Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








09 May 2012

Selamat Hari Lahir Yang Ke-69 Mak..........

Lisa Amin


Mak saya yang sangat anggun


Puan Hajah Samsidah Binti Haji Talib telah dilahirkan pada 8 mei 1943   manakala 41 tahun yang lalu mak telah melahirkan  aku sebagai anak yang paling bongsu dan ia disahkan bongsu sehingga kini memang tak da adik lain dah.... Maka aku akan terus jadi adik......hehehehe suka, suka, suka .Kini mak berusia 69 tahun dan aku berusia 28 tahun...........Bagi orang lain ibu ratu hati.....tapi bagi aku setiap nafas yang ku hela adalah kerananya......

Chocolate Indulgence ke Chocolate Banana

Tahun ni tak sempat lagi nak balik untuk balik dan buat majlis sambut hari jadi InsyaAlllah nanti aku akan balik dan sambut hari jadi mak. Mungkin masak makanan kegemaran mak macam nasi ayam, sate, nasi dagang atau laksa lemak. Dalam dua ke tiga hari ni aku cuba juga cari pembuat kek dari bandar jerantut yang boleh buat penghantaran terus ke rumah..... tapi keciwa............. tak da la pulak. Tak pe la tunggu secret recipe punya kedai buka la kat jerantut dah nak opening soon katanya. Wah maju jerantut sekarang.......... makanan mewah mula masuk maklum la sejak ekonomi untuk pertanian ni naik,  kaya la orang kampung lebih senang dari orang makan gaji.... tambahan lagi orang felda yang asyik dapat durian runtuh n gugur jer sekarang ni.....


Chocolate Banana lebih sesuai mkn dgn strawberi chocolate kot.......

Tapi tak tau la kenapa aku rasa macam nak buat strawberi cokelat pulak........... aku mengidam kot...... sejak dari pergi kuala romping lagi.......Sedapnya la...... kalau ada rezeki lebih nak pergi sogo cari cadar or handbeg untuk mak sebagai hadiah......... Amin Ya allah murahkan lah rezeki ku............. Apa pun untuk mak dari jauh sentiasa ku kirim doa setipa hari  semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan dan kegembiraan dan dijauhkan dari segala penyakit.Nanti kita jumpa...........Love U

27 April 2012

Cinta Bukan Tidak Semestinya Bahagia

Lisa Amin

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan,kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati,kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.




13 April 2012

Kuala Terengganu 7 April 2012

Lisa Amin



Jalan-jalan cari makan........................ ohhhh bukan jalan-jalan cari baju raya kata kak lina. Jauh nya nak beli baju raya ...... macam kat Kuala lumpur tak da. Tak sama n tak banyak pilihan katanya. Ya la jom la kita pergi....... aku tolong teman. Mujur abang ipar baik nak hantar beli baju raya jauh-jauh..... terima kasih abang ipar................



Yang ini jalan-jalan cari makan kat tepi pantai..................syokkk juga pantai batu buruk..... tengok la tempat display makanan dia menarik dan modern baru la sesuai sebagai tempat tarikan pelancong.

Projek 3 Tahun Jahit Manik-Manik Di Baju


toniteLisa Amin


Blinkkkk....... blink macam baju mak Puan Seri........


Akhirnyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaa..............Baru ku tahu susahnya nak menjahit manik lagi sarat lagi susah.Mencantumkan ia satu persatu menguji kesabaran. Ini boleh di ketogorikan sebagai pekerjaan orang yang sabar dan rajin. Orang yang sederhana sabar dan tak berapa nak rajin macam saya ni kena ambik masa 3 tahun baru nak siap.Jadi beli je yang jual kat kedai tu..... tak mahal mana pun harganya.



Jahitan mula merebak bila dah kena badi....... makin melarat.


Pelik dulu masa  buat macam susah sangat, dah bertahun cuba. asyik tak jadi je. Kali ini buat 3 hari je boleh siap 3 hari Vs 3 tahun. Pelik tapi benar...... kenapa 3 tahun dulu tak boleh dan 3 hari sekarang boleh. Mungkin inilah yang dikatakan dengan izin Allah.



Kata nak jahit sikit je.... samapai leher  pulak bila dah kena rasuk cam ni la.


Lisa sudah berjaya.................. nak lagi jahit manik................hehehehehehehe


Dekat tangan dari selapis manik dah jadi 2 lapis............




Hantu manik dah tiba..... semua pun jahit tangan, baju dan leher..........


100 Tahun Titanic 15 April 1912

Lisa Amin

Misteri yang tidak pernah terungkai, tenggelam di dasar lautan Pasifik bersama dua pertiga penumpang kapal mati ketika kejadian tersebut. Kejadian pada pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).Ramai pakar dan pengkaji masih berusaha mencari jawapan bagaimana peristiwa ini berlaku.Adakah kerana kesilapan teknikal atau ada sebab-sebab lain. Belanggar dengan bongkah ais dikatakan mungkin bukan punca utama kapal ini tenggelam.

Sejak 25 tahun bangkai kapal Titanic ditemui, tiada seorang manusia pun pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal." malah tiada siapa memiliki sebarang petunjuk apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihata.Kini selepas 100 tahun, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Bersempena dengan ulang tahun ke-100 tragedi ini,  History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum dalam dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini. Jadi kepada peminat kisah sini mari kita saksikan penemuan terkini berkaitan dengan kejadian kapal karam ini.





Sumber: Kosmo 13 April 2012

12 April 2012

Unexpected SMS

Lisa Amin

Akhirnya.................

Setelah hampir 4 bulan berlalu....... kalau orang kawin dah boleh mintak tebus talak ni.......hilang tanpa kabar berita...... sampai hati u buat kat i cam ni.

Tapi tak pe akhirnya u msg juga kat i walaupun dengan alasan yang tak kukuh sekurang-kurangnya i tau u ingat juga kat i walaupun sepintas lalu.

Ia lebih dari cukup kerana i sedar diri........... Thank you very much.....

U sentiasa di hati............. tapi jangan tanya kenapa.......... sebab kalau i bagi tau........ u akan kecik hati sampai mati......hahaha

Ohhhhh Lisa.................

Lisa Amin


Lisa........... Lisa............... Lisa

Amin
Norlisa Binti Mohamed Amin

Tiada Duka Yang Abadi

Lisa Amin



Opick - Tiada duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

30 March 2012

Tembikai Oh Tembikai

Lisa Amin

 ROTU Batch 26 UKM kalau sebut tembikai je ada rahsia yang tersembunyi. Hanya kami, kami dan kami je yang tau bab tembikai ni. Pandai betul budak-budak lelaki ni bagi nama samaran. Ada ke Encik ............ dipanggil tembikai. Tapi bagus juga ada nama samaran senang nak mengata. Maklumlah kami ni anak tiri je. Selalu dibuli dan dipinggirkan.Aku yang sabar dan setenang air di tasik pun boleh panas hati. Apa tah lagi jenis-jenis manusia yang lain.Tak pe, tu kita tinggalkan dulu cite gelaran tembikai ini.Jom kita cita pasal buah tembikai sebenar.

Katanya buah ni berasal dari Afrika Selatan dan kini ditanam di hampir semua negara beriklim tropika atau sederhana. Ooooo rupanya tembikai ni ada 5 jenis:-Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski.Semua jenis ni berbeza warna dan saiz.Kenapa beriya-iya nak cerita pasal tembikai ni sebab ia buah yang sangat sedap bila sejuk dan menyihatkan. Warnanya  sahaja dah cukup menarik merah membara.

Tau tak 100mg tembikai mengandungi :-
  • Kalsium-7 mg
  • Karbohidrat-7.55gm
  • Lemak-0.15gm    ( so jgn kata tembikai tak da lemak ya)
  • Fliorida-1.5 mcg
  • Besi-0.24 mg
  • Magnesium -10 mg
  • Fosforus-11mg
  • Potasium-112mg
  • Protein-0.61gm
  • Sodium-1 mg
  • Gula-6.20gm
Kebaikkan menikmati tembikai::-
  •  kandungan potasium membantu menyimpan garan daripada meningkatkan tekanan darah 
  • mengurnagkan risiko mendapat batu karang
  • membantu menguatkan sistem imunisasi 
  • membantu tubuh memerangi jangkitan 
  • kaya sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kenser
  • merendahkan simptom-simptom osteoartritis dan rheumatoid artritis
  • kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung
  • kalori yang rendah sesuai untuk yang mahu mengurangkan berat badan
  • beta karotena membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutamanya pada waktu malam
Jadi banyak kan khasiat tembikai....................... mari makan tembikai ramai-ramai hari ini, esok dan selamanya .

28 March 2012

Aku Bersuara Akhirnya.............

Lisa Amin

Dalam masa sibuk ni, jarang aku bersuara. Bukan kah diam itu lebih baik. Ia lambang ketelitian dan memberi seribu kebaikan.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.



24 February 2012

Goody Beg For Birthday Party Dayana & Darwish

Lisa Amin



Macam biasa la setiap tahun bulan mac akan menjadi antara bulan yang paling sibuk untuk saya membantu persiapan birthday party untuk dayana dan darwish. Kata mama nya ni last kita buat birthday party secara besar-besaran lepas ni buat kecil-kecilan aja............ hahahahaha boleh percaya ke? Kita tunggu next year la....



Tahun lepas kami buat sekali dengan house warming, siap dengan buat sate dan kambing golek. Kali ni tiada apa yang bergolek melainkan kami tuan rumah yang membuat persiapan akan tergolek. Mulanya semua nak tempah kat catering tapi macam biasa la.Jiwa kami ni resah gelisah je kalau tak memasak.Walaupun bagi sesetengan orang memasak ni pekara yang sukar untuk dilakukan terutamanya untuk menjamu tetamu. Bagi kami pulak setakat 200 hingga 300 orang ni masih boleh masak-masak lagi. Macam main-main, walau penat nya jangan cerita. Tapi rasa hati yang puas ni jangan dibandingkan dengan penat badan.



Kali ni tugas menjadi lebih berat katanya " aku dah tak mo pikir dah pasal goody beg, aku bagi bajet RM 500 ko buat la apa yang patut untuk 100 goody beg.Hemmmm RM 5 banyak tu boleh bagi macam-macam ni teringin nak bagi teddy bear yang comel-comel tu. Lokasi untuk mencari dah tau tapi belum tengok harga lagi. Makanya berangkat lah ke lokasi kejadian berjalan dan mencari dan terus mencari. Rupanya ada banyak juga la yang menjual teddy bear secara borong ni. Harga boleh tahan tapi macam biasa la makin banyak makin murah. Mujur aku ni tak gila teddy bear sangat. Kalau tak ada yang pengsan kat situ juga. Teddy bear yang lebih besar dari aku yang sebesar anak gajah ni pun ada cuba bayangkan. Siapa yang berat badan setakat 50-60 kilogram ni dah tentu dia berkali ganda lagi besar dari ko orang.Masa mencari ni pun dugaan melanda baru terpusing-pusing, terpikir-pikir dan terkira-kira hari pun dah gelap mau hujan.



Mujur masa hujan tu dah siap lawat semua kedai. Dan macam biasa la kalau datang sini wajib pergi tengok bunga. Dah 2 ke 3 kali aku pergi kedai bunga tapi berjaya mengawal diri dari beli bunga. Hahahahah satu kejayaan yang boleh dibanggakan.Maka terperangkap lah aku di kedai bunga sambil menikmati bunga yang indah-indah. Memandangkan hari ini hari sabtu maka perlu ke pasar malam jalan TAR semata-mata menikmati laksa yang aku makan dari zaman belum masuk sekolah lagi. Tapi sekarang harga dia RM 5 mahal sangat kot. Tapi tak pe la rasanya sedap la juga walaupun laksa redup rimba bangi lagi sedap. Alang-alang dah jalan sama wajib makan nanti tak lena tidur pulak. Dalam hujan yang tak lebat dan juga renyai aku redah pergi.Jimat punya pasal baju pundah basah nak beli payung alang-alang sahaja. Jadi teruskan berjalan dalam hujan. Mujur boyfriend payungkan dengan tapak tangan hahahahah lawak giler. Dia ingat tapak tangan dia besar sangat kot nak payungkan kepala aku. Tapi tak pe la tu tandanya boyfriend perihatin heheheheh....baik cik abang saya.



Keputusanya dengan harga RM 5 boleh dapat tapi berkualiti sangat. Bajet cukup-cukup je. Tak kan nak bagi cam tu je. Kurang kena bungkus atau letak riben. Duit lagi adoiiiiiiiii tu yang kena pikir panjang.Tapi yang paling penting kualiti dia aku kurang puas hati. Maklum la nak bagi kat anak-anak orang kaya-kaya  nanti ada pulak yang gatal-gatal kena bulu teddy bear murah ni.So tak jadi la idea ni. Tunggu la kalau kami ada rezeki lebih suatu hari nanti insya allah. Maka kena pikir idea lain kata tuan punya duit tak mo letak dalam plastik macam orang selalu buat tu, dah tu????????????? adoi cakap senang ya cik kak. Siapa yang pening sekarang ni aku juga.Mujur zaman sekarang zaman teknologi boleh tenguk dunia buat apa kan. Jumpa la satu idea yang aku sangat-sangat suka dan jimat tapi nampak mewah.




Makan meminta persetujuan la kepada tuan punya duit. Betul ke ni mesti tak cantik dah la kertas bungkus goreng pisang tu warna dia buruk. Ya la buruk la kalu tak pandai buat. Kalu bagi kat jari jemari yang seni cam tangan aku ni mesti cantik.Maka pada hari selasa bersama boyfriend yang ponteng kerja pergi la kami ke gudang borong. Tempat ni kalu tengok dari luar macam tak da apa-apa. Hanya mereka yang tau dan tau sahaja akan pergi ke sini. Tempat yang buruk, walaupun tepi jalan tapi pintu masuk dari belakang dan tak da papan tanda. Macam saya kata hanya oranag yang tau je datang ke sini. Pelik tapi benar gitu la cite tempat ni. Kali ni pun hujan juga apa la nasib asyik kena hujan dugaan memcari goody beg ni.



















17 January 2012

Sabar.................

Lisa Amin

Sabar itu separuh dari iman.......... dan akhir-akhir ini mulut-mulut kreatif bertanya yang separuh lagi tu apa??? Hahahahah pikir la sendiri................


Hari ini saya menjadi lebih penyabar dengan menanti selama  2 jam 3 minit. Tempoh bersabar yang boleh tahan jangka masanya. Janji yang lewat di tunaikan dari siap pakai tudung, dah buka pun, dari menunggu dengan penuh kelaparan dah kenyang pun. dari belum zuhur dah zuhur pun, dari pakai seluar slack dan tukar kain batik. Ohh lama nya sabar saya yang jarang-jarang berlaku. Sejak saya akhir-akhir ini saya terikir  adakan saya menjadi lebih sabar @ lebih matang. Atau sebenarnaya saya berjaya membuang ego saya untuk marah. Kadang kala timbul perasaan kagum pada diri sendiri, kerana dulu saya tidak begini. Adakah saya menjadi lebih baik???? penuh tanda tanya................Jangan marah-marah lisa............

Atau ini boleh dikatakan membiarkan orang lain memijak kepala kita dan mengambil kesempatan kerana kita sentiasa sabar??? Mungkin orang lain akan kata kalau kena kat aku...... mesti angin satu badan kot. Hemmm

15 January 2012

Kena Tendang Dalam Kolam Renang Danau UKM

Lisa Amin



Hari ni cuaca memang baik cerah dan terang benderang.Panas pun boleh tahan selepas terbelanggu dengan masalah air selama hampir seminggu kat UKM ni. Jadi bila panas ni terfikir juga kalau panas cam ni dalam 2 minggu kemungkinan air tak da tu boleh berulang kembali. Oh tidak pobia kot kalau air tak da ni.Kalau sakit perut memang tak boleh nak cakap apa la sabar je la.Tapi air tak da ni bukan masalah UKM ni masalah negara. Memang air di empangan dah kering??? Katanya 2014 bekalan memang tak cukup............ hemmm cam mana ni rakyat selangor???? Mungkin undi adalah rahsia.......... kerana ia rahsia maka kita menerima akibat dari kerahsiaan kita.

Apa hal pulak membebal pasal air ni..............pasal undi la.......... kurang akal ke????? Sebenarnya nak cakap hari dengan semangat berkoba-kobar nak pergi berenang kat danau. Sampai je sana  ohhhhha tidak ramanyai orang lupa pulak hari ini, hari ahad. Hari untuk bersama keluarga. Maka ada bermacam ragam manusia di kolam renang. Ada yang bawak bibik, ada suami isteri bersama anak, ada yang bawak adik, anak saudara, sepupu dan rakan taulan. Tak kisah la. Harta awam kan boleh la sapa nak datang pun bayar jer RM 2 semua orang boleh mandi.

Cuma yang kurang berkenan sikit bila masuk kolam semua buat macam kolam kat rumah sendiri. Nak main bola la, bergurau senda la, dengan rambut yang tak berikat dan tak pakai cap. Adoi tau la rambut kamu cantik tak perlu tunjuk kot. Dengan budak lelaki yang tumpang mandi sekaki............. kata saya dalam hati tak baligh lagi kot...Kalau tak tak kan la kakak dia bawak mandi kat sini. Hari saya siap kena tendang lagi dalam kolam punya la nak main sangat. Jagan sampai ada yang kena tendang dengan saya pulak. Sudahnya ambik keputusan balik je la. Boring betul dah la bayar RM 2 tak sempat nak menggunakan semaksima mungkin. Bayar pakai duit syiling sepuluh sen pulak tu. Jahat tak????? hahahahha

Cermin Diri

Lisa Amin



Apa yang boleh mencerminkan diri kita? Ada yang berpendapat penampilan itu penting? Ada yang kata budi bahasa itu penting? Ada yang kata pakej lengkap itu penting? Ada yang kata cantik itu penting? Ada yang kata tingkah laku itu penting? Dan segala macam lagi yang boleh mengambarkan diri kita.

Kalau rupa ada tapi budi bahasa tak ada pun tak guna juga.Kalau budi bahasa ada tapi rupa tiada pun tak sedap mata memandang kata orang. Kalau ada yang memiliki pakej lengkap alhamdulilah la. Tapi kalau ada orang kata hati tu cermin diri yang terbaik tu mungkin ada asasnya.Tapi macam mana yang tak de pakej macam saya?? tak comel, tak pandai, tak kaya, tak la berbudi bahasa sangat........... jadi orang macam saya akan jadi manusia terpinggir mungkin.

Tapi hati yang baik tu penting. Saya mengaku secara lahariahnya orang akan melihat saya sebagai orang yang sombong. Tangok muka pun dah tau. Memamg nampak sombong dan ganas sangat.Dikatakan juga dari bulan kelahiran, saya ni mampak macam mementingkan diri sendiri tapi sebenarnya mungkin lebih baik dari yang orang yang sejak lahirnya nampak baik-baik belaka.

Sepanjang hidup saya saya bertemu dengan ramai manusia yang mempunyai pelbagai perwatakan. Dan cara saya menilai  orang memang tidak pernah sama. Kerana akhirnya saya tetap akan menggunakan mata hati saya untuk menilai.Jadi kalau dengan saya kamu jangan nak berlakon pulak.Kalau kamu jahat pun tak mengapa kerana saya yakin akhirnya saya akan temui kebaikan dalam diri kamu. Saya yakin sejahat-jahat manusia pastia ada kebaikanya.

Cermin diri yang paling penting adalah dari hati kita. Seribu kebaikan tidak mampu menutup kejahatan yang terdapat dalam diri kita. Begitu juga seribu kejahatan tidak pernah dapat menutup kebaikkan yang kita lakukan.

12 January 2012

Kellogg`s Corn Flakes .....Pasti Sedap

Lisa Amin



Kalau makan sarapan ala orang putih sikit mesti ada bijirin.......... sedap sangat ker???? ni namanya kerja orang malas punya sarapan..... kalau orang rajin dia akan makan nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, nasi kerabu  atau nasi dagang. Kalau malas masak pun kira rajin beli.......... hahahaha. Kata pakar kesihatan orang yang nak diet kena makan sarapan. Amboi dah pandai cakap pasal makan cara sihat pulak. Jangan kata tahun ni azam tahum baru nak diet pulak. Tengok gaya sambut tahun baru pun dah tau..... jangan kata la nak kurus. Tapi apa pun ada pegangan yang baik untuk diet, nak kurus boleh tapi jangan gemuk lagi.............. hahahahha boleh gitu. Dagu pun dah berlapis.............. perut pun sama dah berlapis macam dilapis dengan tayar. Adoii cite pasal lain pulak tajuk kat atas pasal Kellogg`s Corn Flakes.... kenapa erkkk.... sebenarnya nak cite ni pasal pengaruh TV. Aku ni mmemang mudah terpengaruh dengan iklan TV. Daya penarik Corn Flakes kali ini bukan pengaruh iklan dan biasa tengok dan makan jadi tak la teruja sangat. Cuma kotak dia je yang menarik dengan gaya klasik dan muka budak lelaki yang sangat la comel menjadi penghias kotak. Tapi apa yang lebih menarik adalah hadiah yang di sertakan Fridge Magnet yang diberika secara percuma, sungguh klasik gaya 70 an hemmm...........

Tanpa pikir 2 kali aku mesti beli walaupun terfikir sape la yang nak makan ni. Aku kerr? macam la rajin sangat nak makan sarapan, bangun tido jam 12 tgh hari.... siap-siap nak makan pun jam 2 baru nak lunch. Dah tu cam mana nak sarapan? cuba pikir................Nampak gayanya  Fridge Magnet  memang akan jadi salah satu koleksi kesayangan la. Tapi yang  Fridge Mangnet yang paling aku sayang adalah yang akubeli kat sabah bunga reflisia cantik dan berseri-seri. Jadi yang ini akan menambahkan lagi koleksi aku . Maklum la peti ais aku ni kecik je. Bila letak semua dah nak sampai kat kawasan bawah sekali.

Kotak corn flakes kali ni memamg edisi khas sebab kat belakang dia ada citer pasal macam mana kellogg`s corn flakes ini tercipta, rupanya secara tak sengaja je pun. Wah kagum gitu..... secara tak sengaja boleh dijadikan duit dan dikenali di seluruh dunia. Kalau aku yang dapat Alhamdullilah la............. kaya makcik........ Dan masa aku tulis ni tiba-tiba kau terfikir memandangkan kotak ni nampak sangat klasik  kalau disimpan untuk di jadikan hiasan kat dapur pun cantik juga. Ohh tolong la cik lisa oiiiiiiiiii jangan la semua benda nak simpan. Tapi betul memang cantik mujur ada dua. Satu lagi tu aku nak simpan, aku ni memang suka simpan macam-macam. Kotak, beg kertas, pen, buku, majalah, minyak wangi, key chin, perhiasan yang kecik-kecik dan segala macam lagi. Banyak sangat harta benda.


Hahahaha punyan la panjang berjela intro dia tapi tak tercapai lagi sebenar apa yang nak diciterkan dalam enteri ini. Sebenarnya aku cuma nak bagi tu cam mana benda yang kita dok makan dah berapa keturunan ni ditemui secara tidak sengaja oleh Will dan Dr. John Kellogg. mereka berdua sedang memasak gandum, tapi mereka masak sambil melakukan benda lain. Bila mereka datang untuk melihat gandum yang mereka masak, ia telah bertukar menjadi keras. Tak mau membazir mereka cuba melenyek gandum tersebut dengan penggelek dengan harapan untuk menjadikanya doh yang panjang tapi yang menariknya ia menjadi kepingan. Kemudian mereka memutuskan untuk  memanggangnya untuk mendapatkan rasa yang lebih ranggup. Jadi ini adalah permulaan bangaimana dua beradik ini dapat idea untuk menghasilkan bijirin yang paling digemari di seluruh dunia.  Sebenarnya ni je yang aku nak cite........... bukan apa pun. Tapi intro dia panjang bejela bukan apa supaya anak cucu kita tau macam mana makanan yang kita makan sekarang ni terhasil. Jangan tau  makan jer..... tak gitu????


Hahahaha  susu ini pulak jodoh dia katanya. Kena makan dengan ini. Baru la berkhsiat macam orang putih makan.