Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








31 August 2012

Biskut Raya Peanut Butter 2012

Lisa Amin



Hemmmm kuih nie ada sejarah yang tersendiri dalam keluarga kami. Kuih nie boleh dikatakan kuih nostagia. Sebab dia merupakan kuih klasik........ generasi sekarang tak tau dah kuih nie...... Dulu kuih nie sentiasa di buat oleh mak long saya yang berada di Mentakab Pahang. So kalau raya balik kampung memang tak melepaskan peluang untuk makan.Siapa yang suka kuih berasaskan kacang rasanya kuih nie antara yang terbaik raya.............memang orang tak kan lupa rasanya yang lemak manis.Biasanya golongan yang dah berusia la suka makan macam mak dan kakak-kakak saya......... tapi golongan muda pun suka juga... sebab rasa dia yang memang lazat sekali.Jadi tahun ini secara kebetulan terimbas kembali nostagia kuih peanut butter ni secara tak sengaja......... ada orang mintak.......... mungkin kuihnya tak sama......... tapi kalau saya...... orang kata kuih peanut butter inilah kuihnya......... Jadi atas permintaan dan juga demi sebuah kenangan yang dah lama dilupakan....... apa salahnya di hidupkan kembali kenangan kuih nie.

Resipinya mestilah dari mak long saya yang dah diperturunkan kepada kakak saya, makan saya pun mencuba la...... macam biasa la resipi keluarga saya nie resipi lebih kurnag........... jadi pandai-pandai la nak sukat. Sebelum buat ni cari acuan dulu.......... nasib baik ada lagi acuannya.Bab resipi nie tak puas hati lagi nak kena pergi tanya mak long saya.... nak menuntut  semula. Biar rasanya asli dan kekal menjadi resipi keluarga kami.

 Resipinya senang je.......... tapi pelaksaan nak buatnya susah .... silap gaya hancur kuih tu........ Melekat dalam acuan tak boleh keluarkan. Nak buat ni ada acuan khas macam acuan bahulu cermai....... cuma ia lebih ringan dan nipis. Hiasan wajib krismis hitam........... memang kalau tak de krismis ni memang tak jadi la kuihnya......... kurang rupa dan kurang gaya.

Pengajaran pertama yang saya dapat buat kuih nie adalah kena tabur tepung dalam acuan sebab dia memang melekat dan tidak cantik kalau tak tabur tepung......... satu aduanan kuih berbulu-bulu dan tak cantik........ aduanan kedua yang acuan nya di tabur tepung baru la kuihnya licin.......

Masa beli peanut butter ni jgn lupa pilih yang halus ya.......... dulu kami penah terbeli yang kacanya ada yang kasar....... puas pulak nak bland bagi halus......... dah dapat satu kerja............kenangan betul masa tu..... kecoh satu rumah....... orang yang beli tu kena bebel la...... beli tak baca...... main ambik jer............. ambik ko kena bebel......

Bahan-bahan


  • 1 balang penut butter yang dibeli lady choice tak kisah balang kecil or besar
  • Setengah balang butter
  • 1 balang gula icing
  • 1 balang tepung jagung
  • 2 balang setengah tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu minyak sayur@ lemak sayur

#  Gunakan balang peanut butter untuk sukatan kuih ini

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula icing hingga kembang
  2. Masukan kuning telur, minyak sayur@lemak sayur, baking powder dan peanut butter 
  3. Masukan tepung jagung dan gandum yang telah di ayak
  4. Kacau adaunan sehingga sebati
  5. Potong krismis kepada 2 atau 3 bahagian
  6. Panaskan acuan selama 10 minit........... keluarkan
  7. Sapu dengan planta dan kemudian di tabur tepung......... mesti tabur tepung untuk dapatkan kuih yang cantik dan tidak melekat
  8. Letakan krismis di bahagian tengah-tengah  dasar acuan.........kemudian letakan doh kurang sikit dari penuh kerana kuih ini akan kembang...
  9. Setelah masak keluarkan kuih degan mengetuk acuan dengan hujung pisau atau player
Panaskan oven 160 c bakar kuih selama 30 minit sehingga kuih menjadi perang





Mood Berpuasa Di Bulan Syawal

Lisa Amin



Dan begitulah aku bulan raya aku tetap nak puasa. Puasa ganti dan puasa 6........... dulu puasa ganti ni.... lagi sebulan nak puasa semula baru nak ganti la kan......... sekarang nak ubah perangai dah tua rasanya. Alhamdullilah....... semoga lebih baik lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Baru dua hari balik bangi dah gatal kaki nak pergi jogging....... akhirnya hari kedua berpuasa di bulan raya. Berjaya juga melangkah kaki ke stadium........... rindu rasanya... sebulan tinggal. Cuaca pulak sangat baik..... redup......... sesuai untuk berlari.... tapi macam biasa... nak mula pergi hari-hari memang berat kena pujuk hati... hari-hari kena pujuk supaya mampu keluar dan berlari..... nampaknya mood tu belum datang lagi sekadar melepaskan rindu aja. Tunggu la abis puasa....... alasan...... hehehehe lepas ni alasan apa pulak???

Jangan lerr.......... satu cerita yang paling best.............. berat badan turun dengan baik sekali..... dah ramai yang kata dah kurus sikit. Tengok penimbang balik raya macam nak melompat.......... alhamdulilah...... ingat balik kampung 2 minggu dan tak jogging berat badan tak turun atau naik lagi........... tapi masih ada penuruan.... jadi sekarang teruskan usaha... masih terlalu jauh untuk berbangga..........tengok gambar raya pun suka sikit........tak la menyampah sangat...... bak kata jurulatih senaman saya... jangan timbangkan difotokan saje....... Nampak ada beza......hemmmmm




BERUSAHALAH LISA

05 August 2012

Hidup Ini Indah

Lisa Amin



HIDUP INI PILIHAN

apa yang buat kita sedih tinggalkan

apa yang buat kita senyum pertahankan


Cornflakes Madu Warna Warni Aidilfitri 2012

Lisa Amin



 Cornflakes Madu ni pun resipi wajib untuk anak-anak saudara beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya buat Biskut Cornflakes sahaja untuk mak-mak dia orang. Tahun ni malas nak buat untuk mak  dia orang........... so buat untuk anak saudara je la. Kesian  pulak kalau tak buat......... banyak soal dan banyak tanya.......kemudian buat muka sposen....... tiap kali makan puji lepas tu janji tahun depan tolong buat lagi.......... Yang paling tak tahan balang kuih ni ada yang sorok tak kasi orang lain makan. Macam-macam ragam anak saudara saya ni. Biasanya malam raya pertama dan habis dah.


Nasib baik kuih ini antara yang paling senang kat dunia...... suruh budak kecik buat pun boleh.... jadi bila round pertama 1 kg cornflakes habis dia orang akan buat sendiri cuma tolong pantau jerrrr....


 Sumber: Dari Myresipi yang kemudian diubah suai
   
Bahan-bahan

  • 1 kg cornflakes
  • 500gm Butter
  • 2 cawan gula perang
  • 20 sudu teh madu @ golden Syrup
  • 10 gm krismis@ kacang@ bijan @ buah campuran@ kelapa kering sesuka hati lerr
  • Manik untuk hiasan      



 
Cara-cara

  1. Campurkan butter dengan gula dan masak atas api sederhana hingga gula larut
  2. Setelah larut masukan cornflakes kemudian masukan madu
  3. Masukan krismis atau bahan campuran yang lain kacau hingga rata  
  4. Tutup api dan masukan dalam cup kecil
  5. Hias dengan manik
  6. Bakar dalam oven suhu 150c selama 15 minit

Adunan ini akan menghasilkan kuih yang banyak..... jadi kepada anda yang mempunyai keluarga yang lebih kecil boleh buat setengan atau suku adunan sahaja....

 


Iftar Ramadan Di Cruise Tasik Putrajaya

Lisa Amin






Mula-mula nak senyum dulu............... hehehehehe dah lama teringin makan dlm Cruise cam ni...... tak sangka pulak dapat tertunai awal...... rezeki Allah siapa yang tahu.......sekarang tinggal cita-cita nak merasa makan kat restoren berputar KL Tower jerr......... Bila la agaknya nak mampu??????






Pakej yang ditawarkan biasa sahaja.... makanan pun biasa sahaja...... rasanya dah lama juga saya tengok pakej berbuka kat sini dah bertahun tapi agak mahal..... tahun ni memang murah..... jadi dipendikan cerita makanan yang ditawarkan sesuai la dengan harga dia............Tak la best sgt pun...







Untuk berbuka cruise akan berlayar jam 8 malam.... jadi masa ada masa untuk solat magrib .... kat situ pun ada surau walaupun kecil........ ketika menunggu ......di bilik menunggu kurma dan air mineral juga di sediakan buat mengalas perut........Sebaik sahaja menaiki cruise kita akan di hantar ke meja masing-masing mengikut tempahan... so tak payah rebut lerrr... memang dah ada meja.  Kemudia boleh la menjamu selera ketika kapal berlayar sambil dengar lagu raya.........




Hahahaha........ makan bulan puasa memang tak ingat ler nak tengok kiri kanan....... semua fokus makan dulu..... bila dah kenyang sikit baru la tengok kiri kanan........pemandangan malam putrajaya memang menarik juga......... cruise ni mengambil masa 1 jam 30 minit. Lepas makan boleh la naik ke bahagian bumbung terbuka di atas santaix2 atas  kerusi........ atau duduk di bahagian luar kapal di depan.....








04 August 2012

Tart Nenas Versi Moden Dan Versi Tradisional

Lisa Amin




Kalau nak cerita pasal tart nenas ni memang tiap-tiap tahun buat.Tak pernah lupa, ia boleh dikatakan kuih raya wajib umah saya..... ramai yang suka. Jadi kalau tak buat macam rasa bersalah pulak melihat wajah-wajah hampa tanpa tart nenas. Cuma tahun ni saya cuba buat versi luar biasa rajin bentuk bunga masih guna resipi yang sama.




Idea nak buat tart bentu bunga ni timbul setelah tertengok kat FB Cik Mat Gebu pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan  ada rakan bloger yang lain post kat dia. Bila dah tengok blog Cik Ita ni  memang beliau ni tergolong dalam kumpulan wanita gigih dan rajin tahap dewa, selain sangat kreatif. Bila melawat blog beliau iaitu Blog Masam Manis memang banyak jenis kuih raya yang dia buat jenis yang pelik- pelik dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi saya pun kononya nak cuba la jadi manusia yang penyabar macam beliau.......



Tapi semalam tak sempat nak buat semua bentuk bunga sebab nak cepat untuk berbuka kat luar..... nak tak nak kena buat bentuk tradisional juga......Hakikatnya buat bentuk bunga ni memang mencabar tapi menyeronokan.Tart nenas ni pun ada dua versi juga.... ada yang suka makan ia cair dalam mulut ada juga yang ranggup.......

Resipi Versi Ranggup ( Tidak Cair Dalam Mulut)

Bahan-Bahan

360gm Tepung Gandum
  40gm Tepung Jagung
  50gm  Gula Ising
250gm  Buttercup @ Planta @ Majerin @ 1 ketul buttercup
      2   Sudu Teh Vanila
      1   Kuning Telu
      1   Biji Kuning Telur Dan Beberapa Titis Pewara Kuning Untuk Disapu Atas Tart


Cara-cara

1. Ratakan buttercup dalam bekas adunan
2. Sukat semua bahan tepung, gandum, tepung jagung dan gula ising kemudian ayak
3. Satukan bahan yang diayak dalam buttercup yang telah diratakan
4. Setelah tepung sebati dengan buttercup masukan vanila dan kuning telur
5. Setelah semua sebati boleh lah diterap seperti biasa

Panaskan oven 160 c  10-15 minit
Bakar  160c selama 30 minit

20 July 2012

Bazar Ramadan 2012

Lisa Amin


Sempena bulan baik ni saya pun nak buat baik. Orang kata lebih kan memberi dan kurangkan meminta. Jadi tahun  ini saya hadiahkan banner untuk kakak saya yang setiap tahun gigih cari rezeki menjual di bazar Ramadan. Semoga dia akan tambah berjaya lagi dalam bidang perniagaan. Hari ni misi balik menghantar banner dari Bangi ke Jerantut.Penghantaran ini di buat sebagai tanda kasih seorang adik kepada kakak nya wahhh lebih-lebih pulak.







Wah tahun ini bertambah panjang meja kak azi ni................... dah bermacam jenis kuih tak larat nak buat dah........... ada juga ambil kuih orang.......... bukan semua buat sendiri terutamanya kuih goreng. Tahun ini gerai no 54.................












 Disebab kan raya jatuh pada hari sabtu makan sempat la saya menyambut raya di kampung dan menolong cik azi menjual selama 2 hari............... memang penat dari jam 4 pagi hingga 10 malam baru selesai........... tapi bila tengok duitnya memang boleh senyum .... so siapa ada peluang nak berniaga tapim tak ambil peluang memang rugi...............







Rupanya apa benda yang kita buat kat dunia nia kalau nak senang mesti kena ada teknik dia........... kalau buat macam biasa untuk berniaga alamatnya memang tak  berjaya la semua kena kreatif. Saya tengok kakak saya buat kuih ni pun banyak petua dan cara yang tak terfikir oleh akal... semuanya di ajar oleh pengalaman.

Kuih Raya Apa Tahun 2012

Lisa Amin




Kuih raya apa tahun ni erkkkkk.............. deh bosan menguli kuih raya????? hahahahaha tak mungkin... setahun sekali jerr kot..........Tapi tahun ni nak cuba buat kuih yang lain dari biasa Biskut Tembikai dan Tart Rose tgk dlm blog....... ada rajin ker???? tengok mencabar je nak buat.... tak pe cuba dulu baru tau.


Yang pastinya rumah saya akan ada berbelas jenis kuih sebab ramai yang bawa balik kuih untuk emak dan emak mertua. Tak sia-sia emak saya ada 5 anak perempuan dan 5 menantu perempuan. Seorang bawak sejenis pun dah ada 10 jenis kan....... Hahahaha walaupun buat kuih raya bukan bakat saya tapi demi hari raya yang setahun sekali......... tak salah kalau mencuba, apa tah lagi dari dapur rumah simpang 3 pasti licin.

Macam Cacing Kepanasan Cari Buku Resipi

Lisa Amin



Esok Baru nak masuk 1 ramadhan tapi dah sibuk cari resipi biskut raya. Bukan apa tahun ni tak nak membazir dan beli bahan cukup-cukup je. Bukan main ambil jer. Maklumlah sekarang saya pengguna berhemah tidak mau membazir katanya. Kalau dulu beli bahan kuih raya main ambik je, sudahnya banyak berlebih. Lagi pun masa beli tu takda dalam pikiran pun nak buat kuih apa. Ambik lebih kurang jer.... so bila nak buat kuih bahan yang nak diguna tak da, tapi bahan yang tak nak guna ada beli. Sudahnya buat biskut hentam saja la janji jadi kuih raya. Maklum la umah kami biasanya akan buat makanan berat juga. Kuih raya buat pelengkap hidangan jerr. Mana boleh raya tanpa biskut raya kan.

Tapi yang sungguh menyedihkan buku resipi saya masih hilang dalam tu ada banyak resipi yang saya suka. Tak tau la kat mana dah 3 hari cari. Mungkin ada di kampung. Cerita resipi kuih raya dan buku resipi yang hilang ni timbul apa bila seorang rakan mintak resipi tart nenas. Oh buku mana dikau?????


19 July 2012

Diet Dan Senaman

Lisa Amin

Tidak berguna kamu diet tanpa senaman
Tidak guna kamu senaman tanpa diet
Kerana ia telah dibuktikan bahawa ia perlu bergabung




Nak cerita pasal dapur kena cerita pasal berat badan dulu kerana ia berkait rapat. Kerana dapur ini menjadi punca kepada berat badan yang memang dah obesiti. Bukan mudah nak tengok asap kat dapur bujang ni.......... nama pun bujang kan mood nak masak-masak masa bujang ni jarang datang maklum la tuan badan sedang diet sekarang. Kalau masak semua yang enak-enak belaka dan kena makan banyak-banyak. Jadi rosak la diet yang baru nak bermula ni. Puas sudah berniat akhirnya 2-3 minggu ni nampaknya usaha untuk diet dan bersenam dah ada. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 45minit. Hasilnya boleh tahan turung 1 kg setiap minggu. Makan macam biasa aja cuma dikurangkan sahaja. Percaya atau tidak sejak cuba-cuba berdiet ni berat badan dah turun 10 kg. Masih terlalu jauh untuk dapat berat badan yang sesuai. Tapi tak pe la pelahan-pelah cuba. Semoga kali ini bukan cakap kosong ada la hasilnya. Tapi apa yang paling mengembirakan baju yang pernah di beli tapi tak dapat nak dipakai kerana memang macam sarung nangka dah berjaya disarungkan dan nampak lebih elok untuk dipakai. Yang paling penting bahagian lengangnya tu sudah okey sangat......Kalau dulu saya cakap nak selit kertas sekeping pun tak lepas.... sekarang boleh la letak 10 keping kertas kot.... hahahaha..... Oh baju putihku ..... sabar akan ku pakai kamu satu hari nanti.

Susah nak percaya saya boleh melakukanya seorang diri tak perlu ada kawan kerana yang sudah obesiti itu saya bukan mereka. Jadi saya harus lakukanya sendiri dari berjalan kaki... kemudian berjogging secara pelahan mengelilingi stadium 3- 4 kali..... kemudian tambah lagi 5-6 kali kemudia tambah lagi 7-8 kali sekarang setelah hampir sebulan kaki saya mampu melangkah lebih banyak lagi, untuk paling banyak setakat ini 13 kali pusingan hahahaha tapi yg 13 kali tu hanya sekali ya bila akan terjadi lagi tak tau la. Rasanya 10 kali pusing sudah ok kot. Sungguh megagumkan diri sendiri biar pun ada kata-kata sumbang " kak baik jalan kak" Tak pe adik akak akan terus jogging dengan gaya akak. Asal akak bahagia adik jangan risau.

Terima kasih juga kepada seorang sahabat yang banyak memberi semangat Kak Mustika Fitri. Jasa mu ku kenang sekarang dia mendorong saya untuk bersenam pagi dan petang. Setakat ni belum berjaya lagi. Saya akan terus berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan nya. Kak Mustika Firti ini bukan sebarang orang sekarang sedang buat PHD dalam bidang sukan. Seorang pensyarah di universiti di indonesia. Dia juga selalu di jemput bagi menjadi juri bagi acara antarabangsa di Indonesian dan juga luar negara. Cerita lain tak pasti lagi nanti saya akan berkenal-kenalan lagi dengan lebih rapat.Tapi beliau sangat merendah diri dan sangat memotivasikan saya. Kak Mustika Fitri ini buat senaman pagi dan petang sebanyak sepuluh round sebelah pagi dan 10 round sebelah petang. Huhuhu saya juga boleh buat 10 round tapi masa yang di ambil sekali ganda lebih lama. Hehehehe jadi saya akan mula lebih awal. Kira saya dapat jurulatih percuma yang bukan calang-calang orang dan semuanya percuma tak perlu di bayar. Dia juga ajar beberapa set senaman untuk membakar lemak dengan lebih pantas. Katanya berjogging aja tidak cukup.......... aduh  10 pusingan tidak membakar lemak dengan lebih baik .........hemmm. Tapi tak pe la ikut saja cakap jurulatih ya...... yang paling penting senaman lengan....tu yang buat baju putih tu muat di bahagian lengan kot.

Yang pastinya raya ni pakai kebaya ya........ hahahhahah kebaya hijau..

13 July 2012

Puitis Nya Lagu Dilema Rindu (Dinamik)

Lisa Amin




Puitisnya lagu dulu zaman
Mana nak cari buaian cinta?
Mana nak cari pohon rindu?
Macam mana nak simpulkan tangisan?

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu tidak ku temu

Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka

Berguguran keindahan kernamu

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam


Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam

Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang

Oh di mataku

Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu