Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








09 September 2013

Semakin Tua Semakin Manja

Lisa Amin



Amboii........amboiii cik lisa amin semakin tua semakin manja pulak.........banyak pantang larang.......semenjak dua tiga hari nie asyik hujan jerr kat bangi nie pantang petang hari asyik hujan...........masalahnya time hujan nie bukan apa.......hidup serba tak kena........buka kipas sejuk tutup kipas panas la pulak............duduk kat rumah dah macam ulat bungkus dah bergulung dengan selimut jerr.......kaki pulak pakai stokin macam orang dalam pantang dah...........

Tadi petang masa tengah sedap bergolek atas katil time hujan tu ada budak datang kunci tertinggal  maka dengan baik hati sebab kunci dia tak da dalam simpanan cuba nasib tengok orang kat pejabat atas ada lagi ke tidak..........malangnya mereka dah balik...........time tu hujan.........jarak pejabat dengan rumah bukan jauh pun sejengkal jerr.........tiba-tiba malam nie dah kena selsema la pulak........hidung pun dah mula berair........amboii manja sangat kena hujan sikit pun tak boleh kerr??? kurang zat makan rasa dah terlebih.....nie nak jadi macam kes hari kundasang hari tu.......kena cuaca sejuk sikit terus demam......nampaknya alah sangat dengan cuaca sejuk........cam mana nak main salji kat oversea nie....cuaca sejuk malaysia pun tak tahan belum lagi suhu .................... esok pulak dah janji dengan makcik nak buat maruku..................huhuhu......tolong lah sihat..........


Bukan Laksa Biasa......Tapi Laksa Lisa Lazat 3L Katanya

Lisa Amin






Tiada galalang gantinya.........walaupun laksa redup rimba........... walaupun laksa jalan TAR............ walaupun laksa dari adik beradik sendiri.........tapi harus saya akui laksa air tangan sendiri jauh lebih lazat sebab kombinasi rasanya sudah serasi dengan selera........masam,masin dan pedasnya harus capai tahap ISO............dan laksa 23 syawal 2013 antara yang paling sedap..............sebab sebenarnya pedas dia terlebih sikit....tapi pedas yang terlebih itu telah menjadikan ianya benar-benar menepati cita rasa..........sampai dalam l hari boleh makan sampai 6 kali.........kali nie benar-benar ikut nafsu makan......huhuhu tak boleh kawal lagi.............hahahaha



Yang best makan laksa nie kadang-kadang tak makan pun laksanya......... cukup makan sayur-sayur dengan kuah jerr.........bagi keluarga kami........ bukan nama makan laksa kalau dalam sayurnya takda kacang panjang dan tauge..........Antara sayur lain yang sesuai selain yang biasa orang guna iaitu timun, salad dan daun selom.......yang kami biasa masukan kobis bulat, tauge dan kacang panjang..........


Lebih mudah menggunakan laksa segera yang ada pelbagai jenama di pasaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga......beli.....panaskan air kemdiam masukan laksa dan 2-3 minit tapis dan basuh dengan air sejuk. ia lebih menjimatkan masa kerana jika menggunakan laksa kering ia perlu direndam sebelum di rebus.....disebab kan terlalu biasa guna laksa segera ini dah tak pasti jenama apa yang bagus untuk laksa kering.........sebab kadang-kadang jika tersilap jenama......ia memerlukan masa yang lama untuk direbus, terlalu berkanji hingga perlu menukar air dengan membasuh terlebih dahulu kemudian masak semula atau laksa putus-putus, jadi laksa segera lebih selamat untuk digunakan selalain lebih mudah.




Warna kuah laksa saya mesti warna cokelat pekat atau merah menunjukan tahap kepedasanya.....hehehehe kalau tak merah macam nie macam mana nak pedas........tapi perlu berhati-hati pastikan cili tersebut benar-benar masak baru ditambah air ikan.............jika tidak boleh mengundag bahaya iaitu sakit perut. Bagi yang jarang menggunakan lada kering pastikan ia direbus dengan tempoh yang lama sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau nak jimat masa pastikan cili sudah mendidih kemudian tutup api...........tutup periuk sehingga air panas menjadi suam atau sejuk.........kemudian di blander dan dimasak lagi sehingga kering dan boleh ditambah air lagi selepas kering 2 atau 3 kali..........kiranya nak masak cili ni rumit tapi ia penting bagi mengelakan sakit perut kerana kepedasanya.............