Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Santapan Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Santapan Jiwa. Show all posts

17 December 2014

Akhirnya Al Qur`an dan Terjemahnya Tamat Dibaca

Lisa Amin



Ni lagi satu projek tertunda. Niat nak habiskan dalam bulan ramadhan tertunda sampai bulan safar pula. Tapi tak pe la yang penting habis. Kalau ikutkan niat hati tu sepatunya sepanjang ramadan tu sekali habis. Dan selepas syawal hingga sebelum  ramadhan perlu habiskan sekali lagi. Kira macam dua kali la. Tapi tak terlaksana pulak niat tu. Hari ini 18 December 2014 @ 24 safar 1435 hijrah tamat juga. Kira 6 bulan kot. Semoga dapat memperbaki diri. Hanya allah yang tahu niat dihati.Semoga satu hari nanti dapat guru belajar mengaji. Syukur alhamdulilah. Semoga berjaya tamat sekali lagi sebelum ramadhan yang akan datang.

29 April 2013

Pokok Bunga Harum Sundal Malam

Lisa Amin

Bila nak kembang dan memberikan haruman  nie??????????????




Pokok berhantu nie????? hehehehehe ramai orang tak suka.............tapi saya suka..........sudah la duduk sorang-sorang kat sini boleh pulak tanam pokok nie kat bilik..............elok la tu.......... macam lagu dalam cerita pontinak ...................



Kalau nak tau info bunga nie secara saintifik.......... nie pun ambik dari maklumat yang orang lain bagi la........ google jerr.......Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tuberose berasal dari Amerika tengah tu nama melayu la. Nama saintifiknya ialah Polianthes tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae , sudal malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Nie la rupa pokoknya..............


Katanya bunga nie digunakan untuk..............menimbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru.Kalau kat negara  india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka ..........hah sampai macam tu sekali la dia punya pengangan................di sini juga bunga ini dikenali dengan nama ratkirani yang bermaksud mistress of the night.Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).Minyak pati dari bunga ini sangat mahal , ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi, ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan.Bunga ini banyak ditanam secara kormisial di mexico , hawaii , Us.



Misha Omar
Pulangkan lyrics

Songwriters: HASSAN, HABSAH BTE/BABA, SHUHAIMI BTE/MAAS, MOHD FAIZAL

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang

Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
Kupulangkan resah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga ke akhir masa sayang



Tapi kan bunga nie dah sebulan macam nie............bila dia nak kembang erkkk??? 

09 December 2012

Jualan Murah Buku@ Big Bad Wolf Book@ Sale

Lisa Amin



Inilah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua ulat buku.................bukan senang buku nak sale 75% - 95% macam nie..... kalau pakaian, kasut, barang dapur tu selalu la sale kan...........tiap-tiap minggu pun ada sale....

Sape yang minat buku ni memang tak terpilih buku..............banyak dan bertambun......... katanya ada 3 juta buku .......................orang pun boleh tahan ramainya..............buku hardcover yang di jual bawah RM10 pun ada..............akhir kata buku kat sini menag murah dan banyak pilihan..............siap kan RM nya saje....... Maklulat lanjut mengenai Big Bad Wolf Book sila  Klik Sini

Tempat : Mines Convention Center (MICC)
Masa    : 9:00 am-9:00 pm
Tarikh   :7-23 Dis 2012

Selamat membeli belah.........

27 November 2012

Bisik-Bisik Kenapa Suka Mak Janda

Lisa Amin

Sumber: Aku Budak Kola

Bisik-bisik: Kenapa lelaki suka janda?

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai menggoda


Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai main mata

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu senyum mesra

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai memuja

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai mengada-gada

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai pura-pura

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai buka selera

Kenapa lelaki suka janda
- janda tidak berapa berkira

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak rahsia

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai asah senjata

Kenapa lelaki suka janda
- janda pernah tonggang kuda

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu sifat kura kura

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak gaya

Kenapa lelaki suka janda
- janda sudah bersedia

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak pekara

Kenapa lelaki suka janda
- dengan janda jimat belanja


Kenapa lelaki suka janda
- janda macam-macam ada

Lalalalalalalal
Mak Janda Jangan marah.............ia anugerah

21 November 2012

Solat Qasar dan Jama'

Lisa Amin


Untuk orang yang selalu pergi mengembara pengetahuan am ini penting...... sebab jarang buat maka kita perlu selau merujuk kepada buku........jadi zaman teknologi di hujung jari nie..... boleh cari maklumat dimana sahaja.........cuma kadang kala penerangan nya kadang kala mengelirukan...........yang ini lebih mudah untuk saya fahami harap dapat membantu orang lain juga..........ingatlah dimana jua kita berada solat tu WAJIB ya......


 Panduan Solat Qasar Dan Jama' Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

 1.0 Solat Qasar


 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

 i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

 ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


 1.3 Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

 1.4 Syarat Solat Qasar


 i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

 ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

 iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).

 v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

 1.5   Contoh Niat      أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

 2.0 Solat Jama'

 2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

 i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

 ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


 2.2 Syarat Solat Jama’

 2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

 i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

 ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

 iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

 iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

 v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

 i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. 

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

 2.3 Contoh Niat

 2.3.1 Jama’ Taqdim

 i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat   أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar  أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 2.3.2 Jama’ Ta’khir

 i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

09 November 2012

Bukan Salah Harimau Mati Meninggalkan Belang

Lisa Amin






If you expect the world to be fair with you 
b`coz you are fair with them.....It's like expecting a tiger not eat you b'coz you dont't eat tiger

30 October 2012

Kata Hati.........Merayu Aku Pergi.............

Lisa Amin


"Never make permanant decisions on temporary feelings."

...Kehidupan di dunia ini, terlalu byk teka - teki dan petak - petak silangkatanya...utk menyelesaikannya...kita perlu bijak membuat pilihan jawapannya.....awas !!!! jgn sampai tsalah jwb !!!! krn ia mgkin menjejaskan ruang petak - petak yg lain.....

‎....di mana pun kedaifan ku di mata mu, namun aku punya hati dan maruah, walaupun tidak sehebat mana, yang tahu erti terkilan dan tidak punya maruah pada diri mu...aku tahu kau insan yg hebat dan tersempurna....!!!


diam tak berti marah atau merajuk............kadangkala diam hanya bererti "aku lelah menjelaskan pada orang yang tidak sedikit pun memperdulikan dan memahami ku..........

13 July 2012

Puitis Nya Lagu Dilema Rindu (Dinamik)

Lisa Amin




Puitisnya lagu dulu zaman
Mana nak cari buaian cinta?
Mana nak cari pohon rindu?
Macam mana nak simpulkan tangisan?

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu tidak ku temu

Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka

Berguguran keindahan kernamu

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam


Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam

Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang

Oh di mataku

Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu

AKU PELAJARI



AKU BELAJAR MELUPAKAN
SESEORANG YANG MELUPAKAN AKU

AKU BELAJAR MEMAAFKAN
SEMUA YANG MENYAKITI AKU

AKU BELAJAR UNTUK MENJADI
YANG TERBAIK UNTUK SEMUA ORANG
YANG KAU SAYANGI

TETAPI ADA SATU YANG TIDAK BOLEH
 AKU PELAJARI

AKU PERLU SENYUM
DI SAAT ORANG YANG AKU SAYANGI
MENYAYANGI ORANG LAIN

LISA AMIN

03 July 2012

Sampai Mati Pun Tak Akan Paham Lelaki

Lisa Amin

Oh Lelaki........

Nampak gayanya memang sampai mati pun tak akan paham....
Apa mau mu?
Apa yg kamu cari?
Mahu nyawa kah?

Sampai MATI kini pasti itu lah jawapanya... mungkin satu hari nati sampai menutup mata pun tak akan pernah paham. Jadi benar kata-kata orang bahawa memahami lelaki bukan lah pekara mudah. Tidak semudah membaca ABC dan tidak sesusah membuat PHD. Berilah apa sahaja kepada lelaki yang diminta atau tidak, tapi kalau dia tak mau kita memang tiada gunanya. Jadi lebih baik berhati-hati dalam memberikan jiwa raga. Sebabnya golongan kaum adam ini memang akan berubah walaupun sebesar kuman faktornya. Mudah tepengaruh dengan godaan dunia yang pastinya membawa mereka ke neraka. Jadilah wanita sebaik mana jika mahu berubah  hakikatnya tetap sama. Jadi janganlah mudah mengalah tarik nafas berdepan masalah, selagi kita hidup  lelaki tidak boleh memusnahkan hidup kita. Hidup kita tidak berakhir bila berpisah dengan lelaki. Mungkin ia baru sahaja bermula. Dari tidak tahu segalanya dan tidak punya apa-apa kita mampu mengubah dunia. Berjuang untuk hidup dan hidup perlu diteruskan.Biarkan dunia berputar di tapak tangan kita.............



Pusat Pengurusan Al- Firdaus Shah Alam

Lisa Amin

Semuanya nak duduk atas riba.....


30/5/2012

Terima Kasih kepada cuti-cuti malaysia Tambun Lost World di Perak kerana ia telah mencetuskan idea untuk memberi kepada insan lain.Satu ayat yang paling sadis adalah kalau nak tunggu kaya tak tau BILA??? Kalau tengok memang la yang selalu menderma ini orang kaya ada bisnes ada pendapatan puluhan ribu sebulan. Saya nak tunggu semua tu hemmmmm ntah la.... entah kan ada entah kan tidak... jadi saya tidak layak menderma kah??? layak memberi di pasar malam??? di flyover ??? RM1 @ RM 2 ya kalau dipikirkan logik begitulah selayaknya bagi orang macam saya.Tapi keinginan untuk memberi itu ada cuma tidak dizahirkan kerana tersekat dengan sebaris ayat KALAULAH AKU KAYA......JAdi sekarang saya sudah tau saya tak perlu tunggu jadia KAYA.....


Fokus untuk makan

Sewaktu perjalanan ke Tambun Lost World kami melalui kawasan perumah ini dan kakak saya menyatakan di dalam kawasan perumahan itu terdapat rumah untuk anak-anak golongan asnaf. Kawasan kejiranan kakak saya pernah menderma di sana. Jumlah penghuni di sini tidak ramai bawah dari 40 orang. Jadi kalau nak menderma barangan seperti pakaian, beg atau sebagainya mesti besar jumlahnya. Mana nak mampu. Jadi hanya yang termampu mungkin membeli KFC untuk memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak. Jumlahnya tidak mahal dan masih mampu. Saya berkongsi dengan kakak saya untuk menderma kali ini insya Allah satu hari nanti saya akan memberi secara solo.

Tengah Buat apa erkkk


Pengalaman pertama ini sunguh indah tidak tergambar dengan kata-kata melihat mereka semua gembira menikmati makanan dan bermain mainan. Kanak-kanak memang mudah dihiburkan dan sangat mesra. Tanpa segan silu mereka memeluk saya bagaikan sudah  biasa bertemu. Mereka juga duduk di riba saya sungguh seronok dah lama tidak memanjakan kanak-kanak. Apa yang paling menyentuh hati mereka sungguh tertarik dengan jam tangan dan kerongsang bergantung yang ada rambu-rambu di tudung.Mungkin jauh di sudut hati mereka teringin memilikinya. Saya tengah berfikir untuk mengusahakanya nanti mau meredah kedai borong rasanya tidak terlalu mahal.





Mereka insan yang serba kekurangan, tapi walau apa pun mereka perlu meneruskan hidup walaupun berjauhan dari keluarga. Kebanyakan anak-anak di sini merupakan anak golongan asnaf yang tidak mampu disara oleh keluarga sendiri.Bayangkan dalam usia sekecil ini mereka dipisahkan dengan keluarga kerana kemiskinan hidup. Kanak-kanak yang hanya berusia kurang dari 6 tahun. Hidup bersama kumpulan dan mereka menguruskan diri dengan bantuan yang sangat minimum dari penjaga rumah ini.

Sedang menikmati makanan
Dayana nak bagi air

Sibuk tunjuk permaianan

Sangat Comel

Mengapa???

Lisa Amin





MENGAPA TANGAN KU KAU LEPASKAN JIKA KAU CINTA HANYA KU SEORANG