Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








13 March 2013

March 2013 Bulan Yang Menguji Kesabaran

Lisa Amin



Wow.............sibuk sangat nampak gayanya bulan march nie..... belum jumpa satu hari pun yang boleh lepak-lepak sesuka hati..........banyak benda yang berlaku dan banyak benda yang bakal terjadi. Sampai boleh pikir la.....kenapa la ada satu jerr.............kalau lisa amin ada banyak kan senang boleh bagi.....






Antara aktiviti yang dah selesai program felo ke broga dan mandi-manda di air terjun.............persiapanya macam biasa la dlm 4 hari dari membeli barang memasak dan mengemas. Tapi memang puashati la.....sebab akhirnya berjaya juga anjuk aktiviti di luar kotak....kalau tidak asyik benda yang sama jerr...... kali nie dah dapat buat BBQ so lepas nie dia orang nak rancang apa pun...............rancang la tak kisah.... seronok juga pergi air terjun jeram kedah tu..................antara menu yang di masak sendiri adalah trifle.........puding milo, nasi goreng, ayam BBQ, coslow, brown sos, hot dog dan jagung selain makanan ringgang yang lain..... tak lupa juga kentang goreng dan keropok lekor...........nyum..nyum...nyum lazat..............hahahaha masak sendiri puju diri sendiri.








Selain bulan yang sibuk nie..ia boleh dikatakan bulan masak-masak la juga..........sempat masak chicken chop, nasi lemak sambal sotong dan ikan bilis, bubur nasi, bihun goreng dan bubur jagung............nie semua berkat ada orang nak makan..............selera sikit...kalau tak masak sendiri makan sendiri memang tak  selera la kan....sebab sekarang nie ada kak maz dia so ada la kawan kat sini.......





Aktiviti seterusnya adalah.............memasak untuk budak dinner cari duit, kesian dia orang tak cukup duit, so jual laksa la apa lagi...itu je pun yang lisa amin nie reti.................kata mereka 3L iaitu kata budak budak nie Laksa Lisa Lazat ya la tu.............apa-apa je la................nampaknya 2 minggu nie memang penuh dengan upacara masak-masak...............



Ada juga tawaran pergi langkawi dan ipoh dalam waktu yang sama so tak boleh nak kata apa la..........pening nak pikir semua nak pergi tapi akan kan daya hajat tak sampai............sedih oooooooooooooooo  nampak nya kenduri masa cuti sekolah ni tak boleh balik la....cuti sekolah pun tak boleh balik....huhuhu rindu mak dia dok ruamh sorang kot..................

Anak Saudara Baru

Anak saudara baru pun tak tengok lagi..............perempuan lagi katanya... apa nak buat belum ada rezeki nak dapat anak lelaki...anak no 4 kot............kesian abang kesayangan saya. Kak lina pulak dah mula buat ayat sedih dah lama tak jumpa kan...........nak makan pulut la, mee kari la, lompat tikam la....macam-macam kalau lisa amin tak da dia tak mo buat susah betul...............geram......dah la tengah mengandung tu......issshhhh kalau tak dengar kang kesian pulak..... bila la dapat curi masa pergi sana....budak ika pulak sibuk nak suruh buat kek bday untuk boyfriend dia............budak-budak zaman sekarang macam-macam hal....

Hahahaha percaya tak...buat sendiri nie.....tampal-tampal jerr





07 March 2013

Hakikatnya.....Lisa Amin Memang Tak Tau Marah

Lisa Amin



Tak tau la apa isunya...........tapi semalam tiba-tiba rasa nak marah pulak............nak cakap pun susah tapi kalau tak cakap pun susah................kalau cakap kata merunggut...............tak cakap nampak macam kita nie tidak meyumbang bakti......

Tapi tak pa lah setelah berfikir panjang.....jangan susahkan diri........tenangkan diri tenangkan hati...jangan memulakan pergaduhan............buat apa nak kemukan isu pulak..... bukan apa-apa pun..... biar orang nak kata apa pun yang penting kita tau apa yang kita buat............

Itu la LISA AMIN ............simpan dalam saja.....harap sentiasa berfikir dengan tenang sebelum bercakap dan bertindak....

03 March 2013

Mendaki Bukit Broga dan Mandi Manda Air Terjun Jeram Kedah Ulu Beranang.

Lisa Amin













Akhirnya tercapai juga cita-cita nak mendaki bukit broga kemudian pergi mandi manda sambil berBBQ......kali nie pergi dengan felo KKM...........perancangan semua buat sendiri siap masa-masak lagi......hahahahaha ada berani??...........boleh la......walaupun cik lisa amin tak pandai sangat masak tapi harus cuba kan......kan...kan.....Walaupun perancangan asal nak mandi manda di sg tekala atau sg gabai tapi akhirnya tukar lokasi...........sebab tempat tu dah biasa orang pergi............kebetulan pulak pada hari yang sama ada group mendaki yang baru jer kenal nak pergi sana.Dia orang pun pergi broga juga then lepas tu nak pergi jeram kedah nie............pertama kali dengar kot terima kasih la kepada En Faizal Fbk Rekreasi Alam............. tengok gaya dia memang aktif anjurkan aktiviti outdoor nie....sapa berminat boleh la add dia guna nama tu kat Fb dia..................Ciss memandai-mandai jerr aku nie..................rasanya dia tak kisah kot kalau dia kisah sorry la erkkkk.....








So lepas turun bukit broga tu kami putuskan nak pergi jeram kedah, walaupun tak tau jalan kami redah jer...mujur dah ambil no phon en faizal tu.......so call dia tanya jalan............dia kata nak jalan sekali sebab susah nak bagi peta.........kami dah tak sabor dah gelojoh sangat tambahan pula ramai yang dah tak sabar nak mandi-mandi............so kami redah jer la.............sesat sikit tp akhirnya sampai juga..........memang tak jauh dari bukit beroga lebih kurang jer pergi tekala atau gabai.......dah la kat sana ramai orang..........kena cop tempat lagi.....jalan kaki jauh lagi...nak masuk kena bayar lagi..........tempat ni yang kurnag senang hati sikit jalan dia kecik sangat..............kalau bertembuang dua kereta tak tau la macam mana.............memang tak muat dan tepi jalan tu semak sangat tak berani nak pergi tepi dah............semoga yang datang sini tak bertembung la hendaknya............

Kena jalan kaki jauh sikit tapi berbaloi sebab ada tempat berbatu, ada berpasir dan juga kawasan yang agak dalam..........sangat sesuai nak bawa keluarga.........tapi di nasihatkan tak perlu bawak barnag banyak snagat susah nak bawa........kecuali ada ramai dalam satu kumpulan boleh bawak sekali harung..... sebab jalan nak turun tu mencabar minda dan jiwa juga... kalau nak ulang alik 2 atau 3 kali semput juga la.......heheheheh lisa la kot orang lain steady jerr.

Persiapan awal dah dibuat beli barang pada hari jumaat dengan amy, anis dan shira. Hari sabtu beli bahan basah seperti ayam dan dah mula masak untuk esok terutamanya perap ayam untuk BBQ. Kali nie lisa masak sorang jerr untuk kira-kira 15 orang makan  anis tolong buat sandwich sardin untuk sarapan yang lain-lain semua masak sendiri . Tapi yang datang dalam 12 orang jerr..........list makanan punya la banyak..........memang makan sepuas hati la.........nie ibarat nak lepas gian la.......antara makanan


  1. BBQ ayam
  2. BBQ sausage
  3. Jagung bakar
  4. Kentang goreng
  5. keropok lekor
  6. Caslow
  7. Brown sos untuk makan dengan ayam
  8. Nasi Goreng
  9. Puding milo
  10. Trifle











Untuk sarapan pulak maklumlah nak mendaki broga takut lapar kan
  1. Biskut bercream
  2. Roti sandwich
  3. Kek pisang
  4. Air kotak 
  5. Air mineral




Fuh punya la banyak patut la tak larat nak angkut siap bawak dapur gas lagi untuk goreng-goreng kat sana....tabah giler................biasa la tengok la program anjuran siapa Lisa Amin kan mesti lengkap dan sempurna..........siap bawak bakul picnic lagi.......ooo tu bakul yang wajib........kesayangan tu.....





19 February 2013

Berdoalah Jangan Putus Asa

Lisa Amin



Berdoalah dengan hati yang damai.........mohon la...........merayu lah namun jangan minta Allah kasi apa yang kita minta jika belum tiba waktunya.


Doa tidak mampu mengembalikan yang kita cintai,
Tapi ia mampu memberi kebahagiaan kepada mereka........

Doa tidak mampu mengulang waktu,
Tapi mampu membuat kesempatan datang kembali.....

Doa tidak selalu membaiki hati yang hancur,
Tapi doa mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenag kalbul.........

22 January 2013

Kota Kinabalu Sabah.............

Lisa Amin




So seperti yang direncanakan makan esok 23 Jan 2013 akan memulakan perjalanan ke Sabah........Buat Kali yang ke 4................kali ini dijangka akan melawat papar dan kundasang.................Katanya cuaca sejuk sehingga 6 Celsius  wow cam mana tu berapa tebal baju nak di bawa minggu lepas ke Cameron Highlands yang 18 darjah celsius tu pun dah menyorok dalam selimut jer................ nak mandi punya la bercinta................kalau sejuk lagi ada yang madi sambil menjerit kot.........................

Persipan awal macam biasa la tunggu tengah malam baru kemas beg............. esok dalam kui 7 pagi dah kena gerak ke LCCT...............hemmm boarding pass pun baru je print tu yang paling penting. So bila dah ada Boarding Pass baru la blh tengok nak duduk kat mana.................sukanya pergi balik dapat duduk kat tingkap...........so kena naik awal la..........baru la tak susah nak lalu..............kalau tak segan nak lalu dekat depan orang hahahaha boleh tak macam tu......... semoga perjalan pergi dan balik selamat semunya..........

Rezeki Jangan Ditolak Musuh Jangan Dicari

Lisa Amin




18 January 2013

Strawberry Moment Cameron Highlands

Lisa Amin



Wow nikmatilah detik-detik indah bersama yang tersayang untuk satu kenangan yang tidak boleh dilupakan...........dah tu kalau pergi Cameron highlands apa lagi nak kata..........sinonim dengan 4 benda je ..........sejuk, strawberry, teh dan bunga...........well what  can i say??? only that...........hahahaha nak cita sikitla.........masa dahulu kala pergi cameron highlands ikut rombongan sekolah...........tapi bila dah masuk usia lanjut nie macam tiap-tiap tahun pergi......kadang-kadang sampai 2-3 kali...........hah tu dia...........2-3 kali setahun okkkk................memang suka..........kadang nak pergi semata-mata nak pergi makan jer........kalau cameron nie tak perlu pergi lama cukup sekadar 2 hari satu malam jer..........lain la kalau pergi honeymoon boleh la duduk bertapa kat sana lama-lama sikit kan...........erkkkk




So untuk tahun tahun 2013 nie awal tahun dah naik 17 &18 jan.........belum sampai sebulan tahun baru dah memulakan agenda poya-poya.........hehehehe tapi dalam apa pun saya nak menzahirkan rasa syukur ke hadrat illahi..........walaupun orang kata kena bersyukur dalam hati.......tapi tetap nak kata juga la kat sini kan............bukan apa sebagai tanda terima kasih.........bila lihat diri sendiri doa dan amal tidak seberapa...... tapi bila Allah S.W.T bagin rezeki yang melimpah ruah bila dikenang balik memang rasa terharu sangat tambahan pula bila kita sedar siapa diri kita kan........kan......kan..................



Pemergian kali nie sebenarnya teman kawan je..........dia ada kerja nak buat kat sana.........so kira jadi peneman kawan borak-borak sepanjang jalan............lebih bernasib baik lagi semua ditaja.......wow.... hah tu la yang dikata murah rezeki...............semua ditanggung beres dan halal..........sampaikan nak bayar makan sendiri pun tak boleh. Saya nie memang la tak kaya mana pun tapi kalau setakat makan tu mampu lagi kot kerana nak ambil konsep kita ni duduk kat mana pun tetap kena makan..............apa pun terima kasih semoga rezeki beliau berganda lagi sepanjang masa.Siapa sangka kan dia boleh memberikan sesuatu sedemikian rupa.............kalau cakap kat orang lain dengan keadaan beliau mesti semua orang tak percaya...........hahahaha i like....................tu la kadang-kadang manusia ini sukar diramal apa lagi rezeki Allah S.W.T



Yang lebih meyeronokan lawatan kali nie lawatan penyelidikan.........hemmmmm memang tak sangka boleh jumpa beberapa En Bos beberapa ladang yang mempunyai bisnes berjuta-juta keuntunganya...hemmmm untung la jadi orang kaya..................paling tak boleh lupa pergi kilang proses bunga.................kalau keadaan biasa jangan mimpi la nak pergi masuk tempat proses bunga kan.............apa lagi jumpa En Bos........tapi kali ini siap boleh masuk dan melawat sekitar kilang dan di beri penerangan ringkas....kemana hasil dieksport...... berapa kos...........masalah perniagaan  dan macam-macam lagi nak tanya boleh saja............seronok..........jumpa Tauke Bunga, Tauke Tomato, Tauke Salad dan Tauke Strawberry. Dijangkakan lepas nie memang akan selalu naik Cameron Highlands la.............ada banyak urusan kat sana...... so boleh lepaskan gian kat Strawberry..............



Pengalaman pergi kilang bunga memang haven sangat la..........bagai bulan jatuh ke riba..........tak sangak cepat juga cita-cita kesampaian..........jangan tak tau saya pernah je ada niat nak kerja kat ladang bunga.....jadi tukang gunting bunga...........hari-hari bunga..........seronok kot.............cuma satu je lagi tak kesampaian nak masuk dalam kebung bunga rose tak tau kat  mane dan macam mana.........semoga satu hari nanti termakbul lah cita-cita dan harapan saya nie...........Amin



Kalau pergi cameron  jagn lupa pergi Kea Farm.........hah kat situ la segala kaum kerababt strawberry ada dijual kat sini kalau pandai deal memang murah............kalau tak kena sembelih la..........kena ada art tawar menawar yang hebat............ kalau tak habis lah...............kata orang pergi pasar malam lebih murah..........tapi cuma hari cuti je la..............kalau hari biasa tak da.............so kat kea farm la yang terbaik ..........nie pendapat peribadi saya la.................lagi satu kalau anda pergi dengan ahli keluarga terutamanya ada nenek, atuk..... mak ....ayah.......dan adik beradik jangan lupa pergi Time tunnel ..........hemmmm apa yang ada kat sana.......satu kenagan zaman silam semua orang...barang-barang jadi kalau pergi 3 genarasi mesti banyak pengalaman yang nak diceritakan.........seronok............banyak benda zaman dulu ada kat sana yang dah tak wujud lagi zaman sekarang...................



Kalau nak pergi makan-makan strawberry tu saya cadangkan pergi kat Kampung Sedia.......kat situ banyak homestay yang diusakan oleh oleh orang melayu.........harga berpatutan kat sana pun banyak sangat kebun strawberry boleh pilih je yang mana berkenan............sekali sekala apa salahnya bagi sokongan kat orang kita kan...............kat situ ada satu ladang strawberry yang ada jual Scones yang sedap dan juga strawberry cokelat memang sedap yang kat situ sebab cokelat dia panas lagi............. Scones tu benda apa hemmm dia macam biskut atau roti tapi tengah-tengah........biskut pun bukan roti pun bukan.........hemmm apa yan nak disamakan tak de kot............biasa dimakan dengan jem dan whipping cream.........belah dua sebab dia tebal so boleh sapu jem dan letak whipping cream........memang sedap la........... ya la Cameron highlands  tu kan sejuk sangat kalau jumpa benda yang boleh memanaskan badan memang rasa seronok la............boleh minum teh juga kat sana..........kat ladang. Lagi pun untuk orang islam lebih baik beli buah kat sini.........dijamin halal terutamanya dari segi penggunaan baja. Makan yang diproses juga macam, jem, ais-cream dan strawberry kering............pilih la yang diyakin HALAL.



Hemmm apa lagi nak cite pasal cameron nie............rasanya tu je kot.................sebab dah selalu pergi macam tak de benda dah nak cakap...................paling best makan jagung, ubi keledek rebus n strawberry cokelat..............nyum.......nyum.......nyum mkan juga yang sedap...........hahahaha