Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








25 October 2014

Sungai-sungai dan mandi manda

Lisa Amin

Tahun ini macam tahun yang paling banyak mandi sungai jerr. Balik kampung pun mandi sungai balik bangi pun mandi sungai.




Dah bertahun tak pergi mandi manda kat sungai rengat ni. Sebab masalah jalan yang tak berapa nak elok sangat. Tempat yang belum di bangunkan lagi. Jalan pun guna jalan balak jerr.Airnya tetap sejuk dan dingin macam dulu juga.

Lepas tu pergi mandi manda kat sungai congkak pulak.Kat sungai congkak ni best juga untuk mandi manda. Tapi kena pandai pilih-pilih tempat kalau tak tengelam badan.
Kalau bawak budak- budak selamat la sebab airnya tak dalam sangat. Kali ini bukan sahaja pergi mandi tapi siap sewa tapak perkemahan untuk tidur lagi. Memang best malam tu siap buat BBQ lagi yang paling sedap makan marshmallow bakar dengan cokelat.












14 October 2014

Ketupat Daun Palas .........Orang Kasi

Lisa Amin


Musim raya haji pun dah berlalu. Mood raya masih ada kerrr....ada pulak orang kasi ketupat palas. Rasa macam aduhhh syokknya dah lama tak mkn ketupat ni. Kalau orang pahang biasanya tau makan lemang jerr.

Disebabkan ketupat ni juga jadi la projek masak-masak 3 in 1. Dah lama nak masak sardin tapi malas masak sebab stok yg ada tin besar. Jadi bila masak tu kena pelbagaikan cara makan ....yang tu lemah sikit tengah diet katanya......sekarang. Boleh buat roti sardin, makan dengan nasi atau buat nasi goreng sardin.Hemmm tu yang tak tahan tu. Banyak sangat nak kena makan ni.

Tapi tak pe la. Nak buat can mana kan rezeki orang bagi tu kita makan je la. Jadi untuk jodoh kan ketupat palas ni rasa-rasa nak makan dengan sardin jerr sebab ada banyak bahan untuk buat nasi goreng dalam peti sejuk.  So next projek masak-masak is nasi goreng sardin.

11 October 2014

Teratak River View Tanjung Malim

Lisa Amin

Paling last aktiviti mandi manda dan berkemah kat teratak river view tanjung malim. Jauh tempatnya tapi tak sia-sia sebab memang cantik tepatnya. Selesa dan menarik aktiviti pun banyak. Yang paling best duduk kat sempadan antara dua negeri iaitu perak dan selangor yang dipisahkan oleh sungai. Tapi sungainya berarus deras. Kalau bawak budak-budak kecik kena jaga elok.