Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Hidup Ini. Show all posts
Showing posts with label Hidup Ini. Show all posts

13 May 2014

Kemalangan ...... Opsss Maafkan Saya

Lisa Amin



Bulan pecah-pecah kan harta benda dan bulan tumpah-tumpah apa yang ada....adoiii punya la siksa nak bersihkan..... Dah la tuannya rajin tak tentu arah. Tak tau la orang kata kalau benda pecah mesti ada yang tak baik nak berlaku. Tapi allhamdullilah la tak da benda buruk yang berlaku. Sentap juga jantung sekejap time pecah tu. Sakit hati pun ya juga..... Kenapa cuai sangat. Tapi benda dah nak jadi kan...... Apa lagi nak dikata, pasrah je la. Bersyukur la baru sikit yang tumpah. Baru satu yang pecah kan.



Tapi hairan juga kalau dikenang kembali tahun agak mencabar buat saya tak sampai sentengah tahun macam-macam yang berlaku. Haii macam ni la hidup penuh warna warni. Seingat saya la saya ni payah nak pecahkan barang. Tiga empat tahun sekali pun payah. Tu yang hairan tahun ni saya dah pecahkan 1 mangkuk, satu piring dan 1 pinggan. Hampir cukup kot kolesinya tinggal cawan je yang tak masuk list. Macam mangkuk tu terhempas sikit jerr tapi pecah juga.Tak pe la benda dah nak jadi kan sabar je la. Kutip la satu- satu lepas tu sapu kemudian mop je la lantai tu.sabar itu separuh dari iman.





Lepas tu pulak kes tumpahkan.....hari tu 2 kali tumpahkan sabun basuh.....adoiii cuainya la. Yang ni lagi susah nak bersihkan. Sekali tu bijak sangat letak atas mesin basuh. Lepastu tinggalkan mungkin masa basuh or spain tu mesin goyang so tumpah la ia. Sekali tu kalut sangat ambik barang dari pantry barang bilik mandi tak sengaja terbalik kan satu tong sabun lagi, dah la time tu kalut nak pergi pasar malam. So bawak betenang malas nak cuci pg pasar malam dulu lerrrr hehehe. Balik nanti kita uruskan.....


Tahun ni juga masa pergi sabah deman boleh tahan teruknya siap gatal-gatal macam alergik lagi.Sampai pergi jumpa dr dan kena injection. Selalunya payah nak cari demam ni. Setahun kali pun tak da. Sekarang ni batuk pulak. Masa kat sabah tu sampai kena jampi kot baru baik. Berat pun turun sebab tak boleh makan langsung semua rasa pahit. Akhirnya sebab takut perut kosong sangat makan cokolate kitkat....mujur bawak stok banyak pergi sabah tu. Stok kitkat banyak tu sebab nak hadiah free punya pasal macam cantik je bekas dia tu.Lepastu buat bubur nasik manis. Terima kasih dapur pengetua MRSM kota kinabalu.

Sisa kuah sup tumpah melekit-lekit nak bersihkan


Tak lama lepas balik sabah juga kulit kaki mengelupas dah macam bersalin kulit pulak. Tak tau kenapa maybe sebab rendam kaki kat air panas poring kot. Time tu kan gatal dapat air panas untuk rendam-rendam memang syokk la. Tapi air dia memang panas betul. Kurang sikit jerr dari tahap boleh melecur, tak boleh rendam pun kat sesetengah kolam tu. Celup kaki terus angkat. Memang panas kot.selain dari tu apa lagi erkkk ranjau dan liku suku tahun 2014 ni ooo abg ipar meninggal beberapa hari sebelum pergi sabah yang paling last hari ni nyaris-nyaris tumpahkan kuah sup dari peti beku. Mujur dah beku kalau tak jenuh nak mop lantai lagi.




12 May 2014

Hari Ibu 11 Mei 2014

Lisa Amin












Ohhhh emak saya Puan Hajah Samsida Binti Haji Talib selamat hari emak. Saya sayang emak. Tahun ni macam biasa la akan buat sambutan tertunda. Selamat hari jadi mak 8 mei dua hari penting di bulan mei. Nanti bila kome (kata ganti diri orang pahang) balik kita sambut ya mak. Tunggu la menu-menu lazat dan kek dan aneka kuih muih. Ini lah ratu hati dan syurga dunia saya. Orang kata saya anak kesayangan mak tapi bagi saya segalanya adalah hubungan timbal balik sebagaimana kita memberi sebegitulah kasih sayang itu akan kembali kepada kita secara semula jadi.

Mak saya sungguh bertuah dimanjakan suami dan dikasihi anak-anak.Sepanjang hidupnya penuh dengan limpahan kasih sayang. Sepanjang hidup saya bersamanya sekali pun kalau boleh saya tak mau dia bersusah payah.Segalanya sudah tersedia, dari hal rumahtangga hinggalah urusanrumah tangga. Mak tak payah buat. Sekali sekala saya akan mandikan mak. Tololong sabun belakang katanya tangan tak sampai.....oh mak alangkah manjanya kamu. Potong kuku aktiviti yang paling saya suka, dalam kamu kata jangan saya tetap nak buat juga, takut-takut pun kamu tetap bagi tangan dan kaki kamu.Tapi mak selagi kamu hidup minta lah apa saja, selagi termampu saya akan tunikan impian kamu.

Bertapa hati anak tersentuh melihat kedut diwajahmu.....melihat urat-urat yang timbul di tanganmu menyedarkan saya bertapa nikmat yang Allah limpahkan untuk kami semua. Bertapa gigih emak membesarkan 10 orang anak.Dalam usia emak 71 tahun menyediakan makan untuk seleranya bukan mudah. Masakan kurang pedas, kurang masin dan semua perlu dimasak dengan lembut.....tak da lagi sayur rangup kesukaan saya. Tapi itu bukan masalah besar.Apa saja untuk mu emak......apa saja.Bertapa dalam usia saya begini saya rindu nak merasa air tangan mak tapi payah nak dapat sebab setiap kali saya balik keinginan sayak untuk memasak pelbagai menu kesukaan mak mengatasi keinginan saya untuk merasa air tangan mak. Tapi pastinya lemang air tangan mak yang paling sedap, pulut dengan taik minyak. Tu je la air tangan mak yang selalu dinikmati oleh kami sekeluarga.Tak mungkin juga saya lupa 2 resipi terbaik mak yang saya belajar ikan tongkol masak ompak dan ikan tongkol masak rebus asam belimbing.Menu kesukaan mak pasti saya tak lupa sate, nasi ayam, nee goreng basah, lemang puding jagung dan sup ayam atau tulang, masak lemak daging cincang dan KFC.KFC dan sate selalu menjadi buah tangan untuk mak tiap kali balik kampung.

Hobi kita bedua aktiviti menyapu daun dihalaman yang besar macam padang golf tu pun akan menjadi kenangan. Rupanya saya juga memiliki sifat suka akan kehijauan laman tanpa daun kering yang jatuh. Saya selalu cakap kat mak kenapa nak dijolok daun dari atas pokok ketika musim luruh. Tapi sebenarnya bila saya menyapu pun saya akan jolok juga daun tu. Ini juga belum dikira hobi main asap.Sama je perangai mak dengan anak.Hobi kita ronda-ronda naik motor pergi jalan-jalan pusing kampung petang-petang. Kadang-kadang kita ronda jauh sampai perlok, kampung tengah, gol,bau dan jelai. Seronoknya hirup udara segar kampung kami.

Dalam doa saya semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan hati, penawar untuk segala penyakit dan dipanjangkan usia.Saya juga berdoa agak seluruh adik beradik saya mengasihinmak saya sepenuh hati dan sentiasa dapat mengembirakan hati emak. Zaman sukar membesarkan anak-anak sudah lama belalu. Zaman sukar adik-beradik saya juga sudah berakhir kini semua berada dalam keseimbangan hidup yang baik.Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi, cucu dan cicit sedang membesar juga dalam keadaan baik. Semoga seluruh keturunan kami dijauhkan dari segala perbuatan yang tidak baik dan keruntuhan moral zaman sekarang.

Saya juga bersyukur dengan didikan dan asuhan mak menjadikan saya serba boleh dalam pelbagai bidang. Semua kerana emak saya boleh belajar mesin rumput, tukar mentol lampu, baiki mesin basuh, yang paling best sifat berdikari yang diajar membolehkan saya mengendalikan urusan rumah tangga dengan baik. Tahu peraturan contoh selepas subuh kena sediakan minum pagi bukan tergole-golek atas katil. Baju mesti dijemur sebelum matahari terbit. Bukan jam 12 tengah hari baru nak mesin baju. Makan tengah hari mesti siap dimasak sebelum jam 1230 tengah hari. Bukan 1230 baru nak keluarkan lauk pauk dari peti ais. Ini bermakna sekitar jam 11 dan kena mula memasak.kiranya kalau duduk kat rumah mak teh sidah simpang 3 sebelum zohor memang tak sempat nak rehat. Rumah dah la besar satu kerja pun tak boleh bak skip kalau tak siap la kena membebel dengan mak teh sidah.Cara menghormati dan meraikan tetamu pun sama sesiapa je datang mesti sediakan air dan kuih. Mesti ada air basuh tangan walaupun makan biskut jerr. Pinggan manggkuk mesti tidak berkadaan baik dan tidak sumbing.

Saya juga bersyukur semua anak menantu mak saya baik-baik dan sentiasa bersatu. Terutamanya di dapur tak da orang bermasam muka antara ipar duai boleh memasak dengan meriah. Mujur dapur besar ada 3@4 orang chef dalam dapur pun tak pe. Saya juga bersyukur melihat kesabaran adik beradik saya melayan kerenah mak saya yang sungguh cerewet. Terutamanya yang lelaki. Kalau nak pergi mana-mana memang lama nak tunggu mak bersiap. Kalau nak pergi shopping tu yang paling tak  sabar. Saya pun kadang- kadang puas bersabar. Tu belum bab dia nak pastikan Rumah selamat, pintu kunci, paip air, gas, plug, dan dia yang nak bersiap lama dan hobi nak pergi toilet sebelum berjalan. Kalau bak pilih barang macam nak beli belian dia punya pilih Ya Allah punya la lama. Mujur la bab cerewet membeli belah ni tak turun kat saya. Tak tau la siapa yang dapat.

Walauapapun itulah mak saya......dan itulah mak kami. Yang paling disayangi dan dikasihi. Ini antara kisah saya dan emak memori terindah sementara Allah masih pinjamkan kami umur beliau. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mewarisi sebahagian sifat dan sikap beliau kebanggan saya didikan dan asuhan nya terbaik saya pasti boleh menjadi yang terbaik kalau bab menguruskan rumah tangangga ketika orang lain terkial-kial saya sudah excellent berkat didikan emak. Terima kasih mak....  cinta hati saya dan yang paling penting Terima Kasih Allah.

11 May 2014

Jogging Yang Tidak Kesampaian

Lisa Amin



Niat di hati tidak kesampaian......sekarang bandar baru bangi asyik hujan jerrrr. Tiap-tiap petang macam tu la selalunya.Kasut sukan pun dah lama tak dipanaskan sampai dah bersawang. Sekarang bulan rejab dah tukar jadual riadah petang, sekarang memang tak boleh pergi swimming sebab biasanya isnin sampai jumaat puasa. Jadi pilihan yang ada jogging je la. Nak jogging waktu pagi tu yang sakit rasanya lepas subuh tu nak bergolek- golek jer atas katil. Bila petang pulak hujan kalau tak hujan pun time tu menang terhegih-hegih nak masak untuk buka puasa. Biasanya hari rabu @khamis tu dah lembik dah nak pergi jogging sebab tak larat dah. Kalau puasa 5 hari ni sebab tak sahur. Then bila berbuka tak makan nasi. Biasa makan sup sayur jerrr.

Ni la laluan bisa untuk direntasi






Hari ni baru nak merajinkan diri rindu sangat nak jalan2 tengok ukm. Apa dah jadi terutamanya lepas hujan memang damai alam ciptaan ukm ni. Kalau rajin pusing ukm kalau malas pergi stadium ukm je la.  Kalau boring boleh naik tangga jerr. Macam-macam laluan boleh guna. Semua ada memori dan keindahan yang tersendiri.Niat pergi jogging ni timbul bukan apa insaf sangat hari  ni buat pesta makan besar-besaran tau pulak takut. Tapi sejak stop makan malam berat dah stop naik tinggal nak turun jerrr. Alahai berat kalau nak naik senang jerrr nak turun punya la susah. Sabar je la.

Hujan ini pasti penuh rahmat.....sekuranya untuk saya kurang satu baju untuk di berus...hehehe

31 December 2013

Selamat Tinggal Tahun 2013 Dan Selamat Datang Tahun 2014

Lisa Amin



Hemmmm bagaimana rasanya untuk meninggalkan tahun 2013......ada sesalan kerrr.. Nampaknya tahun 2013 berlalu dengan baik sekali....kerana tiada duka yang abadi... Setelah puas hujan turun pasti langit cerah semula... Setelah puas badai melanda pasti angin sempoi kembali bertiup...apa pun itu semua lumrah kehidupan yang menyedarkan kita inilah dunia, bukannya berada di syurga yang abadi.

 Apa yang baiknya tahun ini adala semuanya tenang-tenang bela 2013 telah membawa saya memgembara dan memberi gambaran baru,suasana baru, jumpa orang baru, pergi tempat baru pendik kata semua baru- baru belaka. Tahun 2013telah mmembawa saya ke perak untuk aktivi waterafting, memdaki bukit, masuk gua, mandi manda. Hemmmm semuanya mengunji keberanian,mencabar minda,menguji fizikal.Dari Taiping kita mengembara ke langkawi pulak....horey dapat naik feri.suka kan....apa dapat pergi langkawi duit jerr yang habis denggan shopping... Shopping dan shopping.... Dari langkawi kita  singgah sebentar ke pulau pinang... Pergi makan..makan dan makan...semuanya sedap-sedap belaka... Dari pulau naik pula ke tanah tinggi aktiviti yang paling menarik sekali apa la strawberis...starawberi... Nyum...nyummm.... Lala 2013 tampa disedari telah melabuhkan tirainya.

2014 pula disambut dengan pengembaraan pertama sabah negeri bawah bayu...kundasang mu tunggu aku datang... Seteruanya apa lagi yang akan berlaku hanya allah yang tahu...kekal positif, jauhi yang negetif. Jadi lebih baik dan pastinya buat yang terbaik...Ya Allah ku mohon berikan ketabahan hati menempuhi segala yang telah kau suratkan untuk hidup ku.

09 September 2013

Semakin Tua Semakin Manja

Lisa Amin



Amboii........amboiii cik lisa amin semakin tua semakin manja pulak.........banyak pantang larang.......semenjak dua tiga hari nie asyik hujan jerr kat bangi nie pantang petang hari asyik hujan...........masalahnya time hujan nie bukan apa.......hidup serba tak kena........buka kipas sejuk tutup kipas panas la pulak............duduk kat rumah dah macam ulat bungkus dah bergulung dengan selimut jerr.......kaki pulak pakai stokin macam orang dalam pantang dah...........

Tadi petang masa tengah sedap bergolek atas katil time hujan tu ada budak datang kunci tertinggal  maka dengan baik hati sebab kunci dia tak da dalam simpanan cuba nasib tengok orang kat pejabat atas ada lagi ke tidak..........malangnya mereka dah balik...........time tu hujan.........jarak pejabat dengan rumah bukan jauh pun sejengkal jerr.........tiba-tiba malam nie dah kena selsema la pulak........hidung pun dah mula berair........amboii manja sangat kena hujan sikit pun tak boleh kerr??? kurang zat makan rasa dah terlebih.....nie nak jadi macam kes hari kundasang hari tu.......kena cuaca sejuk sikit terus demam......nampaknya alah sangat dengan cuaca sejuk........cam mana nak main salji kat oversea nie....cuaca sejuk malaysia pun tak tahan belum lagi suhu .................... esok pulak dah janji dengan makcik nak buat maruku..................huhuhu......tolong lah sihat..........


10 November 2012

Anugerah Skrin 2012

Lisa Amin



Amboiiiiii sejak bila aku minat dunia glamour niee....................saje je cuma nak menyibuk...........sementara nak tunggu tido..............baru lepas habiskan nasi................dah la petang tadi makan KFC masa pergi kajang...........balik boleh makan nasi lebih tengah hari tadi .......................ingat nak makan petang tadi tak sangka pulak kena keluar..................

Lagi pun sambil tengok anugerah nie tadi sempat layan FB............banyak comment..........ada yang cakap itu...ada yang cakap ini.........macam tu la manusia banyak yang tak betul dari betul......ada yang nak tukar gandingan pengacara la...............sesuka hati dia orang jer............

Kepada sape nak tau pemenang anugerah malam ini....................

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Sumber: www.rotikaya.com

Copy  n paste aje malas nak tulis.........

09 November 2012

Bukan Salah Harimau Mati Meninggalkan Belang

Lisa Amin






If you expect the world to be fair with you 
b`coz you are fair with them.....It's like expecting a tiger not eat you b'coz you dont't eat tiger

07 November 2012

Malas............malas...........malas

Lisa Amin



Tak pernah sangka saya nie memang benar-benar malas bab baju nie.................paling malas nak simpan dalam almari............oh baju.......... tolong la masuk sendiri dalam alamari.............plz.............plz...............plz  sebenarnya kalau dikutkan bab baju nie memang serba malas.............orang cerewet macam saya memang susah................ nak buat yang terbaik tapi malas............kenapa la dapat perangai ketelitian macam mak teh sidah...........nak susun sama cantik.............sama warna ...........sama jenis............sama besar...........sama panjang............maka bila saya tidak dapat menjadikan almari saya seperti itu............saya sakit hati pada diri sendiri............adoi.............rasanya sejak musim hujan nie dah hampir 3 minggu saya cuma basuh.......lipat dan kemudian letak je atas meja.............wah banyak malas ini budak..........sudahlah kain sekarang ni sejuk-sejuk je sejak musim hujan nie............nak lipat pun malas ...tapi tak seteruk malas nak susun dalam almari................rasanya satu dua hari nie kena operasi almari baju .............kena keluarkan semua dan susun semula...............tambahan pula minggu depan nak pergi aktiviti luar lagi.............maka jika tidak dilakukan sekarang kemalasan akan menjadi terlampau........ini 1 azam....................kemas almari..............oh malasanya.................tuhan bagi la kekuatan kepada hamba muiini untuk megemas almari............amin...

14 October 2012

Hari Ahad Hari Malas Sedunia...........

Lisa Amin



Mengemas dengan senang hatinya


Hari Minggu...........hari untuk beristeri dan berehat...........hahahahaha beristirehat..........setelah seminggu menjalankan berhempas pulas..........besttttt duduk rumah........... boleh golek-golek atas katil.........boleh basuh baju...........boleh mop lantai..........boleh lap habuk.............boleh masak-masak.............boleh cuci peti ais.........boleh baut macam-macam..........ambik berjat hari sabtu dan ahad................



Semalam hari sabtu tapi tak boleh golek-golek kena bagi sokongan untuk pasukan SUKEM berentap untuk mengekalkan kejuaraan.................berada di gelangang sepak takraw, bola baling dan rugbi.........tapi sebelah pagi hujan lebat melanda....perlawanan di tangguhkan ke jam 2 petang.............memandangkan hari semalam ada janji untuk pergi melihat pameran udara di MIAT Malaysia Institute Of Aviation Technology  UNIKL......maka sebelum lunch lagi dah pergi ketika hujan renyai-renyai............cari......punya cari tak jumpa........patut la tak jumpa tersasar di jalan nyata..............akhirnya ambik keputusan pg mid velly je la........perut pun dah lapor.................makan McDonald's samurai.........hemmm tak sedap sangat....... lagi sedap Mc Spicy Chicken McDeluxe  ......... tapi  apple pie dia mmg terbaik................Lepas makan pergi menonton wayang cite stolen...............ok la juga best dan penuh aksi...............ni bagi idea kepada perompak ...........cam mana nak merompak.........tapi cerita dia penuh dengan unsur kebaikan............walaupun asalnya niat tak baik...........jd kalau jadi orang baik jgn merompak nanti susah keliru dengan kata hati............. Gitu lah kisahya...........lain yang di cari lain pulak yang di buat.................malanya sebelum balik pergi Tesco kajang shopping barang dapur............dan makan malam di kedai complicated ...............kenapa kedai complicated sebab susah nak pergi, jauh dari KKM UKM ....................jalanya banyak lubang dan sempit..........tapi masakanya boleh tahan nak pulak tom yam putih...............kedai lain mmg tak boleh buat Tomyam Putih macam kat situ..........Lagi satu Ikan Kembung Goreng Kunyit........balik pulak sambung tgk midnight movie..............



Itu cerita semalam..............so  cerita hari ini sebab semalam dah rajin...........so hari nie jadi malas la kan....bangun tido jerr.........pergi mandi dan pakai baju cantik...............cantik kerr???? hahahaha ok la dari pakai T-shirt dan kain batik or seluar track...........hehehehehe hari nie pakai dress okkk.......hemmm lepas mandi pergi beli makan.................walaupun beli barang dapur semalam hari nie........makan kat luar ya.....tu yang hari malas sedunia..............masa beli makan macam biasa la...........beli 3 jenis surat khabar wajib ya hari minggu.............beli mingguan malaysia, kosmo n metro...........tapi malas lagi nak baca..... baca tajuk besar jerr.............hahahahaha...............malas........malas....malas.................lepas makan tido petang pulak........bangun tido megadap laptop.............bukan apa cari informasi terkini............malam nie ada upacara makan-makan dan main bowling untuk meraikan En Boss..................Happy bday Boss....... nak keluar isi minyak motor NAT pun malas........... malas lagi.........nak iron baju malam nie pun malas...........malas lagi.......adoiiiiiiiiiiiiii apa nak jadi dah..................

12 October 2012

Nikmat Hujan

Lisa Amin




10 hingga 12 oktober 2012

Dah 3 hari bila masuk jam pukul 3 mendung semacam.............. yang tak tahan kawasan bangi nie kalau hujan memang meriah dengan bunyi guruh pertir dan kilat.............. memang seram.... kadang-kadang macam rasa duduk kat medan perang pulak. Hujan untuk 3 hari nie memang lebat yang teramat sangat memang air melimpah di mana-mana. Jalan dan tentu-tentunya jem masa balik kerja.

Hujan setiap petang 3 hari berturut-turut......... nak tido masa hujan pun dah tak larat.............nak makan-makan masa hujan pun dah tak lalu........... sebab asyik hujan jerrr................dah masak cucur ikan bilis dan lempeng dan mee goreng untuk 3 hari nie................kalau esok petang hujan lagi apa menu yang seterusnya..... dah la minggu nie tak jogging baru sekali jerr jogging............ nak jogging pagi memang tak mampu...........nak harap petang macam nie la ...........hujan............hujan...........hujan.....

Mungkin nie nak bayar hutang air tak da minggu lepas kat UKM............... Kat KKM dah hampir 5 hari tak da air...........so klu hujan macam nie masa tu syok kot...........boleh mandi hujan........

05 October 2012

HAMKA 22 sep 2012

Lisa Amin





“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh pada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.” 
― Hamka


Lawatan ke Padang Sumatera Barat.........membawa saya ke kampung halaman HAMKA seorang, Ulamak, sasterawan yang terkenal.......... buku-bukunya banyak diterbitkan di malaysia dan ada bukunya menjadi sumber rujukan yang terpenting. HAMKA merupakan singkatan mana beliau iaitu Haji Abdul Malik Karim Amrullah.



Perjalanan rumahnya melalui jalan berliku di sepanjang perjalanan melaui kelok 44 atau selekoh 44....... memang berliku.........tapi pemandangan sungguh indah di pinggir  gunung dan melihat tasik Maninjau. Ia merupakan lawatan hari kedua kami di sana. Memang benar seperti kata-katanya

 Saya sangat terkesan  pada desa kelahiran saya. saya sudah sering Keliling dunia, tapi rasanya tidak ada pandangan yang seindah maninjau. Desa itu pun mempunyai arti penting bagi hidup saya. Begitu indahnya seakan-akan mengundang kita untuk melihat alam yang ada disebalik pemandangan itu....!

Saya juga terkesima melihat pemandagan sawah dan tasik maninjau yang jernih airnya............



Katibaan kami di rumah kelahiran HAMKA di sambut oleh anak sudaranya Pak Hanif Rasyid yang memberi kan penerangan ringkas tentang sejarah hidup HAMKA. Memang menari sekali ceritanya............. leka tanpa meyedari masa berlalu. Katanya rumah ini dijaga dengan menggunakan duit sumbangan orang ramai. Terdapat banyak kenangan barang dalam rumah ini termasuk juga Jubah Konvokesyen dari UKM yang dah berusia hampir 40 Tahun. Katanya memandangkan kami merupakan rombongan dari UKM makan dia meminta kami menyampaikan kepada pihak yang berkenaan minta diganti jubahnya... kerana ia sudah di makan anai-anai.

“Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras” 
― Hamka

“Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.” 
― Hamka, Di Bawah Lindungan Ka'bah


Kata Pak hanif HAMKA merupakan ornag yang berjiwa besar. Beliau menjadi terkenal kerana zaman kanak-kanaknya yang nakal......... namun akhirnya dia sedar selamanya dia tiadak hidup bergitu. Kerana Kegagalan perkahwinan ibu bapanya dia memberontak.......... menjadi keras hati. Tapi semua yang berlaku ada hikmahnya.......... akhirnya dia menjadi ulamak.............. seperti cita-cita ayahnya kepada beliau.

13 April 2012

100 Tahun Titanic 15 April 1912

Lisa Amin

Misteri yang tidak pernah terungkai, tenggelam di dasar lautan Pasifik bersama dua pertiga penumpang kapal mati ketika kejadian tersebut. Kejadian pada pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).Ramai pakar dan pengkaji masih berusaha mencari jawapan bagaimana peristiwa ini berlaku.Adakah kerana kesilapan teknikal atau ada sebab-sebab lain. Belanggar dengan bongkah ais dikatakan mungkin bukan punca utama kapal ini tenggelam.

Sejak 25 tahun bangkai kapal Titanic ditemui, tiada seorang manusia pun pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal." malah tiada siapa memiliki sebarang petunjuk apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihata.Kini selepas 100 tahun, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Bersempena dengan ulang tahun ke-100 tragedi ini,  History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum dalam dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini. Jadi kepada peminat kisah sini mari kita saksikan penemuan terkini berkaitan dengan kejadian kapal karam ini.





Sumber: Kosmo 13 April 2012

21 October 2011

Lihatlah Awan Di Atas Sana

Lisa Amin





Lihatlah awan di atas sana, Berarak mengikuti ku

Melihat awan, langit, bulan dan bintang bagi ku ia bagaikan satu anugerah. Kerana ia mampu menghilangkan keluh resah di dada. Malah ia mampu menwujukan rasa syukur dan nikmatnya bernaung di bumi Allah ini.Ia seolah-olah tidak bertepian saujana mata memandang. Melihat keindahanya dapat dirasakan bagai mahu melihat dunia di sebalik sana. Apa agaknya di sebalik awan ini seolah-olah wujud dunia lain di sana. terutamanya ketika pagi dan senja. Dengan tones warna nya sahaja sudah cukup indah tidak tergambar oleh kata-kata. Hakikatnya perasaan ini wujud kerana ia dekat dengan Allah yang menciptanya

27 April 2011

Kolej Tungku Kurshiah Negeri Sembilan (TKC)

Lisa Amin



Sekolah terbilang ini memang gah dari zaman dahulu hingga kini. Menempatkan pelajar bijak pandai seluruh negara menjadi pelajar disini. Kehebatanya setanding dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK.Kini lebih banyak sekolah seperti ini di  Malaysia. Jika dahulu mereka yang masuk merupakan pelajar terpilih dan sangat bijak. Era kegemilangan nya masih sama walaupun banayk sekolah lain. Tapi kedua-dua kolej ini ada kelasnya yang tersendiri.


Saya pulak sekolah biasa-biasa saja dari dahulu tak pernah merasa duduk di asrama anak emak la katakan. Bila masuk ke universiti baru berjauhan dnegan keluarga dan duduk sendiri. Tapi tidak sama dengan asrama sekolah yang jika di dengar ceritanya memang sangat menyeronokan. Ada bermacam cerita  dari hantu, curi-curi keluar asrama hinggalah cerita dewan makan dan sebagainya. Tinggal di asrama universiti menyeronokan juga ada bermacam cerita. Semua tentu masih ingat bagaimana mendaftar di universiti dan memulakan hidup baru di sini.


Kenapa cerita TKC ini timbul bukan apa saya selalu melungkan mada ke sana. Meneman Cik M pergi berjumpa dengan anak saudaranya. Jadi bila kesana saya teringat kegemilangan TKC ini pada zaman dahulu. Tak sangkan akhirnya saya boleh menjejakan kaki kesana. Kalau nak harap ahli kelurga sendiri rasanya tak mungkin. Baka kami buka baka orang pandai-pandai. Sekata MRSM dan  Sekolah Berasrama Penuh sahaja. Tidak ada lagi yang masuk ke asarama sehebat TKC dan MCKK.

12 March 2011

Dato' Azizan Yakob Al fatihah.................

Lisa Amin

Al fatihah lagi buat yang telah tiada........... minggu lepas 28 Feb 2011 Dato Azizan Yakob sepupu telah kembali kepadanya seperti yang diaturkan oleh Allah. Sakitnya cuma seketika menjadi sebab kepada kematian yang telah terancang sejak azali lagi. Sempat menjalani pembedahan di HKL pada hari ahad dan berada dalam keadaan koma pada hari isnin. Saya yang menerima berita ini dari kakak saya pergi ke HKL dengan segera pada petang tersebut. Pemergian saya dengan menaiki komuter sehingga ke KL senteral dan kemudianya memilih monorel ke titiwangsa dan menuju ke HKL dengan kereta kak ini. Setibanyanya di Titiwangsa hujan turun dengan lebatnya. Kami menuju ke ICU untuk melawat arwah yang ditemani oleh ibu,isteri-isterinya, anak-anak dan adik beradik yang lain. Sudah lama tidak bertemu mereka kecuali mak saudara saya itu. Tidak sangka pertemuan kali ini di dalam keadaan yang sedemikian.

Arwah merupakan seorang tokoh yang begiat aktif dalam politik dan pernah menjadi adun pulau tawar sekita tahun 90an. Kami agak rapat kerana arwah selalu menjadikan rumah saya sebagai persinggahan jika pulang ke kampung. Makan dan tidur di ruamh kami menjadi pekara biasa. Katanya sambal tempoyak mentah mak saya antara yang terbaik. Permergianya secara tiba-tiba pastinya mengejutkan semua orang tambahan pula beliau bercadang membawa isterinya dan mak beliau mengerjakan umarah pada 8 mac 2011. Hasratnya tidak kesampaian katanya selepas itu beliau ingin mengerjakan fardu haji pula. Anak yang ke dua pula bakal melapor diri di pulapor untuk menjadi polis.Dua cerita ini begitu mengharukan kami semua.

Ketika saya melawat beliau pada petang tersebut memang keadaanya agak tenat dan saya berdoa semoga beliau cepat sembuh walaupun menurut doktor beliau tiadak akan pulih seperti biasa. Sebaik sahaja waktu melawat jam 7 malam tamat kami meninggalkan hospital dengan harapan dapat menyusul lagi di kemudian hari. Tapi nampaknya tidak kesampaian. Pada malam tersebut jam 11 malam beliau telah menghebuskan nafasnya yang terakhir saya pula ketika mendapat berita tersebut baru sahaja tiba di bangi dan belum sempat masuk ke rumah pun  lagi.  Hampir kesemua ahli keluarga saya pulang ke kampung untuk melawat beliau. Semoga rohnya bersemadi dengan aman ................

Minggu ini pula saya berhadapan satu lagi kematian oleh bapa seorang pelajar di KKM, UKM ini. Jenazah disemadikan di Seremban Negeri Sembilan dan pada hari tersebut cuaca redup di iringi dengan hujan renyai-renyai mengirigi jenazah ke tanah Perkuburna Islam Sikamat. Sekali lagi saya mengadap jenazah dalam tempoh 2 minggu berturut-turut. Saya berharap tiada lagi sesiapa yang dekat dengan saya akan meninggalakan kita semua..................

27 December 2010

Sikap Mereka Di Sekeliling Mereka..............

Lisa Amin

Utusan Malaysia Online - Rencana



Bagi saya pekara sebigini biasa berlaku disekeliling kita. Menjadi adat dan budaya kita. Malah kita juga sudah terbiasa dengan budaya ini.Seolah tiada apa yang dapat dilakukan terutamanya berurusan dengan jabatan kerajaan.  Cukup mudah sebahagian nya di panggil makan gaji buta, terutamnya kepada mereka yang menghampiri masa untuk pengceng.Tidak pernah kisah dan sudah selesa. Buat keja sedikit merungut macam la dia la orang yang paling banyak keja kat dunia ni. Semua keja di tunda kerana ESOK MASIH ADA........ Buat keja tak boleh lebih sikit pun. Itulah sikap kita.

Pergi keja kena datang awal kerana ada punch card.......... tambahan pula sambil hantar anak ke sekolah dah tentula kena awal. Bagi yang tinggal jauh pesanan kepada kawan yang datang awal. Masuk keja borak-borak sambil pikir nak keluar makan breakfirst kat mana. Buka komputer bukan apa senang kalau bos datang pura-pura buat keja. Keluar sarapan lebih dari 1 jam. Kul 10 baru mula nak buat keja kul 12 moo keja dah turun semangat nak keluar amkan tengah hari. Sambil pikir nak pergi makan akt mana. Kalau yang perempuan ambik kesempatan nak pergi kedai tgok-tengok barang cari keperluan. Biasanya kedai baju, kasut, alat solek kedai- kedang yang jarang dilawati bersama suami bagi wanita yang bekerja. Bagi yang lelaki sibuk ambik dan hantar anak ke sekolah. kul 230 baru nak masuk keja. badan masih penat banyak benda nak sembang hasil lawatan selepas makan. Tidak termasuk yang curi-curi masa untuk solat. jam 3 baru buat keja yang kadang kala akan disambung oleh agenda minum petang. 430 masa untuk make up kembali dan masa untuk balik dengan semangatnya.

Walaupun bukan hari-hari tapi ia berlaku dalam kenanyakan hari. Jadi jika dikira berapa jam sahaja masa untuk bekerja. Itu tidak termasuk lagi masa untuk bermesyuarat dan menikmati jamuan lepas mesyuarat.



22 September 2010

Kasih di penghujung rindu......

Lisa Amin

Tika senja menginjak malam, rembulan kasih menyembah sinar di persada langit yang gelita. Embun mengendong rindu yang menghembuskan nyayian luka pada hati yang merintih hiba.
  Dan  rindu jualah menyeret aku untuk menghamparkan luka pada ruang maya yang tak bersuara. Pada sejambak kasih yang mula merekah di hujung sebuah penantian. Dan pada sebuah harapan yang tekulai dipersimpangan  jalanan.
  Musim resah kian berlalu dan memasungkan aku ke menara rindu yang tidak berpenghujung. Tika aku sedar wajah-wajah kenangan mengoreskan sendu kesayuan, aku terpaku pada kudusnya sebuah perjalanan yang ku tinggalkan. 
 Riak nadanya mengusik hati  ini dan meragut pilu di teratak jiwa menghimpunkan sendu yang tak mampu ku lafazkan dengan kata-kata. Haruman mawar menyisipkan janji di taman rohani yang menebarkan rasa kesyahduan. Maka takala aku dilimpahkan seribu kenikmatan dari pancaran cahaya taman kerohanian, aku terlupa ada bait-bait luka yang pernah terguris di bilik memori yang penuh darah.
   Memori yang penuh gusar dan sesungguhnya aku masih tak mampu mengikis kenangan yang telah meluputkan segala keindahan dari sanubariku.
  Kelikir-kelikir tajam melukai hatiku dan yang nyata ia begitu meninggalkan bekas yang tak mungkin padam untuk selama-lamanya. aku ketereasingan dalam sebuah kelukaan yang menghempas aku ke sebuah pantai derita.
  Dan aku mengusung bias-bias luka meratapi suatu kehilangan nyang tak terduga. Ya hehilangan secebis pengertian kenikmatan dalam aku menelusuri hari-hari yang mendatang.
  Jaluran pelangi yang menghiasi titisan perjalanan kian hilang takala disapu awan curiga. dan aku masih setia berdiri dan menanti akan kehadiran kembali taburan bintang kejora yang bisa memberikan cahaya pada sekeping hati yang dirundung luka.
 Walaupun seribu tahun, aku akan setia menunggu biarpun akhirnya yang akan kutemui hanyalah setitis sendu  di penghujung rindu. 

Naza Firman
Melaka
 

21 September 2010

PERASANGKA................

Lisa Amin

Jangan bersikap berperasangka kerana orang yang berperasangka akan mengangap.....
  • orang yang diam disangka menyendiri
  • orang yang masam disangka sombong
  • orang yang ceria disangka mengadax2
  • orang yang cantik disangka pakai susuk
  • orang yang senyum disangka mengejek
  • orang yang tak makan disangka diet
Jangan cepat perasangka kerana........
  • yang diam itu sedang berzikir......
  • yang masam itu sedang mengenang dosa......
  • yang ceria itu melambangkan kebersihan hati.......
  • yang cantik itu disaluti air sembahyang.........
  • yang senyum itu sedekah.........
  • yang tak makan itu berpuasa.........

Kita manusia selalu berperasangka termasuklah saya juga ........... jika saya melihat dan terus berkata tanpa berfikir saya akan menjadi orang yang berperasangka...........kerana saya selalu lupa........ apa yang kita lihat itu tidak semestinya benar kerana mungkin...............tapi sebahagian besar pekara di atas jika berlaku saya tak pernah fikir kerana saya jarang memikirkan ha lorang lain. Bak kata saya saya ni buta......... jarang nampak benda yang tiada kaitanb dengan saya dan hidup orang lain bukan menjadi hal dalam hidup saya.......... gasak la mereka yang penting saya bahagia........

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA JADI MENGAPA SELALU MENGHUKUM.......

LISA AMIN

Lisa Amin

LISA..........

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan...........
Pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi........
Jadilah seperti yang kamu ingin jadi,
Kerana kamu hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan hal-hal ........
Yang ingin kamu lakukan............

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan...........
Saya jarang bermimpi.......... jika bermimpi pun tak masuk akal.............. Tapi saya punya impian.......
impian saya ada banyak tapi......... saya tau impian saya .............. ntahlah mungkin sebahagianya menjadi kenyataan sebab impian saya selalu kata yang saya ini nak jadi orang baik-baik....... jika diceritakan panjang sungguh impianya ada macam-macam yang penting impianya sentiasa sama. Dalam apa jua keadaan saya selalu berfikir membahgiakan seluruh ahli keluarga saya........ tak lain tak bukan jika saya kaya......... saya mahu buat itu dan ini..........untuk mereka semua. Yang pasti saya mahu mereka semua.............bahagia. Saya juga impikan untuk menjadi wirawati yang membantu mereka yang susah.......... pernah juga menyimpan impian untuk menjadi sukarelawan bencana atau ke Gaza......... Berani mati.............

Pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi...........
Ya buat masa sekarang saya sudah pergi ke banyak tempat menarik..............untuk saya lawati........masih ada banyak lagi yang belum saya terokai...........
Saya sudah ke.........
  1. Pulau Pinang
  2. Pulau Langkawi
  3. Pulau Tioman
  4. pulau Pangkor
  5. Pulau Redang
  6. Pulau Phi-Phi Thailand
  7. Pulau Manukan ( Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah)
  8. Bandung Indonesia,
  9. Jakarta Indonesia,
  10. Palembang Indonesia
  11. Phuket Thailand..........
  12. Taman Safari Indonesia
  13. Cameron Highlans
  14. Genting Highlands
  15. Taman Negara Pahang,
  16. Zoo Negara,
  17. KLCC
  18. Taman Burung KL
  19. Taman Orkid KL
  20. Bukit Bendera,
  21. Gambang Resort City
  22. Desa Water Park
  23. Sunway lagoon
  24. Singapore
  25. Sabah
  26. Sarawak
  27. Melaka
  28. Semua Negeri kecuali (Perlis)
Jadilah seperti yang kamu ingin jadi..........
saya tidak boleh jadi seperti yang saya mahu jadi sebab tak layak dan terkeluar dari landasan hidup di bumi nyata kerana saya lisa amin........... saya bukan akak hartawan dan jutawan yang berupaya jadi lah apa yang saya ingin jadi kerana saya perlu di pijak di bumi yang nya..........

Kerana kamu hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan........
Ya saya tau itu jadi saya tidak pernah sia-siakan kesempatan yang ada..............
Maka inilah LISA yang kamu semua kenal dan lihat hari ini......... kadang kala dia menjadi orang yang yang melakukan hal-hal yang meyakitkan hati kamu kerana dia sedar dia hanya memiliki satu kesempatan dan dia seharusnya gembira..........

Blues UNTUK Aku

Lisa Amin

Dalam sempit yang terhimpit............
Dalam Mencapai Yang di gapai............
Ku melilit, tak membelit..........
Ku melangkah, tak melangkah.......
Dalam diam yang bingit...........
Ku terus yakin........
ALLAH jualah pemberi rezeki....

Jika tidak semua ini bukan milik kita jika ditafsir secara sempit ia akan menjadi sempit............
Jika ditafsir secara luas ia .......... akan menjadi seluas alam.........
Bukan kah semua yang belaku ini seperti rezeki..............

Rezeki wang ringit...........
Rezeki pendidikan.........
Rezeki makanan.........
Rezeki kasih sayang...........
Rezeki cinta..........
Rezeki melihat......
Rezeki memiliki rakan............
Rezeki memiliki suami.............
Rezeki manjadi manusia yang sempurna...........
Segalanya adalah rezeki............