Lisa Amin
Ompak???? pelik je bunyinya........... hemmm tapi ia sangat lazat terutamanya bagi pengemar masakan berasaskan ikan. Ikan yang menjadi pilihan dan yang paling sesuai adalah ikan tongkol. Ompak ini merupakan satu-satunya resipi warisan dari keluarga sebelah mak saya. Ia juga boleh dikatakan masakan tradisi keluarga kami sahaja, kerana tidak pernah dimasak oleh orang lain di kampung saya.
Dengan itu saya dengan sendirinya mengiktiraf ia menjadi resipi warisan keluarga saya. Ia di hasilkan oleh keluarga sebelah mak saya yang berasal dari padang indonesia. Menurut sejarahnya arwah datuk saya telah datang ke malaysia ketika beliau berusia 12 tahun bersama bapanya. Beliau berkawin dengan nenek saya warga negara malaysia. Menurut cerita emak saya, datuk telah mengajar resipi ini kepada nenek saya. Apa istimewanya masakan ini ia berkhasiat selain mampu membuka selera.
Bahan-bahanya:

Susun daun kunyit di bahagian bawah periuk |
Susun ikan |
Ikan yang diperap bersama cili |
Dengan itu saya dengan sendirinya mengiktiraf ia menjadi resipi warisan keluarga saya. Ia di hasilkan oleh keluarga sebelah mak saya yang berasal dari padang indonesia. Menurut sejarahnya arwah datuk saya telah datang ke malaysia ketika beliau berusia 12 tahun bersama bapanya. Beliau berkawin dengan nenek saya warga negara malaysia. Menurut cerita emak saya, datuk telah mengajar resipi ini kepada nenek saya. Apa istimewanya masakan ini ia berkhasiat selain mampu membuka selera.
Tutup ikan dengan daun kunyit dan masak di atas api yang sederhana |
Bahan-bahanya:
- 1 ekor ikan Tongkol bersaiz sederhana (Dibersihkan)
- 10 tangkai cili kering ( direbus)
- 1 inci halia
- 2 inci kunyit hidup
- 2 ulas bawang putih
- 6 helai daun kunyit
- 7 keping asam gelugor
- Garam secukup rasa
- Bahan perasa
- Cili kering, halia, bawang putih dan kunyit di blander
- Ikan dibersihkandan dipotong ikut kesesuaian
- Letakan di ikan dalam besin dan tuangkan bahan yang diblander( Gaul rata)
- Masukan garam dan asam keping perap selama 2 jam
- Daun kunyit dipotong dan disusun di dalam periuk seperti pengalas
- Susun ikan diatas daun kunyit dan tuangkan kuah cili tadi tutup dengan daun kunyit
- Masukan sedikit air sehingga menutupi ikan
- Masak diatas api yang sederhana tambahkan bahan perasa
- Masak sehingga kering seperti rendang