Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








27 January 2011

Kolam Renang Danau UKM

Lisa Amin

Hemmm saya rasa saya memang selalu begini. Saya jadi hairan bagaimana saya boleh berenang, sebenarnya sebelum ni saya tak pandai langsung berenang. Yang lebih menghairankan lagi saya pandai berenang tanpa guru dan tidak belajar dengan sesiapa pun. Saya cuma lihat dan cuba dan terus mencuba dengan yakin. Itulah satu sikap dalam diri yang paling saya suka. Jagan katakan tidak @ tak boleh. Saya ni jenis walauapa pun saya mesti cuba dulu dan saya yakin saya boleh. Cuma yang biasanya menghalang saya adalah sifat rendah diri saya. JIka sifat ini tiada saya yakin lebih banyak pekara ajaib yang boleh saya lakukan.

Saya juga tau saya ni takut air seba pertama saya tak reti berenang dan kedua saya ni jenis suka cari jalan selamat. Saya kalau pergi madi air sungai tempat yang tak nampak dasar jagan harap la saya akan mendahulukan langkah. Saya akan tunggu semua ornag turun dan tengok air di paras mana baru saya akan turun. Tapi kerana sifat tiada perkataan tidak dalam diri saya saya beranikan diri untuk melakukan apa pun, bisanya saya tak penah pikir akibat perbuatan saya pada masa tersebut. Lepus tu bila teringat mula la seram sejuk.

Oleh kerana saya ni penakut dan tak reti berenang tapi saya penah juga berkayak dlm tali air di Homestay Kg sungai Sireh Kuala Selangor , masa saya pergi baut penyelidikan di sana. Dalamnya boleh tahan dan airnya berwarna cokelat........ Fuh boleh tahan dan seingat saya juga itulah pertama kali saya naik kayak........ kayak kan mudah terbalik, tapi saya naik tanpa ada perasaan apa-apa pun. Lepas tu bilik pikir balik Wowwwww mau mati kah?

Lepas tu naik banana bot kat Port Dickson itu pun masa naik wah bestnya....... lalu tengah laut siutt tapi...... kalau jatuh or terbalik tengah laut tu apa la suratanya. Saya pun tak tau nanti kita akan dilemparkan ke dalam air ingat ronda-ronda jer. Sekali dia campak dalam air punya la panik.......... fuhh memang betulx2 tak sangka... takut dan tak mo naik dah. Tapi cakap je lepas tu tiap kali pergi PD  menjadi acara rutin dan tak la panik cam pertama kali hari tu.

Aktiviti laut pergi snokerling cam lawak jerr  walaupun pakai life jaket tapi nak berenang punya la susah, masa tu pergi pulau redang kat taman laut  dia punya la syok tapi sikit-sikit je, semuanya angkara tak reti berenang. Pergi pulau pangkor pun sama snokerling........ yang tu lagi la lawak snokerling sambil berdiri jer terjenguk-jenguk dalam air. Lepastu saya pergi ke sabah pun sama....... masa tu dah boleh tp tak pandai sangat..... berenang sikitx2 je.......................... Saya juga pernah snokerling di phuket thailand pun sama... pendik kata pengalaman snokerling dan mandi manda di laut saya semuanya ala kadar jer.

Pulau tioman adalah tempat yang pertama kali saya rasa benar-benar puas snokerling dan mandi manda kerana masa tu saya memang dan boleh berenang dengan baik. Wow cantiknya taman dasar laut............. banyaknya ikan.... dan ini menyuburkan hasrat nak belaja scuba pulak ..... tapi buat masa ini kewangan tidak mengizin kan....... satu hari nati saya pasti akan menyelam di sasar laut juga Insyaallah............

No comments: