Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








25 November 2012

Kemeriahan Sambutan Deepavali Kolej Keris Mas UKM

Lisa Amin



Pelbagai warna.........pelbagai budaya..........pelbagai sambutan.............gitulah gaya dan semangat perpaduan  penghuni kediaman Kolej Keris Mas UKM


Universiti Kebangsaan Malaysia seharusnya bangga memiliki komuniti pelajar yang tidak pernah melupakan sambutan perayaan di peringkat kolej walapun jumlah mereka sangat sedikit berbanding pelajar kaum lain. Amalan ini sentiasa di teruskan di kolej keris mas...............semua pelajar di beri hak sama rata untuk menyambut perayaan masing-masing


Terdapat pelabagi acara dan persembahan yang merangkumi pelbagai budaya tidak hanya persembahan dari kaum india sahaja. Majlis diadakan pada:


Tarikh  : 24 November 2012
Tempat: Dewan Besar Kolej Keris Mas, UKM Bangi 
Masa   : 8.00 pm


Satu yang paling saya suka melihat aneka jenis sari yang digayakan...........cantik dan blink-blink
Malah JAKSA kolej juga turut memberi sokongan dengan mengayakan pakaian ala-ala bollywood  comel dan maco belaka adik-adik JAKSA................

Wah sopan tak saya makan..........sikit jerrr.........semua nak rasa



Kakak dan Abang Felo maintain pakai baju formal ...............kami dah tua ..........tak tau sangat nak bergaya nie....... makanan yang dihidangkan juga tak kurang menariknya............ada macam-macam makanan seperti Tosai, Idli dan Vadai  dan sebahaginya saya tak pernah cuba...............menarik dan sedap.......Manakala  sebelah pagi juga diadakan gotong-royong memasak maruku


Tak tau apa.........ole-ole untuk bawa pulang....... belum rasa lagi...tapi boleh agak mesti manis


Satu bakat yang saya kagum dengan mereka kebolehan mereka menari secara semula jadi...........kalau tengok memang semua boleh menari..........tak tau la sebab mereka memang dilatih atau semulajadi..........tapi kalau bagi pentas kat mereka siap dengan lagu..........memang mereka boleh menari ala-ala bollywood..............kagum la pulak.............apa pun selamat menyambut perayaa Deepavali kepa semua yang merayakanya

No comments: