Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








08 June 2010

Marah Kah Aku

Bagaimana rasa kita bila mulut yang pernah kita suap tiba-tiba menggigit kita? Atau bila seorang yang lemah lembut kononnya datang hendak membantu kita  tetapi punya seribu satu rencana rahsia untuk menjatuhkan kita? Atau dia yang begitu memuji memuja bvila berhadapan mata tetapi menikam dengan belati umpatan dan celaan ketika di belakang kita? Atau kita  berdepan dengan “pelakon” handalan yang pandai sekali bermuka-muka tetapi penuh dengan strategi dan dendam untuk menghancurkan keperibadian atau karier kita? Jawabnya… JANGAN MARAH!
Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. 
Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya akan menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tidak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kesan biologi yang negatif apabila kita marah – degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap… Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah ” pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”
Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabi’e manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya, marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji bila sesuai pada tempat, sebab dan keadaannya.
Bila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, bila diri peribadi kita yang dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan, lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Bila agama dikeji, kita selamba. Bila diri dikeji, marah kita seakan menggila.
Bagaimana kita boleh menteladani Sayidina Ali r.a. yang masih mampu membezakan ’jenis’ marahnya di saat kritikal? Ketika dia diludah oleh musuhnya sewaktu hendak memancung kepala musuh tersebut, Sayyidina Ali tiba-tiba berhenti justeru merasakan marahnya bukan lagi atas semangat jihad fisabilillah tetapi oleh kebencian melulu yang lebih bersifat personal.
Termasyhur kata-kata ahli rohani, jika diri dikeji… telitilah, muhasabahlah, apakah kejian itu sesuatu yang benar dan tepat? Jika benar dan tepat, kejian itu mesti dilihat sebagai ’teguran’ daripada Allah melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri segera. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlalu, jangan takut kepada orang yang mencerca!
Namun itu tidak bermakna kita jumud hingga merelakan diri untuk sewenang-wenaangnya diperkotak-katikkan. Kesabaran perlu diiringi kebijaksanaan. Tabah bukan mendedahkan diri untuk difitnah. Tanganilah, hadapilah, kejian yang salah dengan cara yang betul. Hadapi emosi sipengeji yang panas berapi dengan kepala sedingin salji.
Jadikanlah kemarahan itu sebagai ’pekerja’ dan diri kita sebagai ’majikan’nya. Biarlah marah yang bekerja untuk kita, bukan kita yang bekerja untuknya. Jadi, mula-mula, tuluskanlah marahmu hanya kerana Allah semata. Kemudian luruskanlah marah itu pada jalan yang dibenarkan-Nya sahaja. Kemudian uruskanlah marahmu mengikut kadar dan batasnya…
Jadikanlah marah umpama api di dapur hatimu. Panasnya, biar berpadanan. Jangan terlalu kecil, hingga tindakan mu kelihatan ’mentah’. Jangan pula keterlaluan hingga peribadimu hangus terbakar!

Ehsan: Blog Genta Rasa

Baris ayat ini seolah kena dengan saya untuk beberapa hari kebelakangan ini:



Mungkin kita tidak pernah menjangka orang yang begini wujud. Jika anda lurus, tulus tetapi tidak berhati-hati… anda akan serahkan segala-galanya kepada dia. Kepercayaan, kesetiaan dan harapan, anda pertaruhkan kepadanya. Dia itu bijak menghulur, tetapi tiba-tiba dia akan menyentak dan anda akan tersentak. Dia kah itu? Mungkin dia berwajah jernih, murah senyuman dan pandai menabur simpati. Lalu anda akan terkesima dalam terpedaya. Sudah nyata tetapi seakan masih tidak percaya. Dia kah itu?



Beringat-ingat, ketika dia bercerita tentang orang lain, satu ketika orang lain pula akan mendengar cerita mu. Dia bijak mengatur bidak, menjolok yang sana untuk menjatuhkan yang sini. Atau menyanjung yang sini untuk memancung yang sana. Di mana pun dia mudah mendapat kawan, kerana simpati, empati dan kata-katanya sangat menawan. Terlalu lama masa untuk mengenal warna dia yang sebenar. Hanya bila anda mula menjarak, barulah rupanya yang sebenar terserlah.



Jangan takut dan rugi untuk menjauhinya. Dia hakikatnya “parasit” pada hati mu dan diri mu. Dia akan sentiasa memperalatkan dan punya dua wajah yang boleh diterima oleh dua atau tiga pihak yang saling bertelagah. Jika permusuhan orang lain menguntungkannya, dia menjadi batu api. Jika perdamaian orang lain memberi manfaat, dia akan kelihatan sebagai juru damai yang begitu cinta keamanan. Tetapi hakikatnya bukan orang lain yang menjadi sasaran kebaikan, tetapi dirinyalah jua yang meraih keuntungan.



Aku menulis ini justeru ada pertanyaan. Aku enggan menulis tentang watak “hitam” dalam kelompok manusia seperti dia. Aku pun bukan “malaikat” yang serba suci dan tidak punya kesalahan. Tetapi berdasarkan ilmu dan pengalaman yang secebis, anda, aku dan kita pasti menemui orang-orang seperti ini dalam pergaulan. Jika tidak setuju, dia senyum, manis seolah-olah setuju. Tetapi belakang kita lain bicaranya. Jadi, jangan ada apa-apa hubungan dengannya… biarkan dia berlalu sebagai “tanda jalan” dalam musafir hidup mu!



