Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








15 May 2014

Resipi Arca Timun Mentah

Lisa Amin



Arca timun mentah ni  pun salah satu menu kesukan saya kira macam salad versi orang melayu pun boleh juga.Gandingan lauk yang sesuai pun masih sama. Masak kari dan masak lemak memang sedap.Kalau makan denan masak merah or sambal pun sedap juga. Tapi yang ni jarang buat sebab senang nak jumpa kat sini. Kalau makan nasi tomato, briyani atau nasi minyak pun selalu jumpa.Bahan asas nya memang timun tapi biasa boleh campur dengan bahan lain seperti nenas, carrot dan juga sengkuag.

Bahan-bahan

1 biji timun
1/2 biji carrot
1 ulas bawang besar
1 tangkai cili merah@ nak pedas boleh tambah cili padi
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula
3 sudu besar cuka

Cara-cara

Hiris timun ikut suka hati bulat atau panjang. Lebih sesuai panjang jika nak dimakan dalam tempoh yang lama sebab tak da biji yang akan menghasilkan air.
Hirisan bulat sesuai untuk dimakan segera
Hiris carrot bulat atau panjang
Hiris bawang
Hiris cili
Masukan bahan perasa iaitu gula, garam dan cuka gaul sebati biarkan selama 15-20 minit.

14 May 2014

Resipi Arcar Timun Bersama Taucu

Lisa Amin

 Arcar Timun Bersama Taucu

Hehehe kalau cik lisa amin masak arca taucu ni kira ambik mood orang kenduri kat kampung berau ulu cheka. Sebab biasanya time kenduri jerr boleh jumpa lauk ni. Lepas tu gandingan lauk pauk lain mesti kari, masak lemak atau masak tempoyak. Hemmmm rindunya nak makan kenduri kat kampung.Arca timun masak taucu ni jarang jumpa orang lain buat biasa orang buat ikan masak taucu.Resipi arca masak tsucu ni memang biasa ada masa kenduri kat kampung saya.

Bahan-bahan

1 biji timun sederhana besar
4 tangkai cili besar berwarna hiju
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
Secubit ikan bilis
4 sudu besar taucu
3 sudu besar cuka
3 sudu gula
5 sudu minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara-cara

Potong timum memanjang buang biji tengah
Potong cili hijau kepada dua kemugian belah 2
Rendam kan bersama secubit air kapur { tujuan untuk ranggupkan timun dan cili @ boleh juga guna  2 sudu cuka}


 Biarkan sekitar 10-15 minit cuci bersih dan tapis

Potong bawang kepada 6 bahagian
Racik bawang merah, bawang putih dan halia
Panaskan minyak tumis ikan bilis,halia,bawang putih dan bawang merah
Setelah naik bau masukan taucu 



Kemudian masukan timun dan cili sedikit air biarkan mengelegak kemudian masukan cuka, gula dan garam



13 May 2014

Kemalangan ...... Opsss Maafkan Saya

Lisa Amin



Bulan pecah-pecah kan harta benda dan bulan tumpah-tumpah apa yang ada....adoiii punya la siksa nak bersihkan..... Dah la tuannya rajin tak tentu arah. Tak tau la orang kata kalau benda pecah mesti ada yang tak baik nak berlaku. Tapi allhamdullilah la tak da benda buruk yang berlaku. Sentap juga jantung sekejap time pecah tu. Sakit hati pun ya juga..... Kenapa cuai sangat. Tapi benda dah nak jadi kan...... Apa lagi nak dikata, pasrah je la. Bersyukur la baru sikit yang tumpah. Baru satu yang pecah kan.



Tapi hairan juga kalau dikenang kembali tahun agak mencabar buat saya tak sampai sentengah tahun macam-macam yang berlaku. Haii macam ni la hidup penuh warna warni. Seingat saya la saya ni payah nak pecahkan barang. Tiga empat tahun sekali pun payah. Tu yang hairan tahun ni saya dah pecahkan 1 mangkuk, satu piring dan 1 pinggan. Hampir cukup kot kolesinya tinggal cawan je yang tak masuk list. Macam mangkuk tu terhempas sikit jerr tapi pecah juga.Tak pe la benda dah nak jadi kan sabar je la. Kutip la satu- satu lepas tu sapu kemudian mop je la lantai tu.sabar itu separuh dari iman.





Lepas tu pulak kes tumpahkan.....hari tu 2 kali tumpahkan sabun basuh.....adoiii cuainya la. Yang ni lagi susah nak bersihkan. Sekali tu bijak sangat letak atas mesin basuh. Lepastu tinggalkan mungkin masa basuh or spain tu mesin goyang so tumpah la ia. Sekali tu kalut sangat ambik barang dari pantry barang bilik mandi tak sengaja terbalik kan satu tong sabun lagi, dah la time tu kalut nak pergi pasar malam. So bawak betenang malas nak cuci pg pasar malam dulu lerrrr hehehe. Balik nanti kita uruskan.....


Tahun ni juga masa pergi sabah deman boleh tahan teruknya siap gatal-gatal macam alergik lagi.Sampai pergi jumpa dr dan kena injection. Selalunya payah nak cari demam ni. Setahun kali pun tak da. Sekarang ni batuk pulak. Masa kat sabah tu sampai kena jampi kot baru baik. Berat pun turun sebab tak boleh makan langsung semua rasa pahit. Akhirnya sebab takut perut kosong sangat makan cokolate kitkat....mujur bawak stok banyak pergi sabah tu. Stok kitkat banyak tu sebab nak hadiah free punya pasal macam cantik je bekas dia tu.Lepastu buat bubur nasik manis. Terima kasih dapur pengetua MRSM kota kinabalu.

Sisa kuah sup tumpah melekit-lekit nak bersihkan


Tak lama lepas balik sabah juga kulit kaki mengelupas dah macam bersalin kulit pulak. Tak tau kenapa maybe sebab rendam kaki kat air panas poring kot. Time tu kan gatal dapat air panas untuk rendam-rendam memang syokk la. Tapi air dia memang panas betul. Kurang sikit jerr dari tahap boleh melecur, tak boleh rendam pun kat sesetengah kolam tu. Celup kaki terus angkat. Memang panas kot.selain dari tu apa lagi erkkk ranjau dan liku suku tahun 2014 ni ooo abg ipar meninggal beberapa hari sebelum pergi sabah yang paling last hari ni nyaris-nyaris tumpahkan kuah sup dari peti beku. Mujur dah beku kalau tak jenuh nak mop lantai lagi.




12 May 2014

Resipi Apple Pai



Lisa Amin



Ni kesukaan kami puan haslina dan cik lisa amin. Pantang ada masa mula la nak membakar. Kadang apple pai kadang sardin puff. Kalau nak buat kaya,cokelat, strawberry, blueberry puff pun sedap juga. Nak buat ni senang jerr beli jer kulit pastry jenamna kawan yang dah siap tu. Beli je  inti yang dah siap tu. Semua segera. Tapi kalau nak buat apple pai tu kena buat sdn la intinya.

Cara nak buat inti tu senang jerr......



Bahan-bahan untuk inti

1 Cincang apple hijau 5 biji untuk 10 keping pastry boleh letak sehingga melimpah......hehehe sebab tu kena buat sendiri kan
2 Panaskan 3 sudu planta sehingga cair
3 Masukan gula perang 3 sudu besar kacau sehingga cair
4 Masukan apple yang telah dicincang gaul rata.....tambah sedikit air jika perlu....
5 Parutkan sedikit kulit kayu manis atau guna yang dah siap pun boleh dalam 1\2 sudu besar
6 Tambahkan satu besar tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk pekatkan kuah


Cara yang seterusnya

5 biji apple untuk saiz ni punya kulit puff

Potong 2 ...lipat untuk dapatkan saiz tp bahagian letak inti mesti lebih kecil dari penutupbukan ikut sama besar bahagi 2 tu











Hari Ibu 11 Mei 2014

Lisa Amin












Ohhhh emak saya Puan Hajah Samsida Binti Haji Talib selamat hari emak. Saya sayang emak. Tahun ni macam biasa la akan buat sambutan tertunda. Selamat hari jadi mak 8 mei dua hari penting di bulan mei. Nanti bila kome (kata ganti diri orang pahang) balik kita sambut ya mak. Tunggu la menu-menu lazat dan kek dan aneka kuih muih. Ini lah ratu hati dan syurga dunia saya. Orang kata saya anak kesayangan mak tapi bagi saya segalanya adalah hubungan timbal balik sebagaimana kita memberi sebegitulah kasih sayang itu akan kembali kepada kita secara semula jadi.

Mak saya sungguh bertuah dimanjakan suami dan dikasihi anak-anak.Sepanjang hidupnya penuh dengan limpahan kasih sayang. Sepanjang hidup saya bersamanya sekali pun kalau boleh saya tak mau dia bersusah payah.Segalanya sudah tersedia, dari hal rumahtangga hinggalah urusanrumah tangga. Mak tak payah buat. Sekali sekala saya akan mandikan mak. Tololong sabun belakang katanya tangan tak sampai.....oh mak alangkah manjanya kamu. Potong kuku aktiviti yang paling saya suka, dalam kamu kata jangan saya tetap nak buat juga, takut-takut pun kamu tetap bagi tangan dan kaki kamu.Tapi mak selagi kamu hidup minta lah apa saja, selagi termampu saya akan tunikan impian kamu.

Bertapa hati anak tersentuh melihat kedut diwajahmu.....melihat urat-urat yang timbul di tanganmu menyedarkan saya bertapa nikmat yang Allah limpahkan untuk kami semua. Bertapa gigih emak membesarkan 10 orang anak.Dalam usia emak 71 tahun menyediakan makan untuk seleranya bukan mudah. Masakan kurang pedas, kurang masin dan semua perlu dimasak dengan lembut.....tak da lagi sayur rangup kesukaan saya. Tapi itu bukan masalah besar.Apa saja untuk mu emak......apa saja.Bertapa dalam usia saya begini saya rindu nak merasa air tangan mak tapi payah nak dapat sebab setiap kali saya balik keinginan sayak untuk memasak pelbagai menu kesukaan mak mengatasi keinginan saya untuk merasa air tangan mak. Tapi pastinya lemang air tangan mak yang paling sedap, pulut dengan taik minyak. Tu je la air tangan mak yang selalu dinikmati oleh kami sekeluarga.Tak mungkin juga saya lupa 2 resipi terbaik mak yang saya belajar ikan tongkol masak ompak dan ikan tongkol masak rebus asam belimbing.Menu kesukaan mak pasti saya tak lupa sate, nasi ayam, nee goreng basah, lemang puding jagung dan sup ayam atau tulang, masak lemak daging cincang dan KFC.KFC dan sate selalu menjadi buah tangan untuk mak tiap kali balik kampung.

Hobi kita bedua aktiviti menyapu daun dihalaman yang besar macam padang golf tu pun akan menjadi kenangan. Rupanya saya juga memiliki sifat suka akan kehijauan laman tanpa daun kering yang jatuh. Saya selalu cakap kat mak kenapa nak dijolok daun dari atas pokok ketika musim luruh. Tapi sebenarnya bila saya menyapu pun saya akan jolok juga daun tu. Ini juga belum dikira hobi main asap.Sama je perangai mak dengan anak.Hobi kita ronda-ronda naik motor pergi jalan-jalan pusing kampung petang-petang. Kadang-kadang kita ronda jauh sampai perlok, kampung tengah, gol,bau dan jelai. Seronoknya hirup udara segar kampung kami.

Dalam doa saya semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan hati, penawar untuk segala penyakit dan dipanjangkan usia.Saya juga berdoa agak seluruh adik beradik saya mengasihinmak saya sepenuh hati dan sentiasa dapat mengembirakan hati emak. Zaman sukar membesarkan anak-anak sudah lama belalu. Zaman sukar adik-beradik saya juga sudah berakhir kini semua berada dalam keseimbangan hidup yang baik.Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi, cucu dan cicit sedang membesar juga dalam keadaan baik. Semoga seluruh keturunan kami dijauhkan dari segala perbuatan yang tidak baik dan keruntuhan moral zaman sekarang.

Saya juga bersyukur dengan didikan dan asuhan mak menjadikan saya serba boleh dalam pelbagai bidang. Semua kerana emak saya boleh belajar mesin rumput, tukar mentol lampu, baiki mesin basuh, yang paling best sifat berdikari yang diajar membolehkan saya mengendalikan urusan rumah tangga dengan baik. Tahu peraturan contoh selepas subuh kena sediakan minum pagi bukan tergole-golek atas katil. Baju mesti dijemur sebelum matahari terbit. Bukan jam 12 tengah hari baru nak mesin baju. Makan tengah hari mesti siap dimasak sebelum jam 1230 tengah hari. Bukan 1230 baru nak keluarkan lauk pauk dari peti ais. Ini bermakna sekitar jam 11 dan kena mula memasak.kiranya kalau duduk kat rumah mak teh sidah simpang 3 sebelum zohor memang tak sempat nak rehat. Rumah dah la besar satu kerja pun tak boleh bak skip kalau tak siap la kena membebel dengan mak teh sidah.Cara menghormati dan meraikan tetamu pun sama sesiapa je datang mesti sediakan air dan kuih. Mesti ada air basuh tangan walaupun makan biskut jerr. Pinggan manggkuk mesti tidak berkadaan baik dan tidak sumbing.

Saya juga bersyukur semua anak menantu mak saya baik-baik dan sentiasa bersatu. Terutamanya di dapur tak da orang bermasam muka antara ipar duai boleh memasak dengan meriah. Mujur dapur besar ada 3@4 orang chef dalam dapur pun tak pe. Saya juga bersyukur melihat kesabaran adik beradik saya melayan kerenah mak saya yang sungguh cerewet. Terutamanya yang lelaki. Kalau nak pergi mana-mana memang lama nak tunggu mak bersiap. Kalau nak pergi shopping tu yang paling tak  sabar. Saya pun kadang- kadang puas bersabar. Tu belum bab dia nak pastikan Rumah selamat, pintu kunci, paip air, gas, plug, dan dia yang nak bersiap lama dan hobi nak pergi toilet sebelum berjalan. Kalau bak pilih barang macam nak beli belian dia punya pilih Ya Allah punya la lama. Mujur la bab cerewet membeli belah ni tak turun kat saya. Tak tau la siapa yang dapat.

Walauapapun itulah mak saya......dan itulah mak kami. Yang paling disayangi dan dikasihi. Ini antara kisah saya dan emak memori terindah sementara Allah masih pinjamkan kami umur beliau. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mewarisi sebahagian sifat dan sikap beliau kebanggan saya didikan dan asuhan nya terbaik saya pasti boleh menjadi yang terbaik kalau bab menguruskan rumah tangangga ketika orang lain terkial-kial saya sudah excellent berkat didikan emak. Terima kasih mak....  cinta hati saya dan yang paling penting Terima Kasih Allah.

11 May 2014

Jogging Yang Tidak Kesampaian

Lisa Amin



Niat di hati tidak kesampaian......sekarang bandar baru bangi asyik hujan jerrrr. Tiap-tiap petang macam tu la selalunya.Kasut sukan pun dah lama tak dipanaskan sampai dah bersawang. Sekarang bulan rejab dah tukar jadual riadah petang, sekarang memang tak boleh pergi swimming sebab biasanya isnin sampai jumaat puasa. Jadi pilihan yang ada jogging je la. Nak jogging waktu pagi tu yang sakit rasanya lepas subuh tu nak bergolek- golek jer atas katil. Bila petang pulak hujan kalau tak hujan pun time tu menang terhegih-hegih nak masak untuk buka puasa. Biasanya hari rabu @khamis tu dah lembik dah nak pergi jogging sebab tak larat dah. Kalau puasa 5 hari ni sebab tak sahur. Then bila berbuka tak makan nasi. Biasa makan sup sayur jerrr.

Ni la laluan bisa untuk direntasi






Hari ni baru nak merajinkan diri rindu sangat nak jalan2 tengok ukm. Apa dah jadi terutamanya lepas hujan memang damai alam ciptaan ukm ni. Kalau rajin pusing ukm kalau malas pergi stadium ukm je la.  Kalau boring boleh naik tangga jerr. Macam-macam laluan boleh guna. Semua ada memori dan keindahan yang tersendiri.Niat pergi jogging ni timbul bukan apa insaf sangat hari  ni buat pesta makan besar-besaran tau pulak takut. Tapi sejak stop makan malam berat dah stop naik tinggal nak turun jerrr. Alahai berat kalau nak naik senang jerrr nak turun punya la susah. Sabar je la.

Hujan ini pasti penuh rahmat.....sekuranya untuk saya kurang satu baju untuk di berus...hehehe

08 May 2014

Resipi Rainbow Kek @ Kek Pelangi

Lisa Amin

Abaikan rupa deco yang tak seberapa tu air tangan dayana.


Rupa tak seberapa tapi rasanya sedap cuma tak setanding dengan kek downtown jalan reko.


Rainbow kek ni kira lepaskan hajat kot,dah bertahun tertunda kali ini baru la terlaksana.Sangup beli acuan kek baru untuk buat kek, tak pernah buat kan. Ingat susah sangat nak buat 6@7 tingkat seindah warna pelangi la katakan. Rupanya acuan tu tak perlu banyak pun 1 dah cukup. Tapi lebih baik ada 2. Senang nak gilir-gili masak dan sejukan baru keluar dari acuan. Tapi salah satu faktor penting yang membantu adalah penggunaan buttercup dalam pembuatan kuih dan kek. Memeng kek atau kuih susah nak lekat dengan dulang pembakar.Kalau guna buttercup tak perlu sapu planta disekeliling bekas atau dulang pembakar.

Nampak tak warna cokelat.warna rainbow yang baru



Lapisan yang dalam  pakai non dairy whipping cream


Rainbow kek ni juga terlaksana sebab nak sangat dapatkan rasa kek yang macam kat downtown jalan reko. Dulu pernah tulis enteri pasal tu. Last sekali tuan dia ada komen balik cakap dia kat putrajaya dah tak jual kat downtown lagi. Dan ambik tempahan dari rumah jerr. Kecewa kot tak kan nak beli sebijik cam mana nak abiskan. So simpan je la rasa yang sangat sedap tu dalam memori.......kenangan terindah kot. Jadi berdasarkan memori tu saya cuba ingat balik bagaimanakah rasanya yang sedap hingga menjilat sudu tu. Lemak manis di tambah lagi dengan cream cheese emmmm lazat sekali.


Tukang deco kek dayana batrisya



Terima kasih juga buat kakak kesayangan saya sponsor bahan buat kek ni. Pinjam dapur segala bagai. Duduk kat dapur dia memang syok semua ada. Guna la sesuka hati.Proses pembuatanya dibantu oleh dayana, dia kalau bab mendeko dan buat kek ni memang dia suka. Lagi pun rasanya kalau untuk deko tu tangan dia memang lagi berseni dari tangan kami kot. Tapi biasa la budak2 kerja nya memang comot sikit. Tapi tak mengapa proses pembelajaran kan.





Jom tengok kekacauan ketika membuat kek rainbow ni. Resipinya ambik dari buku terbaru Lynn Hassan buku baru terhangat di pasaran.Saya guna resipi ni sebab dia ada guna susu tepung dalam kek. Sebab seingat saya memori rainbow kek down town tu ada rasa susu yang sangat kuat. Cuma topping tu saya tukar sikit guna cream cheese sepenuhnya. Tapi topping ni kurang puashati sikit sebab rasanya yg kurang ummppp dan  nipis.



Resipi dari buku Lynn Hassan banyak resipi yang best-best dalam buku ni. Terbitan karangkraf cuma berharga rm 20 jerr sangat berbaloi.