Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








28 November 2012

Promosi 11 sen Air Asia

Lisa Amin



Hemmm.............terbeli sudah tiket ke kota kinabalu pada bulan januari tahun 2013...........wow  cepatnya dapat naik kapal terbang tahun depan...............kalau umur panjang la kan.............terima kasih air asia yang menjadi penerbangan rasmi saya sejak 7 tahun yang lepas.............semua orang boleh terbang kan............walaupun setiap tahun saya akan melakukan perjalanan dengan pesawat setiap tahun tanpa gagal......tapi kali ini untuk tahun 2013   terlalu awal rasanya..............syukur Alhamdulilah........




Kata jerrr 11 sen.........tapi harga permulaan RM77.................tak termasuk lain-lain........mujur tiket balik pun harga sama..........kadang-kadang promosi dia ni boleh tahan juga bijaknya............pergi murah......tang balik kang ko ambik la...........harga kaw-kaw punya dia kasi..........tak kan pergi tak balik kot............jadi lepas ditambah caj-caj lain................semua jadi RM 214...........kira ok la...........walaupun sebenarnya tiket ni tak lah murah sangat..............tapi tak la mahal sangat...............mujur beli lambat....orang kata rezeki lambat ni kalau tak untung........rugi............kawan saya yang beli awal terpaksa bayar RM400++  hehehehehhe separuh harga kot.......




Jadi kota kinabalu nanti kan kemunculan saya......di sana..............i like to fly

27 November 2012

Bisik-Bisik Kenapa Suka Mak Janda

Lisa Amin

Sumber: Aku Budak Kola

Bisik-bisik: Kenapa lelaki suka janda?

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai menggoda


Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai main mata

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu senyum mesra

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai memuja

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai mengada-gada

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai pura-pura

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai buka selera

Kenapa lelaki suka janda
- janda tidak berapa berkira

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak rahsia

Kenapa lelaki suka janda
- janda pandai asah senjata

Kenapa lelaki suka janda
- janda pernah tonggang kuda

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu sifat kura kura

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak gaya

Kenapa lelaki suka janda
- janda sudah bersedia

Kenapa lelaki suka janda
- janda tahu banyak pekara

Kenapa lelaki suka janda
- dengan janda jimat belanja


Kenapa lelaki suka janda
- janda macam-macam ada

Lalalalalalalal
Mak Janda Jangan marah.............ia anugerah

25 November 2012

Durian Crepe

Lisa Amin



Wow akhir nie glamour pulak benda nie.............baru aku tau nama dia Durian Crepe dulu aku panggil Pancake durian..............tapi yang paling hebat siap dengan resipinya lagi dah terbongkar..............itulah kehebatan dunia maya yang paling aku suka...............Dulu aku ingat mungkin sampai mati pun tuan punya resipi nie akan simpan rahsia dia ................akhirnya rahsia terbongkar.............rugi la dia tak letak hak cipta...kalau tak mesti dia boleh rasa lega sekarang ni................tapi apa pun pecaya lah...........rezeki tu punya setiap orang...........tak payah la nak berahsia sangat.............kerana kalau kita bagi resipi pun belum tentu orang boleh buat sama 100% kerana salah satu rahsia masakan adalah bermula dari hati...............

Aku mula tau benda nie setak tahun 2007 tengok dalam TV ada rancangan apa ntah...................aku tengok tuan punya kedai di interview dan dia menceritakan susah payah dia berusaha menghasilkan kulit yang cantik.........licin dan gebu macam yang dia jual sekarang................jadi sejak itu aku bercita-cita nak rasa............aku kalau dengan makanan..............hahahaha paham-paham je lah................sampai ke lubang cacing pun aku cari.......................

Hasrat untuk merasa terlaksana pada tahun 2010 setelah tiga tahun...............aku terjumpa benda alah nie kat  mid velly...................akhirnya aku merasa...... dan kalau pergi...............aku akan beli bergantung pada mood.......bukan apa makan durian nie kadang kala sendawa..............nanti bau durian pulak........tu yang aku tak suka sangat makan durian ni.................nak pulak bukan musin durian.............kalau sendawa bau durian memang pelik la................tapi semenjak  sebulan dua ni................glamour pulak kat FB n blog...........siap dengan resipi.............harus aku cuba buat nie..............kebetulan duruan kat kampung pun dah jatuh...............so nantikan kemunculanya............reseipinya macam biasa la siapa lagi Kak Ita Masam Manis la          ....................terima kasih kak ita.....................

Pengepit Rambut dan Pasar Malam

Lisa Amin



Sudah lama tak kepasar malam......................sekarang banyak betul aktiviti kat kolej........setiap hari ada je agenda yang tersendiri.............tambah pulak sekarang hujan.........bila petang je hujan.......jadi tak dapat lah nak merambu...............tapi pekara yang paling utama nak pergi pasar malam nak cari pengepit rambut.....tu adalah benda ya ng sangat penting dalam hidup saya macam nyawa............macam kembar saya........kalau pergi mana-mana ..........jika teringgal...........kalau dekat sanggup balik atau patah belakang ambik..........kalau dah jauh sanggup beli.............memang tak boleh pisah............bukan apa dah biasa....rambut dikepit..........jadi kalau tak di kepit memang rimas la......................maklum lah rambut saya ni kering mudah mengerbang bukan cantik seperti mayang mengurai..........kalau tidak di sepit nanti ada pulak yang pengsan...................Lagi pun dah lama tak tambah stok........dah bertahun............kebanyakanya dah patah.

Yang terakhir masa raya haji hari ..................dah lama tak terganti........tak sempat nak beli.........kalau jumpa pun tak berkenan..............dulu cari kat mydin tapi tak da..........kalau ada boleh beli bunddle untung sikit...........tak payah jaga macam nyawa............boleh campak sana sini....hehehehehehe............Alkisahnya sampai pengepit tu ikat guna getah gelang nak bagi dia mengepit......punya la lawak...........tapi tak da pilihan dah...........dari tak da langsung apa pun keadaanya saya pasrah jerrr..........

Masa pergi Gopeng hari tu tak bawa...........sebab ada satu jer...........so letak sana sini dah lupa nak bawa memang siksa..........mujur dalam bas ........pakcik tu ada letak pengepit kat langsir.........yang student punya tertinggal.............sepanjang jalan aku renung..........masa berhenti kat R&R n Petronas aku pergi cari.... sampai sudah tak jumpa.............last sekali masa turun kat gua tempurung tu...........aku dengan muka tak malu mintak kat pak cik tu nak pinjam....................mujur pak cik tu kasi..............dan aku pun tak lupa pulangkan balik...............Terima kasih pakcik Pemandu Bas UKM yang bawa FELO dan JAKSA pergi Gopeng hari tu....................jasa baik pak cik akan saya kenang..........

Hari ini akhirnya dapat pergi pasar malam selepas mengorbankan jogging............tambahan pula nak betul NAT ...........asyik mati jerrr...........dah la hari tu aku dah baiki RM 520 melayang duit banyak kot.........kalau cina tu tipu aku..............memang la aku tak mo kata apa-apa................aku mengharapkan kejujuran............sebab aku selalu jujur dan tak menipu jadi aku pun harap orang macam tu dengan aku. Walau pun teman FB ikan kelah cakap ...................jangan harap dunia akan adil dengan kita sebab kita adil dengan dunia .................seperti kita tak harap harimau tak makan kita sebab kita tak makan harimau...........apa pun aku pecaya kebaikan dan kejahatan yang kita buat pasti akan di balas jadi aku pasrah.............

Langsung ke pasar malam harga pengepit rambut RM 3 aku mintak 4 RM 10 mujur orang tu kasi........jadi rembat 4 terus...........hehehehehe lega itulah barang yang paling penting dalam hidup saya selain sikat rambut...........tak tau lah kenapa rambut tu saya selalu titik beratkan...........saya suka rambut saya yang keringting macam sarang lipas nie.............ada juga niat nak rebonding ..........tapi tak sampai hati pulak.........biarlah ia keriting macam tu................saya suka............lalalalala...................

Kemeriahan Sambutan Deepavali Kolej Keris Mas UKM

Lisa Amin



Pelbagai warna.........pelbagai budaya..........pelbagai sambutan.............gitulah gaya dan semangat perpaduan  penghuni kediaman Kolej Keris Mas UKM


Universiti Kebangsaan Malaysia seharusnya bangga memiliki komuniti pelajar yang tidak pernah melupakan sambutan perayaan di peringkat kolej walapun jumlah mereka sangat sedikit berbanding pelajar kaum lain. Amalan ini sentiasa di teruskan di kolej keris mas...............semua pelajar di beri hak sama rata untuk menyambut perayaan masing-masing


Terdapat pelabagi acara dan persembahan yang merangkumi pelbagai budaya tidak hanya persembahan dari kaum india sahaja. Majlis diadakan pada:


Tarikh  : 24 November 2012
Tempat: Dewan Besar Kolej Keris Mas, UKM Bangi 
Masa   : 8.00 pm


Satu yang paling saya suka melihat aneka jenis sari yang digayakan...........cantik dan blink-blink
Malah JAKSA kolej juga turut memberi sokongan dengan mengayakan pakaian ala-ala bollywood  comel dan maco belaka adik-adik JAKSA................

Wah sopan tak saya makan..........sikit jerrr.........semua nak rasa



Kakak dan Abang Felo maintain pakai baju formal ...............kami dah tua ..........tak tau sangat nak bergaya nie....... makanan yang dihidangkan juga tak kurang menariknya............ada macam-macam makanan seperti Tosai, Idli dan Vadai  dan sebahaginya saya tak pernah cuba...............menarik dan sedap.......Manakala  sebelah pagi juga diadakan gotong-royong memasak maruku


Tak tau apa.........ole-ole untuk bawa pulang....... belum rasa lagi...tapi boleh agak mesti manis


Satu bakat yang saya kagum dengan mereka kebolehan mereka menari secara semula jadi...........kalau tengok memang semua boleh menari..........tak tau la sebab mereka memang dilatih atau semulajadi..........tapi kalau bagi pentas kat mereka siap dengan lagu..........memang mereka boleh menari ala-ala bollywood..............kagum la pulak.............apa pun selamat menyambut perayaa Deepavali kepa semua yang merayakanya

Falsafah Hidup 2013

Lisa Amin





Hidup untuk senangkan orang lain..............

24 November 2012

Lara Sekeping Hati

Lisa Amin


Jaga lah Allah............dan Allah akan jaga kita...........

Sekali pun hati ku ingin sekali menikmati syurga dunia
Walaupun seketika
Walaupun sekelip mata
Tapi
Maafkan lah aku mahu syurga yang abadi

Semoga Rasa Ini Abadi di Hati Selagi Hayat di Kandung Badan

Apa nak dikejar nikmat dunia..........Akhirnya tidak kenama

Ya Allah Berilah hamba Mu kekutan  walaupun dia memiliki sekeping hati yang sedang lara

23 November 2012

Wanginya Tapi Datang Dari Mana Erkkkk

Lisa Amin


Wah misteri nusantara dah bermula............tak da hujan tak de ribut.........aku yang duduk sorang-sorang nie memang sah tak pakai minyak wangi jenama nie hari ini..........tapi tiba-tiba dia berbau dengan kuat pulak......aduh


 Apa nak di kata.........aku diam aja la..........lalalalalala tak takut pun...hehehehehe Tak nak main..........tak mo.........pergi main jauh-jauh

21 November 2012

Solat Qasar dan Jama'

Lisa Amin


Untuk orang yang selalu pergi mengembara pengetahuan am ini penting...... sebab jarang buat maka kita perlu selau merujuk kepada buku........jadi zaman teknologi di hujung jari nie..... boleh cari maklumat dimana sahaja.........cuma kadang kala penerangan nya kadang kala mengelirukan...........yang ini lebih mudah untuk saya fahami harap dapat membantu orang lain juga..........ingatlah dimana jua kita berada solat tu WAJIB ya......


 Panduan Solat Qasar Dan Jama' Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

 1.0 Solat Qasar


 1.1 Takrifan Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

 1.2 Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

 i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud; “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

 ii. Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda,solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


 1.3 Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

 1.4 Syarat Solat Qasar


 i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

 ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).

 iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam(sempurna).

 v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

 1.5   Contoh Niat      أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

 2.0 Solat Jama'

 2.1 Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

 i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

 ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


 2.2 Syarat Solat Jama’

 2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

 i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.

 ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.

 iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.

 iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.

 v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

 2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

 i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib. 

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

 2.3 Contoh Niat

 2.3.1 Jama’ Taqdim

 i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat   أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar  أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

 (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

 2.3.2 Jama’ Ta’khir

 i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

 ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

12 November 2012

Lisa Budak Stokin

Lisa Amin


Ni baru beli untuk pergi Gopeng Perak


Tak tau la kenapa..........stokin nie termasuk dalam list pakaian aku yang boleh tahan pentingnya.......... kaki ku ini perlu sentiasa disarung dengan stokin sebab memang tak tahan sejuk.............kalau bab sejuk walaupun aku comel macam anak gajah yang kaya lemak..........tapi tak tahan sejuk............orang kata anak gajah tahan sejuk..................tapi saya berdarah sejuk...............so kalau cuaca dingin memang kalah la............bulan sebelas dan dua belas memang kipas tak on langsung...............

Tiap malam memang pakai baju sejuk dan stokin................kalau kat umah mak mesti kata...........ko nie aku tengok dah macam orang dalam pantang dah.............hahahahahahaha sejukkkkkkkkkkkkkkkkk nak pulak duduk kat umah yang jauh di kaki gunung...........tiap pagi ada kabus...............lagi la tak tahan sejuk...........air kalau musim hujan tak payah cakap la...........sejuk sampai ke tulang hitam. Koleksi stokin ni akan bertambah sama je macam aku tambah kasut.............beli pun yang murah- marah je............so kalau nak beli taip-tiap pulan pun tak terasa sangat.................

Downtown cheras RM10

10 November 2012

Water Rafting

Lisa Amin



Lalalalalalala..............ada aku kisah pergi water rafting time-time hujan nie....................adventure kot.....katanya sungai kampar nie lavel sederhana...........tak mencabar sangat................jangan lebih teruk dari sungai sedim dah la.................masa sedim tu memang tak terbayang oleh jiwa...........takut-takut pun aku naik juga.................dulu memang takut air..............tapi sejak pandai berenang nie ok la sikit.

Masa hujan nie risau juga................mana la tau....orang kata jauhkan diri dari sungai kami terus langsung pergi sungai.................kalau dah ajal kemana pun kita pergi dia akan ikut kan..........so pasrah je la....untuk porgram kali ini kami akan menginap di kem murni Kampung Jahang Gopeng Perak..... dulu masa pergi sedim bukan musim hujan.............. air pun cetek so asyik sangkut kat batu jerr..........puas nak henjut nak lepaskan dari batu...........kali nie tak tau pulak macam mana.........tapi air sungai kat sedim tu memang laju...bahaya kot untuk mandi manda.............walaupun cetek boleh hanyut............

Masa nak naik tu tak banyak pun yang dia ajar............macam rasa pertama kali bawa keta pulak.... tujuk minyak, brek, kelas n gear 1-5 terus suruh bawak. Yang ni pulak dia ajar backward, forward  dan bom-bom tu yang paling di ingati.......tu je lepas tu hanyut lah ko dalam sampan.............huhuhu.........nasib la untung batu timbul........untung sabut tengelam............




Anugerah Skrin 2012

Lisa Amin



Amboiiiiii sejak bila aku minat dunia glamour niee....................saje je cuma nak menyibuk...........sementara nak tunggu tido..............baru lepas habiskan nasi................dah la petang tadi makan KFC masa pergi kajang...........balik boleh makan nasi lebih tengah hari tadi .......................ingat nak makan petang tadi tak sangka pulak kena keluar..................

Lagi pun sambil tengok anugerah nie tadi sempat layan FB............banyak comment..........ada yang cakap itu...ada yang cakap ini.........macam tu la manusia banyak yang tak betul dari betul......ada yang nak tukar gandingan pengacara la...............sesuka hati dia orang jer............

Kepada sape nak tau pemenang anugerah malam ini....................

1. Lakon Layar Terbaik Filem – Dain Said (Bunohan)
2. Lakon TV Terbaik – Lum Pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)
3. Videografi Terbaik – Aku Mahu Terbang (Neon Entertainment)
4. Laporan Khas/Berita Terbaik – Bom Jangka (Berita TV9)
5. Drama Komedi Terbaik – Elly & Apit (Red Communications)
6. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
7. Anugerah Artis Harapan Pantene – Putri Balqis (Pelarian)
8. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Day Special)
9. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Namron (Parit Jawa)
10. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)
11. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Lisa Surihani (Ombak Rindu)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Syafie Naswip (Songlap)
14. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Maya Karin (Ombak Rindu)
15. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Songlap)
16. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi
17. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu Ke 26
18. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Ruminah Sidek (Parit Jawa)
19. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)
20. Pengarah Terbaik Filem – Fariza Azlina & Effendee Mazlan (Songlap)
21. Pengarah Terbaik Drama - Kabir Bhatia (Di Telapak Kaki Bonda)
22. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
23. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
24. Filem Terbaik – Bunohan
25. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda

Sumber: www.rotikaya.com

Copy  n paste aje malas nak tulis.........

09 November 2012

Hujan dan Hantu Kolej Keris Mas Universiti Kebangsaan Malaysia

Lisa Amin


Hujan je...............bunyi...................
Hujan je ...............bunyi.................

Adoi sadis sungguh dah la aku dok sorang-sorang kat sini.................
Bunyi apa erk............ sekarang nie musim hujan............
Jadi ia akan selalu berbunyi.............

Buat-buat tak dengar..........tak boleh memang dengar.............
Hoiiii............bunyi apa.............tak mo main bunyi-bunyi okkk.................
Dah la tadi pegi pejabat pentadbiran...........kakak kat sana cakap ada budak kecoh cik ponti.........berterbangan..............adoiiiiiiiiiiiiii

Lemah semangat aiiiiiiiiiii..............
Tapi bunyi apa erkk................makin lebat hujan makin kuat bunyinya............macam bunyi tin......dah beberapa hari dengar................so
Memandangkan hujan megubah masa dia nak turun dari sekitar jam 1230 tenggah hari kepada petang........maka hari ini hujan turun pada waktu malam...............

Malam masih muda..........so setelah diamati dengan teliti bunyi tersebut dari luar bahagian depan............makan saya dengan perasan ingin tahu............menyelesaikan misteri tersebut...........tin kosong??? Bunyi tin kosong yang kadang-kadang dipalau bagaikan diketuk berirama.....syahdu.........

Maka saya pun keluar dan membuat tinjauan...........untuk mencari kebenaran..........apa yang saya nampak ada sebiji tin cola-cola di bawah pancuran atap...........benarkah dari bunyi tin tersebut dari situ.............maka misi hari esok saya nak alihkan tin tersebut................huhuhuhhuhu

So mana hantunya????????????????????? hahahahaha tapi masa saya tulis enteri nie jam 1 pagi tiba-tiba terdengar ketukan sekali lagi dari tin tadi............cuma sekali tapi yang saya tau hujan dah lama berhenti dan tiada lagi bunyi tin dicurahi air hujan.......................jadi bunyi apakah tin apakah tadi.............nie kisah benar erkkk............tak main tipu-tipu..................saya memang penakut......................tapi tidak mudah ditakutkan............jagan cabar saya....................saya akan cari kebenaran setelah penat berasa takut dan ditakutakam...................burung hantu ko jangan nak sambut pulak kata-kata aku malam-malam nie.............duduk atas bumbung diam-diam erkkkk............

Bukan Salah Harimau Mati Meninggalkan Belang

Lisa Amin






If you expect the world to be fair with you 
b`coz you are fair with them.....It's like expecting a tiger not eat you b'coz you dont't eat tiger

Bilik 312 Kembali Bernyawa

Lisa Amin




Hehehehehe telah berjaya mengatur kembali suasana bilik kepada yang sepatutnya............saya jenis oranag yang tidak boleh melihat benda yang tidak berada pada tempat yang sepatutnya.....................jika ini berlaku ia sungguh mengganggu emosi.................kalau benda tu dari awal saya letak kat situ so.............bila ia ada kat tempat lain............memang tak boleh dia mesti ada kat situ............sebab tu la semua barang-barang saya jarang hilang atau mungkin tak pernah kecuali orang memang ambik..........sebab dia sentiasa ada di tempatnya so tak da lah tersalah letak ke apa...............cuma kena ingat balik jer............



Kan enteri  yang lepas saya kata saya malas kemas almari baju...............so sekarang semua dah teratur kemas..........ikut labuh ...........ikut jenis dan ikut warna..............sukanya.............walapun malas tapi kena merajinkan diri sebab sungguh menggangu emosi kalau tak buat...............tak pasal-pasal nanti ada yang kena marah............punya la cerewet sampai boleh bangun jam 1 pagi susun semula baju t-shir...........mula mula susun ikut warna........ tapi ada pulak yang lengang panjang so dah asingkan.............masa susun tu .....dah kemas cantik..........tapi yang lengang panjang tu tak muat...............so letak la atas baju-baju lain................dah rasa masa tu .............macam ada yang tak kena............tapi sebab dah boring sangat hampir 3 jam kemas almari so.............nak abai kan je..........nanti nak pakai juga pun.................hahahahaha



Tapi rupanya tak mudah nak tipu sendiri......................masa baring,sebelum tido memang time untuk menginsafkan diri..........kenang balik apa yang dah buat hari nie...........tiba-tiba teringat almari  dengan t-shirt lengang panjang tadi..........sebab ia memang satu jenis.........yang lain memang lengan pendik ............kalau campur warna pun tak da masalah...........so.......nak tak nak terpaksa bangun dah ubah balik..........baru lah boleh tido lena....................oh lisa tolong la jangan jadi cerewet sangat...............



Bukan setakat berjaya kemas almari jer..............kemas dapur.......kemas rak buru dan lamari perhiasan..........siap cuci kipas............mop lantai memang wajib.............cuci sawang.........dan yang paling penting pasang pewangi................hummmmmmmmmm wanginya.........lalalalalala senang hati.....



07 November 2012

Malas............malas...........malas

Lisa Amin



Tak pernah sangka saya nie memang benar-benar malas bab baju nie.................paling malas nak simpan dalam almari............oh baju.......... tolong la masuk sendiri dalam alamari.............plz.............plz...............plz  sebenarnya kalau dikutkan bab baju nie memang serba malas.............orang cerewet macam saya memang susah................ nak buat yang terbaik tapi malas............kenapa la dapat perangai ketelitian macam mak teh sidah...........nak susun sama cantik.............sama warna ...........sama jenis............sama besar...........sama panjang............maka bila saya tidak dapat menjadikan almari saya seperti itu............saya sakit hati pada diri sendiri............adoi.............rasanya sejak musim hujan nie dah hampir 3 minggu saya cuma basuh.......lipat dan kemudian letak je atas meja.............wah banyak malas ini budak..........sudahlah kain sekarang ni sejuk-sejuk je sejak musim hujan nie............nak lipat pun malas ...tapi tak seteruk malas nak susun dalam almari................rasanya satu dua hari nie kena operasi almari baju .............kena keluarkan semua dan susun semula...............tambahan pula minggu depan nak pergi aktiviti luar lagi.............maka jika tidak dilakukan sekarang kemalasan akan menjadi terlampau........ini 1 azam....................kemas almari..............oh malasanya.................tuhan bagi la kekuatan kepada hamba muiini untuk megemas almari............amin...

Kak Lisa..........Alvin Yap

Lisa Amin




Bukan luar biasa menjadi kakak............tapi bila orang yang tiada adik seperti saya.........menjadi kakak sungguh luar biasa............hari ini jadi kakak.............tak lama lagi jadi mak cik lisa..........tak lama lagi jadi nenek lisa.....ohhhh masih jauh perjalanan hidup nak sampai ke tahap itu...........masih punya masakah??.... atau sudah dijemput kembali...............

Bukan luarbiasa juga mendengar keluh kesah orang lain..........kadang-kadang macam penyimpan mohor besar..............rahsia besar orang diamanahkan untuk dipikul...........menjadi sifat semulajadi saya kurangkan bercakap banyakan mendengar.......menganalisis dan berpijak di bumi yang nyata...........ceritalah apa sahaja akan aku terima apa adanya.............bukanlah melukakan hati jika menjadi orang yang terakhir tahu.........dan bukanlah membangga diri jika menjadi orang pertama tahu.......... cuma rasa sangat di hargai.....

Kenapa muncul cerita kak lisa nie...........sebab tiba-tiba hari ini rasa terharu ada orang menjadikan saya sumber rujukan dan berkongsi masalah...........ini pun bukan luar biasa ..............kerana ini pekara biasa.... tapi ia menjadi lebih tragis kerana di berlainan bangsa.........mengucapkan terima kasih atas tunjuk ajar......dan atas dasar kita sudah kenal lama katanya..............wah begitu sekali..........apa pun saya bangga dengan keputusan yang diambil..............sekurang-kurangnya dia yakin dengan keputusan yang dibuat dengan niat tidak mahu meyusahkan semua pihak.............. Terima Kasih Alvin Yap atas penghargaan anda.... semoga berjaya diamana jua berada..........kerana kamu sungguh berbakat besar dan mampu manjadi pemimpinn yang baik satu hari nanti...............yang jelas dan nyta sifat suka bertanya,dan sentiasa meminta pendapat dan pandagan orang lain kamu akan memudahkan kamu berurusan pada masa akan datang.................