Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








18 August 2014

Anugerah Aidilfitri 2014

Lisa Amin





Syukur di atas rahmat tuhan masih menyambut aidilfitri di tahun 2014. Riang ria hari raya macam biasa la selaku pengelola rumah simpang tiga, semua nk kena siapkan. Kuih raya, stok makanan, hiasan rumah, suasana ceria perlu dikekalkan. Tahun ni cuti sebelum raya tak lama. So tak sempat sangat nk buat yang remeh-remeh. Macam biasa la balik jerr terus fokus pada kemas mengemas. Mujur la sekarang dah upah orang mesin rumput. Kalau tak tambah 1 lagi kerja,sejak dah tua ni rasanya dah tak larat dah nak mesin rumput macam muda-muda dulu. Proses pertama kalau nk kemas rumah kena tanggalkan langsir dulu. Kalau buat kerja tu biarlah terancang dan ikut proses macam kat kilang pulak. Lepas buka langsir baru boleh cuci sawang. Lepas tu baru boleh cuci tingkap. Kalau tak habuk dari langsir dan sawang dari syiling akan jatuh la atas tingkap. Lepas tu lap benda-benda kecik perhiasan dan segala macam benda dalam almari termasuk jugalah permukaan perabot. Banyak kerja nak buat tapi tak pe,pelaha kemas. Tu belum bab longkang dan kaki lima lagi. Kerja ni kalau buat betul-betul 2 hari siap.







Dah siap tu kalut pulak nak buat kuih raya. Biasanya banyak kuih yang di buat. Tapi bila pikir- pikir balik jangan membazir pilih kuih yang anak- anak buah dan adik beradik suka makan jerr. Kalau dulu macam-macam kuih cuba buat sampai berbelas jenis jadinya. Kos pun tinggi nak hidang pun susah.Beberapa jenis kuih dah pasti dah memang tak tukar tiap-tiap .Antaranya kuih cornflakes madu, peanut butter, tart nenas dan maruku tahun ada pesta kek kat rumah simpang 3 sehari minima 1 bijik kek sehingga hari raya kelima. Segala macam kek nak cuba yang seronoknya baru dapat resipi yang best n betul.




Bab sehari sebelum raya pulak sibuk masak rendang, masak air sampai 2 periuk besar, masak sup tulang. Semua berjaya diuruskan dengan baik. Syukur alhamdulilah,tahun ni hari raya pertama fokus makan lemang sahaja. Hari raya kedua buat laksa, hari raya je 3 buat sate, hari raya ke empat pesta bakar ikan n masak tempoyak ikan patin dan talapia.hari raya kelima pesta makan tempoyak keladi. Hari raya ke enam pesta makan bihun sup. Hemmm cita-cita nak makan masak mee kari tak kesampaian. Ingat nak buat open house kat sini masak mee kari. Tapi ada bantahan pulak tetap tetamunya nak makan laksa. Gitulah ceritanya kemeriahan hari raya rumah simpang 3 tahun ini.

Conteng-conteng lain nak bagi tahun tahun ni rumah simpang tiga kelang kabut. Nak mengecat pun tak sempat hari raya ke 2 orang sibuk raya kami sibuk cat rumah. Lantai kononya nak varnish tapi tak sempat. Maka wujudlah lantai togel.ini semua angkara wayering runah baru dan tukar lantai papan. Tahun ni semua berkumpul kat rumah  simpang 3 ternasuk lan anak cucu dan menantu, meriah tak terkata. Ini lah rahmat allah untuk ahli keluarga simpang 3.