Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

11 May 2014

Jogging Yang Tidak Kesampaian

Lisa Amin



Niat di hati tidak kesampaian......sekarang bandar baru bangi asyik hujan jerrrr. Tiap-tiap petang macam tu la selalunya.Kasut sukan pun dah lama tak dipanaskan sampai dah bersawang. Sekarang bulan rejab dah tukar jadual riadah petang, sekarang memang tak boleh pergi swimming sebab biasanya isnin sampai jumaat puasa. Jadi pilihan yang ada jogging je la. Nak jogging waktu pagi tu yang sakit rasanya lepas subuh tu nak bergolek- golek jer atas katil. Bila petang pulak hujan kalau tak hujan pun time tu menang terhegih-hegih nak masak untuk buka puasa. Biasanya hari rabu @khamis tu dah lembik dah nak pergi jogging sebab tak larat dah. Kalau puasa 5 hari ni sebab tak sahur. Then bila berbuka tak makan nasi. Biasa makan sup sayur jerrr.

Ni la laluan bisa untuk direntasi






Hari ni baru nak merajinkan diri rindu sangat nak jalan2 tengok ukm. Apa dah jadi terutamanya lepas hujan memang damai alam ciptaan ukm ni. Kalau rajin pusing ukm kalau malas pergi stadium ukm je la.  Kalau boring boleh naik tangga jerr. Macam-macam laluan boleh guna. Semua ada memori dan keindahan yang tersendiri.Niat pergi jogging ni timbul bukan apa insaf sangat hari  ni buat pesta makan besar-besaran tau pulak takut. Tapi sejak stop makan malam berat dah stop naik tinggal nak turun jerrr. Alahai berat kalau nak naik senang jerrr nak turun punya la susah. Sabar je la.

Hujan ini pasti penuh rahmat.....sekuranya untuk saya kurang satu baju untuk di berus...hehehe

30 March 2012

Tembikai Oh Tembikai

Lisa Amin

 ROTU Batch 26 UKM kalau sebut tembikai je ada rahsia yang tersembunyi. Hanya kami, kami dan kami je yang tau bab tembikai ni. Pandai betul budak-budak lelaki ni bagi nama samaran. Ada ke Encik ............ dipanggil tembikai. Tapi bagus juga ada nama samaran senang nak mengata. Maklumlah kami ni anak tiri je. Selalu dibuli dan dipinggirkan.Aku yang sabar dan setenang air di tasik pun boleh panas hati. Apa tah lagi jenis-jenis manusia yang lain.Tak pe, tu kita tinggalkan dulu cite gelaran tembikai ini.Jom kita cita pasal buah tembikai sebenar.

Katanya buah ni berasal dari Afrika Selatan dan kini ditanam di hampir semua negara beriklim tropika atau sederhana. Ooooo rupanya tembikai ni ada 5 jenis:-Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski.Semua jenis ni berbeza warna dan saiz.Kenapa beriya-iya nak cerita pasal tembikai ni sebab ia buah yang sangat sedap bila sejuk dan menyihatkan. Warnanya  sahaja dah cukup menarik merah membara.

Tau tak 100mg tembikai mengandungi :-
  • Kalsium-7 mg
  • Karbohidrat-7.55gm
  • Lemak-0.15gm    ( so jgn kata tembikai tak da lemak ya)
  • Fliorida-1.5 mcg
  • Besi-0.24 mg
  • Magnesium -10 mg
  • Fosforus-11mg
  • Potasium-112mg
  • Protein-0.61gm
  • Sodium-1 mg
  • Gula-6.20gm
Kebaikkan menikmati tembikai::-
  •  kandungan potasium membantu menyimpan garan daripada meningkatkan tekanan darah 
  • mengurnagkan risiko mendapat batu karang
  • membantu menguatkan sistem imunisasi 
  • membantu tubuh memerangi jangkitan 
  • kaya sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kenser
  • merendahkan simptom-simptom osteoartritis dan rheumatoid artritis
  • kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung
  • kalori yang rendah sesuai untuk yang mahu mengurangkan berat badan
  • beta karotena membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutamanya pada waktu malam
Jadi banyak kan khasiat tembikai....................... mari makan tembikai ramai-ramai hari ini, esok dan selamanya .