Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








20 September 2012

Recipe Fruit Tart

Lisa Amin


Inilah dia fruit tart pertama yang saya buat. dah lama teringin nak buat tapi hajat tidak kesampaian. Baru sekarang berkesempatan dan kebetulan pulak bahan-bahan yang di perlukan dah ada. Jadi apa lagi mengambil kesempatan lah.

Resipi nie memang main-main pandai sendiri jerr.... tuan punya kulit tart nie cuma cakap bahan-bahan dia jer tanpa sukatan yang penting ayat dia uli dengan planta jangan sampai melekat di tangan...........huhuhu yang lain pandai-pandai la berapa banyak tepung, planta dan gula nak bubuh. Tapi semangat nak buat tu tinggi melangit ada aku kisah???? hehehehehe

Proses uli menguli pun berlaku.........dan diletakan pada acuan... sebab sukatan tak da maka tepung tu banyak lebih mujur acuan tart nie ada 3 saiz jadi boleh dapat dua kulit tart bersaiz gergasi dan  beberapa kulit tart bersaiz mini.

Percubaan pertama untuk hiasan... tak cantik sangat


Pertama kali buat tak tau tebal mana rasa masa tampal tu dah nipis.......rupanya bila dah bakar tebal sangat jadinya.......... hampir tak berlubang kat tenagah nak jadi macam kek versi keras rasa nak potong pun tak lepas.Terlebih manis juga.....jadi kira nya tak jadi la. masa nak keluarkan dari oven tu punya la susah sampai terpatah sikit panas kot.......... masa bakar yang dua pulak....... bila dah masak tu... nak mabil kena pukir balik sebab nanti lagi kulit dia dan patah lagi. so kena pegang elok-ekok.........malangnya terkuat sangat segingga menyebab kan dia dah tertanggal masa pegang hingga menjadi gelang. Ampun panasnya tapi sayang punya pasal.......kena tahan la, tak kan nak campak pulak atas lantai kan...... melecur tangan pakai gelang besi yang dah dipanggan selama 1 jam. Pengalaman sungguh.......

Inilah hasil parut pakai gelang acuan tart yang dibakar selama 1 jam....hehehehe ada 3 jalur semuanya yang paling teruk 1 jalur jerrr..........lain kali jadi lebih bijak ok.......


Memandangkan jam dah nak menunjukan jam 5 pagi maka harus abaikan dulu.... apa kata tidur dulu. tapi masa tidur tu siap pikir lagi kulit tu tak jadi kena baut semula. Terpaksalah  bangun dan keluarkan planta dari peti ais... nanti dia beku pulak.


Fruit Tart Versi Mini

Misi seterusnya bancuhan kali kedua.........dan tampalan yang tidak terlalu tebal..........hemmmmm baru lah ok. Lega.... masalah nak mengambil keluar dari oven........kali nie dengan berhati-hati tapi masih lagi pakai gelang besi............. adaoiiiiiiiiiiiiiii seksanya................. lebih malang lagi kulit tartnya pun jatuh ke lantai ....... hancur berderai seperti hati ku.............oh tuhan..............mujur tepung ada lebih buat sekali lagi dan bakar sekali lagi. Kali ini saya suruh kakak saya yang keluarkan...... tak mo dah pobia.........dia pun mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.... so dia bawa pinggan siap-siap ....... terus letak tak payah tatang jauh-jauh nak pegi letak atas meja... alas dengan pinggan dulu.... kali nie baru la berjaya..........Fuhhh lega.....

Panjangnya membebel.........

Bahan-bahan

Bahan Tart

150 gram tepung gandum
3 sudu teping jagung
25gm gula aising
70 gm mentega
1 biji telur
1/2 camca teh vanila

Kacau mentega bersama telur dan vanila, masukan tepung gandum dan jugung bersama gula.........uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Bakar dalam suhu 160 0c selama 1jam. Biarkan sejuk

Bahan kastard

1 tin susu cair
1/2  tin air
3 sudu tepung kastad
3 sudu gula

Campurkan semua bahan dalam periuk kacau dengan whisk atas api yang sederhana hingga pekat.... sentiasa kacau tanpa henti untuk hasil yang terbaik. Selepas itu tuangkan atas kulit tart yang telah disejukan. hiaskan dengan buah-buahan segar


Hiasan

Buah strawberry segar
Buah Kiwi
Buah peach tin
Buah naga
Buah anggur
Buah blue berry
Piping jelly untuk mengilatkan buah
Apa sahaja buah yang ada suka... boleh letak
Buah hendaklah dibasuh dan dikeringkan dnegan tuala bersih sebelum dihiris




No comments: