Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

20 March 2013

Terlibat lagi.............

Lisa Amin




Ntah la tak paham juga..............kenapa selalu jer terlibat dengan benda pelik-pelik.........mesti nampak benda yang orang lain tak perasan............tahu benda yang orang lain tak tahu........... itulah masalahnya....

Malam nie kes hilang barang pulak................hari esok mesti kena panggil dengan encik bos............tapi pengajaranya malam nie..............kalau orang marah..........kita jagangan cakap banyak.....sebaliknya ambil peluang untuk analisis apa yang dia cakap.............fikir dan baru berhujah...............terutamanya dalam kes salah meyalahkan.........dalam dia bercakap mesti ada salah fakta................

Siap nak lapor polis lagi..................elok la tu..................sila la lapor tegak kan hak anda okey.....



21 November 2012

Solat Qasar dan Jama'

Lisa Amin


Untuk orang yang selalu pergi mengembara pengetahuan am ini penting...... sebab jarang buat maka kita perlu selau merujuk kepada buku........jadi zaman teknologi di hujung jari nie..... boleh cari maklumat dimana sahaja.........cuma kadang kala penerangan nya kadang kala mengelirukan...........yang ini lebih mudah untuk saya fahami harap dapat membantu orang lain juga..........ingatlah dimana jua kita berada solat tu WAJIB ya......


 Panduan Solat Qasar Dan Jama' Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

 1.0 Solat Qasar


 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

 i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

 ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


 1.3 Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

 1.4 Syarat Solat Qasar


 i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

 ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

 iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).

 v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

 1.5   Contoh Niat      أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

 2.0 Solat Jama'

 2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

 i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

 ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


 2.2 Syarat Solat Jama’

 2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

 i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

 ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

 iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

 iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

 v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

 i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. 

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

 2.3 Contoh Niat

 2.3.1 Jama’ Taqdim

 i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat   أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar  أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 2.3.2 Jama’ Ta’khir

 i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

12 November 2012

Lisa Budak Stokin

Lisa Amin


Ni baru beli untuk pergi Gopeng Perak


Tak tau la kenapa..........stokin nie termasuk dalam list pakaian aku yang boleh tahan pentingnya.......... kaki ku ini perlu sentiasa disarung dengan stokin sebab memang tak tahan sejuk.............kalau bab sejuk walaupun aku comel macam anak gajah yang kaya lemak..........tapi tak tahan sejuk............orang kata anak gajah tahan sejuk..................tapi saya berdarah sejuk...............so kalau cuaca dingin memang kalah la............bulan sebelas dan dua belas memang kipas tak on langsung...............

Tiap malam memang pakai baju sejuk dan stokin................kalau kat umah mak mesti kata...........ko nie aku tengok dah macam orang dalam pantang dah.............hahahahahahaha sejukkkkkkkkkkkkkkkkk nak pulak duduk kat umah yang jauh di kaki gunung...........tiap pagi ada kabus...............lagi la tak tahan sejuk...........air kalau musim hujan tak payah cakap la...........sejuk sampai ke tulang hitam. Koleksi stokin ni akan bertambah sama je macam aku tambah kasut.............beli pun yang murah- marah je............so kalau nak beli taip-tiap pulan pun tak terasa sangat.................

Downtown cheras RM10

07 November 2012

Malas............malas...........malas

Lisa Amin



Tak pernah sangka saya nie memang benar-benar malas bab baju nie.................paling malas nak simpan dalam almari............oh baju.......... tolong la masuk sendiri dalam alamari.............plz.............plz...............plz  sebenarnya kalau dikutkan bab baju nie memang serba malas.............orang cerewet macam saya memang susah................ nak buat yang terbaik tapi malas............kenapa la dapat perangai ketelitian macam mak teh sidah...........nak susun sama cantik.............sama warna ...........sama jenis............sama besar...........sama panjang............maka bila saya tidak dapat menjadikan almari saya seperti itu............saya sakit hati pada diri sendiri............adoi.............rasanya sejak musim hujan nie dah hampir 3 minggu saya cuma basuh.......lipat dan kemudian letak je atas meja.............wah banyak malas ini budak..........sudahlah kain sekarang ni sejuk-sejuk je sejak musim hujan nie............nak lipat pun malas ...tapi tak seteruk malas nak susun dalam almari................rasanya satu dua hari nie kena operasi almari baju .............kena keluarkan semua dan susun semula...............tambahan pula minggu depan nak pergi aktiviti luar lagi.............maka jika tidak dilakukan sekarang kemalasan akan menjadi terlampau........ini 1 azam....................kemas almari..............oh malasanya.................tuhan bagi la kekuatan kepada hamba muiini untuk megemas almari............amin...

15 October 2012

Big Apple Donuts & Coffee

Lisa Amin



Nyum............teringat kisah di padang indonesia dari kira duit nak makan sehingga duduk tersadai di Shopping Mall menikmati bau donuts dari moko-moko kot nama dia ala-ala big apple.........arghhhhhhh sedapnya ...........tapi tak de duit rupiah dah nak beli.................sedih kot.............seumur hidup ini pertama kali nak makan tak de duit..........hahahahaha teringat malam last kami di sana nak habis kan duit rupiah denagan menikmati skoteng, soto dan sate madura.........hahahaha tu pun puas kira duit..............hehehehehe



Dengan penuh emosi cakap nak pergi merempit ke Alamanda untuk beli BIG APPLE........... Kalau dari UKM nie yang dekat untuk ke cawangan nya hanya di Alamanda, The Mines or Mid Valley  jadi pilih aja mana-mana cawangan yang berkenan............... tapi sekarang dah ada buka kat WARTA BANGI .............wah sukanya dekat je..........dengan 36 perisa yang ada ........senang nak mengemukan badan nie.........nyum..........nyum...nyum

17 January 2012

Sabar.................

Lisa Amin

Sabar itu separuh dari iman.......... dan akhir-akhir ini mulut-mulut kreatif bertanya yang separuh lagi tu apa??? Hahahahah pikir la sendiri................


Hari ini saya menjadi lebih penyabar dengan menanti selama  2 jam 3 minit. Tempoh bersabar yang boleh tahan jangka masanya. Janji yang lewat di tunaikan dari siap pakai tudung, dah buka pun, dari menunggu dengan penuh kelaparan dah kenyang pun. dari belum zuhur dah zuhur pun, dari pakai seluar slack dan tukar kain batik. Ohh lama nya sabar saya yang jarang-jarang berlaku. Sejak saya akhir-akhir ini saya terikir  adakan saya menjadi lebih sabar @ lebih matang. Atau sebenarnaya saya berjaya membuang ego saya untuk marah. Kadang kala timbul perasaan kagum pada diri sendiri, kerana dulu saya tidak begini. Adakah saya menjadi lebih baik???? penuh tanda tanya................Jangan marah-marah lisa............

Atau ini boleh dikatakan membiarkan orang lain memijak kepala kita dan mengambil kesempatan kerana kita sentiasa sabar??? Mungkin orang lain akan kata kalau kena kat aku...... mesti angin satu badan kot. Hemmm

15 January 2012

Kena Tendang Dalam Kolam Renang Danau UKM

Lisa Amin



Hari ni cuaca memang baik cerah dan terang benderang.Panas pun boleh tahan selepas terbelanggu dengan masalah air selama hampir seminggu kat UKM ni. Jadi bila panas ni terfikir juga kalau panas cam ni dalam 2 minggu kemungkinan air tak da tu boleh berulang kembali. Oh tidak pobia kot kalau air tak da ni.Kalau sakit perut memang tak boleh nak cakap apa la sabar je la.Tapi air tak da ni bukan masalah UKM ni masalah negara. Memang air di empangan dah kering??? Katanya 2014 bekalan memang tak cukup............ hemmm cam mana ni rakyat selangor???? Mungkin undi adalah rahsia.......... kerana ia rahsia maka kita menerima akibat dari kerahsiaan kita.

Apa hal pulak membebal pasal air ni..............pasal undi la.......... kurang akal ke????? Sebenarnya nak cakap hari dengan semangat berkoba-kobar nak pergi berenang kat danau. Sampai je sana  ohhhhha tidak ramanyai orang lupa pulak hari ini, hari ahad. Hari untuk bersama keluarga. Maka ada bermacam ragam manusia di kolam renang. Ada yang bawak bibik, ada suami isteri bersama anak, ada yang bawak adik, anak saudara, sepupu dan rakan taulan. Tak kisah la. Harta awam kan boleh la sapa nak datang pun bayar jer RM 2 semua orang boleh mandi.

Cuma yang kurang berkenan sikit bila masuk kolam semua buat macam kolam kat rumah sendiri. Nak main bola la, bergurau senda la, dengan rambut yang tak berikat dan tak pakai cap. Adoi tau la rambut kamu cantik tak perlu tunjuk kot. Dengan budak lelaki yang tumpang mandi sekaki............. kata saya dalam hati tak baligh lagi kot...Kalau tak tak kan la kakak dia bawak mandi kat sini. Hari saya siap kena tendang lagi dalam kolam punya la nak main sangat. Jagan sampai ada yang kena tendang dengan saya pulak. Sudahnya ambik keputusan balik je la. Boring betul dah la bayar RM 2 tak sempat nak menggunakan semaksima mungkin. Bayar pakai duit syiling sepuluh sen pulak tu. Jahat tak????? hahahahha

Cermin Diri

Lisa Amin



Apa yang boleh mencerminkan diri kita? Ada yang berpendapat penampilan itu penting? Ada yang kata budi bahasa itu penting? Ada yang kata pakej lengkap itu penting? Ada yang kata cantik itu penting? Ada yang kata tingkah laku itu penting? Dan segala macam lagi yang boleh mengambarkan diri kita.

Kalau rupa ada tapi budi bahasa tak ada pun tak guna juga.Kalau budi bahasa ada tapi rupa tiada pun tak sedap mata memandang kata orang. Kalau ada yang memiliki pakej lengkap alhamdulilah la. Tapi kalau ada orang kata hati tu cermin diri yang terbaik tu mungkin ada asasnya.Tapi macam mana yang tak de pakej macam saya?? tak comel, tak pandai, tak kaya, tak la berbudi bahasa sangat........... jadi orang macam saya akan jadi manusia terpinggir mungkin.

Tapi hati yang baik tu penting. Saya mengaku secara lahariahnya orang akan melihat saya sebagai orang yang sombong. Tangok muka pun dah tau. Memamg nampak sombong dan ganas sangat.Dikatakan juga dari bulan kelahiran, saya ni mampak macam mementingkan diri sendiri tapi sebenarnya mungkin lebih baik dari yang orang yang sejak lahirnya nampak baik-baik belaka.

Sepanjang hidup saya saya bertemu dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai perwatakan. Dan cara saya menilai  orang memang tidak pernah sama. Kerana akhirnya saya tetap akan menggunakan mata hati saya untuk menilai.Jadi kalau dengan saya kamu jangan nak berlakon pulak.Kalau kamu jahat pun tak mengapa kerana saya yakin akhirnya saya akan temui kebaikan dalam diri kamu. Saya yakin sejahat-jahat manusia pastia ada kebaikanya.

Cermin diri yang paling penting adalah dari hati kita. Seribu kebaikan tidak mampu menutup kejahatan yang terdapat dalam diri kita. Begitu juga seribu kejahatan tidak pernah dapat menutup kebaikkan yang kita lakukan.

09 October 2011

Bagaimana harus Kita memberi dan menerima??

Lisa Amin

Teruskan memberi supaya ia mekar


Adat memberi kena adil .... ada menerima kena bersyukur

Lisa Amin:: Keliru

Lisa Amin



Sepohon pokok pun ada dahan yang berdaun dan ada juga dahan yang hanya ranting sahaja walaupun dari pohon yang sama... Mungkinkah ini yang di katakan takdir?


Hidup sebagai manusia ni memang serba tak kena? " Serba tak kena kenapa pulak erkk?
Macam ni sebenarnya budak Lisa Amin ni baru terpikir satu soalan..........

Benarkah sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur itu akan memakan diri?

Ya la kadang-kadang kita ni sebagai manusia kena bertolak-ansur........... tapi bukankah hakikatnya bertolak ansur itu perlu dilakukan oleh semua orang dan bukanya oleh satu pihak sahaja.Tapi jika hanya kita saja yang bertolak-ansur kadang kala jika dipikir dua kali ia macam tidak adil. Seolah-olah kita ini tiada perasaan dan hipokrit kerana sentiasa bersabar........ Kalau dikutkan hati kita ni bukan la sabar sangat cuma jadi insan yang lebih memahami............

Jadi siap pula kan faham kita jika kita sahaja yang faham orang lain????

13 September 2011

Jari Jemari Kaku


Lisa Amin



Jari jemari kaku bakal beraksi, sebenarnya nak cuba sangat bakat yang lama terpendam. Rasa-rasanya boleh tapi .........tak pasti ya ke tidak. Jadi sebagai bukti untuk pengesahan bakat terpendam ini. Ku cuba gubah 4 jambak bunga untuk percubaan pertama. Jadi lepas ni tak perlu pikir berjuta kali kemampuan diri dalam mengubah bunga jadi ke tidak. Rupanya jari-jemari ini masih memiliki bakat seni. Sekali pun bukan pengubah bunga, tapi tak la teruk sangat rupa gubahan bunga yang di cuba-cuba ni.  



Rupanya dalam sibuk-sibuk mengubah bunga di bulan puasa terlupa nak snap bunga yang dah siap gubah. yang sempat cuma gubahan dasar sahaja. Gubahan pertama bermula ketika waktu berbuka puasa nak tiba tak sempat nak snap yang dah siap. Cuma sempat ambik gambar gubahan dasar je. Sambungan gubahan pula ketika lewat malam menjelma. Dan menyedari tak cukup la pula bunganya. Jadi tertangguh hingga ke hari raya. Di siapkan dengan disaksikan oleh mata-mata tak percaya bahawa itu gubahan sendiri bukan beli dari kedai. Katanya macam beli je............ so ini boleh la di jadikan penyataan bahawa gubahan ni setanding yang dijual di kedai dengan bermodalkan RM 100 dapat jimat RM 350 berbaloi-baloi.



Terima kasih untuk emak juga kerana bersusah payah basuh dan berus pasu bunga yang dah lama bersawang tu.So lepas ni tak perlu beli bunga yang siap digubah lagi. Jimat duit emak.heheheh

26 May 2011

Jalam TAR dan Citrawarna Malaysia 2011

Lisa Amin



Kesilapan tenikal.........hahah dah lama tak tengok citrawarna malaysia ni dulu-dulu masa kecik-kecik jerr.....  tap sejak dah besar yang masih pendik juga ni..... Tak berkesempatan pulak nak pergi tengok. .Alkisahnya pada 21 May 2011 dari agenda tengok wayang di Time Squre di panggung Max. Memang puas hati sebab besar sangat......... rasa macam pelik jerr.... Tengok Pirates Of The Caribbean........... cite dia mmg best....... tengok pulak 3D  kata Captain Jack Sparrow masa ditanya kenapa dia tak mo minum air mata air tu..........supaya kekal hidup dan muda sepanjang masa. Dia kata dia suka manfaatkan kehidupan sebab dia tak tahu bila ajal dia..... dia mahu merasa nikmat atas setiap denyut jantungnya dengan penuh perasan.........hahahah sempoi jerrr.................

Lepas tu sibuk pulak nak mengnatar Ain ke hentian pudu raya........... Yang serba baru dan morden tu. Allahamdullilah memang sangat selesa.............. tapi bangi ornag yang tak biasa agak keliru masa nak masuk parking sebab kat pintu masuk ni dia tulis perkataan besar berkaitan peraturan TEKSI........... ingat kereta awam masuk ikut lain.......... dah terlajak....... adoii bukan senang nak U turn kat KL ni....... Sempat juga membuat tinjauan........ jadi benarlah kata orang KLIA dan LCCT ada di mana-mana..........hahahaha bayaran parking pun agak berpatutan... masuk kurnag 15 minit free............ ok la tu....

Selepas tu kami meneruskan agenda ke jalan TAR......... awan medung berarak......... selamba jalan je... orang pun tak la ramai sangat..........Mula-mula cari makan la....... lapor sarapan kat bangi je bagi tu...... kak Maz nak mkn nasi kerabu...... cari-cari sampai hujung jalan......... makan je la... tp rasanya bukan tempat biasa makan..... je dulu mmg ada satu yang sedap kat bahagia hujung  tu....... dekat dgn Sogo. Tapi dah tak jumpa...... hentam sajalah....... tak sedap pun....... mujur tak mahal sgt...... masa tu hujan rintik-rintik dah turun....... kami pun singga kat satu gerai jual kain pasang. Sebab Cik Maz mmg niat  nak beli baju untu mak dia pun..... pilih punya pilih........ angin dan ribut melanda di susuri hujan lebat......... apa lg teperangkap la kat situ. Sempat juga melihat peniaga berkemas................ siap kena pegang khemah ada yang sampai nak runtuh.......... kesian nya.......... basah kuyup dia jaga kedai dia. Lama la juga kami kat situ dekat 1 jam lebih..... huhuhu.............Mula berkenan kat satu corak kain tu........ tapi nak yang tak de batu......... tak de so tak jadi beli......... Kak maz je beli 2 pasang. Dalam dok tunggu hujan reda....... belek punya belik berkenan pulak nak beli 1 pasang........... hehehehe godaan mata. Sudah la Kak Cik Maz tu belum semuh betul-betul lg......... Kembang lukanya........ siap tukar selipar lagi..... kesian dia.

Bila dah reda sikit kami pun meneruskan perjalanan.............. masuk pulak dalam kedai yang saya banggil kedai dalam tanah........ kedai tudung........... murah gilerrr...........paling mahal RM 14 hinggit,,,,,,,,,, sebaparuh harga dari kedai kat luar tu...........Sempat beli selendang 2 pasang......Teruskan perjalanan....... Cik maz kata tak kenanyang makan nasi kerabu tak sedap......... so singgah kedai laksa............. makan lagi... tap tak sedap juga bukan kedai laksa saya............... mengidam laici dan agar-agar beli lagi........ makan sungguh kami.......... memandangkan magrib pun dah tiba...... kami ambill keputusan nak balik sahaja.. baju dan seluar pun dah basah......... kami pulak parking kat Masid Jamek parking baik punya lokasi.

Singgah solat magrib kat masjid jamek................ jumpa pulak budak-budak pakai pakaian beraneka ragam... siap interview lg.......ni kenapa pakai macam ni......... nak buat apa......... kat mana......... pukul berapa......... hahahah ada hati lagi nak pergi dah la hujan lagi masa tu.......... lepas solat ambik payung pergi juga ke dataran....... memandangkan hari sedang hujan tak ramai orang........... ada kerusi yang dikhaskan untuk penonton yang masih kosong........ kami pun apa lagi........ ambik kesempatan la.......rasanya kalau tak dapat tempat duduk tak de la kamu tunggu dari awal sampai akhir........... persembahan bembukaan dimulakan dengan tembakan bunga api......... cantik betul....... 5 minit.............. saya suka-------- saya suka... persembahan mengikut budaya rakyat malaysia....... dari Melayu, Cina dan India termasuk Sabah, Sarawak dan KaumPeribumi malaysia..... Orang Kita katanya @ Orang Asli........... Termasuk juga budaya siam......... mega sale...... memang meriah............. Kehadiran Yang Di Pertua Agong Bersama Permaisuri menambahkan lagi kemeriahan majlis......... dan kata saya  ini berkat Tuanku...... sebab tu la ujan pun berhenti........... persembahan penutup pun ada bunga api juga......... lagi sekali suka... suka.. suka....




10 May 2011

Apa Maknanya

Lisa Amin






Apa Maknanya Memberi Dan Menerima?????





Marahnya..................

Lisa Amin





Meratip apakah malam ini???.......... niat tadi nak tidur setelah menamatkan FB lebih awal dari biasa. Isu hangat-yang sememangnya panas.......... tidak boleh dimarakan lagi.............Kata orang api jgn di simbah minyak..... sikit-sikit boleh la bila ia sudah marak saya tidak mahu terlibat lagi..........hahahah... dari cerita biasa.... jadi cerita luar biasa.......... hemmm saya tidak sanggup kerana saya punya etika saya tersendiri dalam dunia maya ini. Mungkin kadang kala saya juga tebawa........... tapi demi Allah saya tidak berniat..... mungkin biasa bagi saya tapi luar biasa bagi orang lain............... biar apa pun orang lain guna sebagai kayu ukur untuk menilai manusia.......... saya juga ada.......... saya memerhati dan juga menilai........... sebab itu wujudnya insan terpilih...... yang bukan pilihan saya.............Jagan risau tentang siapa kamu.......... saya terima apa adanya....

Jgn risau tentang harta mu..........
Jgn risau tentang rupa paras mu..........
Jgn risau tentang pendididikan mu.........
jgn risau tentang pakaian mu...........
Jgn risau tetang pekerjaa mu..........
Jgn risau tentang status mu.............
Jgn risau tentang pegangan agama mu..........
Jgn risau tentang apa sahaja............
JADILAH DIRI KAMU..........

Kerana ia bukan kayu ukur biasa aku melihat jauh dari jendela hati......... jauh tapi ikhlas............jaga lah percakapan mu kerana dari sana aku mengenali diri kamu........... manusia yang leka berkata-kata tidak pernah sedar bahawa dia telah berbogel di khalayak umum..........semakin banyak kita bercakap......... semakin kita seronok dan lupa siapa kita...... di situ kita kan menjadi diri sebenar.................

PS: 44466444... 55444244 ... 9999...6

09 May 2011

Katanya Cinta.........

Lisa Amin

Apa khabar sayang..................


Katanya Cinta Telah Dibeli Hati Yang Suci

Lupa La Pulak......... Pantun

Lisa Amin

Dahulu pernah terjumpa serangkap pantun............ Tapi dah lupa la pulak............ kenapa nak berpantun pulak ni......... Hati batu ni mula menjiwang atau salji mula mencair............ Entah la..... yang pasti ungkapan nya tidak berubah....................

Lelaki itu tetap seperti sampah......
Boleh dikitar semula.........Kalau mahu.........
Boleh di bakar kalau benci............

Mencari 1 antara berjuta bukan senang ibarat mencari jarum di dalam rumput........Apa yang dicari??? Bukan memilih....... cuma membuat pilihan.......... Jalan bahagia tau derita???? Selama mana ...........mahu menjadi bunga yang tidak di hinggap kumbang??? Kenapa tidak pernah yakin bahawa bahagia akan kunjung tiba ????

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bunganya Emas Tangkainya Embun

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22 April 2011

Pilihlah Calon Suami Yang Bulat-Bulat

Lisa Amin

Motivasi pagi  22 April 2011............ Potensi Peribadi Berdasarkan Fizikal.......... gitu la tajuknya... menyesal tak bagi perhatian dengar sipi-sipi jer....... Sibuk update D'beli................antara yang sempat saya dengar adalah:

Lelaki yang bulat-bulat ni memang mudah membahagiakan wanita kerana ia bagikan fitrah alam..... cuba tengok banyak benda semula jadi yang berbentuk-bulat contohnya bulan, matahari. planet dan bumi. Betul juga sudah la bulat dan semunya tu sangatlah berguna kepada kita............. saya tak sempat pun  nak ambik mana tetamu jemputan untuk motivasi pagi tapi yang pasti dia seorang wanita.  Katanya lelaki jenis ini kalau dibuat suami akan membahagiakan........... isteri hanya perlu sediakan makan... buka tv dan berikan semangkuk kacang...... dia akan sentiasa bersama kita. Lelaki jenis ini mudah juga dibawa berunding dan diajak berbincang............ Ni je yang sempat saya dengar........

Kisah lain yang dia sentuh pasal pakaian dan bentuk fizikal.... ada juga dia sebut pasal pakaian wanita dan lelaki......... tak ingat sangat sebab ia tak menarik. Tapi bab lelaki dan bentuk fizikal dan pakaian telinga saya ni boleh la dengar pelik....... walaupun tak jelas sangat tapi saya dengar antara nya lelaki yang jenis apa tah dia panggil macam lebih kurang  cam ni dia kata" lelaki jenis menjaga penampilan ni ....semua nak sukat, makan nak sukat, sistematik dan sentisa nak sempurna ni memang la susah. Sebab semuanya dia nak jaga... berbanding lelaki bulat.............. BULAT lagi yang dipuji.......... mereka ni memang mudah meneriama apa yang telah diberikan....... dan kita hidup kena ada gaya yang tersendiri jangan terlalu memaksa........hidup kena enjoy........ jangan stess...... ya la orang bulat ni mesti dia tak kisah....... bulat pun bulat la.. sebab tu la dia bulat............heheheheh

20 April 2011

Doa Untuk Mendapat Jodoh

Lisa Amin

Saya selalu ditanya bila mahu berdua???? bila .............jangan la....... tanya kat saya cam tu............ tak dapat nak menjawabnya. Saya pecaya ramai yang yakin kat saya kalau saya kata...... saya tidak berpunya. Lihat saja dari segi fizikal dan penampilan saya. Memenag layak pun tidak berteman.......... dan kalau orang tanya pun memang saya kata tiada............ saya tidak pasti sebenarnya dengan pilihan yang ada....... dan  jauh disudut hati saya di ruang yang paling dalam.......... ia masih kosong dan belum terisi. Selagi mana saya berkasih sayang ......saya tidak akan akaui ia milik saya kerana ruang itu hanyalah akan saya isi sebaik sahaja saya memiliki seorang lelaki yang telah halal untuk saya. Jadi bukan kan ia masih kosong dan saya bukan milik sesiapa................. saya buka ruang dan peluang ini kepada semua orang................ sehingga ada yang telah memperisterikan saya. Jangan pulak kata saya tidak setia.......... kerana saya akan hanya setia kepada suami saya ...... HARAP MAKLUM.

Ketika ditanya oleh rakan-rakan tentang sang kekasih dulu saya jawab tiada......... sekarang saya jawab ada, tapi dia bukan pilihan saya......... tetapi dia memilih saya. Maksudnya....... ada insan yang harap-harapkan... tapi saya bukan pilihanya..... tidak mengapalah. Lalu ada la seorang teman berkata.......... kalau kau betul-betul nak dengan orang yang kau harapkan......... aku boleh bagi doa........... untuk dapat jodoh....... lalu dia bacakan doa ini untuk saya...................



Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,

Jodohkanlah....
Jika dia tidak berjodoh denganku,

Maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,

Jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain,

Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan

Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku ..

Lalu saya berkata kepada teman saya.......... wah doa macam ni pun ada ker? Tak pe la............ saya cakap kat dia......... saya tak akan minta dengan Allah sesuatu yang bukan hak saya.... ini bermakna saya tidak berani amalkan doa ini. Jadi kepada mereka yang mengharapkan sesorang dan bersungguh-sungguh amalkanlah.Saya terfikir kenapa saya tolak doa ini??? adakah kerana saya tidak 100% mengharapakan kepada si dia yang saya harapkan.............. 

Kolam Renang Danau

Lisa Amin




Sejak bertapak maju di kolam yang jauh lebih besar ni bukan main syokkk lagi............... Hari ini macam biasa melompat terjun di kolam yang dalam bersama Cik M dan cik S. Cik S jarang pergi berenang bersama  kami. Cik Z pulak dah balik kampung...... ada urusan katanya. Urusan yang tidak dinyatakan dengan jelas urusannya dan bukan urusan saya untuk ambik tahu. Tapi untuk sesi renang hari ini saya terasa penat yang luar biasa. Memang saya berenag macam biasa paling tidak 3 round tapi hari ini penatnya ampun................ penat sungguh. Mungkin sebab saya tidak makan hari ini ibarat puasa tanpa niat. Hahahah tiada teman untuk makan kesian saya........ cadang nak basuh baju pun tertangguh kerana penat dan lapar. Biarkan dulu baju dah nak penuh sebakul. Saya tidak dapat jangka keadaan saya minggu ini. Kerana mengikut katanya dia akan datang minggu ini. Jadi adakah dia akan datang bertemu saya. Kita tunggu dan lihat sahaja........ tempoh masa sehingga ahad. So cerita dia ini kita tangguh minggu depan. Dia ............... Siapakah dia............. hahahah hanya saya yang tahu...................hahhaahha

Balik berenang perut yang memang lapar ni, dah menganas. Maklum lah orang puasa pun dah sepatutnya berbuka......... pasar malam kah? ke mana nak bawa perut ni makan...... rasa macam nak makan nasi dagang. Selesai mandi  SMS Cik M. Katanya nak makan di KFC....... saya ok saja.... sebaik sahaja selesai bersiap terus menuju kelokasi. Sedapnya makan.......... tapi saya tak suka sangat KFC Chicken Chop baru tu.... biasa je bagi saya tapi egg tart tu sedapnya nyumx2............ Lepas makan kami meronda jap kat dalam Giant ingat nak beli stok barnag malas la pulak sebab lepas amkan rasa sangat kenyang. Tiba rasa lengguh seluruh badan dan sakit pinggang........... pendik kata penat yang luar biasa. Kenapa???? saya pun tak tahu...... Nak kata berenang banyak kali tak kot.........  biasa je. Balik makan saya terus tido......... hahahah tapi macam biasa dalam jam 11 malam saya akan bangun dan meneruskan aktiviti burung hantu sehingga ke pagi.... 

15 April 2011

Wanita itu anugerah............

Lisa Amin



Wanita itu satu anugerah.......... wanita itu ada kuasa tersembunyi ............. bila ia terancam dia boleh mengoncang dunia.Wanita boleh melakukan banyak perkara yang mampu membuatkan mata kita terbuka. Wanita juga ada semangat dalam dirinya yang kita tidak pernah tahu,  bila dia sudah membuat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

Dan
Lalukan apa sahaja itulah kuasa wanita............