Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 October 2012

Hantu Jawab Saya Disini Hehehehehehe

Lisa Amin



Wah nie cerita hot di UKM.................. antara jalan belakang Kolej Ibrahim Yaakub dan Pendita Za'ba........... jalan ni memang sunyi sebab dia bukan jalan utama......... lalu pulak kat kawasan berbukit dan hutan......... banyak khizir pulak melintas kat situ.............kiranya kalau malam memang jarang orang lalu. Menurut tuan punya cerita semasa kami  makan malam semalam yang menyebabkan kami ketawa tanpa henti tentang hantu palsu nie......

Ceritanya lebih kurnag bergini.............. rakan saya bersama kawan-kawanya buat study group, sebaik sahaja selesai study group mereka nak pergi ke pusat cyber untuk print tugasan mereka. Memandangkan hari dah lewat hanya kolej pendita Za'ba sahaja yang masih buka pusat cybernya.........jadi nak tak nak mereka perlu ke sana. Dengan menaiki motor mereka berkonvoi.........di pertengahan jalan seorang rakan mereka kata ada nampak pompuan kat area tangki air...........tapi hanya beberapa orang sahaja yang nampak.............so masa balik untuk mengesahkan kebenaran rakan mereka ...................mereka singgah di tempat tersebut dan mula mencari dalam cuaca yang gelap....................Mana perempuan tadi???????????

Tiba-tiba ada suara  pompuan jawab dari atas pokok................saya di sini.............apa lagi mereka semua terkejut la.....selepas melihat memang ada seorang perempuan duduk atas pokok yang boleh tahan tingginya. yang kurang logik kalau dia boleh panjat dengan senang............mereka pun slow-slow berundur dari bawah pokok dengan secepat yang mungkin.................dalam kepala masing-masing penuh dengan tanda tanya. Untuk menyelesikan masalah mereka panggil pengawal UKM.........takut ada benda buruk yang terjadi.........mana la tau ada orang nak bunuh diri ke.....................

Pengawal pun pergi lah untuk suruh budak pompuan saya di sini tu turun............................puas juga pujuk ... memang payah nak turun.......... rupanya budak ni dah biasa buat benda pelik-pelik kat UKM........contoh panjat tangki air dan mandi dalam kolam air pancut............kira kurang betul sikit la............masa pengawal tu cite kat geng motor tadi yang pompuan nie penah panjat tangki air...............dia siap sound kat pengawal lagi.......jangan la bagi tau orang lain...........tau pulak marah dan malu..........kiranya yang kurang waras tu sikit je la...........tau malu lagi..........

No comments: