Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








20 January 2014

Cerita Negeri Bawah Bayu Yang Penuh Tragedi ( Kisah 1)

Lisa Amin



Penuh tragedi kerrr???? Kenapa erkk rasa macam tak mo dah pergi sana terutamanya kundasang......perjalanan bermula pada 20 jan dengan pesawat mas dari KLIA  ke kota kinabalu. Maka tugas rasmi sebagai felo pengiring pun bermula di MRSM kota kinabalu. Memulakan program motivasi disana untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tujuanya adalah untuk mendedahkan para pelajar disana untuk lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan dan berani melangkah keluar dari negeri di bawah bayu sebaik sahaja menamatkan pengajian di sini. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pelajar MRSM ini.Program ni sebahagianya disokong oleh  YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang merupakan  Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Adun Papar dimana MRSM ini berada didalam adun beliau.

Masalah yang timbul disini adalah isu makan kerana pelajar MRSM ni tidak akan mengambil makanan berat di sebelah malam atau tiada hidangan nasi pada sebelah malam. Maka orang-orang dari semenanjung mula berasa kelaparan huhuhu. Akhirnya saya menjadi tukang masak tidak rasmi untuk pekajar Kkm Ukm yabg seramai 70 orang tu dengan menggunakan dapur rumah pengetua. Terima kasih tuan pengetua kerana menerima kami seadanya.



Hahaha antara kenangan memasak kat sabah adalah jumpa tahu yang berwarna cokelat macam digoreng tapi macam tak digoreng, sepanjang tempoh tu sempat masak nasi putih, bersama telur dadar, masak lemak kubis dan sambal tahu bersana kentang, bihun goreng dan nasi goreng. Selain tu pengalaman tak boleh lupa ialah siang ikan pari buat pertama kalinya seumur hidup. Hahaha selalu beli yang dah siap siang jerr. Mujur boleh guna teknologi tanya kak lina la jawabnya.Tak kisah la rasa apa pun janji adik2 dr UKM kenyang kesian anak buah saya kalau kelaparan.



No comments: