buat reka bentuk baru..............dah sebulan tinggal bangi jangan jadi umah berhantu sudah. Pendaftaran pelajar baru akan bermula.... adik-adik selamt datang.

Cerita-makan-makan nanti kemudian cerita... memang tak menang tangan bab makan-makan ni........................duit raya??? walaupun dah tua bangka nampaknya rezeki masih ad. Makmurlah rezeki si pemberi.... Kuih raya jgn cakap........... wajib ada tak kurang dari 5......