Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








Showing posts with label Lisa. Show all posts
Showing posts with label Lisa. Show all posts

11 May 2014

Jogging Yang Tidak Kesampaian

Lisa Amin



Niat di hati tidak kesampaian......sekarang bandar baru bangi asyik hujan jerrrr. Tiap-tiap petang macam tu la selalunya.Kasut sukan pun dah lama tak dipanaskan sampai dah bersawang. Sekarang bulan rejab dah tukar jadual riadah petang, sekarang memang tak boleh pergi swimming sebab biasanya isnin sampai jumaat puasa. Jadi pilihan yang ada jogging je la. Nak jogging waktu pagi tu yang sakit rasanya lepas subuh tu nak bergolek- golek jer atas katil. Bila petang pulak hujan kalau tak hujan pun time tu menang terhegih-hegih nak masak untuk buka puasa. Biasanya hari rabu @khamis tu dah lembik dah nak pergi jogging sebab tak larat dah. Kalau puasa 5 hari ni sebab tak sahur. Then bila berbuka tak makan nasi. Biasa makan sup sayur jerrr.

Ni la laluan bisa untuk direntasi






Hari ni baru nak merajinkan diri rindu sangat nak jalan2 tengok ukm. Apa dah jadi terutamanya lepas hujan memang damai alam ciptaan ukm ni. Kalau rajin pusing ukm kalau malas pergi stadium ukm je la.  Kalau boring boleh naik tangga jerr. Macam-macam laluan boleh guna. Semua ada memori dan keindahan yang tersendiri.Niat pergi jogging ni timbul bukan apa insaf sangat hari  ni buat pesta makan besar-besaran tau pulak takut. Tapi sejak stop makan malam berat dah stop naik tinggal nak turun jerrr. Alahai berat kalau nak naik senang jerrr nak turun punya la susah. Sabar je la.

Hujan ini pasti penuh rahmat.....sekuranya untuk saya kurang satu baju untuk di berus...hehehe

04 July 2013

Siapa Permpuan Itu.........................

Lisa Amin




Siapa Perempuan Tu?????
Masih tertanya-tanya dan tercari-cari
Ada sebab naluri kamu menjemput kamu kesana
Ada sebab kenapa itu yang kamu nampak
Doa kamu termakbul barangkali
Allah masih sangat sayang kepada kamu
Jawapan masih ku nanti
Sabarlah wahai hati
Bila semunya terbukti
Tiba masanya melangkah pergi


Tolong lah jangan menolak realiti
Tiada yang bagusnya
Jangan tipu diri sendiri
Percayalah pada apa yang kamu lihat
Lisa kamu pasti boleh.........
Yang kamu perlukan setakat ini hanyalah
MASA..................DAN
MASA ITU AKAN TIBA BERSAMA PUTARAN WAKTU......

03 July 2013

Poligami Antara Realiti dan Hakikat

Lisa Amin

Add caption


Nie jumpa dalam FB td............kadang kadang rasa lawak pun ada.........nak marah pun ada.....tapi hakikatnya nie lah realitinya...................inilah permintaan ribuan lelaki tapi pernolakan jutaan wanita..........pompuan mane nak kasi..................sekalipun benda nie boleh menimbulakan kelawakan kepada mereka yang tidak berkenaan...........tapi ini bukan lawak bagi mereka yang berjuang untuk meneruskan hidup dengan permintaan sebegini...............Buat si dia yang nun jauh di sana saya panjatkan doa dari jauh semoga tabah untuk menempuh dugaan ini............saya doakan kamu setiap kali solat jangan risau dan jangan gundah sekali pun mulut saya terkunci untuk memberikan kata nasihat.....sekalipun saya tidak mampu memandang wajah kamu.......... sekalipun saya tak mampu mendengar bicara kamu..........sekali pun saya jauh untuk kamu sandarkan bahu dan peluk kamu.........dari jauh saya mohon doa untuk kamu semoga kamu tabah..........pecaya lah hati saya juga terluka..........tapi biarlah kehidupan ini berlalu sebagai mana ia di takdirkan seya sentiasa berdoa yang terbaik buat kamu................Kerana kamu kesayangan saya.........Pecayalah bila ketabahan merentas ranjau bahagia pasti tiba......

Sumber tak tau mana..Copy n paste jer. 

Contoh surat rasmi utk tambah kuota

Md. Ali bin Abd. Aziz
Lot 1a2 Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang, 78000
Alor Gajah, Melaka.

Norihah binti Ali
Lot 1279, Jalan TPS 1/5
Kg Padang Sebang,
30.6.2013

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suamimu...


20 June 2013

Breadtime Bakery Bandar Baru Bangi

Lisa Amin

Ini lah hasil lawatan ke Breadtime Bakery hari ini RM15.50 semuanya


Wow ...........pertama kali datang semata-mata untuk rainbow kek
Bila masuk jerr.........rasa macam nak melompat kat dalam tu..........
Menarik sangat............banyak produk bakery nya..........macam-macam ada
Dari benda biasa sampailah yang luar biasa..............
Apa yang luar biasa sangat...........selain jual kek.....dia ada jual macam pastry n dessert yang biasanya kedai kek lain jarang jual kecuali kedai yang memang glamour ....
contohnya meringue cookies, eclair, fruit tart, pavlova, pie, pop cake, mini donut yang comel sangat  macam dessert yang comel-comel ...........rasa macam kat maja dessert kat hotel pulak......rabun mata tengok......harganya pun sangat berpatutan.......Layanan pekerjanya pun bagus.........mesra sangat.........kedai nie kat area seksyen 9 kat  bangunan belakang al-ikhsan dan yummie bakery..........

Siapa nak buat tempahan kek boleh la datang sendiri kat sini........tak nak datang pun tak pe call jerr untuk tempahan dan bank in kan aja duitnya.......

Bread Time Bakery
No12-G-1 Ground Floor
Jalan Medan PB2A,
Bandar Baru Bangi Seksyen 9
43650 Selangor..........
Phone: 011-29160005

bread-time-bakery-cakesbread-time-bakery-rainbow-cake

 bread-time-bakery-front

Gambar dari: http://bangiblog.my/2012/bread-time-bakery/


10 June 2013

Kecik Hati.........

Lisa Amin

Tibax2 rasa kecik hati kat dua manusia ni..........BM & EI
Tibax2 rasa sedih pulak..........
Tibax2 malam nie rasa tak senang hati pulak.............

Wahai hati sabar la................
Semua orang sedang bahagia.............
Dan AKU???

15 March 2013

Pilihan ..............

Lisa Amin




Dalam hidup kita memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih,
Jika kita memilih maka pilihlah yang terbaik buat diri kita,
Dan jika dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya................


Jika kita tidak memilih atau dipilih maka percaya lah itulah yang terbaik buat kita dari NYA....

13 March 2013

March 2013 Bulan Yang Menguji Kesabaran

Lisa Amin



Wow.............sibuk sangat nampak gayanya bulan march nie..... belum jumpa satu hari pun yang boleh lepak-lepak sesuka hati..........banyak benda yang berlaku dan banyak benda yang bakal terjadi. Sampai boleh pikir la.....kenapa la ada satu jerr.............kalau lisa amin ada banyak kan senang boleh bagi.....






Antara aktiviti yang dah selesai program felo ke broga dan mandi-manda di air terjun.............persiapanya macam biasa la dlm 4 hari dari membeli barang memasak dan mengemas. Tapi memang puashati la.....sebab akhirnya berjaya juga anjuk aktiviti di luar kotak....kalau tidak asyik benda yang sama jerr...... kali nie dah dapat buat BBQ so lepas nie dia orang nak rancang apa pun...............rancang la tak kisah.... seronok juga pergi air terjun jeram kedah tu..................antara menu yang di masak sendiri adalah trifle.........puding milo, nasi goreng, ayam BBQ, coslow, brown sos, hot dog dan jagung selain makanan ringgang yang lain..... tak lupa juga kentang goreng dan keropok lekor...........nyum..nyum...nyum lazat..............hahahaha masak sendiri puju diri sendiri.








Selain bulan yang sibuk nie..ia boleh dikatakan bulan masak-masak la juga..........sempat masak chicken chop, nasi lemak sambal sotong dan ikan bilis, bubur nasi, bihun goreng dan bubur jagung............nie semua berkat ada orang nak makan..............selera sikit...kalau tak masak sendiri makan sendiri memang tak  selera la kan....sebab sekarang nie ada kak maz dia so ada la kawan kat sini.......





Aktiviti seterusnya adalah.............memasak untuk budak dinner cari duit, kesian dia orang tak cukup duit, so jual laksa la apa lagi...itu je pun yang lisa amin nie reti.................kata mereka 3L iaitu kata budak budak nie Laksa Lisa Lazat ya la tu.............apa-apa je la................nampaknya 2 minggu nie memang penuh dengan upacara masak-masak...............



Ada juga tawaran pergi langkawi dan ipoh dalam waktu yang sama so tak boleh nak kata apa la..........pening nak pikir semua nak pergi tapi akan kan daya hajat tak sampai............sedih oooooooooooooooo  nampak nya kenduri masa cuti sekolah ni tak boleh balik la....cuti sekolah pun tak boleh balik....huhuhu rindu mak dia dok ruamh sorang kot..................

Anak Saudara Baru

Anak saudara baru pun tak tengok lagi..............perempuan lagi katanya... apa nak buat belum ada rezeki nak dapat anak lelaki...anak no 4 kot............kesian abang kesayangan saya. Kak lina pulak dah mula buat ayat sedih dah lama tak jumpa kan...........nak makan pulut la, mee kari la, lompat tikam la....macam-macam kalau lisa amin tak da dia tak mo buat susah betul...............geram......dah la tengah mengandung tu......issshhhh kalau tak dengar kang kesian pulak..... bila la dapat curi masa pergi sana....budak ika pulak sibuk nak suruh buat kek bday untuk boyfriend dia............budak-budak zaman sekarang macam-macam hal....

Hahahaha percaya tak...buat sendiri nie.....tampal-tampal jerr





07 March 2013

Hakikatnya.....Lisa Amin Memang Tak Tau Marah

Lisa Amin



Tak tau la apa isunya...........tapi semalam tiba-tiba rasa nak marah pulak............nak cakap pun susah tapi kalau tak cakap pun susah................kalau cakap kata merunggut...............tak cakap nampak macam kita nie tidak meyumbang bakti......

Tapi tak pa lah setelah berfikir panjang.....jangan susahkan diri........tenangkan diri tenangkan hati...jangan memulakan pergaduhan............buat apa nak kemukan isu pulak..... bukan apa-apa pun..... biar orang nak kata apa pun yang penting kita tau apa yang kita buat............

Itu la LISA AMIN ............simpan dalam saja.....harap sentiasa berfikir dengan tenang sebelum bercakap dan bertindak....

22 January 2013

Kota Kinabalu Sabah.............

Lisa Amin




So seperti yang direncanakan makan esok 23 Jan 2013 akan memulakan perjalanan ke Sabah........Buat Kali yang ke 4................kali ini dijangka akan melawat papar dan kundasang.................Katanya cuaca sejuk sehingga 6 Celsius  wow cam mana tu berapa tebal baju nak di bawa minggu lepas ke Cameron Highlands yang 18 darjah celsius tu pun dah menyorok dalam selimut jer................ nak mandi punya la bercinta................kalau sejuk lagi ada yang madi sambil menjerit kot.........................

Persipan awal macam biasa la tunggu tengah malam baru kemas beg............. esok dalam kui 7 pagi dah kena gerak ke LCCT...............hemmm boarding pass pun baru je print tu yang paling penting. So bila dah ada Boarding Pass baru la blh tengok nak duduk kat mana.................sukanya pergi balik dapat duduk kat tingkap...........so kena naik awal la..........baru la tak susah nak lalu..............kalau tak segan nak lalu dekat depan orang hahahaha boleh tak macam tu......... semoga perjalan pergi dan balik selamat semunya..........

18 January 2013

Strawberry Moment Cameron Highlands

Lisa Amin



Wow nikmatilah detik-detik indah bersama yang tersayang untuk satu kenangan yang tidak boleh dilupakan...........dah tu kalau pergi Cameron highlands apa lagi nak kata..........sinonim dengan 4 benda je ..........sejuk, strawberry, teh dan bunga...........well what  can i say??? only that...........hahahaha nak cita sikitla.........masa dahulu kala pergi cameron highlands ikut rombongan sekolah...........tapi bila dah masuk usia lanjut nie macam tiap-tiap tahun pergi......kadang-kadang sampai 2-3 kali...........hah tu dia...........2-3 kali setahun okkkk................memang suka..........kadang nak pergi semata-mata nak pergi makan jer........kalau cameron nie tak perlu pergi lama cukup sekadar 2 hari satu malam jer..........lain la kalau pergi honeymoon boleh la duduk bertapa kat sana lama-lama sikit kan...........erkkkk




So untuk tahun tahun 2013 nie awal tahun dah naik 17 &18 jan.........belum sampai sebulan tahun baru dah memulakan agenda poya-poya.........hehehehe tapi dalam apa pun saya nak menzahirkan rasa syukur ke hadrat illahi..........walaupun orang kata kena bersyukur dalam hati.......tapi tetap nak kata juga la kat sini kan............bukan apa sebagai tanda terima kasih.........bila lihat diri sendiri doa dan amal tidak seberapa...... tapi bila Allah S.W.T bagin rezeki yang melimpah ruah bila dikenang balik memang rasa terharu sangat tambahan pula bila kita sedar siapa diri kita kan........kan......kan..................



Pemergian kali nie sebenarnya teman kawan je..........dia ada kerja nak buat kat sana.........so kira jadi peneman kawan borak-borak sepanjang jalan............lebih bernasib baik lagi semua ditaja.......wow.... hah tu la yang dikata murah rezeki...............semua ditanggung beres dan halal..........sampaikan nak bayar makan sendiri pun tak boleh. Saya nie memang la tak kaya mana pun tapi kalau setakat makan tu mampu lagi kot kerana nak ambil konsep kita ni duduk kat mana pun tetap kena makan..............apa pun terima kasih semoga rezeki beliau berganda lagi sepanjang masa.Siapa sangka kan dia boleh memberikan sesuatu sedemikian rupa.............kalau cakap kat orang lain dengan keadaan beliau mesti semua orang tak percaya...........hahahaha i like....................tu la kadang-kadang manusia ini sukar diramal apa lagi rezeki Allah S.W.T



Yang lebih meyeronokan lawatan kali nie lawatan penyelidikan.........hemmmmm memang tak sangka boleh jumpa beberapa En Bos beberapa ladang yang mempunyai bisnes berjuta-juta keuntunganya...hemmmm untung la jadi orang kaya..................paling tak boleh lupa pergi kilang proses bunga.................kalau keadaan biasa jangan mimpi la nak pergi masuk tempat proses bunga kan.............apa lagi jumpa En Bos........tapi kali ini siap boleh masuk dan melawat sekitar kilang dan di beri penerangan ringkas....kemana hasil dieksport...... berapa kos...........masalah perniagaan  dan macam-macam lagi nak tanya boleh saja............seronok..........jumpa Tauke Bunga, Tauke Tomato, Tauke Salad dan Tauke Strawberry. Dijangkakan lepas nie memang akan selalu naik Cameron Highlands la.............ada banyak urusan kat sana...... so boleh lepaskan gian kat Strawberry..............



Pengalaman pergi kilang bunga memang haven sangat la..........bagai bulan jatuh ke riba..........tak sangak cepat juga cita-cita kesampaian..........jangan tak tau saya pernah je ada niat nak kerja kat ladang bunga.....jadi tukang gunting bunga...........hari-hari bunga..........seronok kot.............cuma satu je lagi tak kesampaian nak masuk dalam kebung bunga rose tak tau kat  mane dan macam mana.........semoga satu hari nanti termakbul lah cita-cita dan harapan saya nie...........Amin



Kalau pergi cameron  jagn lupa pergi Kea Farm.........hah kat situ la segala kaum kerababt strawberry ada dijual kat sini kalau pandai deal memang murah............kalau tak kena sembelih la..........kena ada art tawar menawar yang hebat............ kalau tak habis lah...............kata orang pergi pasar malam lebih murah..........tapi cuma hari cuti je la..............kalau hari biasa tak da.............so kat kea farm la yang terbaik ..........nie pendapat peribadi saya la.................lagi satu kalau anda pergi dengan ahli keluarga terutamanya ada nenek, atuk..... mak ....ayah.......dan adik beradik jangan lupa pergi Time tunnel ..........hemmmm apa yang ada kat sana.......satu kenagan zaman silam semua orang...barang-barang jadi kalau pergi 3 genarasi mesti banyak pengalaman yang nak diceritakan.........seronok............banyak benda zaman dulu ada kat sana yang dah tak wujud lagi zaman sekarang...................



Kalau nak pergi makan-makan strawberry tu saya cadangkan pergi kat Kampung Sedia.......kat situ banyak homestay yang diusakan oleh oleh orang melayu.........harga berpatutan kat sana pun banyak sangat kebun strawberry boleh pilih je yang mana berkenan............sekali sekala apa salahnya bagi sokongan kat orang kita kan...............kat situ ada satu ladang strawberry yang ada jual Scones yang sedap dan juga strawberry cokelat memang sedap yang kat situ sebab cokelat dia panas lagi............. Scones tu benda apa hemmm dia macam biskut atau roti tapi tengah-tengah........biskut pun bukan roti pun bukan.........hemmm apa yan nak disamakan tak de kot............biasa dimakan dengan jem dan whipping cream.........belah dua sebab dia tebal so boleh sapu jem dan letak whipping cream........memang sedap la........... ya la Cameron highlands  tu kan sejuk sangat kalau jumpa benda yang boleh memanaskan badan memang rasa seronok la............boleh minum teh juga kat sana..........kat ladang. Lagi pun untuk orang islam lebih baik beli buah kat sini.........dijamin halal terutamanya dari segi penggunaan baja. Makan yang diproses juga macam, jem, ais-cream dan strawberry kering............pilih la yang diyakin HALAL.



Hemmm apa lagi nak cite pasal cameron nie............rasanya tu je kot.................sebab dah selalu pergi macam tak de benda dah nak cakap...................paling best makan jagung, ubi keledek rebus n strawberry cokelat..............nyum.......nyum.......nyum mkan juga yang sedap...........hahahaha

15 January 2013

Serious I Means It

Lisa Amin


Saya selalu menghargai kebijaksanaan, kejujuran dan suka membalas. Apa yang kamu persembahkan kepada saya itulah yang akan saya persembahkan kepada kamu. Saya suka namakan ia dengan cermin diri. Saya bagaikan bayangan kamu sendiri. Saya membenci kebodohan dan pembohongan saya boleh rock n roll at anytime anywhere. Malah saya tidak kisah putus kasih, sahabat mahupun saudara. U cubit, I tampar. Saya boleh jadi yang paling baik atau yang paling teruk.If u so smartnever think  i`m so stupid. Saya tak bercakap pada orang pekak. If u so good on Prediction, Predict me!!!!! i`m not a common human ....BEWARE 






16 December 2012

Seindah Carnation @ Teluki Penghias Ruang Kediaman

Lisa Amin

I like .........it make me happy


Hemmmm lisa dan bunga........ bukan sesuatu yang luar biasa......memghiasi rumah dengan bunga memang pekara biasa bagi saya............dan  ia bukan satu pembaziran tapi ia satu kepuasan jiwa......2 @ 3 bulan sekali saya akan beli bunga bergantug kepada RM dan masa saya di kediaman.... jika masa tersebut saya sibuk makan saya tidak akan membeli bunga kerana tiada masa menikmati keindahnya........walau pun saya suka bunga.....tapi bunga tiruan kurang sikit terutamanya nak letak kat rumah....... buat sarang labah-labah dan habuk jerrr.......tapi walaubagamapun bagi saya kehadiran bunga penting sebagai penaik seri. Tak kisah di ruang mana pun dari rung tamu hingga ke bilik mandi............hahahaha kalau ikut hati la kan.........memang semua tempat nak letak bunga hidup...... lagi pun bunga ni..........mampu ubah suasana terutamanya jika ada majlis.......sekali sekala apa salahnya untuk membeli bunga segar sebagai hiasan.

Tapi kalau ada duit apa salahnya tukar bunga tiap minggu.............bunga rose dan harum sundal malam selalu menjadi pilihan saya..........sebab warna yang pelbagai dan berbau wangi............ bunga orkid juga tidak kurnag hebatnya...............tahan lama dan harganya lebih murah............cuma saya tak suka sebab ia perlu digubah..........kalau letak dalam pasu ia memng kurang menarik..................kalau bunga Kekwa pulak memnag menarik........banyak warna....ada biru, hijau,kuning merah hati, unggu, putih dan macam-macam lagi memang cantik tapi kan...........hahahahaha bila nak beli tak sampai hati pulak sebab orang china dan india selalu guna bunga nie untuk upacara keagaaman dia orang...........so jadi tak minat lah walaupun harganya murah.................


Cantik kan ada tone warna...........ni antara warna yang saya suka...kalau beli rose pun selalu ambik warna nie


Kali nie alang-alang lalu kat kedai bunga apa salahnya beli sejambak kan.............macam biasa tergerak nak ambik bunga rose tapi boring pulak asyik bunga rose je...............lagipun warna yang saya suka dah habis........tiba-tiba terpandang bunga carnation......................nampak cantik pulak......so apa kata ambik sejambak.................bila dah bawa balik isi dalam pasu............rupanya tidak kurang hebatnyna bunga nie memng cantik terutamanya bila dah kembang.................well tidak sia-sia labur duit................kalau mampu hari hari nak bli bunga..... biar naik aura seri wajah dan kediaman............well lain kali boleh tukar bunga la kalau dah boring beli bunga rose...............i like......

Ni beli bunga sebab pg central market untuk cari cenderamata majlis dinner yanga kan belangsung bulan mei tahun depan............

11 December 2012

Hidup Untuk Memberi

Lisa Amin




Ya bergitulah kata hati............begitulah menyempurnakan hidup...........kadang kala terasa sukar....bagai berjalan di atas kaca...............melukakan kaki..............Kadang kala saya selalu rasa kenapa saya pilih untuk menyenangkan hidup orang lain..................dalam banyak jalan yang lurus saya pasti akan pilih jalan berliku....................dalam banyak benda senang saya pasti akan pilih benda yang susah masalahnya kenapa...............dalam setiap keputusan dan pilihan yang saya buat...........saya akan fikir orang lain dulu............dan pastikan mereka senang tidak mengapa ...........biar pun saya yang susah...................
Dalam hidup saya suka memberi dan menerima apa adanya tanpa banyak soal..... kadang kala saya terfikir kenapa banyak orang memilih untuk mempersolakan sesuatu...........kata mereka menuntut hak...........hemmmm ok.....................agaknya saya lah yang tereti nak tuntut hak tu......beralah bukan bereti kalah okkkk...................


Al kisahnya dengan memberi............teringat seseorang yang mampu menyuburkan minda dan jiwa saya melalui penulisanya.................membuatkan saya berpijak di bumi nyata ..............kata-katanya bersahaja tapi menyentuh jiwa dan menyentuh hati kecil saya.........kadang kala mengalirkan air mata..............terima kasih kepada beliau...........membasahkan hati saya dengan tulisanya.............kepada hati yang telah kering dan layu..................... Terima Kasih En Pahrol Mohd Judi.Dalam tulisanya yang bertajuk Andainya Hartawan Itu tahu dia ada menyebut 3 perkataan keramat..............MEMBERI...............MEMILIKI  .................MENCARI..............dah baca nie dah lama....nak tulis dalam blog tapi macam biasa la.............malas nya nak update.......tangguh menagguh tu pekara biasa............dulu saya fikir saya suka membaca dan menulis........pernah bercita-cita nak jadi penulis novel............akhirnya saya sedar..........menulis bukan bakat dan minat saya...........jika tidak masakan blog nie jarang berupdate........... kadang-kadang apa yang kita rasa itu semestinya betul sehingga kita mencubanya............macam cita-cita saya nak jadi penulis...........dulu saya ingat saya ada bakat dan minat menulis...rupanya tidak..............walaupun BM saya masa sekolah selalu dapat A kecuali masa STPM.....saya punya idea tapi tatabahasa hemmmm memang gagal la...... tengok sahaja blog nie..........salah eja sana sini.................tak reti mengeja rupanya..........macam tak pergi sekolah je....well


 So kita balik kepada cerita MEMBERI............MEMILIKI ................MENCARI......masa baca enteri ni saya sedar saya selalu memberi...........walaupun pemberian saya tidak sebesar mana..............dan saya selalu bercita-cita nak memberi sesuatu yang lebih besar.............cita-cita tinggi melangit...........tapi tidak tercapai akal untuk melakukanya................tapi membaca di GENTAR RASA itu menyedarkan saya untuk memberi kita harus MEMILIKI dan untuk MEMILIKI kita harus MENCARI tak reti nak menerangkan lebih-lebih jadi sila baca sini.............mampukah kita memiliki hati emas itu?????


09 December 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012

Lisa Amin







Aduh.........pengsan bila hati kata mau...........tapi poket kata no money no talk............................kalau pegi shopping buku jangan kata nak jimat memang ter over bajet............huhuhu kononya pergi sekadar mengisi hari minggu yang polos...............nak pergi tengok-tengok jer.........apakah kehebatan Big Bad wolf Book Sale nie...........selalu dengar cite jer...........tak pernah pergi................terima kasih buat kak lina yang memnyampaikan info......................tahun nie dia tak pergi sebab tak larat..........dah berbadan dua la pulak mak cik tu.............syukur rezeki allah untuk keluarga rumah simpang tiga ..........................keluar dari UKM lepas zohor..........naik komuter ke serdang..........beli tiket pergi balik..........tindakan bijak sebab masa balik memang beratur panjang......mujur la dah beli siap-siap............ parking NAT kat komuter UKM then naik train..........masa tu cuaca gelap sangat nak hujan.............dalam hati doa jangan la hujan lagi..........bagi la peluang sampai the mines dulu.............jujurnya nak bagi tau dah lama tak pergi mines nie naik train...........selalu pergi dengan kereta dengan kawan-kawan..........jalan nak pergi ke shopping center tu pun dah lupa...........tapi tak pe....aku ikut orang je la.........i follow...........hehehehehe............akhirnya sampai juga..........lagi satu masalah nak pergi me Mines Internationla Exhibitaion & Convention Center tu pun masalah juga............tak tau.....senang cite memang jarnag datang dan kurang arif sangat tentang pelan lantainya ...........tapi yang diketahui dari parking mines tu ada jalan pergi parking seberang sana dan boleh naik ke atas MIECC tu...........so cuba nasib la............puas juga pusing-pusing nak cari tempat parking tu................dah sampai kat parking  MIECC tu aku ikut satu family chines ...............dia orang pun nak pergi kat Big Bad Wolf...............tapi kat lift tu dah tulis ia kat lavel 1...........so tak da masalah nak cari...................masa kat luar tu aku sempat tengok ada bridge dari dalam mines ke bangunan sebelah............mesti al ada kan..........apa la aku ni tak cari dulu.............tapi tak pe masa balik nanti aku nak balik ikut bridge tu....................rupanya ia tembus kat area kedai F.O.S



Memang rambang mata nak pilih...............luas dan banyak kalau nak belik satu-satu memang tak habis satu hari...............so kaedahnya ambil kotak untuk buku yang berminat ada banyak kotak di sediakan.........pilih jer nak yang besar atau kecil..............so mula la cari buku yang berkenan di hati..........sebenarnya..........kalau nak ikut hati nak beli semua buku...........tak payah pilih..........ambik  serba satu.........hahahahahaha   macam ada mesin cop duit je kan..........lepas tu datang macam dengan lori.....tak sedar diri naik train jer.........tangan ada dua dan cap ayam pulak tu.........berat okk....banyak buku hard cover.......mula nak bawa beg sandang macam budak sekolah tu..................tapi lepas intai-intai duit.......memang bajet tak banyak..........so bawa beg recycle je..........lagi pun cadang nak pergi tengok-tengok jerrr kan.............hehehehehe.............hampir 98% buku berbahasa inggeris...........dari perlbahai jenis.....novel, children, self help, decoration, cooking, movie n star dan macam-macam lagi..... buku ilmiah tak banyak...........tapi buku pengetahuan am banyak la.............................masa hari ahad ni tak la ramai sangat orang ............kata kak lina masa ahli geng 6 diva mama pergi sleepover kat sana memang ramai orang masa nak bayar pun kena beratur 2 jam.....hummm sanggup kerrr..........kalau hati dah suka mesti la sanggup...................Big Bad Wolf ni pun ada buat Sleepover pilih la buku 24 jam.........hahahahaha...


Sambil pilih tu memang angkat letak-angkat letak.........tu peringkat pertama..... dah mula pilih masa cari lagi...tengok yang mana berkenan ambil dulu.........sampai lenguh la tangan angkat kotak........so bila dah hampir penuh kotak tu....... memang tangan dah lenguh.............so cari kawasan tersorok sikit dan dan dekat-dekat dengan kaunter bayaran..........letak dulu situ.........kira macam sorok la juga kat bawah meja.........tengok orang lain siap ada yang bawa beg luggage rack lagi amboi..... bukan yang kecik punya tapi yang boleh muat baju untuk pergi travel 2-3 minggu punya.........tak pe la.....ada duit beli la kan tak  kisah la bawa apa pun..... yang family tu semua seorang 1 kotak..........happy anak-anak dapat family macam nie........kebanyakan pengunjung berbangsa cina.........tu secara rambang la yang dapat di perhatikan......perkhidmatan yang di tawarkan juga bagus...........petugas mesra dan sangat membantu, masa cari buku tu ramai kehilangan ahli keluarga..... kalau anak-kecik hilang mak-ayah tu pekara biasa....... tapi ni hilang kawan yang dah tua bangka pun ada juga...........tak faham....ada yang main sorok-sorok pulak......mujur dj yang bertugas mententeramkan suasana...............siap gurau-gurau dan sentiasa mengingatkan pengunjung supaya berhati-hati dengan barang yang di bawa.....jangan tertinggal di mana-mana.........perutamanya phone........


Lepas dah dapat tempat strategik untuk sorong kotak ..........merayap lagi sana-sini..........pilih angkat-letak lagi..........aduh...........duit turun la dari langit...........dah penuh tangan hantar ke kotak lagi................3 empat kali pusing juga la.............pilih dan hantar ke kotak  sampai ada budak yang dok lepak kat tepi dinding tu kata banyak nya beli....hahahaha cakap kat dia ni belum pilih lagi ambik je dulu yang mana berkenan..........kat mana ada ruang dan dinding ramai yang melepak sambil membaca............mungkin tenggah tunggu ahli keluar atau pasanagn tengah shopping..................walau pun dah pusing banyak kali tapi mestin ada je buku yang di tambah..............tak lama lepas masuk dalam nie hujan pun turun dengan lebatnya................dari hujan turun sampai hujan berhenti masih tak siap pilih buku lagi...............perut pun lapor nie..........sejuk n hujan...............sebelum datang tadi belun lunch lagi.............so kat bahagian atas ada jual KFC, PIZZA HUT, AYAM MAS dan beberapa jenis makanan lain. Tapi tak selera la pulak.....baik pergi cari makan ke the mines lepas tu boleh balik terus................so apa lagi cepat-sepat la pilih buku yang dah terpilih tadi................hemmmm masa yang menyesakan dada..............sedih kot banyak buku kena tinggal ....................




Kat atas juga ada tempat permainan kanak-kanak so bagi ibubapa boleh datang dan meluangkan masa melayan anak-anak semasa ibu@bapa memilih buku...........menarik dah terdapat banyak jenis permainan yang ada dan  berbaloi la..............kat bawah orang sibuk pilih buku............so tak da masalah sebenarnya nak bershopping kat BIG Bad Wolf ni...........ada buku, ada makan dan ada tempat bermain.............kerusi urut pun banyak.......hehehehehehe jadi sesi memilih pun bermula ...............nak pilih punya la lama........kena pikir-pikir-dan pikir...............hemmmmm akhirnya dapat la 17 buah jerr..........tu pun bila balik rasanya ada buku yang di himpun dalam kotak tu hilang................tak pe la bukan rezeki....................tapi kalau ikut hati nak pergi lagi..............tapi ikut bajet tak mampu....................hemmm kita tengok la nanti ada orang tu boleh tepati janji or sabar untuk tidak pergi dah................bukan apa duit yang sepatutnya memang tak da..........tapi duit simpanan...........ada......................wow bahaya ni...........duit tabungan tak boleh guna la..........ada yang lebih penting kot..............huhuhuhu




So lepas habis duit beli buku................kena pergi makan............buku tak buat kita kenyang okk....hari tu poya-poya ke mid valley makan McDonald nak makan prosperity tapi orang tu salah ambik oder... macam biasa la aku pasrah je....... malas dah nak tukar-tukar nie...............Jadi hari nie kena makan la.............macam biasa la sekarang makan fast food memang tak habis so lebih bawa balik.............tu ada hati nak beli KFC pulak untuk makan malam nanti selera buaya betul..........tapi lepas pikir dengan waras tak jadi beli sebab nanti membazir jerr.............syukur mujur sedar kalau tak jadi kawan syaitan la membazir.....nak rasa yang kuah percik dalam TV tu................macam sedap je kan-kan.........tapi mujur hati kata lain kali boleh.................jadi balik dengan perut kenyang dan tangan yang sarat dengan buku.....malas nak jalan kaki so ambik Ride N Shop ke jeti KTM...............tangan berat hari pun hujan.......so ni pilihan yang baik..............payung pun ada bawak....................sekarang kan musim hujan jadi sediakan payung sebelum hujan....................

Pekara: Big Bad Wolf Book Sale 2012
Tempat: MIECC mines international Exhibition & Convention Center
Masa: 9am-9pm
Tarikh : 7-23 dec 2013
Web: http://www.bigbadwolfbooks.com