Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 August 2020

PULAU PERHENTIAN TERENGGANU 7-9 OGOS 2020

Lisa Amin




Jauhnya yang beratus-ratus kilometer dari bangi akhirnya berbaloi bila melihat keindahan pulau perhentian. Ketibaan di jeti yang dipenuhi pengunjung yang agak luar biasa ramainya menjadikan susana semakin meriah. Pekara pertama yang wajib adalah bersarapan versi terengganu sampaikan tak tahu la nak pilih yang mana. Nasi dagang, nasi kerabu,laksam, pulut, nasi lemak dan beraneka kuih muih.Cakap la apa sahaja semua tersedia dikebanyakan kedai yang ada di sekitar jeti.


LAKSAM

                                                       KUIH TOPI DAN NASI DAGANG

Perjalanan ke pulau dengan menaiki bot hanya mengambil masa 30-45 minit. Terdapat banyak resort, chalet dan hotel di sekitar pulau ini. Pilih sahaja yang berkenan dihati yang bersesuaian dengan bajet dan keingian. 



Aktiviti di pulau apa lagi semestinya menikmati keindahan pantai, menikmati maknan laut dan juga snorkeling. Bila dah terjun dalam air dah nampak ikan satu hari berendam pun tak sedar tau-tau je dah hitam berkilat walaupun dah pakai sunblock 100++.Bila mendarat di pantai pula sibuk la mencari port cantik untuk bergambar, jumpa pokok, batu pasir 

 



Keindahan laut terengganu sememangnya tidak dapat dinafikan antara banyak pulau yang terdapat disemenajung keindahan laut terengganu masih berada di tempat pertama. Terdapat kepelbagaian terumbu karang dan beraneka jenis ikan berbanding pulau-pulau lain dimalaysia. Pastinya melihat penyu di laut merupakan antara tarikan utama di sini. 



Bagi mereka yang meminati dunia hiking mereka juga boleh membuat pendakian santai ke kawasan kincir angin yang terdpat di sini. Laluan pendakiannya santai dan mudah boleh didaki oleh semua orang. Dari puncak bukit kincir angin kita boleh melihat keindahan pulau perhentian dari kawasan yang lebih tinggi. Cuma sayangnya ketika ini kawasan tangga dari jalan laut ditutup kerana keadaan nya yang sudah tidak selamat untuk dilalui. Sebelum ini pengunjung boleh memilih laluan laut dan darat untuk sampat ke kawasan kincir angin ini.




Sepanjang berada disini turut tidak melepaskan peluang untuk menikmati maknan enak yang terdapat di sekitar kawasan chalet di sini. Menikmati minum petang ditemani angin laut menjadikan makanan bertambah lazat.


06 May 2020

CENDOL SAGU GULA APONG SARAWAK

Lisa Amin



CENDOL PKP

PKP yang bersambung dari fasa ke fasa mengjadikan kita lebih banyak masa untuk mencuba sesuatu yang mungkin kita tak pernah terfikir pun nak buat selama ini. Tambahan menu yang nak dibuat tu sesuatu yang mudah didapati di mana-mana dan bila bila masa. Tapi bila dah kena kurung nie memang benda yang mudah dapat nie pun kita dah hilang punca nak cari.




Jadi ini la masanya untuk kita belajar buat cendol... alkisahnya cendol ni tak sengaja terbuat. Masa PKP ni banyak orang tunjuk skill memasak dan mereka sangat la kreatif untuk menghasilkan sesuatu menu tanpa peralatan yang lengkap. Asalkan boleh kata orang walaupun dalam menghasilkan cendol ada acuan yang khas tapi bila semua tukang masak berkarya maka terhasilah macam-macam cara. ada yang gunakan botol, plastik dan penapis untuk mengantikan acuan cendol.



Cendol nia dibuat menggunakan tepung untuk membuat lompat tikam. Menu asal nak buat lompat tikam resipi ori hanya guna beras yang direndam dan dibland dan sedikit kapur. Sambil kacau tu ada pulak yang tanya macam mana nak buat cendol. Barulah terfikir nak buat cendol tu bahan asasnya sama dengan lompat tikam cuma resipi moden hari ini ada tambah tepung ubi atau jagung.

Jadi kenapa tidak kita cuba buat cendol sebab bahan asas lompat tikam santan dan gula merah masih digunakan untuk membuat cendol. Baik mencuba dari kita mengalah sesuai la dengan bulan puasa ni. tambahan pulak ada orang bagi gula apong dari sarawak sebagai pemanis rasa.



02 April 2020

DALGONA PERINTAH KAWALAN BERKURUNG

Lisa Amin


RESIPI DALGONA

3 SUDU NESCAFE
4 SUDU GULA
4 SUDU AIR PANAS

PUKUL HINGGA KEMBANG DAN BERKRIM DAN NIKMATI BERSAMA SUSU SEGAR PANAS ATAU BERAIS


Resipi ini antara yang viral masa perintah berkurung sempena corona ni. Kita pun layan je la alang-alang tak da benda nak buat dan banyak pulak masa lapang. 





15 February 2020

TAHUN 2020

Lisa Amin
Kota Raya


Tahun 2020

Tahun yang sangat ditunggu oleh semua orang. Dulu tahun 80an dan 90an semua membanyangkan tahun 2020 nie macam dah terlalu morden macam kat angkasa semua dah boleh terbang. Rupa-rupanya masih jauh dari jangkauan masa nak sampai ke ketahap tu. Beruntungla mereka yang menikmati semua zaman ini.

Kadang-kadang memang banyak benda yang tak disangka dan yang pastinya semua bukan dalam jangkauan kita sebagai manusia. Kita mungkin boleh meramal tapi Allah jua yang menentukannya.

Tahun 2019 begitu banyak dugaanya tapi biarlah masa yang berlau akan terus berlalu. Tahun 2020 adalah fasa melaluinya suka atau tidak memang tak punya pilihan melainkan melaluinya. Bertabahlah dan jangan menyerah.Ada banyak sebab membuatkan air mata kita gugur tapi jangan lupa ada banyak sebab juga yang menyebabkan kita mengesat air mata. 

TEGUH BERDIRI DIHADAPAN ORANG SEKALI PUN ADA MASANYA REBAH MELALUI LIKU HIDUP.