Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








29 October 2010

MUKABUKU????

Lisa Amin

FACEBOOK.............. kadang kala menyeronokan............. kadang kala boring la sangat........... kadangkala besttt juga.............. kadang kala menyakitkan hati................. kadang kala geram.......... hemmmm inilah manusia.

Menyeronokan bila dapat jumpa kawan lame yang bertahun tak pernah tahu kisahnya. Malah kadangkala rakan masa sekolah tadika pun jumpa. Walhal dok sekampung tak jumpa pulak. Tak sempat bertegur sapa. Tapi dengan facebook sekali sekala sempat pula bersapa.

Boring bila asyik mengadap facebook jer terutamanya bila timbul isu panas yang tak leh masuk dalam kepala otak....... buat penat jer............. disana sini status lebih kurang same jer........

Bestttttttttttt lebih kurang seronok la............. tapi best sebab boleh membebel dengan kawan-kawan. Bebelan disambut dengan segera. Bila upload picture yg best-best ada je akal nak kenakan orang. zsemua ditegur dari cara pose, baju, tudung, tempatnya dan segala macam hal.

Menyakitkan hati.......... bila ada benda yang tidak sepatutnya di masukan dalam facebook........... tapi itu lah benda ni susah nak dikawal. Saya panggil ia berjangkit. dan itu hak peribadi orang so kena la berfikiran terbuka dan tak leh ambik kira sangat............



Geram juga kadang kala macam dipermainkan, kadang kadang rasa cam terkena  batang hidung sendiri, kadang-kadang macam tuju kat kita jer. Maklum la dalam ni semua orang boleh cakap........... semua orang boleh nafikan.............. SO WHAT? Lu pikir la dendiri

Jadi kesudahanya konsep biasa adalah well mereka semua manusia biasa........... jangan ambil hati........ jangan kecil hati dan jangan besarkan pekara yang kecil............ dan sabar.......... welll............ welll

26 October 2010

Di Balik Cermin Mimpi (M.Nasir)

Lisa Amin

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang² ku hilang
Diselebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi...

20 October 2010

Pilihan Anda?

Lisa Amin

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang
PERTAMA...
kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...
KEDUA...
Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..
jadi..
kamu pilihlah sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA..
di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..
MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh..
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA  tertanam..
makin tinggi nilainya..
oleh itu...
pilihlah sendiri...
menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

* sekadar perkongsian dan renungan buat kaum hawa..

19 October 2010

Kali Ke-3

Lisa Amin

Bulan malam itu


16 Oktober 2010 merupakan kali ketiga kami berdua bersama duduk dibawah langit merenung bintang dan mengintai masa depan, melihat cerita semalam dan meleraikan kekusutan yang ada.  Berkongsi cerita berpikir dan menzahirkan impian........... bermula dengan makan malam, duduk berembun dan mengharapkan matahari bersinar.

Perbincangan bermula jam 1 pagi dan berakhir jam 5 pagi kemudian disambung pula di Facebook......sehingga jam 7 pagi.............. tido dan di smabung semula jam 3 petang bermula dengan makan di Rasa Alamanda Putrajaya. Dan menikmati makan sepuasnya bermula dengan::-


  1. Pulut mangga
  2. Laksam
  3. Big Apple donut
  4. Pizza
  5. Jeruk
Mau pecah perut........... tidak berakhir di situ kami meneruskan langkah ke masjid Besi dan menikmati remang senja disana......... sempat melihat pasangan pegantin bergambar malah dengan selambanya kami menmbaca akhbar berita minggu di sana.


Kemudia kami membuat pencarian untuk minuman yang menyegarkan......... cadanganya mahu minum air glup-------glup 7 E mesinya rosak la pulak.

Balik kebilik dan menonon tv hingga ke jam 12 malam........... fuh 2 hari yang sungguh menyeronokan...........

05 October 2010

Janda & Teringin

Lisa Amin

Janda versi lain manjadi perkataan "keramat" hemmmmm............no comment


Tapi saya betul-betul teringin mau ke Janda Baik bentong pahang............. betul-betul teringin. Tambahan pula terletak di negeri kelahiran sendiri. Katanya tempatnya sungguh mendamaikan agak dingin walaupun tidak lah sedingin cameron highlands dan genting highlands.


Jika samapi ke sini bolehlah dikatakan percutian bertemakan alam sekita kerana percutian jenis ini lebih serasi dengan saya. Menikmati udara pagi, embun malam dan kabus malam bersama nyayian alam sunguh mendamaikan.  Mungkin inilah merupakan salah satu tempat yang saya teringin dan belum saya kunjungi dipahang selain lost waterfall di sg salan jernatut pahang.


Saya sudah ke bukit tinggi , sudah ke genting highlans, sudah ke cameron highlanda, sudah ke fereser hill, sudah ke taman negara malah saya sudah ke kuala gandah..............tapi belum ke janda baik..........walaupun tidak sehebat tempat yang lain saya yakin saya pasti meyukainya..............

Menonton wayang

Lisa Amin

Nampaknya lepas hampir 1 bulan kamu berhenti menonton wayang kerana menghormati bulan ramadhan yang mulia kini selepas hampir 1 bulan syawal aktiviti ini kembali dilakukan. Just For Fun ok lah dah lama tak pergikan. Cerita pertama ialah magika.................. hemmmm

Biasa-biasa aja................... Yang terbaik masih lagi Avatar& Salt...........

Magika...........

Lisa Amin
 
Muzikal tapi malangnya lagunya tidak dapat menarik minat saya. Alkisahnya magika ini balik menghantar Ain ke LRt Sg Besi. Katanya hanya pergi makan, kemudian hantar Ain akhinya kami sempat meronda ke The Mines dan menonton wayang. Kali ini hanya berdua sahaja. Kak Maz n Lisa.

Sudahlah saya berpakaian comot pada hari tersebut..................Comot sangat huhuu. Sempat pula membeli kasut baru......... Saya dan kasut tidak dapat dipisahkan.............. Harganya RM 79.90 puas hati melayang duit dah la tak berapa nak kaya sekarang ni.Apa menariknya magika mungkin lokasi pegambarnya yang ditambah animasi menarik............... saya suka kehijauan rumputnya dan rupa hutanya..........

Barisan pelakon hebat seperti ziana zain, ning baizura, mawi, maya, M nasir menjadikan cerita ini kelihatan gah kerana pelakonya dan di produksi pula dari KRU lagi la ia menjadi gempak. Gempak gilerrrrrrrrrrrrr......

Eat, Pray n Love

Lisa Amin

Tarikh: 4  Oktober 2010
Lokasi: Midvelly
Bersama: Kak Maz,Maisarah & Lisa
Tayangan: 7 10mlm

Bercadang untuk menonton cerita ini sejak 3 okt lagi tapi tidak kesampaianan kerana semunya sudah penuh. cadangnya balik dari Open House Kak long boleh la merayau-rayau. Sudahnya dalam mencari lokasi kami sudah kembali ke bangi........ dan akhinya tersinggah di Ice Room yang selalu kami intai ketika melaluinya.

Berdekorasikan hijau ingatkan untuk makan ice cream sahaja rupanya segalanya ada sana. Belum berkesempatan untuk mencuba yang lainya hanya menikmati ice cream. Boleh tahan ice creamnya macam disagat@parut kurang manis. Bagus le untuk kesihatan.

Sudahnya hari ini sebaik sahaja balik open house rumah pengetua kami meneruskan niat untuk menonton Eat Pray Love. Mujur ada tiket dan tidak la terlalu penuh. Ceritanya sedikit membosankan tapi ia masih lagi logik kerana bagi saya logik itu penting. Ia menyedarkan kita bahawa mencari titik kepuasan dalam hidup ini bukan lah semudah yang disangkakan. Kerana kepuasan itu dibentuk dalam diri kita sendiri tidak kira apa yang kita lakukan. Eat mungkin hanya kepuasan dalam seahagian kehidupan, Pray saja tidak cukup jika kita tidak berusaha love bukan segalanya jika kita telah gagal tidak semestinya ia perlu dibuang terus.

Dan demi mencari titik keseimbangan itu kita pelu berani untuk melangkah keluar kadang kala meninggalkan sesuatu yang menjadi kesayangan, kebiasaan dan kesenangan hidup kita.Saya suka namakan ia sebagai Hijrah. Mungkin kita perlu berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang kita belum temui..............hehehe

Cerita ini juga memberi sedikit motivasi kerana ia memberikan saya satu gambaran bahawa hidup ini perlukan keseimbangan. Ia bagaikan satu anugerah dan usaha untuk mencapi keseimbangan itu tidak semudah yang kita sangkan. Mungkin kita perlu tinggalkan segalanya mungkin kita tidak perlu berhijrah kerana ia sudah ada di depan mata............

Tunda Ke 6 OKtober 2010

Lisa Amin

Transformasi Telecenter............. nampaknya tertuda lagi dan masa yang diambil hampir seminggu. Sabar saja menunggu ia dihabiskan.......... kata datin "kita betiga mesti pergi"

Kita bertiga???????