Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








05 April 2014

Resepi Pancake

Lisa Amin



Ini cerita mengidam punya pasal, minggu ni boleh menjadi minggu mengidam sedunia kot. Teringin nak makan burger benjo special blok 14 tapi kedai tu tutup pulak minggu ni maka kena la tangguh dulu niat nak makan benjo tu sehingga la cuti midsem dibuka semula minggu hadapan.

Lepas tu teringin pulak nak makan takoyaki......dengan penuh susah payah redah hujan pergi downtown jalan reko. Sayangnya kedai tutup juga.Sebenarnya dah lama teringin nak buat sendiri kuih takoyaki ni. Cuma takda acuan jerr...... Jgn sampai buat guna acuan kuih cara sebab ada org tulis boleh buat. Sebab kat rumah ni tak da juga acuan kuih cara teringat pernah buat kuih cara pakai acuan peanut butter hehehe. Mujur la dua2 acuan ni tak wujud kat sini..... Kalau tak mungkin projek mengarut ni boleh menjadi.

Lepas tu teringin makan ayam uncle bob dalam hujan juga semalam pergi cari tapi sayangnya semalam kedai tutup sebab cuti midsem dah mula. Maka kena tangguh lagi niat tu.

Last sekali teringin sangat makan pancake kalau ikut hati memang nak buat malam td juga. Tapi dapat menyabarkan diri. Jadi sebaik saja subuh menjelma maka dengan penuh semangat membuah bancuhan tepung pancake. Resipi dah cari siap-siap malam tadi. Tak ingat ambil resipi siapa....sebab biasanya akan cari 2 @ 3 resipi buat perbandingan. Kena pikir yang mana logik dan boleh menghasilkan rasa yg lebih sedap.Oleh sebab itu kita kena tahu fungsi setiap bahan supaya kita boleh bezakan dan hasilkan masakkan ikut selera sendiri. Sebab setiap orang tu berbeza citarasanya.Ehhhh panjang pulak membebel jom tengok resipi nak buat pancake ni.



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak@planta yang dicairkan
1-2 titis perwarna kuning telur

Cara-cara

Cara orang malas macam saya campurkan semua bahan dalam mesin pengisar. Kisar selama beberapa minit sehingga sebati

Biarkan dalam 10 minit atau sehingga nampak buih2 kecil.

Panaskan  non stick pan tuangkan bancuhan tadi jangan besar sangat nanti dia akan bergerak sendiri dan hasilkan bulatan yang cantik. Tuang di tengah-tengah dan biarkan ia bergerak sendiri.

Api yang digunakan kecil sahaja. Apa bila buih-buih kecil terbentuk terbalikan adunan. Dalam tempoh 2 minit pancake sudah tersedia dan boleh dinikmati mengikut selera anda.

Sukatan ini boleh hasilkan 6-7 keping seperti saiz dalam gambar.

No comments: