Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








17 January 2012

Sabar.................

Lisa Amin

Sabar itu separuh dari iman.......... dan akhir-akhir ini mulut-mulut kreatif bertanya yang separuh lagi tu apa??? Hahahahah pikir la sendiri................


Hari ini saya menjadi lebih penyabar dengan menanti selama  2 jam 3 minit. Tempoh bersabar yang boleh tahan jangka masanya. Janji yang lewat di tunaikan dari siap pakai tudung, dah buka pun, dari menunggu dengan penuh kelaparan dah kenyang pun. dari belum zuhur dah zuhur pun, dari pakai seluar slack dan tukar kain batik. Ohh lama nya sabar saya yang jarang-jarang berlaku. Sejak saya akhir-akhir ini saya terikir  adakan saya menjadi lebih sabar @ lebih matang. Atau sebenarnaya saya berjaya membuang ego saya untuk marah. Kadang kala timbul perasaan kagum pada diri sendiri, kerana dulu saya tidak begini. Adakah saya menjadi lebih baik???? penuh tanda tanya................Jangan marah-marah lisa............

Atau ini boleh dikatakan membiarkan orang lain memijak kepala kita dan mengambil kesempatan kerana kita sentiasa sabar??? Mungkin orang lain akan kata kalau kena kat aku...... mesti angin satu badan kot. Hemmm

15 January 2012

Kena Tendang Dalam Kolam Renang Danau UKM

Lisa Amin



Hari ni cuaca memang baik cerah dan terang benderang.Panas pun boleh tahan selepas terbelanggu dengan masalah air selama hampir seminggu kat UKM ni. Jadi bila panas ni terfikir juga kalau panas cam ni dalam 2 minggu kemungkinan air tak da tu boleh berulang kembali. Oh tidak pobia kot kalau air tak da ni.Kalau sakit perut memang tak boleh nak cakap apa la sabar je la.Tapi air tak da ni bukan masalah UKM ni masalah negara. Memang air di empangan dah kering??? Katanya 2014 bekalan memang tak cukup............ hemmm cam mana ni rakyat selangor???? Mungkin undi adalah rahsia.......... kerana ia rahsia maka kita menerima akibat dari kerahsiaan kita.

Apa hal pulak membebal pasal air ni..............pasal undi la.......... kurang akal ke????? Sebenarnya nak cakap hari dengan semangat berkoba-kobar nak pergi berenang kat danau. Sampai je sana  ohhhhha tidak ramanyai orang lupa pulak hari ini, hari ahad. Hari untuk bersama keluarga. Maka ada bermacam ragam manusia di kolam renang. Ada yang bawak bibik, ada suami isteri bersama anak, ada yang bawak adik, anak saudara, sepupu dan rakan taulan. Tak kisah la. Harta awam kan boleh la sapa nak datang pun bayar jer RM 2 semua orang boleh mandi.

Cuma yang kurang berkenan sikit bila masuk kolam semua buat macam kolam kat rumah sendiri. Nak main bola la, bergurau senda la, dengan rambut yang tak berikat dan tak pakai cap. Adoi tau la rambut kamu cantik tak perlu tunjuk kot. Dengan budak lelaki yang tumpang mandi sekaki............. kata saya dalam hati tak baligh lagi kot...Kalau tak tak kan la kakak dia bawak mandi kat sini. Hari saya siap kena tendang lagi dalam kolam punya la nak main sangat. Jagan sampai ada yang kena tendang dengan saya pulak. Sudahnya ambik keputusan balik je la. Boring betul dah la bayar RM 2 tak sempat nak menggunakan semaksima mungkin. Bayar pakai duit syiling sepuluh sen pulak tu. Jahat tak????? hahahahha

Cermin Diri

Lisa Amin



Apa yang boleh mencerminkan diri kita? Ada yang berpendapat penampilan itu penting? Ada yang kata budi bahasa itu penting? Ada yang kata pakej lengkap itu penting? Ada yang kata cantik itu penting? Ada yang kata tingkah laku itu penting? Dan segala macam lagi yang boleh mengambarkan diri kita.

Kalau rupa ada tapi budi bahasa tak ada pun tak guna juga.Kalau budi bahasa ada tapi rupa tiada pun tak sedap mata memandang kata orang. Kalau ada yang memiliki pakej lengkap alhamdulilah la. Tapi kalau ada orang kata hati tu cermin diri yang terbaik tu mungkin ada asasnya.Tapi macam mana yang tak de pakej macam saya?? tak comel, tak pandai, tak kaya, tak la berbudi bahasa sangat........... jadi orang macam saya akan jadi manusia terpinggir mungkin.

Tapi hati yang baik tu penting. Saya mengaku secara lahariahnya orang akan melihat saya sebagai orang yang sombong. Tangok muka pun dah tau. Memamg nampak sombong dan ganas sangat.Dikatakan juga dari bulan kelahiran, saya ni mampak macam mementingkan diri sendiri tapi sebenarnya mungkin lebih baik dari yang orang yang sejak lahirnya nampak baik-baik belaka.

Sepanjang hidup saya saya bertemu dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai perwatakan. Dan cara saya menilai  orang memang tidak pernah sama. Kerana akhirnya saya tetap akan menggunakan mata hati saya untuk menilai.Jadi kalau dengan saya kamu jangan nak berlakon pulak.Kalau kamu jahat pun tak mengapa kerana saya yakin akhirnya saya akan temui kebaikan dalam diri kamu. Saya yakin sejahat-jahat manusia pastia ada kebaikanya.

Cermin diri yang paling penting adalah dari hati kita. Seribu kebaikan tidak mampu menutup kejahatan yang terdapat dalam diri kita. Begitu juga seribu kejahatan tidak pernah dapat menutup kebaikkan yang kita lakukan.

12 January 2012

Kellogg`s Corn Flakes .....Pasti Sedap

Lisa Amin



Kalau makan sarapan ala orang putih sikit mesti ada bijirin.......... sedap sangat ker???? ni namanya kerja orang malas punya sarapan..... kalau orang rajin dia akan makan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, nasi kerabu  atau nasi dagang. Kalau malas masak pun kira rajin beli.......... hahahaha. Kata pakar kesihatan orang yang nak diet kena makan sarapan. Amboi dah pandai cakap pasal makan cara sihat pulak. Jangan kata tahun ni azam tahum baru nak diet pulak. Tengok gaya sambut tahun baru pun dah tau..... jangan kata la nak kurus. Tapi apa pun ada pegangan yang baik untuk diet, nak kurus boleh tapi jangan gemuk lagi.............. hahahahha boleh gitu. Dagu pun dah berlapis.............. perut pun sama dah berlapis macam dilapis dengan tayar. Adoii cite pasal lain pulak tajuk kat atas pasal Kellogg`s Corn Flakes.... kenapa erkkk.... sebenarnya nak cite ni pasal pengaruh TV. Aku ni mmemang mudah terpengaruh dengan iklan TV. Daya penarik Corn Flakes kali ini bukan pengaruh iklan dan biasa tengok dan makan jadi tak la teruja sangat. Cuma kotak dia je yang menarik dengan gaya klasik dan muka budak lelaki yang sangat la comel menjadi penghias kotak. Tapi apa yang lebih menarik adalah hadiah yang di sertakan Fridge Magnet yang diberika secara percuma, sungguh klasik gaya 70 an hemmm...........

Tanpa pikir 2 kali aku mesti beli walaupun terfikir sape la yang nak makan ni. Aku kerr? macam la rajin sangat nak makan sarapan, bangun tido jam 12 tgh hari.... siap-siap nak makan pun jam 2 baru nak lunch. Dah tu cam mana nak sarapan? cuba pikir................Nampak gayanya  Fridge Magnet  memang akan jadi salah satu koleksi kesayangan la. Tapi yang  Fridge Mangnet yang paling aku sayang adalah yang akubeli kat sabah bunga reflisia cantik dan berseri-seri. Jadi yang ini akan menambahkan lagi koleksi aku . Maklum la peti ais aku ni kecik je. Bila letak semua dah nak sampai kat kawasan bawah sekali.

Kotak corn flakes kali ni memamg edisi khas sebab kat belakang dia ada citer pasal macam mana kellogg`s corn flakes ini tercipta, rupanya secara tak sengaja je pun. Wah kagum gitu..... secara tak sengaja boleh dijadikan duit dan dikenali di seluruh dunia. Kalau aku yang dapat Alhamdullilah la............. kaya makcik........ Dan masa aku tulis ni tiba-tiba kau terfikir memandangkan kotak ni nampak sangat klasik  kalau disimpan untuk di jadikan hiasan kat dapur pun cantik juga. Ohh tolong la cik lisa oiiiiiiiiii jangan la semua benda nak simpan. Tapi betul memang cantik mujur ada dua. Satu lagi tu aku nak simpan, aku ni memang suka simpan macam-macam. Kotak, beg kertas, pen, buku, majalah, minyak wangi, key chin, perhiasan yang kecik-kecik dan segala macam lagi. Banyak sangat harta benda.


Hahahaha punyan la panjang berjela intro dia tapi tak tercapai lagi sebenar apa yang nak diciterkan dalam enteri ini. Sebenarnya aku cuma nak bagi tu cam mana benda yang kita dok makan dah berapa keturunan ni ditemui secara tidak sengaja oleh Will dan Dr. John Kellogg. mereka berdua sedang memasak gandum, tapi mereka masak sambil melakukan benda lain. Bila mereka datang untuk melihat gandum yang mereka masak, ia telah bertukar menjadi keras. Tak mau membazir mereka cuba melenyek gandum tersebut dengan penggelek dengan harapan untuk menjadikanya doh yang panjang tapi yang menariknya ia menjadi kepingan. Kemudian mereka memutuskan untuk  memanggangnya untuk mendapatkan rasa yang lebih ranggup. Jadi ini adalah permulaan bangaimana dua beradik ini dapat idea untuk menghasilkan bijirin yang paling digemari di seluruh dunia.  Sebenarnya ni je yang aku nak cite........... bukan apa pun. Tapi intro dia panjang bejela bukan apa supaya anak cucu kita tau macam mana makanan yang kita makan sekarang ni terhasil. Jangan tau  makan jer..... tak gitu????


Hahahaha  susu ini pulak jodoh dia katanya. Kena makan dengan ini. Baru la berkhsiat macam orang putih makan.