Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








04 August 2012

Tart Nenas Versi Moden Dan Versi Tradisional

Lisa Amin




Kalau nak cerita pasal tart nenas ni memang tiap-tiap tahun buat.Tak pernah lupa, ia boleh dikatakan kuih raya wajib umah saya..... ramai yang suka. Jadi kalau tak buat macam rasa bersalah pulak melihat wajah-wajah hampa tanpa tart nenas. Cuma tahun ni saya cuba buat versi luar biasa rajin bentuk bunga masih guna resipi yang sama.




Idea nak buat tart bentu bunga ni timbul setelah tertengok kat FB Cik Mat Gebu pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan  ada rakan bloger yang lain post kat dia. Bila dah tengok blog Cik Ita ni  memang beliau ni tergolong dalam kumpulan wanita gigih dan rajin tahap dewa, selain sangat kreatif. Bila melawat blog beliau iaitu Blog Masam Manis memang banyak jenis kuih raya yang dia buat jenis yang pelik- pelik dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi saya pun kononya nak cuba la jadi manusia yang penyabar macam beliau.......



Tapi semalam tak sempat nak buat semua bentuk bunga sebab nak cepat untuk berbuka kat luar..... nak tak nak kena buat bentuk tradisional juga......Hakikatnya buat bentuk bunga ni memang mencabar tapi menyeronokan.Tart nenas ni pun ada dua versi juga.... ada yang suka makan ia cair dalam mulut ada juga yang ranggup.......

Resipi Versi Ranggup ( Tidak Cair Dalam Mulut)

Bahan-Bahan

360gm Tepung Gandum
  40gm Tepung Jagung
  50gm  Gula Ising
250gm  Buttercup @ Planta @ Majerin @ 1 ketul buttercup
      2   Sudu Teh Vanila
      1   Kuning Telu
      1   Biji Kuning Telur Dan Beberapa Titis Pewara Kuning Untuk Disapu Atas Tart


Cara-cara

1. Ratakan buttercup dalam bekas adunan
2. Sukat semua bahan tepung, gandum, tepung jagung dan gula ising kemudian ayak
3. Satukan bahan yang diayak dalam buttercup yang telah diratakan
4. Setelah tepung sebati dengan buttercup masukan vanila dan kuning telur
5. Setelah semua sebati boleh lah diterap seperti biasa

Panaskan oven 160 c  10-15 minit
Bakar  160c selama 30 minit

No comments: