Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








21 September 2010

PERASANGKA................

Lisa Amin

Jangan bersikap berperasangka kerana orang yang berperasangka akan mengangap.....
  • orang yang diam disangka menyendiri
  • orang yang masam disangka sombong
  • orang yang ceria disangka mengadax2
  • orang yang cantik disangka pakai susuk
  • orang yang senyum disangka mengejek
  • orang yang tak makan disangka diet
Jangan cepat perasangka kerana........
  • yang diam itu sedang berzikir......
  • yang masam itu sedang mengenang dosa......
  • yang ceria itu melambangkan kebersihan hati.......
  • yang cantik itu disaluti air sembahyang.........
  • yang senyum itu sedekah.........
  • yang tak makan itu berpuasa.........

Kita manusia selalu berperasangka termasuklah saya juga ........... jika saya melihat dan terus berkata tanpa berfikir saya akan menjadi orang yang berperasangka...........kerana saya selalu lupa........ apa yang kita lihat itu tidak semestinya benar kerana mungkin...............tapi sebahagian besar pekara di atas jika berlaku saya tak pernah fikir kerana saya jarang memikirkan ha lorang lain. Bak kata saya saya ni buta......... jarang nampak benda yang tiada kaitanb dengan saya dan hidup orang lain bukan menjadi hal dalam hidup saya.......... gasak la mereka yang penting saya bahagia........

TIADA MANUSIA YANG SEMPURNA JADI MENGAPA SELALU MENGHUKUM.......

LISA AMIN

Lisa Amin

LISA..........

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan...........
Pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi........
Jadilah seperti yang kamu ingin jadi,
Kerana kamu hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan hal-hal ........
Yang ingin kamu lakukan............

Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan...........
Saya jarang bermimpi.......... jika bermimpi pun tak masuk akal.............. Tapi saya punya impian.......
impian saya ada banyak tapi......... saya tau impian saya .............. ntahlah mungkin sebahagianya menjadi kenyataan sebab impian saya selalu kata yang saya ini nak jadi orang baik-baik....... jika diceritakan panjang sungguh impianya ada macam-macam yang penting impianya sentiasa sama. Dalam apa jua keadaan saya selalu berfikir membahgiakan seluruh ahli keluarga saya........ tak lain tak bukan jika saya kaya......... saya mahu buat itu dan ini..........untuk mereka semua. Yang pasti saya mahu mereka semua.............bahagia. Saya juga impikan untuk menjadi wirawati yang membantu mereka yang susah.......... pernah juga menyimpan impian untuk menjadi sukarelawan bencana atau ke Gaza......... Berani mati.............

Pergilah ke tempat yang kamu ingin pergi...........
Ya buat masa sekarang saya sudah pergi ke banyak tempat menarik..............untuk saya lawati........masih ada banyak lagi yang belum saya terokai...........
Saya sudah ke.........
  1. Pulau Pinang
  2. Pulau Langkawi
  3. Pulau Tioman
  4. pulau Pangkor
  5. Pulau Redang
  6. Pulau Phi-Phi Thailand
  7. Pulau Manukan ( Tunku Abdul Rahman Marine Park, Sabah)
  8. Bandung Indonesia,
  9. Jakarta Indonesia,
  10. Palembang Indonesia
  11. Phuket Thailand..........
  12. Taman Safari Indonesia
  13. Cameron Highlans
  14. Genting Highlands
  15. Taman Negara Pahang,
  16. Zoo Negara,
  17. KLCC
  18. Taman Burung KL
  19. Taman Orkid KL
  20. Bukit Bendera,
  21. Gambang Resort City
  22. Desa Water Park
  23. Sunway lagoon
  24. Singapore
  25. Sabah
  26. Sarawak
  27. Melaka
  28. Semua Negeri kecuali (Perlis)
Jadilah seperti yang kamu ingin jadi..........
saya tidak boleh jadi seperti yang saya mahu jadi sebab tak layak dan terkeluar dari landasan hidup di bumi nyata kerana saya lisa amin........... saya bukan akak hartawan dan jutawan yang berupaya jadi lah apa yang saya ingin jadi kerana saya perlu di pijak di bumi yang nya..........

Kerana kamu hanya memiliki satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan........
Ya saya tau itu jadi saya tidak pernah sia-siakan kesempatan yang ada..............
Maka inilah LISA yang kamu semua kenal dan lihat hari ini......... kadang kala dia menjadi orang yang yang melakukan hal-hal yang meyakitkan hati kamu kerana dia sedar dia hanya memiliki satu kesempatan dan dia seharusnya gembira..........

Memori 27/9/2005

Lisa Amin

Ini adalah sebahagian memori yang saya temui dalam kotak .......... ketika saya mengemas di hari raya 2010 ........ ia juga bukti saya pengumpul sampah bagi anggapan orang lain bagi saya ia berharga.......

Resit tol PLUS dari banggi ke Air Keroh Melaka.......   berharga RM13.90 sen pada jam 2117. Hehe ia memang memori, memori saya berzama Siti Zakiah..... lebih berusia dari saya dan menjadi teman saya berpoya-poya ketika degree saya di UKM. Seingat saya bersama Siti Zakiah saya banyak berpoyax2 dan kami memang giler masa itu......... ada saja idea mahu kesana sini............. dari peri melepak hinggalah berjalan-jalan, putrajaya, mid valley.......bukit bintang tanpa mengira jam dan waktu......... pantang ada masa dan ruang..........

Dalam memori saya pada hari ini sebaik sahaja habis kuliah yang saya tidak ingat kuliah apa kami diberitakan bahawa seorang rakan kami Sahrom Othman  ditimpa kemalangan.......... jadi kamu semua berpakat untuk pergi melawatnya di Hospital Putrajaya.Agak ramai juga rakan kami yang lain datang melawat. Beliau patah kaki dan cedera di beberapa tempat yang lain...........

Sebaik sahaja lepas melawat ketika dalam perjalanan pulang kami berbincang ayatnta seperti biasa? Baru pukul ........... awal lagi. Tak kan nak balik dah............ apa kata kalau kita........... hahah
itulah ayatnya........... dan kali ini kami bercadang mahu pergi berjalan-jalan ke Melaka. Melaka dengan UKM ni tak la jaugh sangat......... Maka pada hari tersebut bersiar-siarlah kami di bandaraya melaka di sekitar mezium dan dataran pahlawan......... yang peliknya memang tidak ramai orang.......... kamix2 sahaja... mungkin kerana hari itu hari bekerja.......... Maka berseronoklah kami semaunya di Melaka.............

Blues UNTUK Aku

Lisa Amin

Dalam sempit yang terhimpit............
Dalam Mencapai Yang di gapai............
Ku melilit, tak membelit..........
Ku melangkah, tak melangkah.......
Dalam diam yang bingit...........
Ku terus yakin........
ALLAH jualah pemberi rezeki....

Jika tidak semua ini bukan milik kita jika ditafsir secara sempit ia akan menjadi sempit............
Jika ditafsir secara luas ia .......... akan menjadi seluas alam.........
Bukan kah semua yang belaku ini seperti rezeki..............

Rezeki wang ringit...........
Rezeki pendidikan.........
Rezeki makanan.........
Rezeki kasih sayang...........
Rezeki cinta..........
Rezeki melihat......
Rezeki memiliki rakan............
Rezeki memiliki suami.............
Rezeki manjadi manusia yang sempurna...........
Segalanya adalah rezeki............

Masa yg sudah berlalu...............

Lisa Amin

Hahah lama juga meninggalkan dunia blog ku ini............ rindu dia kerana di sini tersimpan sebahagian kenagan hidup saya....... bali raya tahun 2010 kali ini saya bercuti panjang hampir 2 minggu lebih. seronok.......... sempat pula mengoperasi rumah...........selongkar sane selongkar sini, kemas sana, kemas sini, ...........

Dalam kemas situ sana sini saya sempat juga meneroka barang- barang peninggalan lama saya, dari nota  kuliah hinggalah barang-barang lain. Ternyata saya ni pengumpul tegar yang, bagi sesetangah orang mungkin sampah sarap atau benda remeh. Tapi bagi saya semuanya sungguh berharga. Jauh berharga dari semua benda berhaga lain seperti emas, rumah dan kereta.........

Kotak-kotak yang bersusun di tepi dinding saya kemas.......... di dalamnya terkandung segala khazanah saya masa saya belajar di UKM masa saya pelajar prasiswazah. Kotaknya bertambun.......... bepuluh kota....... macamx2 ada.... dan semunya kenangan....... baut saya... harta yang berharga.............kerana ia mengandungi bukux2 dan kertas-kerta.  Pening juga saya mencari kotak baru kerana kebanyakan kotaknya sudah rosak.Mujur ada kakak kesayangan saya........... dan mak cu ada la kotak huhu......... Terima kasih akak n mak cu. Kata makcu akak pun banyak majalah macam saya............. Khazahah n harta akak katanya.........
Betul la tu mak cu memang khazanah n harta kami pun huhuhu...............

Dalam kotak tu ada macam kenangan saya........... ada hadian pemberian rakan, macamx2 benda........ seronok saya mengimbau memori lampau, semuanya telah menjadi kenangan buat saya..........

01 September 2010

31 Ogos 2010

Lisa Amin

Kisahya saya terasa ia merupakan hari yang paling kenyang di dunia.......

KENAPA????

Kerana saya makan dan makan........... hari ini giliran Kak M untuk masak memasak bagi juadah berbuka puasa kami.. Menunya adalah masak kari terung dengan ikan masih, ulam-ulam, ikan goreng, masak petola, terung masak belacan, telur dadar. memang lazat sekali. Lagi satu bubur biji nagka............ 2 kali buat, yg pertama tak jadi sebab kena tipu dengan TV. Kali kedua jadi sebab resipi sdn.............

Hari ini juga saya jumpa khazanah berharga UKM.......... hahaha......... berharga ker??? bagi saya berharga kerana lepas ni saya tau mana nak rembat kalu saya nak masak heheh di taman herba........... segalanya ada disana seronok.........

Selepas berbuka puasa kami dalam jam 12 malam kali keluar pergi makan menemankan si MK yg katanya belum makan lagi........ seperti biasa menentukan lokasi tidak lah semudah yang disangka........ dari Azura, BBB, Soho, Perantau, Shell dan Chyok............. akhirnya perantau menjadi pilihan......... Char kuih tiewnya memang sedap............. selepas itu kami ke downtown kajang membeli belah lewat malam........ jalan-jalan dan ronda2 sehingga jam 3 pagi. Kemudian kami ke McD PKNS bangi dan ternya bukan kami sahaja yang lapar ramai yang menikmati makanan disana. Jam 5 pagi sudah mau pulang..........

Di pertengahan jalan moto saya kehabisan Petrol.......... huhuhu itulah akibatnya jika suka bertangguh mengisi petrol tanggung sdn. Mujur ada lelaki kalu tidak haru juga kami mahu menyelesaikan masalah tersebut. Mujur pertol pam di seksyen 3 buka 24 jam. huhuhu......

30 August 2010

53 Sebab Malaysia Istimewa

Lisa Amin

Hujan emas di negeri orang lebih baik di negeri sendiri.Semakin jauh kita mengembara kita seharusnya semakin sekat dan rindu kepada asal usul dan keistimewaan malaysia. Malaysia terbaik kerana terdapat segalanya di sini, menghimpunkan destinasi popular, kulinari, budaya, warisan seni bina dan prasarana yang unggul.

  1. Teh Tarik
  2. Songket
  3. Taman Negara
  4. Malaysia Airlines
  5. Hari Raya 
  6. Menara Berkembar Petronas
  7. Nasi Lemak
  8. Wau Bulan
  9. Genting Highlands
  10. Rangkaian Lebuh Raya
  11. Tahun Baru China
  12. Menara KL
  13. Pulau Langkawi
  14. Roti Canai
  15. Batik lukis
  16. Proton
  17. Pulau Tioman
  18. Masjid Negara
  19. Litar Antarabangsa Sepang
  20. Deepavali
  21. Perak Man
  22. Bandaraya Melaka
  23. Produa
  24. Tasyik Kenyir
  25. Orang Hutan
  26. Krismas
  27. Pulau Pinang
  28. Vaisakhi
  29. Mezium Negara
  30. LIMA
  31. Pulau Sipadan
  32. Homestay
  33. Keretapi Tanah Melayu
  34. Batu Cave
  35. Gua Niah
  36. Citrawarna 1 malaysia
  37. Cendol
  38. Putrajaya
  39. Rumah panjang
  40. Gunung Kinabalu
  41. Piala Monsoon
  42. Petaling street
  43. Istana Negara
  44. KLIA
  45. pasar Seni
  46. Le Tour de Langkawi
  47. Reflesia
  48. Lemang
  49. AirAsia
  50. Hari Gawai
  51. Wat Phothivhian 
  52. Bangunan Sultan Abdul Samad
  53. Hari Kebangsaan
Sumber: Kosmo Sabtu 28 Ogos 2010 

Saya mau tambah lagi yg ke 54: Malaysia banyak cuti hehehe...............

05 August 2010

Lelaki Hadirnya Seperti Angin Lalu

Lisa Amin

Seperti angin lalu begitulah ibarat kaum adam ini. Kamu boleh hadir dalam pelbagai keadaan sempoi bahasa, angin kencang, ribut  atau mungkin taufan.  Kadag kala mendamaikan kadang kala membawa bencana dan masalah. Adakah kerana semua kuasa dunia dan hukum alam alam ini disandarkan kepada mereka mereka bebas melakukan apa saja.

Kerana sepeti yang saya selalu nyatakan kaum adam ini bertuah. Kerana hampir semua urusan dunia ini dan akhirat disandarkan kepada mereka. Berapakah ramaikah yang mampu memikul beban ini, sebahagianya kencundang dan meluka kan hati sahaja.

Permainan Apakah Ini

Lisa Amin

Aneh, pelik, hairan adakah ini sejenis permaina, ini  hanya tekaan ku belaka. Jika ia bukan permainan mungkin ini suratan atau pun kebetulan. Tapi kebetulan ini sepeti terancang. Tapi aku tak buat tuduhan cuma agak-agak sahaja. Pelbagai ragam dan keranah kamu tunjukan dan jika ini satu permaianan, aku suka permaianan ini,  ia nya menarik.

Tapi jika ini bukan permainan kamu agak malang kerana sekelumit pun rasa pecaya taidak wujud. Jadi sebagai salah seorang yang cuba merapati aku kamu harus tahu peraturan untuk berada dalam perhitungan hidupku.

Peraturan:-
  1. Jangan sesekali cuba menipu kerana ramai yang tidak berjaya walaupun mungkin sekali sekala ada yang tidak berjaya di kesan
  2. Aku ini cukap mudah orang nya, terbuka dan mudah diajak berbincang. Jadi peraturan yang pertama itu tidak seharusnya berlaku dan perlu ada
  3. Kamu harus mengenali aku dengan baik
  4. Jika kamu mengenali aku dengan baik pertauran 1 dan 2 tidak perlu ada
  5. Kamu boleh menguasa ia aku kamu mampu melepasi tahap 1,2, 3 dan 4
Hasilnya:-
  1. Kamu sentiasa akan mendapat sokongan dari ku
  2. Aku sanggup berkorban untuk kamu
  3. Kamu sentiasa didahulukan
  4. Aku juga ikhlas terhadap kamu kerana aku tidak suka berlakon
  5. Tidak pernah menolak permintaan kamu
Jika kamu melangar peraturan ini kamu mungkin boleh bersama ku tapi jangan harap aku sentiasa di sisi kamu. Kamu juga jangan harap aku menjadi  orang yang pertama akan menolong kamu. Lebih malang jika, aku tidak pernah kisah akan kamu. Kerana aku tidak mahu menjadi manusia yang hipokrit belakon baik depan kamu sedangkan aku cukup menyampah melihat kamu. Jadi lebih baik aku undur diri tanpa kamu sedari  bahawa kamu telah kehilangan aku yang sebenar melainkan kamu hanya mendapat jasad ku tanpa rohnya.

05 July 2010

Bila Rindu

Bila kamu tiba-tiba kata merindui aku, aku hanya mampu senyum. Senyum sendirian sebab aku sendiri disebabkan aku rasa benda itu sesuatu yang sangat unik. Kerinduan yang kamu gambarkan selepas beberapa ketika menghabiskan masa, buat kenangan itu sesuatu yang sangat berharga. Tetapi, rindu dengan semua itu berbanding rindu kepada aku, adalah sesuatu yang sungguh di luar jangka. Ketawa.

Jahatkah aku ketawa dengan perasaan yang manusia lain rasa? Entahlah. Kebolehan aku mempercayai orang semakin terhakis apabila sering dikhianati. Aku takut, bila kamu kata kamu rindu aku, tapi ada benda lain yang kamu mahu dari aku, mendapatkan balasan atas mungkin kelalaian aku kalau terbuai dengan mainan yang menakutkan seperti yang pernah dialami dulu. Ah, kejikah hati? Tidak.
Aku percaya manusia sekeliling aku. Percaya hingga kadangkala aku sanggup menutup mata aku melihat kebenaran disebabkan asas kepercayaan yang aku pegang. Tetapi ditikam dari belakang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi, hati aku bukanlah sempurna lagi. Pernah dirobek, dikhianati dan dilukai, hati aku rapuh bagaikan serpihan kaca yang sudah calar balar. Tidak sempurna dan tidak menarik langsung.
Kenangan itu membunuh.

Mimpi itu memburu setiap jejak yang pernah ditinggalkan.

Pautan ukhuwah itu lebih baik dipelihara dengan asas yang lebih sempurna.

Sekurang-kurangnya itu bakal buat semua orang gembira dan menikmati bahagia.

Benar, itu apa yang aku rasa.


Sudah puas mendengar mulut-mulut meminjam lidah iblis menghina aku.

Sudah jelak dengan jelingan mata yang mencemuh.

Sudah tepu dengan apa jua yang orang lemparkan pada aku.

Maka, aku lebih rela mengubat badan lenguh.

Lebih senang mengesat peluh.

Dari membiarkan hati melepuh.


Lisa Amin

Belanda Lawan Jerman harapan saya

Memandangkan saya sudah monontok perlawanan Argentina melawan Argentina saya tidak dapat nafikan permain Jerman mempunyai kekuatan tersendiri dan dibarisi oleh pemain muda. Tenaga mereka masih hebat. Manakala Belanda pula memaki jersi berwarna oren kesukaan saya. Maka saya mengharapkan pasukan pilihan saya berentap di perlawanan akhir dan saya akn sokong kedua-duanya hahah untuk pelawanan sukseparuh akhir ini. Belanda akan menentang Uruguay manakala Jermen akan menentang Sepanyol. Hemm sabar menanti kami sudah bercadang menontonya di Dataran Merdeka untuk perlawanan akhir ini.
Brazil juga merupakan pasukan pilihan saya untuk beraksi di perlawanan akhir sudah bungkus  ditewaskan oleh Belanda.

Lisa Amin

Bumi Afrika Dan Tuahnya Nombor 10

Menurut pengulas sukan biasanya jersi No.10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tapi malanynya kali ini no 10 tidak lagi membawa tuah kepada pemiliknya. satu ketika dulu, memakai jersi no 10 ibarat penghormatan besar sebagai pemain berpengaruh dan digeruni oleh pihak lawan di atas padang seperti yang dibuktikan oleh Pale, Diego Maradona dan Zinedine. Kali ini kebiasaan itu gagal diikuti oleh generasi pemain sekarang seperti Rooney, Messi dan Kaka.

P/S:Tahun 2010 yang saya yakinni akan membawa tuah sejak berbelas tahun dulu kepada saya juga nampaknya tidak membawa tuah kepada saya.
Jadi Piala Dunia boleh menjadi rakan senasib saya hahahahah.................

Lisa Amin

01 July 2010

81 ribu anak luar nikah didaftarkan

Tidak tergambar perasaan apabila membaca kenyataan ini di utusan 30 Jun 2010.Jumlah ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tidak kira apa pun puncanya saya merasakan ia telah menjadi barah yang semakin tenat. Antara punca yang disenaraikan adalah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubagan budaya masyarakat.  Dan sekali lagi komunikasi dan jaringan sosial yang dipersalahkan dan internet memainkan peranan yang sangat besar dalam perhubungan hari ini.

Jumlah ini tidak mengambarkan apa sebenaranya yang berlaku malah ia pastinya lebih teruk. 18 ribu ini merupakan jumlah yang didafrtarkan tidak termasuk yang digugurkan dan juga mati dibunuh atau ketika dibunang atau berjaya dibuang dengan selamat.Isu pembuangan bayi ini juga tidak merujuk kepada masalah sekes bebas yang berlau di kalangan profesional yang melakukanya yang sudah bijak dan mahir dalam alat perancang keluar. Jumlah ini mungkin bukan kandungan kali pertama melakukan hubungan seks dan mengandung. Masih banyak pokok persolah yang perlu difikir dan diteliti kembali.

Jawapan penyelsaian kepada persoalan ini adalah membentuk kembali sahsiah diri bukan sahaja bermula dari anak muda zama sekarang tetapi kembali kepada ibu bapa  mereka yang melahirkan mereka.

Lisa Amin

29 June 2010

Tidak semudah itu menjadi hati batu

 Kata orang sekeras-keras hati yang seperti batu itu pasti ada ubat untuk melembutkanya..........
Walaupun saya telah membuat keputusan tetapi jauh di sudut hati saya.......... rasa bersalah dan kasihan itu silih berganti .......... ternyata dalam kerasnya hati batu saya masih ada ruang yang lembut yang masih boleh ditembusi.

Walau apa pun akhirnya saya tau bukan semua orang harus disalahkan. Sedikit sebanyak saya juga bersalah kerana membiarkanya ia terjadi dan membenarkanya. Ini perinsip biasa saya gunakan orang lain tidak bersalah yang bersalah hanyalah saya. Itu tidak boleh dinafikan ............. kenapa harus salahkan orang lain sedangkan saya yang berhak menentukannya......... jadi sendiri yang salah kan....

Kepada mereka yang berkenaan maaflah bukan tidak sudi membantu........ bukan tidak kasihan.....  bukan upah yang menjadi keutamaan tapi cukuplah atas apa yang telah berlaku. Cukuplah budi yang ku tabur seikhlas hati........... yang aku marah kerana kamu semua telah mengkhianati ku........... itu sahaja. Dan itu telah menjadi kepantangan ku sejak dari azali lagi............ yang ku mohon hanyalah sebuah keikhlasan kerana dalam persahabtan aku cukup memberi kelonggaran kerana ia nya tanpa syarat  asalkan ikhlas.

Lisa Amin

Rajuk hati ku yang tidak mampu ku pujuk

Hemm ............ merajuk kah aku............berkecil hati kah aku.......... aku pun tak pasti yang pastinya aku tak mau lagi............menjadi _  _   _   _kata orang lain kepada ku.
 
Kali ini lain dari biasa............ terus membisu dan memberi ruang kepada hati saya untuk berbicara...... dan membuat keputusan............ nan inilah hasilnya........... macam biasa seperti yang saya duga ternyata hati saya sekeras batu.......... hanya ke ajaipan akan mengubah keadaan.

Ternyata tindakan yang di ambil masih melukan hati ku............. tetapi hati ku sudah lali......... ia tidak sakit malah boleh ku tempuh seperti tiada apa yang berlaku............. kerasnya hati............ sekeras batu, sekeras intan atau ia telah beku. Aneh ia tidak lagi sakit, tidak juga rasa dendam.......... yang ada cuma rasa marah. Marah kerana ditikam dari belakang........... kata orang biar mulut celupar dari kita dengar dari belakang. Kerana ia jauh  lebih menyakitkan..............

Biarkan takdir dan waktu membetulkan suasana............kerana saya yakin lambat laun angin kemarahan ini berlalu jua.....

Lisa Amin