Hemmm mungkin inilah maksud Rossa dalam lagunya yang bertajuk "Hey Ladies" jika wanita sudah beraksi dunia hancur...........
Menurut kata Dr. Sajaratulnisah dalam utusan malaysia, yang juga Ketua Bahagian Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya berkata:-
UMUM mengaitkan penderaan domestik dengan si pesalah laku sebagai pihak lelaki. Malah 85 peratus kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan penderaan suami terhadap isteri mereka.Pelbagai tanggapan dilemparkan terhadap kes yang jarang-jarang sekali kedengaran berlaku dalam masyarakat kita apatah lagi lelaki Asia diangkat sebagai ketua keluarga hakiki.
Punca
Apabila ditanya mengenai punca kes seumpamanya boleh tercetus, beliau menjelaskan beberapa faktor yang mampu menyumbang ke arah berlakunya keganasan domestik terhadap lelaki."Terdapat teori bahawa gangguan ekologi (persekitaran kehidupan) menjadi penyebab timbulnya kes penderaan suami," ujarnya.
Kelemahan identiti maskulin lelaki akibat tercabar hebat oleh wanita juga boleh menimbulkan potensi suami ditindas isteri secara psikologi mahupun fizikal.Apabila peranan suami sebagai ketua keluarga terus-terusan dicabar, akibat pelbagai faktor antaranya kuasa dan kewangan seperti isteri memegang jawatan lebih tinggi serta menyumbang lebih pendapatannya kepada keluarga.Jurang status ekonomi dan sosial antara suami isteri itu boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga terbabit jika gagal ditangani dengan bijak.
Tiada sokongan
Mungkin akibat kurangnya sokongan daripada masyarakat, menyebabkan mangsa dera tidak mahu tampil mendedahkan perlakuan ganas pasangan terhadap mereka.Atau mungkin juga, mangsa yang sudah berbelas tahun didera tidak mahu mengabaikan anak-anak dan menjadikan mereka mangsa penceraian.Sedangkan wanita mangsa dera pun sukar mencari jalan keluar daripada nasib malang yang menimpa inikan pula kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga.Tambah Dr. Sajaratulnisah lagi, beliau sendiri tidak pernah memaksa pesakitnya membuat laporan polis jika disyaki mangsa dera.Sebaliknya, mereka dialu-alukan meluahkan perasaan mengenai apa yang berlaku ke atas diri mereka dan doktor sepertinya boleh membantu jika ingin menghentikan perbuatan kejam pasangan itu."Kami bersedia menyediakan segala dokumentasi diri pesakit sebagai rujukan penting dalam mahkamah sekiranya mangsa ingin mendapatkan keadilan untuk diri dan anak-anak," ujarnya.
( Benarkah kini lelaki di Asia kini masih lagi diangkat sebagia ketua keluarga hakiki,dari sudut fakta mungkin tapi realitinya kini?????) Lihatlah sekitar anda........
Sumber
Perjalanan Takdir
Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan
Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.
02 March 2010
Sekadar Di Pinggiran
Sekadar di pinggiran hanyalah sebuah nota kehidupan dari kaca mata yang terzahir di pandangan dan juga kesempatan aku meneliti kalam kehidupan orang lain dari 1001 sumber yang ada. Sebahagianya diambil dari kehidupan ku sendiri, kerana aku ingin sekali bersuara tapi apakan daya aku tidak mampu. Siapalah aku? Ku ingin ia menjadi catatan bagi masa yang telah berlalu kerana aku yakin "esok tidak pasti". Ia bukan sebuah catatan untuk mengungkit, mengata jauh sekali menghina tapi ia hanyalah sebuah kupusan 1001 kisah di seluruh alam di bumi ini. Kerana aku sekadar di pinggiran bukan sesiapa untuk menyuarakanya secara lantang dimana-mana.
P/S: Aku selalu berkata ku melihat dari jendela hati jauh tapi ikhlas.
P/S: Aku selalu berkata ku melihat dari jendela hati jauh tapi ikhlas.
18 February 2009
Cameron Highlands 18 Feb 2009
Lisa Amin
Hehehehhe............. kata orang jika kita byk sangat merancang susah nak jadi....
so ape kate kita main terjah jer.... Permergian kami ke puncak dingin ini memang tidak la terduga walaupun sedikit perancangan dibuat. Sedikit perancangan sahaja hehehehe. Berani juga kami mencuba nasib. Sudah la perempuan berdua pulak tu menempuh perjalannan yang jauh.Tak la jauh sangat sebenarnya.......... kerana kami ada kerja disana. Aku dgn kak Maz ni kalau bab cuba-mencuba ni memang la boleh diharap. Sudah beberapa kali kami merancang untuk naik ke Cameron tapi tak menjadi. Dah hari ini kami benar-benar nekad. Ditambah lagi dengan beban kerja yang sentiasa mengekori jadi selepas mengambil sampel tanah di sungkai untuk penyelidikan maka kami dengan tabahnya meneruskan perjalanan ke kawasan perlancongan ini. Di pertengahan jalan di lata iskandar kami sempat lagi bersantai sambil menikmati mee goreng dan mandi-manda. Fuh hari berkerja memang sunyi dan sepi sekali di lata ini.
Macam kami berdua sahaja yang ada si atas puncak bukit sambil menikmati dinginya air terjun di lata Iskandar ini. Best siotttt........ dah lame tak mandi berendam air terjun macam ni.Tambah lagi badan kami ni sudah berpeluh mengorek tanah dan mengambil sampel air di sungkai, setelah puas hati kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.
Jadi kami perlu mencari tempat untuk beradu...........dengan penuh yakin kerana hari bekerja hotel pun tidak ditemapah. Melihat... beberapa buah hotel yang ada kami memilh hotel yang baru di buka di tanah rata sebagai tempat peraduan. Boleh tahan juga penatnya. Memandangkan hari bekerja tidak ramai pelawat ketika ini jadi kawasan ini agak sunyi kecuali beberapa orang pelancong dari luar negara.Boring........... malam tu kami lepak kat bilik tengok TV jer. Tak berani nak jalan-jalan sunyi jer tempat ni, tak meriah la. Esoknya kami berangkat untuk pulang, Dalam perjalanan balik kami singgah di beberapa tempat menarik lagi, tengok bunga, sayur, pergi kat mardi, tengok lebah. Boleh la sempat juga pg ladang teh......... bukan pergi singgah jer.
so ape kate kita main terjah jer.... Permergian kami ke puncak dingin ini memang tidak la terduga walaupun sedikit perancangan dibuat. Sedikit perancangan sahaja hehehehe. Berani juga kami mencuba nasib. Sudah la perempuan berdua pulak tu menempuh perjalannan yang jauh.Tak la jauh sangat sebenarnya.......... kerana kami ada kerja disana. Aku dgn kak Maz ni kalau bab cuba-mencuba ni memang la boleh diharap. Sudah beberapa kali kami merancang untuk naik ke Cameron tapi tak menjadi. Dah hari ini kami benar-benar nekad. Ditambah lagi dengan beban kerja yang sentiasa mengekori jadi selepas mengambil sampel tanah di sungkai untuk penyelidikan maka kami dengan tabahnya meneruskan perjalanan ke kawasan perlancongan ini. Di pertengahan jalan di lata iskandar kami sempat lagi bersantai sambil menikmati mee goreng dan mandi-manda. Fuh hari berkerja memang sunyi dan sepi sekali di lata ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
