Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








05 October 2010

Eat, Pray n Love

Lisa Amin

Tarikh: 4  Oktober 2010
Lokasi: Midvelly
Bersama: Kak Maz,Maisarah & Lisa
Tayangan: 7 10mlm

Bercadang untuk menonton cerita ini sejak 3 okt lagi tapi tidak kesampaianan kerana semunya sudah penuh. cadangnya balik dari Open House Kak long boleh la merayau-rayau. Sudahnya dalam mencari lokasi kami sudah kembali ke bangi........ dan akhinya tersinggah di Ice Room yang selalu kami intai ketika melaluinya.

Berdekorasikan hijau ingatkan untuk makan ice cream sahaja rupanya segalanya ada sana. Belum berkesempatan untuk mencuba yang lainya hanya menikmati ice cream. Boleh tahan ice creamnya macam disagat@parut kurang manis. Bagus le untuk kesihatan.

Sudahnya hari ini sebaik sahaja balik open house rumah pengetua kami meneruskan niat untuk menonton Eat Pray Love. Mujur ada tiket dan tidak la terlalu penuh. Ceritanya sedikit membosankan tapi ia masih lagi logik kerana bagi saya logik itu penting. Ia menyedarkan kita bahawa mencari titik kepuasan dalam hidup ini bukan lah semudah yang disangkakan. Kerana kepuasan itu dibentuk dalam diri kita sendiri tidak kira apa yang kita lakukan. Eat mungkin hanya kepuasan dalam seahagian kehidupan, Pray saja tidak cukup jika kita tidak berusaha love bukan segalanya jika kita telah gagal tidak semestinya ia perlu dibuang terus.

Dan demi mencari titik keseimbangan itu kita pelu berani untuk melangkah keluar kadang kala meninggalkan sesuatu yang menjadi kesayangan, kebiasaan dan kesenangan hidup kita.Saya suka namakan ia sebagai Hijrah. Mungkin kita perlu berhijrah untuk mendapatkan sesuatu yang kita belum temui..............hehehe

Cerita ini juga memberi sedikit motivasi kerana ia memberikan saya satu gambaran bahawa hidup ini perlukan keseimbangan. Ia bagaikan satu anugerah dan usaha untuk mencapi keseimbangan itu tidak semudah yang kita sangkan. Mungkin kita perlu tinggalkan segalanya mungkin kita tidak perlu berhijrah kerana ia sudah ada di depan mata............

No comments: