Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








30 August 2010

53 Sebab Malaysia Istimewa

Lisa Amin

Hujan emas di negeri orang lebih baik di negeri sendiri.Semakin jauh kita mengembara kita seharusnya semakin sekat dan rindu kepada asal usul dan keistimewaan malaysia. Malaysia terbaik kerana terdapat segalanya di sini, menghimpunkan destinasi popular, kulinari, budaya, warisan seni bina dan prasarana yang unggul.

  1. Teh Tarik
  2. Songket
  3. Taman Negara
  4. Malaysia Airlines
  5. Hari Raya 
  6. Menara Berkembar Petronas
  7. Nasi Lemak
  8. Wau Bulan
  9. Genting Highlands
  10. Rangkaian Lebuh Raya
  11. Tahun Baru China
  12. Menara KL
  13. Pulau Langkawi
  14. Roti Canai
  15. Batik lukis
  16. Proton
  17. Pulau Tioman
  18. Masjid Negara
  19. Litar Antarabangsa Sepang
  20. Deepavali
  21. Perak Man
  22. Bandaraya Melaka
  23. Produa
  24. Tasyik Kenyir
  25. Orang Hutan
  26. Krismas
  27. Pulau Pinang
  28. Vaisakhi
  29. Mezium Negara
  30. LIMA
  31. Pulau Sipadan
  32. Homestay
  33. Keretapi Tanah Melayu
  34. Batu Cave
  35. Gua Niah
  36. Citrawarna 1 malaysia
  37. Cendol
  38. Putrajaya
  39. Rumah panjang
  40. Gunung Kinabalu
  41. Piala Monsoon
  42. Petaling street
  43. Istana Negara
  44. KLIA
  45. pasar Seni
  46. Le Tour de Langkawi
  47. Reflesia
  48. Lemang
  49. AirAsia
  50. Hari Gawai
  51. Wat Phothivhian 
  52. Bangunan Sultan Abdul Samad
  53. Hari Kebangsaan
Sumber: Kosmo Sabtu 28 Ogos 2010 

Saya mau tambah lagi yg ke 54: Malaysia banyak cuti hehehe...............

05 August 2010

Lelaki Hadirnya Seperti Angin Lalu

Lisa Amin

Seperti angin lalu begitulah ibarat kaum adam ini. Kamu boleh hadir dalam pelbagai keadaan sempoi bahasa, angin kencang, ribut  atau mungkin taufan.  Kadag kala mendamaikan kadang kala membawa bencana dan masalah. Adakah kerana semua kuasa dunia dan hukum alam alam ini disandarkan kepada mereka mereka bebas melakukan apa saja.

Kerana sepeti yang saya selalu nyatakan kaum adam ini bertuah. Kerana hampir semua urusan dunia ini dan akhirat disandarkan kepada mereka. Berapakah ramaikah yang mampu memikul beban ini, sebahagianya kencundang dan meluka kan hati sahaja.

Permainan Apakah Ini

Lisa Amin

Aneh, pelik, hairan adakah ini sejenis permaina, ini  hanya tekaan ku belaka. Jika ia bukan permainan mungkin ini suratan atau pun kebetulan. Tapi kebetulan ini sepeti terancang. Tapi aku tak buat tuduhan cuma agak-agak sahaja. Pelbagai ragam dan keranah kamu tunjukan dan jika ini satu permaianan, aku suka permaianan ini,  ia nya menarik.

Tapi jika ini bukan permainan kamu agak malang kerana sekelumit pun rasa pecaya taidak wujud. Jadi sebagai salah seorang yang cuba merapati aku kamu harus tahu peraturan untuk berada dalam perhitungan hidupku.

Peraturan:-
  1. Jangan sesekali cuba menipu kerana ramai yang tidak berjaya walaupun mungkin sekali sekala ada yang tidak berjaya di kesan
  2. Aku ini cukap mudah orang nya, terbuka dan mudah diajak berbincang. Jadi peraturan yang pertama itu tidak seharusnya berlaku dan perlu ada
  3. Kamu harus mengenali aku dengan baik
  4. Jika kamu mengenali aku dengan baik pertauran 1 dan 2 tidak perlu ada
  5. Kamu boleh menguasa ia aku kamu mampu melepasi tahap 1,2, 3 dan 4
Hasilnya:-
  1. Kamu sentiasa akan mendapat sokongan dari ku
  2. Aku sanggup berkorban untuk kamu
  3. Kamu sentiasa didahulukan
  4. Aku juga ikhlas terhadap kamu kerana aku tidak suka berlakon
  5. Tidak pernah menolak permintaan kamu
Jika kamu melangar peraturan ini kamu mungkin boleh bersama ku tapi jangan harap aku sentiasa di sisi kamu. Kamu juga jangan harap aku menjadi  orang yang pertama akan menolong kamu. Lebih malang jika, aku tidak pernah kisah akan kamu. Kerana aku tidak mahu menjadi manusia yang hipokrit belakon baik depan kamu sedangkan aku cukup menyampah melihat kamu. Jadi lebih baik aku undur diri tanpa kamu sedari  bahawa kamu telah kehilangan aku yang sebenar melainkan kamu hanya mendapat jasad ku tanpa rohnya.

05 July 2010

Bila Rindu

Bila kamu tiba-tiba kata merindui aku, aku hanya mampu senyum. Senyum sendirian sebab aku sendiri disebabkan aku rasa benda itu sesuatu yang sangat unik. Kerinduan yang kamu gambarkan selepas beberapa ketika menghabiskan masa, buat kenangan itu sesuatu yang sangat berharga. Tetapi, rindu dengan semua itu berbanding rindu kepada aku, adalah sesuatu yang sungguh di luar jangka. Ketawa.

Jahatkah aku ketawa dengan perasaan yang manusia lain rasa? Entahlah. Kebolehan aku mempercayai orang semakin terhakis apabila sering dikhianati. Aku takut, bila kamu kata kamu rindu aku, tapi ada benda lain yang kamu mahu dari aku, mendapatkan balasan atas mungkin kelalaian aku kalau terbuai dengan mainan yang menakutkan seperti yang pernah dialami dulu. Ah, kejikah hati? Tidak.
Aku percaya manusia sekeliling aku. Percaya hingga kadangkala aku sanggup menutup mata aku melihat kebenaran disebabkan asas kepercayaan yang aku pegang. Tetapi ditikam dari belakang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi, hati aku bukanlah sempurna lagi. Pernah dirobek, dikhianati dan dilukai, hati aku rapuh bagaikan serpihan kaca yang sudah calar balar. Tidak sempurna dan tidak menarik langsung.
Kenangan itu membunuh.

Mimpi itu memburu setiap jejak yang pernah ditinggalkan.

Pautan ukhuwah itu lebih baik dipelihara dengan asas yang lebih sempurna.

Sekurang-kurangnya itu bakal buat semua orang gembira dan menikmati bahagia.

Benar, itu apa yang aku rasa.


Sudah puas mendengar mulut-mulut meminjam lidah iblis menghina aku.

Sudah jelak dengan jelingan mata yang mencemuh.

Sudah tepu dengan apa jua yang orang lemparkan pada aku.

Maka, aku lebih rela mengubat badan lenguh.

Lebih senang mengesat peluh.

Dari membiarkan hati melepuh.


Lisa Amin

Belanda Lawan Jerman harapan saya

Memandangkan saya sudah monontok perlawanan Argentina melawan Argentina saya tidak dapat nafikan permain Jerman mempunyai kekuatan tersendiri dan dibarisi oleh pemain muda. Tenaga mereka masih hebat. Manakala Belanda pula memaki jersi berwarna oren kesukaan saya. Maka saya mengharapkan pasukan pilihan saya berentap di perlawanan akhir dan saya akn sokong kedua-duanya hahah untuk pelawanan sukseparuh akhir ini. Belanda akan menentang Uruguay manakala Jermen akan menentang Sepanyol. Hemm sabar menanti kami sudah bercadang menontonya di Dataran Merdeka untuk perlawanan akhir ini.
Brazil juga merupakan pasukan pilihan saya untuk beraksi di perlawanan akhir sudah bungkus  ditewaskan oleh Belanda.

Lisa Amin

Bumi Afrika Dan Tuahnya Nombor 10

Menurut pengulas sukan biasanya jersi No.10 sentiasa membawa tuah dan menjulang nama si pemakainya. Tapi malanynya kali ini no 10 tidak lagi membawa tuah kepada pemiliknya. satu ketika dulu, memakai jersi no 10 ibarat penghormatan besar sebagai pemain berpengaruh dan digeruni oleh pihak lawan di atas padang seperti yang dibuktikan oleh Pale, Diego Maradona dan Zinedine. Kali ini kebiasaan itu gagal diikuti oleh generasi pemain sekarang seperti Rooney, Messi dan Kaka.

P/S:Tahun 2010 yang saya yakinni akan membawa tuah sejak berbelas tahun dulu kepada saya juga nampaknya tidak membawa tuah kepada saya.
Jadi Piala Dunia boleh menjadi rakan senasib saya hahahahah.................

Lisa Amin

01 July 2010

81 ribu anak luar nikah didaftarkan

Tidak tergambar perasaan apabila membaca kenyataan ini di utusan 30 Jun 2010.Jumlah ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tidak kira apa pun puncanya saya merasakan ia telah menjadi barah yang semakin tenat. Antara punca yang disenaraikan adalah penyaluran maklumat tanpa batasan dan perubagan budaya masyarakat.  Dan sekali lagi komunikasi dan jaringan sosial yang dipersalahkan dan internet memainkan peranan yang sangat besar dalam perhubungan hari ini.

Jumlah ini tidak mengambarkan apa sebenaranya yang berlaku malah ia pastinya lebih teruk. 18 ribu ini merupakan jumlah yang didafrtarkan tidak termasuk yang digugurkan dan juga mati dibunuh atau ketika dibunang atau berjaya dibuang dengan selamat.Isu pembuangan bayi ini juga tidak merujuk kepada masalah sekes bebas yang berlau di kalangan profesional yang melakukanya yang sudah bijak dan mahir dalam alat perancang keluar. Jumlah ini mungkin bukan kandungan kali pertama melakukan hubungan seks dan mengandung. Masih banyak pokok persolah yang perlu difikir dan diteliti kembali.

Jawapan penyelsaian kepada persoalan ini adalah membentuk kembali sahsiah diri bukan sahaja bermula dari anak muda zama sekarang tetapi kembali kepada ibu bapa  mereka yang melahirkan mereka.

Lisa Amin

29 June 2010

Tidak semudah itu menjadi hati batu

 Kata orang sekeras-keras hati yang seperti batu itu pasti ada ubat untuk melembutkanya..........
Walaupun saya telah membuat keputusan tetapi jauh di sudut hati saya.......... rasa bersalah dan kasihan itu silih berganti .......... ternyata dalam kerasnya hati batu saya masih ada ruang yang lembut yang masih boleh ditembusi.

Walau apa pun akhirnya saya tau bukan semua orang harus disalahkan. Sedikit sebanyak saya juga bersalah kerana membiarkanya ia terjadi dan membenarkanya. Ini perinsip biasa saya gunakan orang lain tidak bersalah yang bersalah hanyalah saya. Itu tidak boleh dinafikan ............. kenapa harus salahkan orang lain sedangkan saya yang berhak menentukannya......... jadi sendiri yang salah kan....

Kepada mereka yang berkenaan maaflah bukan tidak sudi membantu........ bukan tidak kasihan.....  bukan upah yang menjadi keutamaan tapi cukuplah atas apa yang telah berlaku. Cukuplah budi yang ku tabur seikhlas hati........... yang aku marah kerana kamu semua telah mengkhianati ku........... itu sahaja. Dan itu telah menjadi kepantangan ku sejak dari azali lagi............ yang ku mohon hanyalah sebuah keikhlasan kerana dalam persahabtan aku cukup memberi kelonggaran kerana ia nya tanpa syarat  asalkan ikhlas.

Lisa Amin

Rajuk hati ku yang tidak mampu ku pujuk

Hemm ............ merajuk kah aku............berkecil hati kah aku.......... aku pun tak pasti yang pastinya aku tak mau lagi............menjadi _  _   _   _kata orang lain kepada ku.
 
Kali ini lain dari biasa............ terus membisu dan memberi ruang kepada hati saya untuk berbicara...... dan membuat keputusan............ nan inilah hasilnya........... macam biasa seperti yang saya duga ternyata hati saya sekeras batu.......... hanya ke ajaipan akan mengubah keadaan.

Ternyata tindakan yang di ambil masih melukan hati ku............. tetapi hati ku sudah lali......... ia tidak sakit malah boleh ku tempuh seperti tiada apa yang berlaku............. kerasnya hati............ sekeras batu, sekeras intan atau ia telah beku. Aneh ia tidak lagi sakit, tidak juga rasa dendam.......... yang ada cuma rasa marah. Marah kerana ditikam dari belakang........... kata orang biar mulut celupar dari kita dengar dari belakang. Kerana ia jauh  lebih menyakitkan..............

Biarkan takdir dan waktu membetulkan suasana............kerana saya yakin lambat laun angin kemarahan ini berlalu jua.....

Lisa Amin

5 Bintang

Wow bunyinya............. menarik apabila barux2 ini isu ini dihebahkan ketika sambutan hari bapa.........
Apa maksudnya 5 bintang manusia juga ada bintang rupanya dan insan bertuah itu lelaki?Macam biasa bila dicaturkan kembali lelaki akan menang............ cuma akhirx2 ini ia sering berkumandang kerana sedarnya kaum hawa bahawa mereka sudah ada kuasa. Kuasa kewangan, kuasa pendidikan malah kuasa politik. Bukankah dalam kebanyakan hal itu kaum hawa ini selalu menjadi tulang yang sering berada di belakang sahaja............. bila agaknya menjadi tunggak utama....... tak mungkin barang kali atau mungkin sudah terjadi barang kali..........

Kaum hawa sekarang layak duduk ditepi sahaja jika mereka tidak mempunyai kuasa yang tersenarai di atas. Mereka mungkin menjadi seperti baranag yang tidak berguna langsung jika tidak memiliki salah satu dari yang tersenarai. Lelaki dengan mudah menolak wanita yang tidak memilikinya kerana mereka merasakan kaum hawa ini harus memilikinya untuk kebanggan atau untuk memudahkan mereka dalam banyak pekara.

Manakala kaum hawa perlu memiliki kuasa ini untuk keselamatan...al maklumlah bunga bukan sekumtum......ada banyak lagi bunga yang lain sedia disunting jika kita tidak memiliki kuasa ini mungkin satu hari nanti kita akan merempat di tepi jalan, nak makan pun tiada berduit apatah lagi mebesarkan anakx2.

Lisa Amin

28 June 2010

Bila hati ini berkata dan dinafikan..........

Bila hati terlalu ingin kan CINTA..
tapi cinta itu derita...


Bila hati terlalu ingin kan RINDU...
tapi rindu itu seksa...


Bila hati terlalu ingin kan KASIH SAYANG..
tapi kasih sayang itu seperti satu penipuan...


Bila hati terlalu ingin kan TUMPUAN dari seseorang yang memahami...
orang itu bagaikan tidak wujud....


Bila hati terlalu memikirkan seperkara....
BERSENDIRI itu adalah lebih baik....
walaupun jiwa meronta untuk tidak katakan pada bersendiri.....

Lisa Amin

16 June 2010

Rumah yg ada tangga (Ehsan :Gentar Rasa)

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.


Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego si isteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, si isteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:

“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!

14 June 2010

Ehsan :Genta Rasa

Ikutilah tulisan yang seadanya ini…
Seorang suami pernah meluahkan rasa hatinya kepada saya. Yakni tentang gangguan perasaan yang dialaminya. Dia diusik kenangan lama apabila bertemu dengan bekas kekasihnya semula. Entah kenapa perasaan cinta mereka seakan berputik kembali.
“Kami terlalu cinta. Malangnya kami tidak ada jodoh. Kami terpaksa berpisah dan kemudiannya menemui jodoh masing-masing.”
Dia mengadu setelah hampir sepuluh tahun, tidak sangka hatinya masih berbunga cinta. Dan ajaibnya cinta, ia tidak mengenal usia. Sedangkan kini dia sudah punya dua orang anak dan kekas kekasihnya pun ada seorang anak. Masing-masing sudah punya keluarga.
“Apa masalahnya?” tanya saya seperti sukar memahaminya.
Dia kemudian mengakuinya bahawa bekas kekasihnya pun rupa-rupanya juga masih mencintainya.
Cinta bukan Tuhan, itulah jawapan pendek yang saya berikan padanya. Saya tegaskan tidak semua kehendak cinta mesti kita patuhi. Bila cinta melanggar batas-batas rasional, nilai-nilai kemanusiaan dan yang paling utama melanggar syariat, kehendaknya mesti dihentikan. Saya ingatkan kepadanya, pertimbangkanlah bagaimana nasib isteri dan anak-anaknya nanti jika kehendak cinta yang “gila” itu dipenuhi. Pergi memburu cinta yang tidak pasti, lalu meninggalkan anak-anak dan isteri yang diamanahkan Allah… Berbaloikah?
Dan yang paling utama, bagaimana pula hukum Allah yang akan dilanggar jika hubungan terlarang (haram) itu diteruskan. Mencinta isteri dan suami orang adalah haram. Curang itu khianat. Khianat itu adalah antara ciri kemunafikan. Ya, cinta memang buta, tetapi orang yang bercinta (lebih-lebih lagi orang beriman) jangan pula sampai buta mata hati untuk mengawal dan mengendalikan rasa cinta. Demi cinta sanggup berdosa? Demi cinta sanggup menempah neraka? Fikir dan zikirkanlah (ingatkanlah)!
Malangnya, begitulah realitinya kini. Cinta dimertabatkan terlalu agung dan disanjung membumbung… Demi cinta segala-galanya berani diterjah dan sanggup diredah. Tidak percaya? Bacalah masalah-masalah masyarakat yang dipaparkan di dada akhbar atau majalah. Isteri jatuh cinta pada suami orang. Suami jatuh cinta kepada wanita lain dan rela meminggirkan isteri sendiri. Bila ditanya kenapa? Kebanyakannya menjawab, “apa boleh buat, kami sudah jatuh cinta!”
Inilah gara-gara dan bahananya menonton filem cinta versi Bollywood, Hollywood atau filem-filem “yang sewaktu dengannya”. Inilah impak lagu-lagu cinta yang menyumbat telinga dan menyempitkan jiwa. Secara tidak sedar filem-filem dan lagu-lagu itu telah menawan “akal bawah sedar” sesetengah masyarakat, bukan sahaja remaja, bahkan “retua” hingga sanggup menobatkan cinta sebagai Tuhan dalam kehidupan.
Lihat sahaja bagaimana hero dan heroin dalam filem-filem tersebut sanggup melepasi apa jua halangan demi penyatuan cinta mereka. Pengorbanan demi cinta disanjung dan dipuja walaupun jelas melanggar tatasusila dalam beragama. Kerap kali ibu-bapa dipinggirkan, kononnya kerana menghalang kehendak cinta. Apa sahaja plot dan klimaks cerita, cinta akan dimenangkan. Seolah-olah tujuan hidup manusia hanya semata-mata untuk cinta!
Mari kita renung sejenak. Cuba tanyakan siapakah yang mengurniakan rasa cinta di dalam hati setiap manusia? Tentu sahaja jawabnya ialah Allah. Allah mencipta manusia, hati, akal dan perasaannya. Cinta itu fitrah yang dikurniakan Allah pada setiap hati. Lalu kita tanyakan lagi untuk apakah Allah berikan naluri cinta ini?
Untuk mengetahui apa tujuan cinta kita perlu kembali kepada persoalan asas, untuk apa manusia dijadikan? Ini adalah kerana semua yang diberikan Allah kepada manusia adalah untuk memudahkan manusia menjalankan tujuan ia diciptakan oleh Allah. Apakah tujuan Allah menciptakan manusia? Tidak lain, hanya untuk menjadi hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini.
Ini ditegaskan sendiri oleh Allah melalui firman-Nya:
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menjadi hamba (beribadah) kepada-Ku.”Al Dhariyat 51: 56
Dan Allah menegaskan lagi:
“Kami jadikan di muka bumi manusia sebagai khalifah.”
Dua tujuan penciptaan manusia ini adalah amanah yang sangat berat. Allah menegaskan lagi:
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, namun semuanya enggan memikul amanat itu kerana mereka khuatir mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu tersangat zalim dan jahil.” Al Ahzab 72
Sebagai hamba Allah, manusia perlu mengabdikan dirinya kepada Allah setiap masa, ketika dan di mana sahaja. Ia perlu menjadi manusia yang baik melalui ibadah-ibadah fardu Ain yang diwajibkan secara personel oleh Allah ke atas dirinya. Dan sebagai khalifah di muka bumi, manusia perlu mengurus, mentadbir dan memakmurkan muka bumi ini berpandukan hukum-hakam Allah s.w.t. Ini adalah tanggung-jawab yang berat dan memerlukan penyertaan orang lain bersama-sama untuk dilaksanakan. Kebanyakannya amalan berbentuk fardu kifayah ini memerlukan tenaga jemaah.
Allah swt Maha Mengetahui akan kelemahan manusia. Dua tujuan yang besar penciptaan manusia itu tidak boleh dipikul secara bersendirian. Justeru, awal-awal lagi manusia ujud secara “co-existance” (ujud secara bersama). Kebersamaan ini sangat perlu untuk memberi kekuatan bagi memikul tujuan hidup yang sangat besar dan berat itu. Dan titik awal perpaduan antara seorang manusia dengan seorang manusia yang lain ialah hubungan suami-isteri yang membentuk sebuah keluarga.
Keluarga adalah nukleus yang pertama dalam hubungan sesama manusia. Daripada sebuah keluarga terbentuklah masyarakat, daripada penyatuan masyarakat terbentuklah daerah, negeri, negara dan akhirnya dunia kehidupan yang lebih besar dan luas. Lihatlah bagaimana segala bentuk perhubungan itu semuanya berasal daripada hubungan seorang lelaki (suami) dan seorang wanita (isteri).
Maha suci Allah yang menyatukan manusia dalam pakej-pakej perhubungan yang bernama keluarga, masyarakat, daerah, negeri, negara dan dunia antarabangsa. Semua itu untuk apa? Ya, untuk bersatu bagi menjalankan peranan mereka sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Tugas yang berat dan mencabar itu akan terasa lebih mudah jika dipikul bersama-sama. Tanpa hubungan dan bantuan daripada orang lain, manusia tidak akan terpikul amanah yang besar itu.
Sesungguhnya, untuk memulakan tapak asas atau benih permulaan hubungan antara manusia dengan manusia itulah Allah ciptakan rasa cinta. Allah datangkan rasa rindu, sepi dan inginkan teman di dalam hati Nabi Adam. Pada hal Nabi Adam tinggal di syurga – tempat terhimpunnya segala nikmat dan keindahan.
Namun, tanpa seorang “teman wanita”, Nabi Adam masih terasa kesepian jua. Allah jugalah yang mengurniakan rasa itu, untuk menjadi sebab terbentuk hubungan suami-isteri yang kemudiannya menjadi sebab pula lahirlah zuriat demi zuriat yang melahirkan generasi manusia.
Dan kemudian datanglah musim ujian. Cinta mereka berdua terpisah ketika “tercampak” ke alam dunia. Setelah sekian lama cinta mereka terpisah (sebagai kafarah satu kesalahan), akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Dan dari situlah bergabunglah jiwa, minda, perasaan dan tenaga mereka berdua untuk menjalankan peranan sebagai hamba Allah dan khalifah di dunia.
Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama. Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”
Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.
Mungkin rasa seperti itulah yang berbunga di dalam jiwa si suami yang diimbau nostalgia cinta lama oleh bekas kekasihnya yang saya sebut pada awal tulisan ini. Kerana cinta, terdetik dalam hatinya untuk bersama bekas kekasih walaupun terpaksa mengorbankan anak dan isterinya. Mungkin rasa cinta itulah juga yang menyebabkan ramai wanita mengorbankan kehormatan diri kepada kekasih hati demi membuktikan ketulusan cintanya. Mungkin kerana itulah juga seorang anak sanggup berpisah dengan ibu-bapanya demi memburu cinta.
Bertuhankan cinta samalah bertuhankan hawa nafsu. Bila tujuan suci dan hakiki dipinggirkan, timbullah tujuan keji dan ilusi sebagai ganti. Sering terjadi nafsu seks dijadikan tujuan di sebalik rasa cinta. Cinta yang berbaur dengan kehendak seks inilah yang pernah dikecam oleh Al Farabi dengan katanya:
“Cinta yang berlandaskan nafsu seks adalah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan!”
Ironinya, ada yang berkata, “lelaki memberi cinta untuk mendapatkan seks. Wanita memberi seks untuk mendapatkan cinta.” Eksploitasi dan manipulasi cinta ini tidak akan memberi kebahagiaan kepada sesiapa – baik kepada lelaki mahupun kepada wanita. Lelaki yang mendapat seks dengan memperalatkan cinta, tidak akan pernah puas. Kehendak nafsu tidak terbatas dan tidak akan pernah puas. Melayani nafsu, umpama minum air laut… semakin diminum, semakin haus.
Manakala wanita yang memberi seks, kononnya untuk mendapat cinta, tidak akan mendapat cinta yang sejati. Mereka hanya akan menemui kasanova dan lelaki hidung belang yang hanya cinta sebelum dapat apa yang diidamkan, tetapi tunggulah sebaik sahaja habis manis sepahnya dibuang. Wanita-wanita malang ini bukan hanya kehilangan cinta, tetapi hilang maruah, kehormatan dan harga diri.
Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.
SYURGA RUMAHTANGGA
Binalah rumah-tangga di tapak iman
Tuluskan niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
Lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk… Allah jua
Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
tempat merujuk segala kekusutan
tempat mencari semua penyelesaian
rumah jadi sambungan madrasah
berputiklah mawaddah…
berbuahlah rahmah
Inilah kunci kebahagiaan rumah-tangga
setia dan penyayang seorang suami
cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
lahirlah zuriat yang soleh dan solehah!

08 June 2010

Marah Kah Aku

Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita  tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita  berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!
Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. 
Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”
Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.
Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.
Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.
Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!
Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.
Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…
Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!