Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Berasap Lagi Dapur Bujang. Show all posts
Showing posts with label Berasap Lagi Dapur Bujang. Show all posts

09 January 2015

Resepi Kuih Gelang@ Keria

Lisa Amin



Saki baki keledek cameron bulan lepas banyak lagi. Dah tak lalu dah nk makan kekedek rebus jadi kena pikir cara lain nak masak, keledek ni pun dah tumbuh akar dah kat dapur nie.Tekak pun musin sejuk-sejuk nie asyik nak makan jerr rasa nak makan manis- manis pulak. Jadi kita buka dapur 2015 dengan kuih gelang@ keria.Terfikir pulak nak buat kuih keria sebab senang jerr nak buat kuih nie.....hehe senang ker sebenar saya nie jarang buat kuih-muih nie. Kira macam tak berapa pandai nak buat kuih-kuih ini.... Eh buat pengakuan jujur pulak kat sini.

Rasanya buat kuih nie tak susah mana cuma nak sira tu mcam susah sikit. Sebab kena masak gula dia dan jacau dengan kuih... Ingat pengalaman dulu sebab tak pandai nak buat gulanya terus tak jadi kuihnya. Gula tu kalau basah sangat tak jadi kalau pekat sangat nanti jadi terlebih manis pula.

Bahan-bahan

200 gm kekedek
60 gm tepung gandum
Secubit garam
4 sudu gula
3 sudu air

Cara-cara

1.Kupas dan rebus keledek hingga empuk bersama secubit garam

2.  Biarkan sejuk sedikit kemudian lecek ubi keleden dengan senduk atau cawan

3. Kemudian tambah tepung jangan terlalu keras sehingga tidak melekat kat tangan jerr

4. Buat bulat dan leperkan dengan tangan kemudian buat lubang kat tengah. Kalau tangan melekat dengan tepung tabur sedikit tepung kat tangan dan piring tempat kita letak kuih tu supaya kuih tak melekat.
5. Selepas itu boleh digoreng dalam minyak dan api yang sederhana besar

6. Panaskan gula bersama air sehingga cair dan bertali selain gula oasir boleh guna gula melaka. 


7. Selepa gula cair berbuih dan bertali masukan kuih yang telah digoreng kacau sehingga rata, kecilkan api dan kacau segingga gula keras dan tutup api. Terus kacau sehinga kuih tidak melekat satu sama lain.





12 December 2014

Resipi Kebab Buncit Roti Pita

Lisa Amin





Hemmm ni dah lama teringin nak buat. Kebetulan daging cincang ada sikit. Salad pun ada sikit. Sikit campur sikit jadi banyak la kan.Beli roti pita nya dah lama tengok roti mission tergantung elok jerr kat econsave tu rasa nak cuba pula. Sebab asyik beli kat pasar malam jerr dah la mahal sampai rm 4.50. Jadi bahan-bahanya mudah kita acu,cuba try test buat.Saiz hidangan ni boleh buat 4 orang makan kalau nak mewah kalau tak 6 orang makan. Sebab nk jimat inti daging tu. Kalau 4 orang makan memang kebab nya buncit sampai nak koyak la kita isi bagi buncit.


Bahan-bahan

 Roti beli yang dah siap jerr
200g Daging kisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk lada hitam kisar
1 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1\2 biji timun
1 biji tomato
Daun salad
Mayonis





Cara-cara

1.Cincang bawang putih dan bawang besar. Kemudian tumis hingga naik bau.
2.Masukan jintan manis, jintan putih dan sebuk lada hitam.
3.Masukan daging gaul sebati tumis hingga daging masak dan air dari daging kering.
4. Masukan sos tiram,sos cili dan sos lada hitam bersama garam.
5.Kacau hingga sebati masukan timun dan tomato yang dipotong dadu. Tutup api

Roti pita potong 2 kemudian belah tengah dan bakar.
Sapu mayonis dalam roti
Kemudian masukan inti dan hiaskan bersama daun salad. Boleh tambah mayonis, sos cili dan sos lada hitam kat luar kalau nak sos banjir hehehe sebab tu la kena buat sendiri kan untuk dapatkan kebab buncit dengan inti  dan sos yang banjir. Kalau beli susah nak minta pelik-pelik.

Tapi roti pita mission ni tak sama can pasar mlm nipis sangat. Nak belah 2 pun susah. Kali pertama buat can pasar malam la. Belah dua la bagai. Next tu ada inti lebih lagi jadi lemping pulak. Hahaha tak payah belah bagai gini pun boleh la. Apa ada kisah masak sendiri makan sendiri kan.

Sebab susah sangat nk potong 2 dan sumbat inti kita buat gini je la.







26 November 2014

Ubi Kayu Rebus

Lisa Amin



Musim hujan rintik-rintik laut pun bergelora. Perut pun sumbang lagu juga asyik lapar jerr. Time hujan ni kena ada banyak stok makan. Salah satunya ubi kayu atau keledek rebus. Memang terbaik. Ubi kayu tu makan pulak dengan sambal hitam belimbing rebus. Memang terbaik.




23 November 2014

Menu Hujung Minggu

Lisa Amin




Apabila tekak mengidam apa lagi berasap la dapur bujang tu. Nampak menarik rasa pun sedap. Nak buat pun senang tak payah susah , 30 minit siap la. Apa lagi kalau bukan ikan Salomon.

Kebetulan dah shopping barang dapur semua bahan pun ada so memanggang la kita.







14 October 2014

Ketupat Daun Palas .........Orang Kasi

Lisa Amin


Musim raya haji pun dah berlalu. Mood raya masih ada kerrr....ada pulak orang kasi ketupat palas. Rasa macam aduhhh syokknya dah lama tak mkn ketupat ni. Kalau orang pahang biasanya tau makan lemang jerr.

Disebabkan ketupat ni juga jadi la projek masak-masak 3 in 1. Dah lama nak masak sardin tapi malas masak sebab stok yg ada tin besar. Jadi bila masak tu kena pelbagaikan cara makan ....yang tu lemah sikit tengah diet katanya......sekarang. Boleh buat roti sardin, makan dengan nasi atau buat nasi goreng sardin.Hemmm tu yang tak tahan tu. Banyak sangat nak kena makan ni.

Tapi tak pe la. Nak buat can mana kan rezeki orang bagi tu kita makan je la. Jadi untuk jodoh kan ketupat palas ni rasa-rasa nak makan dengan sardin jerr sebab ada banyak bahan untuk buat nasi goreng dalam peti sejuk.  So next projek masak-masak is nasi goreng sardin.

09 July 2014

Resipi Punding Labu Berkastad

Lisa Amin



Bulan puasa tahun 2014 ni macam sibuk sikit. Tapi niat nak masak-masak dan bagi orang makan tu tak penah padam.Rasa-rasa macam nak ajak orang makan lagi jerr bulan puasa ni. Jadi kena la masak yg special sikit.Siap dengan pencuci mulut lagi. Dah lama tengok orang buat dalam fb baru hari ini berkesempatan nak cuba.Teringin sangat nak masak ompak ikan tongkol dan masak petola. Jadi kena la pergi shopping kat econsave. Masa beli tu ternampak pulak labu yang sedang elok comelnya. Terus beli sebijik. Hari ni rezeki anis dengan kak maz dapat makan labu ni. Tak sia-sia buat sebab anis suka, setengah biji jerr anis yang abiskan.....

Resipinya mudah jer

1 biji labu sederhana besar
180 ml santan @ susu cair
1/2 cwn gula
4 biji telur
2 sudu tepung kastad
1 sudu makan vanilla
Secubit serbuk kayu manis

Cara-cara



Bersihkan labu bahagian kulit luar. Tebuk bahagian atas utk dijadikan lubang. Keluarkan biji labu dan cuci bersih


Semua bahan di atas dicampur rata. Kacau sehingga gula cair. Setelah itu tuangkan dalam labu.

Panaskan pengukus dan kukus selamba 30 minit. Jangan tutup labu dengan bahagian kepala yang di potong tadi letak tepi macam dalam gambar.



09 June 2014

Resipi Sup Bayam 4 in 1

Lisa Amin



Gara-gara tergoda dengan macam-macam rupa cendawan kat cameron hari tu rasa macam sedap jerr nak makan cendawan. Cendawan ni murah sikit kat cameron 4 paket rm 10 boleh campur-campur dengan sayur lain. Tapi memang tak pilih sayur lain la sebab harga cendawan ni akan jadi lebih untung kalau ambik cendawan semua. Sebab ada antara jenis cendawan ni cecah harga rm 4++ kat bawah untuk satu paket. Cara saya makan sayur bayam memang lain sikit kalau goreng boleh la masukan bayam semata.Tapi bila rebus memang kena campur dengan cendawan. Sebab rasanya cendawan ni memang serasi dengan sayur bayam tambah pulak dengan sedikit ketulan daging ayam. Rasa sup bayam ni akan bertukar menjadi lebih sedap....nyummmmm. Kenapa nama sup bayam ni 4 in 1 sebab dalam sup bayam ada bayam, ayam, cendawan dan tahu telur.


Bahan-Bahan

1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 ketul daging ayam bahagian dada
Srcubit lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak 2 sudu untuk menumis
1\4 kiub ayam
Bayam
Cendawan
Tahu telur pilihan sebab kebetulan ada dlm peti ais

Cara Memasak

Panaskan minyak tumis bawang putih dan merah yang dipotong halus.
Masukan daging ayam sehingga separuh masak bersama secubit lada hitam
Masukan air secukupnya setelah mendidih masukan kiub ayam dan garam secukup rasa
Masukan cendawan apa bila agak lembut masukan bayam dan tahu telur terus tutup api...kalau tak nanti lembik sangat

15 May 2014

Resipi Arca Timun Mentah

Lisa Amin



Arca timun mentah ni  pun salah satu menu kesukan saya kira macam salad versi orang melayu pun boleh juga.Gandingan lauk yang sesuai pun masih sama. Masak kari dan masak lemak memang sedap.Kalau makan denan masak merah or sambal pun sedap juga. Tapi yang ni jarang buat sebab senang nak jumpa kat sini. Kalau makan nasi tomato, briyani atau nasi minyak pun selalu jumpa.Bahan asas nya memang timun tapi biasa boleh campur dengan bahan lain seperti nenas, carrot dan juga sengkuag.

Bahan-bahan

1 biji timun
1/2 biji carrot
1 ulas bawang besar
1 tangkai cili merah@ nak pedas boleh tambah cili padi
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
3 sudu besar cuka

Cara-cara

Hiris timun ikut suka hati bulat atau panjang. Lebih sesuai panjang jika nak dimakan dalam tempoh yang lama sebab tak da biji yang akan menghasilkan air.
Hirisan bulat sesuai untuk dimakan segera
Hiris carrot bulat atau panjang
Hiris bawang
Hiris cili
Masukan bahan perasa iaitu gula, garam dan cuka gaul sebati biarkan selama 15-20 minit.

14 May 2014

Resipi Arcar Timun Bersama Taucu

Lisa Amin

 Arcar Timun Bersama Taucu

Hehehe kalau cik lisa amin masak arca taucu ni kira ambik mood orang kenduri kat kampung berau ulu cheka. Sebab biasanya time kenduri jerr boleh jumpa lauk ni. Lepas tu gandingan lauk pauk lain mesti kari, masak lemak atau masak tempoyak. Hemmmm rindunya nak makan kenduri kat kampung.Arca timun masak taucu ni jarang jumpa orang lain buat biasa orang buat ikan masak taucu.Resipi arca masak tsucu ni memang biasa ada masa kenduri kat kampung saya.

Bahan-bahan

1 biji timun sederhana besar
4 tangkai cili besar berwarna hiju
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
Secubit ikan bilis
4 sudu besar taucu
3 sudu besar cuka
3 sudu gula
5 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong timum memanjang buang biji tengah
Potong cili hijau kepada dua kemugian belah 2
Rendam kan bersama secubit air kapur { tujuan untuk ranggupkan timun dan cili @ boleh juga guna  2 sudu cuka}


 Biarkan sekitar 10-15 minit cuci bersih dan tapis

Potong bawang kepada 6 bahagian
Racik bawang merah, bawang putih dan halia
Panaskan minyak tumis ikan bilis,halia,bawang putih dan bawang merah
Setelah naik bau masukan taucu 



Kemudian masukan timun dan cili sedikit air biarkan mengelegak kemudian masukan cuka, gula dan garam



12 May 2014

Resipi Apple Pai



Lisa Amin



Ni kesukaan kami puan haslina dan cik lisa amin. Pantang ada masa mula la nak membakar. Kadang apple pai kadang sardin puff. Kalau nak buat kaya,cokelat, strawberry, blueberry puff pun sedap juga. Nak buat ni senang jerr beli jer kulit pastry jenamna kawan yang dah siap tu. Beli je  inti yang dah siap tu. Semua segera. Tapi kalau nak buat apple pai tu kena buat sdn la intinya.

Cara nak buat inti tu senang jerr......



Bahan-bahan untuk inti

1 Cincang apple hijau 5 biji untuk 10 keping pastry boleh letak sehingga melimpah......hehehe sebab tu kena buat sendiri kan
2 Panaskan 3 sudu planta sehingga cair
3 Masukan gula perang 3 sudu besar kacau sehingga cair
4 Masukan apple yang telah dicincang gaul rata.....tambah sedikit air jika perlu....
5 Parutkan sedikit kulit kayu manis atau guna yang dah siap pun boleh dalam 1\2 sudu besar
6 Tambahkan satu besar tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah


Cara yang seterusnya

5 biji apple untuk saiz ni punya kulit puff

Potong 2 ...lipat untuk dapatkan saiz tp bahagian letak inti mesti lebih kecil dari penutupbukan ikut sama besar bahagi 2 tu











26 April 2014

Mee Orang Itali@Spaghetti

Lisa Amin

Mee Orang Itali


Hemmm sedap juga kata ganti nama untuk spaghetti ni. Tak sangka pulak ada orang boleh sebut gini. Dah lama nak cuba buat gaya dalam facebook tu tapi bila selongkar pantry bahan tak cukup pulak. Rupanya tomato puri dah abis.Ngeee kena sabar dulu lagi pun banyak lagi list makanan belum buat. Duduk sorang ni kena sabar sikit kalau nak masak. Kalau ikut hati fuhhhh mau penimbang tu jarumnya berpusing dua kali. Sejak 2-3 bulan ni selalu kuar makan malam dan nampaknya berat badan terus meningkat dan sudah limited.Walau berat sudah overweight tapi masih ada ada limited yang perlu dipatuhi. Biasanya bila sampai tahap ni memang saya akan berusaha supaya berat maintain. Tapi pelik juga cuba kurangkan had ni mesti saya slim molek....tapi kenapa la jauh sangat had limited ni.......kalau dah sampai tahap ni boleh pulak saya puasa@tak makan nasi@ kurangkan makan. Macam macam ragam lisa amin ni.

Hemmm melengcong jauh pulak padahal nak cite spaghetti je tadi. Baru-baru ni pergi econsave ternampak pulak promosi spaghetti bersama bekas dia macam comel pulak. Harus la ikut sais dan kepanjangan dia kan, dalam dia ada 3 paket.Harga pun boleh tahan murah..... So rembat la satu.Kebetulan sebelum balik kampung minggu lepas dah shopping barang dapur termasuklah barang untuk masak spaghetti. Sebab selalunya bahan untuk masak spaghetti ni memang wajib ada dalam pantry.

Jadi kalau semua bahan dah ada memang gatal tangan sangat la kan nak masak.Sambil masak tu saja la ambik pic untuk kenang kenangn. Hobi  food photography  katanya hehehehe suka jer masak hias cantik-cantik kemudian makan sorang-sorang. Memang syok sendiri namanya.....hehehehehe. Sambil masak tu saja whatsapp dengan kawan main teka teki tu yang terkeluar ayat mee orang itali dan cerucuk hehehehe terima kasih bagi idea baru. Nama mee orang itali pun boleh la. Tapi bila buat spaghetti pakai cerucuk kat dalam sausage ni yang bahagian dalam tu macam tak masak macam mentah jerr.

Jommm layan gambar.....



Ni la mee yang pakai cerucuk dan sebenarnya cara ni la yang teringin sangat nak cuba. Bukan nak makan sangat pun.






Ini la hasil akhir. Buat srparuh dari biasa lebih tu bekukan dalam peti ais. Lain kali kalau nak panaskan dan rebus spaghetti yang baru jerr





06 April 2014

Resipi Mee Kari

Lisa Amin



Mee kari???? Hehehe sekali sekala suka juga mkn meeb kari ni.... Kalau beli rasa macam tak kena dengan tekak pulak.....amboi memilih pulak. Ni kes mengidam nk makan tahu kering pasar borong la ni.Sebab tahu ni kat situ jerr yang saya tahu ada jual. Kat tempat lain tak penah jumpa pulak. Alang-alang hari tu pergi beli barang untuk laksa hari tu. Terus beli barang untuk mee kari. Kerang kat sana pun murah rm 10 kilo 3 kilo ......kerang besar pulak tu.Kalau pergi pasar borong selangor ni memang menu mee kari akan menyusul. Mee kari saya wajib ada kerang dan tahu kering. Kalau tak da macam tak ngam laaaa.


Ini la rupa tahu kering yang tak penah jumpa tempat lain jual selain pasar borong selangor


Bahan-bahan kuah mee kari

Cili kering 10-15 tangkai
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah besar 4 biji
 Semua dikisar kemudian campurkan dengan 3 sudu besar serbuk kari daging.
Beberapa ketul ayam dihiris kecil-kecil
Fish cake
Fish ball
Isi kerang
Tahu kering
1 kotak santan 250 ml
2 litter air
Minyak untuk menumis dalam 5 sudu besar
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur


Cara-cara


Tumiskan bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga.
Masukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari
Tumis sehingga rempah kari masak dan bertukar warna kepada coklet gelap
Masukan isi ayam tumis sehingga separuh masak dan tambah air
Tunggu sehingga kuah mengelegak  masukan bahan perasa iaitu garam dan asam keping
Masukan fish ball n fish cake, tahu kering kemudian masukan santan.
Kuah sudah sedia di hidangkan.

Celur
Mee kuning
Tauge
Sawi

Potong daun bawang, daun sup dan cili besar

Sedia dihidangkan bersama bawang goreng......



Amboiii panjang nya cara nak buat.....tapi sebenarnya tak susah lah sangat nak buat. Lagi banyak bahan lagi sedap rasa kuah boleh juga ditambah daging dalam kuah mee kari tu. Tapi demi nak makan kan apa salahnya bersusah payah sikit. Rasa enak dan boleh makan puas-puas dan boleh letak apa kita suka. Kalau beli kat kedai biasa ada ayam jerr tu pun share dengan ayam nasi ayam, mee sup dan mee kari, biasa la orang meniaga memang nak senang jerr.Jimat kos dan pantas. Letak fish cake 3  potong fish ball 3 biji dah. Yang paling sedih kerang tak da. Mane boleh mee kari tak da kerang......hehehe.