Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 May 2013

Aku Mohon Kepada Mu

Lisa Amin

Sejak akhir-akhir ini semakin panjang doa yang dimohon...........penuh emosi dan tidak lagi tersusun seperti dahulu semakin hari semakin banyak permintaan hamba ini............bukan tidak bersyukur...........bukan tidak puas tapi aku memohon kerana mahu ruang dan peluang yang luas untuk hari-hari yang bakal di teruskan....


Paling aneh aku mula mendoakan untuk orang lain............jika dahulu hampir semua permintaan adalah untuk kebaikan diri ku............kini ia menjadi semakin panjang yang paling penting aku sudah memohon doa kepada sesiapa sahaja yang kurasakan perlu ditenangkan hati mereka........ aku memohon kepada Nya untuk kesejahteraan mereka.........Paling ajaib lagi aku memohon kepada Nya bukan sahaja untuk kebahagianya di dunia malah di hari akhirat............sesutu yang aneh.........aku sudah mula belajar melepas kan apa yang paling aku sayang dan sangat aku mahukan di dunia ini...............aku medoakan kebahagian orang yang aku sayang dan meminta dia dipisahkan dariku andai itu yang terbaik......................

Persoalanya Ikhlaskah aku???

No comments: