Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

26 April 2011

Cun ......... Kami Gelak Macam Tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah Juga

Lisa Amin


Lama juga aktiviti ke pawagam ni terhenti......... kenapa ntah saya pun tak tau, tiba-tiba macam sibuk semacam. Bak kata rakan saya "buzy doing nothing"itu lah istilah yang sesuai. Cerita ni jalan ceritanya santai sahaja cuma yang menariknya view pengambaran ni. Kat kawasan sawah padi yang dipanggil kampung mata ayer. Memang cantik dan sungguh mendamaikan ditambah lagi dengan rumah kampung di tepi sawah dan tali air. Itu belum lagi dikira pelakon penting si kembang iaitu seekor kerbau.......... memang cun habis.

Lakonan remy ishak dan maya karin memang boleh dipuji................jalan cerita walaupun tidak lah terlalu idealistik dan realiti tapi nampak sempurna kerana unsur alam yang dimasukan. Siap ada babak tunggang kerbau. Memang menarik tambah lagi dengan lori yang dipandu remy yang di apalikasikan kepada pelbagi kegunaan. Memang kreatif............ rasa macam nak beli je lori........ banyak juga gunanya. Tapi walauapapun memang boleh ketawa la tengok cerita ni...... babak-akhir agak sedih juga........... tapi happy ending....loka si menonton macam biasa Alamanda bersama Cik M.......... nak tengok sila klik di sebelah  Synopsis

18 December 2010

Hantu Kak Limah

Lisa Amin

Hari ini mau santai katanya. Sudah berapa hari mencari hantu kak limah dimana-mana nampaknya ramai peminat kerana penuh sepanjang masa. Jadi nya selepas 3 hari mencari tiket hantu kak limah balik rumah yang sentiasa full house hari ni dengan semangat yang waja membeli tiket lebih awal. 

Sikap terjah menerjah tidak boleh di amalkan kepada cerita yang sememangnya mendapat sambutan di tambah lagi dengan musim cuti sekolah. Percubaan kami yang pertama gagal dengan menerjah ke alamanda putrajaya .  sudah la pakaian tak berapa nak lawa. Tiket pulak tak de naik pulak moto  kecewa betul malam tu.

Urusan beli membeli serahkan kepada mereka yang ada kad kredit siapa lagi kalau bukam M dan R.U hehehehe kami yang lain tukang tonton saje. Malam ni kami berlima akan date di the mines seramai 5 orang. Yang diangotai oleh  M, N, R, S  dan L.

03 December 2010

Jom wayang@ movie

Lisa Amin

Apa yang sudah

  1. Volverine
  2. Ice Age 
  3. T- Form 2
  4. Salt
  5. W- horse
  6. Susuk
  7. Bedstory
  8. Histeria
  9. Slumdog Millionaire
  10. Magika
  11. S-Worrior
  12. Narnia

05 October 2010

Menonton wayang

Lisa Amin

Nampaknya lepas hampir 1 bulan kamu berhenti menonton wayang kerana menghormati bulan ramadhan yang mulia kini selepas hampir 1 bulan syawal aktiviti ini kembali dilakukan. Just For Fun ok lah dah lama tak pergikan. Cerita pertama ialah magika.................. hemmmm

Biasa-biasa aja................... Yang terbaik masih lagi Avatar& Salt...........

Magika...........

Lisa Amin
 
Muzikal tapi malangnya lagunya tidak dapat menarik minat saya. Alkisahnya magika ini balik menghantar Ain ke LRt Sg Besi. Katanya hanya pergi makan, kemudian hantar Ain akhinya kami sempat meronda ke The Mines dan menonton wayang. Kali ini hanya berdua sahaja. Kak Maz n Lisa.

Sudahlah saya berpakaian comot pada hari tersebut..................Comot sangat huhuu. Sempat pula membeli kasut baru......... Saya dan kasut tidak dapat dipisahkan.............. Harganya RM 79.90 puas hati melayang duit dah la tak berapa nak kaya sekarang ni.Apa menariknya magika mungkin lokasi pegambarnya yang ditambah animasi menarik............... saya suka kehijauan rumputnya dan rupa hutanya..........

Barisan pelakon hebat seperti ziana zain, ning baizura, mawi, maya, M nasir menjadikan cerita ini kelihatan gah kerana pelakonya dan di produksi pula dari KRU lagi la ia menjadi gempak. Gempak gilerrrrrrrrrrrrr......

Eat, Pray n Love

Lisa Amin

Tarikh: 4  Oktober 2010
Lokasi: Midvelly
Bersama: Kak Maz,Maisarah & Lisa
Tayangan: 7 10mlm

Bercadang untuk menonton cerita ini sejak 3 okt lagi tapi tidak kesampaianan kerana semunya sudah penuh. cadangnya balik dari Open House Kak long boleh la merayau-rayau. Sudahnya dalam mencari lokasi kami sudah kembali ke bangi........ dan akhinya tersinggah di Ice Room yang selalu kami intai ketika melaluinya.

Berdekorasikan hijau ingatkan untuk makan ice cream sahaja rupanya segalanya ada sana. Belum berkesempatan untuk mencuba yang lainya hanya menikmati ice cream. Boleh tahan ice creamnya macam disagat@parut kurang manis. Bagus le untuk kesihatan.

Sudahnya hari ini sebaik sahaja balik open house rumah pengetua kami meneruskan niat untuk menonton Eat Pray Love. Mujur ada tiket dan tidak la terlalu penuh. Ceritanya sedikit membosankan tapi ia masih lagi logik kerana bagi saya logik itu penting. Ia menyedarkan kita bahawa mencari titik kepuasan dalam hidup ini bukan lah semudah yang disangkakan. Kerana kepuasan itu dibentuk dalam diri kita sendiri tidak kira apa yang kita lakukan. Eat mungkin hanya kepuasan dalam seahagian kehidupan, Pray saja tidak cukup jika kita tidak berusaha love bukan segalanya jika kita telah gagal tidak semestinya ia perlu dibuang terus.

Dan demi mencari titik keseimbangan itu kita pelu berani untuk melangkah keluar kadang kala meninggalkan sesuatu yang menjadi kesayangan, kebiasaan dan kesenangan hidup kita.Saya suka namakan ia sebagai Hijrah. Mungkin kita perlu berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang kita belum temui..............hehehe

Cerita ini juga memberi sedikit motivasi kerana ia memberikan saya satu gambaran bahawa hidup ini perlukan keseimbangan. Ia bagaikan satu anugerah dan usaha untuk mencapi keseimbangan itu tidak semudah yang kita sangkan. Mungkin kita perlu tinggalkan segalanya mungkin kita tidak perlu berhijrah kerana ia sudah ada di depan mata............