Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Cop Pasport Antarabangsa. Show all posts
Showing posts with label Cop Pasport Antarabangsa. Show all posts

15 October 2012

Big Apple Donuts & Coffee

Lisa Amin



Nyum............teringat kisah di padang indonesia dari kira duit nak makan sehingga duduk tersadai di Shopping Mall menikmati bau donuts dari moko-moko kot nama dia ala-ala big apple.........arghhhhhhh sedapnya ...........tapi tak de duit rupiah dah nak beli.................sedih kot.............seumur hidup ini pertama kali nak makan tak de duit..........hahahahaha teringat malam last kami di sana nak habis kan duit rupiah denagan menikmati skoteng, soto dan sate madura.........hahahaha tu pun puas kira duit..............hehehehehe



Dengan penuh emosi cakap nak pergi merempit ke Alamanda untuk beli BIG APPLE........... Kalau dari UKM nie yang dekat untuk ke cawangan nya hanya di Alamanda, The Mines or Mid Valley  jadi pilih aja mana-mana cawangan yang berkenan............... tapi sekarang dah ada buka kat WARTA BANGI .............wah sukanya dekat je..........dengan 36 perisa yang ada ........senang nak mengemukan badan nie.........nyum..........nyum...nyum

12 October 2012

Padang Sumatera Barat Indonesia Part 2

Lisa Amin

22 September 2012



 Sebaik sahaja sarapan kami dibawa melawat rumah kelahiran HAMKA  dari maninjau kami turun melalui kelok 44...........memang jauh memandangkan mata pun masih segar jadi kami menikmati pemandanagn tasik maninjau yang berpindah-pindah.........sekejab ada di sebelah kiri sejak tasik nie ada di sebelah kanan. Janagn pelik pulak nie hanya lah ilusi mata kerana jalan yang berliku. Sawah padi yang terdapat di lereng bukit memang mendamaikan................ perjalanan agak jauh juga hampir 1 jam lebih...........sampai mata dah layu semula.........pun tak sampai lagi..................baru jer nak tido bas sudah melalui kawasan perkampungan yang sempit jalanya...................terdapat pulak rumah yang nak mengadakan perkawinan........memang seronok tengok pelamin mereka yang  sarat dengan warna dan manik-manik.............. berbanding pelamin di negara kita yang lebih banya guna bunga. Dalam kemeriahan kami tengok orang kawin.........kami di tegur oleh pemandu pelancong kami...........katanya di sini orang kawin...........orang tak tengok..........hanya orang nikah je orang tengok............. katanya orang kawin pakai urat..........orang nikah pakai surat.......... kalau kita nak tengok orang kawin kat sini tak jadi orang tu kawin...........ooooooooooooooooo macam tu. Ok jangan tengok orang kawin ya............kita tengok orang menikah........... dalam sibuk orang kawin dan menikah............kami tiba di rumah kelahiran hamka.........

Sebaik sahaja melawat rumah hamka...........kami naik semula ke bukit tinggi...........untuk makan dan shopping.............hahahaha.............shopping tu yang best...............masa balik baru berapa kelok dah sambung tido..........sebaik bangun kami sudah tiba di sebuah kedai minum pagi dan memjual jaket kulit........memang murah dan cantik.............

Pemandangan ketika menikmati kopi panas sebaik pulang dari rumah hamka...
Meneruskan perjalanan..........dan sambung tido............tido dan tido dan tiba masa untuk makan tengah hari.... nyum-nyum.......nyum-nyum...........makanan padang memang sedap dan kaya kolestrol........lalalala....tak boleh tolak...........makan jerrr.............diet??? lupakan saja nanti rugi...... lepas makan kami meneruskan agenda shopping..........katanya hari nie tengok-tengok dulu............esok masih ada masa untuk shopping di tempat yang sama...........memang ikut cakap la kan........hari nie kami buat tinjauan awal..........masa pun tak lama sangat................saya siap salin dan buat lis barang yang nak beli... senang nak bandingkan harga........... jadi hari nie memang tak shopping lagi...............cuma dapat beli spek mata hitam jerr.........murah-murah jerr..........untuk bergaya....


Kami di bawa ke hotel ke dua...........pada petang tersebut.............namanya Denai View............... Boleh tahan selesanya.............patut la dengan harganya. Sebaik tiba di bilik kami berehat dan memulakan aktiviti pergi ke spa............cuma sempat lulur jerr...............petang tu sebelum balik untuk makan malam.Memang selesa kot lepas lulur.......waktu malam kami tak makan makanan padang, kami makan seafood. Apa yang menarik dan pertama kali jumpa adalah kangkung berasap dia.............cara ia di hidangkan....atas meja sudah di sediakan sebuah alas untuk periuk kangkung yang masa dihantar memang panas...........sebaik sahaja diletakan kuali tersebut.......sejenis sos ditungkan di atas kuali panas..............hingga mendidih macam masak atas dapur gas pulak....... menyebabkan saya terfikir berapa lama dia panaskan kuali nie erkkk......... hingga boleh memasakan kangkung tapi api.........dan kangkung dapat di masak dengan baik sama macam masak atas dapur. Rasanya sama macam kangkung goreng jerrr.... cuma cara penyedianya menarik........


Air Skoteng
Lepas makan malam kami pulang semula ke hotel untuk acara bebas.......malam nie kami bersiar di bandar kawan bungkit tinggi. Menurut pemandu pelancong kami kawasan bukit tinggi ini memang kawasan selamat.... so tak perlu risau pasal keselamatan............malam itu kami singgah di sebuah gerai untuk menikmati minuman skoteng........ia merupakan air halia bersama susu.......di tambah dengan kekacang seperti kacang hijau dan kacang tanah dan roti yang dipotong kecil-kecil  selain sagu halus. Rasanya sedap dan berkhasiat.......ia juga boleh di tambah dengan telur itik atau telur ayam........ walaupun pelik tapi bagi saya ok jer...........cuma tak suka yang letak telur........lebih suka yang biasa jerrr.jadi ini merupakan aktiviti kedua kami disana.........



05 October 2012

HAMKA 22 sep 2012

Lisa Amin





“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” 
― Hamka


Lawatan ke Padang Sumatera Barat.........membawa saya ke kampung halaman HAMKA seorang, Ulamak, sasterawan yang terkenal.......... buku-bukunya banyak diterbitkan di malaysia dan ada bukunya menjadi sumber rujukan yang terpenting. HAMKA merupakan singkatan mana beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah.



Perjalanan rumahnya melalui jalan berliku di sepanjang perjalanan melaui kelok 44 atau selekoh 44....... memang berliku.........tapi pemandangan sungguh indah di pinggir  gunung dan melihat tasik Maninjau. Ia merupakan lawatan hari kedua kami di sana. Memang benar seperti kata-katanya

 Saya sangat terkesan  pada desa kelahiran saya. saya sudah sering Keliling dunia, tapi rasanya tidak ada pandangan yang seindah maninjau. Desa itu pun mempunyai arti penting bagi hidup saya. Begitu indahnya seakan-akan mengundang kita untuk melihat alam yang ada disebalik pemandangan itu....!

Saya juga terkesima melihat pemandagan sawah dan tasik maninjau yang jernih airnya............



Katibaan kami di rumah kelahiran HAMKA di sambut oleh anak sudaranya Pak Hanif Rasyid yang memberi kan penerangan ringkas tentang sejarah hidup HAMKA. Memang menari sekali ceritanya............. leka tanpa meyedari masa berlalu. Katanya rumah ini dijaga dengan menggunakan duit sumbangan orang ramai. Terdapat banyak kenangan barang dalam rumah ini termasuk juga Jubah Konvokesyen dari UKM yang dah berusia hampir 40 Tahun. Katanya memandangkan kami merupakan rombongan dari UKM makan dia meminta kami menyampaikan kepada pihak yang berkenaan minta diganti jubahnya... kerana ia sudah di makan anai-anai.

“Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras” 
― Hamka

“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.” 
― Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah


Kata Pak hanif HAMKA merupakan ornag yang berjiwa besar. Beliau menjadi terkenal kerana zaman kanak-kanaknya yang nakal......... namun akhirnya dia sedar selamanya dia tiadak hidup bergitu. Kerana Kegagalan perkahwinan ibu bapanya dia memberontak.......... menjadi keras hati. Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya.......... akhirnya dia menjadi ulamak.............. seperti cita-cita ayahnya kepada beliau.

Cuti-cuti ke Padang Sumatera Barat 21-25 sep 2012 ( 21 Sep )

Lisa Amin



Berat sangat gati masa nak meyertai lawatan nie yang dirancang sekita bulan April tahun 2012.Sebenaranya dalam waktu terdekat ni saya nak sangat pergi melawat Vietnam. Indonesia ni tak minat sangat sebab dia tempat shopping. Malangnya saya bukan kaki shopping. tu la masalahnya.  Masa orang lain sibuk ambil tiket saya masih lagi terfikir-fikir. Tapi alhamdulilah akhirnya saya beli juga tiket selepas didesak oleh rakan-rakan. Semangat setia kawan nie. Tak suka sangat pun pergi juga la.Dari tiket sekita RM180++ siap dengan bagasi hingga menjadi RM260 tanpa bagasi............ Hehehehehe diluar jangkaan apabila saya beli tiket tanpa bagasi pergi balik ke Indonesia. Tempat orang shopping..... pergi 1 beg balik 3 beg???? tapi itulah hakikatnya. Pemergian kali ini saya berjanji untuk menikmati makanan dan pemandangan bukan untuk shopping........ tak de duit.....



Sepanjang sebelum nak berlepas nie banyak dugaan........ sudah lah di tipu agen pertama... duit deposit burn RM 100......... adoi sedih betul. Kalau tak boleh tambah duit untuk buat belanja lagi. Yang lebih terkilan lagi yang menghanguskan duit kami rakan kami juga....... dia pun tak bersemuka untuk menyelesaikan masalah. Buat-buat macam tak de benda yang berlaku. Tak pe la yang berlalu tu biarlah berlalu.  Mujur ada seorang lagi rakan yang pernah kesana jadi semua bergantung harap kat dia la.Tapi dia memang boleh harap dan tidak mengecewakan jadi terima kasih sebab jadi kepala rombongan.



Penerbangan kami sekitar jam 750 pagi jadi kami bertolak jam 4 pagi dari Kolej Keris Mas. Suasana pagi di LCCT biasa sahaja tidak terlalu sibuk. Penerbangan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Perbezaan waktu malaysia- Indonesia sekita 1 jam. Malaysia lebih awal 1 jam dari indonesia. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Minangkabau kami telah di sambut oleh agen kami  Safira  Travel yang bagi saya perkhidamtannya memuasakan. So sape-sape nak pergi sana boleh la add mereka kat FB untuk pertanyaan lanjut mereka menggunakan Safira Travel untuk mana FB. Sebaik tiba kami diberi air mineral dan kek lapis untuk mengalas perut. Kami terus di bawa ke bas dan bergerak ke kawasan tanah tinggi untuk bermalam di Maninjau resort. Sepanjang perjalanan kami diberi penerangan serba sedikit ke kawasan lawatan dan beberapa perkataan indonesia. contohnya airport di panggil bandara atau bandar udara. Kami juga singgah sarapan di sebauh restoren yang memang cantik dan enak menjamu selera.Ketika dalam perjalanan kami sempat tidur dahulu maklumlah,  malamnya tak tidur, sebaik sahaja dikejutkan bas sudah berhenti di tepi sebuah air terjun di tepi jalan. Kami sempat bergambar dan meyegarkan badan di tepi air terjun yang di panggil air mancur.Airnya sejuk......... kalau suruh mandi memang tak la......... cuaca di sini jua sejuk seperti genting dan cameron highlands. Memang pakai stokin la jawabnya. Perjalanan ke maninjau diteruskan melalui hutan simpan lembah anai....... janlannya berliku dan mendaki.  Hutan simpan ini dipanggil cagar alam dalam bahasa indonesinya.  Seterusnya tido lagi hahahahaha bangun tido kami sudah sampai di tempat membeli belah pertama. sebuah kedai yang menjaula bermacam barang seperti telekung, jubah, kain pasang dan segala macam lagi.......... berjaya mengawal nafsu....... tiadak membeli. Rakan-rakan lain mula memborang. Saya berkenan dengan 1 blouse tu tapi tak beli ......... ingat kan akan jumpa di tempat shopping yang seterusnya. Rupanya itulah kali terakhir saya melihat blouse tersebut.......huhuhuhuhu menyesal..... singgah di tempat shopping ke 2 pun tak beli juga........kata kawan saya jangan beli di kedai tunggu kita shopping ke pasar.........hemmm okkk



Seterusnya kami singgah di pusat kebudayaan minagkabau......... rumah godang......godang tu bahasa orang apa saya tak pasti........ tapi masa saya juga menggunakan perkataan ini godang bermasuk besar........ ketek bermasud kecik..... antara bahasa kampar yang saya tau la. Kami diberi penerangan berkaitan dengan ada orang minang antara yang saya ingat adat pepatih yang lebih mengutamakan kaum wanita,bukan bertujuan mendominasi tetapi untuk melindungi. Kanak-kanak lelaki yang sudah remaja tidak dibenarkan tidur di rumah, mereka tidur di surau untuk belajar agama dan silat.......balik hanya untuk ganti baju dan makan. setelah dewasa digalakkan untuk merantau dan berdagang. Tetamu jika datang perlu duduk menghadap tingkap.....ini bertujuan menutup aib tuan rumah atas segala kekurangan. Mereka hidup secara beramai-ramai dalam satu keluarga sehingga mampu membina rumah sendiri. Jika berkahwin suami akan berpindah ke rumah isteri dan di beri masa untuk menggumpul harta dan berpindah. Ruang keluarga yang di beri sangat kecil seperti konsep rumah panjang di sarawak.Kebanyakan pekerjaan penduduk di sini adalah petani. Ruang penyimpanan padi diasingkan di luar rumah supaya jika ada musibah di dalam rumah. Masih ada makanan di luar. Di sini juga terdapat rung persandingan dan pakaian pengantin siapa yang  nak mencuba pakaian penganting minagkabau boleh mencubanya.





Seterusnya kami makan tengah hari ............. wah makananyan memang sedap-sedap..... aduh rosak diet. selepas makan tenggah hari kami meneruskan perjalanan ke Nuansa Maninjau Resort di puncak bukit.
 Kenapa namanya maninjau sebab orang datang ke sini khas untuk melihat pemandangan dari resort ke tasik maninjau. Sayangnya masa kami ke sini kabus tebal pada sebelah paginya. Jadi apa pun tak nampak huhuhuhu. Biliknya memang selesa dan cuacanya sangat sejuk............. aduh tak larat nak berjalan. Nak bergulung dalam selimut jerr........ kami tiba sekitar jam 4 petang dan berehat di bilik untuk makan malam. Aktivitinya memang tido la kan........ sejuk-sejuk nie memang sesuai untuk tidur. Malamnya kami menghabiskan masa ke saunadan jakuzzi  di resort .










Jadi inilah aktiviti hari pertama kami di sana............ selanjutnya tunggu sambungan.... mengantuk ....... selamat malam