Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








15 January 2012

Cermin Diri

Lisa Amin



Apa yang boleh mencerminkan diri kita? Ada yang berpendapat penampilan itu penting? Ada yang kata budi bahasa itu penting? Ada yang kata pakej lengkap itu penting? Ada yang kata cantik itu penting? Ada yang kata tingkah laku itu penting? Dan segala macam lagi yang boleh mengambarkan diri kita.

Kalau rupa ada tapi budi bahasa tak ada pun tak guna juga.Kalau budi bahasa ada tapi rupa tiada pun tak sedap mata memandang kata orang. Kalau ada yang memiliki pakej lengkap alhamdulilah la. Tapi kalau ada orang kata hati tu cermin diri yang terbaik tu mungkin ada asasnya.Tapi macam mana yang tak de pakej macam saya?? tak comel, tak pandai, tak kaya, tak la berbudi bahasa sangat........... jadi orang macam saya akan jadi manusia terpinggir mungkin.

Tapi hati yang baik tu penting. Saya mengaku secara lahariahnya orang akan melihat saya sebagai orang yang sombong. Tangok muka pun dah tau. Memamg nampak sombong dan ganas sangat.Dikatakan juga dari bulan kelahiran, saya ni mampak macam mementingkan diri sendiri tapi sebenarnya mungkin lebih baik dari yang orang yang sejak lahirnya nampak baik-baik belaka.

Sepanjang hidup saya saya bertemu dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai perwatakan. Dan cara saya menilai  orang memang tidak pernah sama. Kerana akhirnya saya tetap akan menggunakan mata hati saya untuk menilai.Jadi kalau dengan saya kamu jangan nak berlakon pulak.Kalau kamu jahat pun tak mengapa kerana saya yakin akhirnya saya akan temui kebaikan dalam diri kamu. Saya yakin sejahat-jahat manusia pastia ada kebaikanya.

Cermin diri yang paling penting adalah dari hati kita. Seribu kebaikan tidak mampu menutup kejahatan yang terdapat dalam diri kita. Begitu juga seribu kejahatan tidak pernah dapat menutup kebaikkan yang kita lakukan.

No comments: