Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








26 April 2014

Mee Orang Itali@Spaghetti

Lisa Amin

Mee Orang Itali


Hemmm sedap juga kata ganti nama untuk spaghetti ni. Tak sangka pulak ada orang boleh sebut gini. Dah lama nak cuba buat gaya dalam facebook tu tapi bila selongkar pantry bahan tak cukup pulak. Rupanya tomato puri dah abis.Ngeee kena sabar dulu lagi pun banyak lagi list makanan belum buat. Duduk sorang ni kena sabar sikit kalau nak masak. Kalau ikut hati fuhhhh mau penimbang tu jarumnya berpusing dua kali. Sejak 2-3 bulan ni selalu kuar makan malam dan nampaknya berat badan terus meningkat dan sudah limited.Walau berat sudah overweight tapi masih ada ada limited yang perlu dipatuhi. Biasanya bila sampai tahap ni memang saya akan berusaha supaya berat maintain. Tapi pelik juga cuba kurangkan had ni mesti saya slim molek....tapi kenapa la jauh sangat had limited ni.......kalau dah sampai tahap ni boleh pulak saya puasa@tak makan nasi@ kurangkan makan. Macam macam ragam lisa amin ni.

Hemmm melengcong jauh pulak padahal nak cite spaghetti je tadi. Baru-baru ni pergi econsave ternampak pulak promosi spaghetti bersama bekas dia macam comel pulak. Harus la ikut sais dan kepanjangan dia kan, dalam dia ada 3 paket.Harga pun boleh tahan murah..... So rembat la satu.Kebetulan sebelum balik kampung minggu lepas dah shopping barang dapur termasuklah barang untuk masak spaghetti. Sebab selalunya bahan untuk masak spaghetti ni memang wajib ada dalam pantry.

Jadi kalau semua bahan dah ada memang gatal tangan sangat la kan nak masak.Sambil masak tu saja la ambik pic untuk kenang kenangn. Hobi  food photography  katanya hehehehe suka jer masak hias cantik-cantik kemudian makan sorang-sorang. Memang syok sendiri namanya.....hehehehehe. Sambil masak tu saja whatsapp dengan kawan main teka teki tu yang terkeluar ayat mee orang itali dan cerucuk hehehehe terima kasih bagi idea baru. Nama mee orang itali pun boleh la. Tapi bila buat spaghetti pakai cerucuk kat dalam sausage ni yang bahagian dalam tu macam tak masak macam mentah jerr.

Jommm layan gambar.....



Ni la mee yang pakai cerucuk dan sebenarnya cara ni la yang teringin sangat nak cuba. Bukan nak makan sangat pun.






Ini la hasil akhir. Buat srparuh dari biasa lebih tu bekukan dalam peti ais. Lain kali kalau nak panaskan dan rebus spaghetti yang baru jerr





16 April 2014

Yang Mana Satu Kita?

Lisa Amin

Jadilah insan yang baik.
Apabila ada,disukai.
Apabila tiada,dirindui.
Apabila mati ditangisi.

Janganlah jadi insan yang tidak baik.
Apabila ada,dibenci.
Apabila tiada, disukai.
Apabila mati,disyukuri dan dirai.

(Saiyidina Ali bin Abi Thalib)




Lisa yang  mana satu diri kamu dimata semua orang harap jadilah insan yang baik.




06 April 2014

Resipi Mee Kari

Lisa Amin



Mee kari???? Hehehe sekali sekala suka juga mkn meeb kari ni.... Kalau beli rasa macam tak kena dengan tekak pulak.....amboi memilih pulak. Ni kes mengidam nk makan tahu kering pasar borong la ni.Sebab tahu ni kat situ jerr yang saya tahu ada jual. Kat tempat lain tak penah jumpa pulak. Alang-alang hari tu pergi beli barang untuk laksa hari tu. Terus beli barang untuk mee kari. Kerang kat sana pun murah rm 10 kilo 3 kilo ......kerang besar pulak tu.Kalau pergi pasar borong selangor ni memang menu mee kari akan menyusul. Mee kari saya wajib ada kerang dan tahu kering. Kalau tak da macam tak ngam laaaa.


Ini la rupa tahu kering yang tak penah jumpa tempat lain jual selain pasar borong selangor


Bahan-bahan kuah mee kari

Cili kering 10-15 tangkai
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah besar 4 biji
 Semua dikisar kemudian campurkan dengan 3 sudu besar serbuk kari daging.
Beberapa ketul ayam dihiris kecil-kecil
Fish cake
Fish ball
Isi kerang
Tahu kering
1 kotak santan 250 ml
2 litter air
Minyak untuk menumis dalam 5 sudu besar
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur


Cara-cara


Tumiskan bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga.
Masukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari
Tumis sehingga rempah kari masak dan bertukar warna kepada coklet gelap
Masukan isi ayam tumis sehingga separuh masak dan tambah air
Tunggu sehingga kuah mengelegak  masukan bahan perasa iaitu garam dan asam keping
Masukan fish ball n fish cake, tahu kering kemudian masukan santan.
Kuah sudah sedia di hidangkan.

Celur
Mee kuning
Tauge
Sawi

Potong daun bawang, daun sup dan cili besar

Sedia dihidangkan bersama bawang goreng......



Amboiii panjang nya cara nak buat.....tapi sebenarnya tak susah lah sangat nak buat. Lagi banyak bahan lagi sedap rasa kuah boleh juga ditambah daging dalam kuah mee kari tu. Tapi demi nak makan kan apa salahnya bersusah payah sikit. Rasa enak dan boleh makan puas-puas dan boleh letak apa kita suka. Kalau beli kat kedai biasa ada ayam jerr tu pun share dengan ayam nasi ayam, mee sup dan mee kari, biasa la orang meniaga memang nak senang jerr.Jimat kos dan pantas. Letak fish cake 3  potong fish ball 3 biji dah. Yang paling sedih kerang tak da. Mane boleh mee kari tak da kerang......hehehe.

05 April 2014

Resepi Pancake

Lisa Amin



Ini cerita mengidam punya pasal, minggu ni boleh menjadi minggu mengidam sedunia kot. Teringin nak makan burger benjo special blok 14 tapi kedai tu tutup pulak minggu ni maka kena la tangguh dulu niat nak makan benjo tu sehingga la cuti midsem dibuka semula minggu hadapan.

Lepas tu teringin pulak nak makan takoyaki......dengan penuh susah payah redah hujan pergi downtown jalan reko. Sayangnya kedai tutup juga.Sebenarnya dah lama teringin nak buat sendiri kuih takoyaki ni. Cuma takda acuan jerr...... Jgn sampai buat guna acuan kuih cara sebab ada org tulis boleh buat. Sebab kat rumah ni tak da juga acuan kuih cara teringat pernah buat kuih cara pakai acuan peanut butter hehehe. Mujur la dua2 acuan ni tak wujud kat sini..... Kalau tak mungkin projek mengarut ni boleh menjadi.

Lepas tu teringin makan ayam uncle bob dalam hujan juga semalam pergi cari tapi sayangnya semalam kedai tutup sebab cuti midsem dah mula. Maka kena tangguh lagi niat tu.

Last sekali teringin sangat makan pancake kalau ikut hati memang nak buat malam td juga. Tapi dapat menyabarkan diri. Jadi sebaik saja subuh menjelma maka dengan penuh semangat membuah bancuhan tepung pancake. Resipi dah cari siap-siap malam tadi. Tak ingat ambil resipi siapa....sebab biasanya akan cari 2 @ 3 resipi buat perbandingan. Kena pikir yang mana logik dan boleh menghasilkan rasa yg lebih sedap.Oleh sebab itu kita kena tahu fungsi setiap bahan supaya kita boleh bezakan dan hasilkan masakkan ikut selera sendiri. Sebab setiap orang tu berbeza citarasanya.Ehhhh panjang pulak membebel jom tengok resipi nak buat pancake ni.



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak@planta yang dicairkan
1-2 titis perwarna kuning telur

Cara-cara

Cara orang malas macam saya campurkan semua bahan dalam mesin pengisar. Kisar selama beberapa minit sehingga sebati

Biarkan dalam 10 minit atau sehingga nampak buih2 kecil.

Panaskan  non stick pan tuangkan bancuhan tadi jangan besar sangat nanti dia akan bergerak sendiri dan hasilkan bulatan yang cantik. Tuang di tengah-tengah dan biarkan ia bergerak sendiri.

Api yang digunakan kecil sahaja. Apa bila buih-buih kecil terbentuk terbalikan adunan. Dalam tempoh 2 minit pancake sudah tersedia dan boleh dinikmati mengikut selera anda.

Sukatan ini boleh hasilkan 6-7 keping seperti saiz dalam gambar.