Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








13 September 2011

Jari Jemari Kaku


Lisa Amin



Jari jemari kaku bakal beraksi, sebenarnya nak cuba sangat bakat yang lama terpendam. Rasa-rasanya boleh tapi .........tak pasti ya ke tidak. Jadi sebagai bukti untuk pengesahan bakat terpendam ini. Ku cuba gubah 4 jambak bunga untuk percubaan pertama. Jadi lepas ni tak perlu pikir berjuta kali kemampuan diri dalam mengubah bunga jadi ke tidak. Rupanya jari-jemari ini masih memiliki bakat seni. Sekali pun bukan pengubah bunga, tapi tak la teruk sangat rupa gubahan bunga yang di cuba-cuba ni.  



Rupanya dalam sibuk-sibuk mengubah bunga di bulan puasa terlupa nak snap bunga yang dah siap gubah. yang sempat cuma gubahan dasar sahaja. Gubahan pertama bermula ketika waktu berbuka puasa nak tiba tak sempat nak snap yang dah siap. Cuma sempat ambik gambar gubahan dasar je. Sambungan gubahan pula ketika lewat malam menjelma. Dan menyedari tak cukup la pula bunganya. Jadi tertangguh hingga ke hari raya. Di siapkan dengan disaksikan oleh mata-mata tak percaya bahawa itu gubahan sendiri bukan beli dari kedai. Katanya macam beli je............ so ini boleh la di jadikan penyataan bahawa gubahan ni setanding yang dijual di kedai dengan bermodalkan RM 100 dapat jimat RM 350 berbaloi-baloi.



Terima kasih untuk emak juga kerana bersusah payah basuh dan berus pasu bunga yang dah lama bersawang tu.So lepas ni tak perlu beli bunga yang siap digubah lagi. Jimat duit emak.heheheh

1 comment:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

ooo ini la bunga nya..cewahh pasni boleh la gubah hand bouquet sendiri plak kan kan..wink2! hik3