Cinta jangan keterlaluan, benci jangan sekali. Namun berhati-hati itu sangat perlu… pembeza antara sangka baik dan waspada. Sangka baik itu dituntut, waspada itu perlu. Jangan tertipu dengan senyuman. Jangan melulu oleh kemarahan. Sebaik-baiknya aturlah perasaan agar sentiasa di pertengahan. Agar diri sentiasa dalam kawalan. Pintalah hidayah, pohonlah taufik, untuk mencari kesetiaan dalam amukkan badai kemunafikan.



Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang… tetapi sekadar “melembutkan” pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!



Ah, biasa ilmu akan datang memujuk kita. Ditayangkan di depan mata akan keburukan sendiri, lalu ketika itu kaburlah kesalahan orang lain. Teringat pesan Imam Ghazali RHM, jika yang melakukan kemungkaran itu orang muda… kau katakan, dia masih muda. Masih sedikit dosa dan kesalahannya. Berbandingkan kau yang telah tua, yang terlalu pekat oleh maksiat. Dia masih punya masa untuk taubat. Sedangkan kau sudah berada di garis penamat.



Jika yang melakukan kejahatan itu sijahil, kau ingatkan diri mu bahawa dia melakukannya kerana tidak tahu. Sebaliknya jika kau melakukan kejahatan, kau melakukannya dengan ilmu, dalam sedar, dalam tahu. Oleh itu dosa mu adalah terlalu. Takutilah parasit hati… yang berasal daripada hati mu sendiri!



Ya, sekali lagi… pandanglah dulu onar diri mu. Parasit hati itu tidak akan mampu merosakkan mu jika kau sentiasa:

1. Solat berjemaah.

2. Sentiasa berzikir.

3. Berdamping dengan Al Quran.

4. Melazimi taubat dan berselawat.

5. Sering bersedekah.



Maaf kiranya bicara ku ini dibauri bunga-bunga bahasa. Sengaja ku kelamkan makna di balik sulaman kata-kata. Bukan tidak mahu berterus terang… tetapi sekadar “melembutkan” pendekatan. Ya, mana mungkin air najis akan membersihkan najis? Mana mungkin satu keburukan dihapuskan oleh satu keburukan yang lain? Cuma aku tidak mampu berdiam. Sebagai manusia biasa, hati kita bukankah umpama kuah yang sedang menggelegak? Ada kala dingin seperti salju, tetapi ada masanya bagaikan lahar berapi yang sedia meledak!

Blog ini banyak mengajar saya tentang erti hidup

http://genta-rasa.com/category/uncategorized/

07 June 2010

Hari ini dan esok

Kita selalu mendengar tentang sebaris ayat yang menyatakan ........

Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan.

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, esok dan hari ini perjalanan takdir ini perlu diteruskan tanpa rasa sesal. Setiap insan yang lahir ke dunia ini memliki kisah suka duka dan banyak peristiwa yang belaku tanpa diduga. Jadi wajarlah kita  berdepan dengan kehidupan ini  dengan kesungguhan dan kurdrat yang ada.

Jika kita hidup tanpa emosi ibarat kehidupan ini hanyalah seperti sebuah graf yang mendatar tanpa ata turun dan naik. Saya pecaya dalam percaturan dunia ini tidak ada insan yang hidupnya tidak pernah rasa kecewa dan dikhianati. Malah pada masa yang sama tidak ada manusia yang tidak pernah melalui saat -saat bahagia dan mengembirakan.

Ini adalah kerana perasaan yang terbit dari hati kita adalah dari naluri yang kita cipta. Apa yang membuatkan kita gembira tidak semestinya mejadi punca kegembiraan orang lain begitulah juga rasa sedih itu tidak menjadi apabagi orang lain.

Jadi walau apapun setiap orang itu mempunyai landasan kehidupan mereka sendiri.

Begitulah Aturan Tuhan



Begitulah aturan Tuhan........
Walau apapun kita sebagai hambanya perlulah sentiasa bersabar kerana takdir itu milik kita. Jadi apa pun yakinlah bahawa sabar itu milik kita dan jangan sesekali melihat takdir orang lain kerana ia bukan milik kita. Mereka yang ada merupakan gandingan hidup kita sebagai pelengkap kepada sebuah perjalanan hidup. Tanpa mereka hilanglah seri hidup kita tanpa warna dan tanpa rasa.



16 May 2010

Kekasihnya MILIK ORANG

Beliau telah berkongsi pengalamam dengan ramai khalayak pembaca bahawa kekasihnyan suami orang. Apa yang jelas disini mereka seperti menjalinkan hubungan sulit. Berkasih tapi tidak seumpamanhya. dan kelihatan juga teman lelakinya tidak mahu berterus terang atau bagi saya beliau tidak ambil pusing tentang beliau. Lelaki jenis ini suka mengambil kesempatan di panggil bila perlu di lempar bila tiada perlu. Jika mereka bersama saya pasti beliau perlu banyak bersabar kerana pihak lelaki sememangnya akan lepas tangan jika berlaku sesuatu terhadap hubungan ini. jadi pilihan di tanggan anda siapa pun berhak membuat pilihan.

Utusan Malaysia Online - Feminin

Wanita ! Penceraian & Digantung Tidak Bertali

Beginilah nasib............... begitu sukar wanita membuat pilihan dan jika sudah membuat pilihan wanita masih juga tersepit antara kenyataan hidup yang menjadi realiti dan impian yang kekal menjadi impian .Saya percaya ramai wanita seperti beliau tersepit dalam menentukan pilihan.bahagia atau terus menyandang status sebagai isteri.  Saya juga menegenali beberapa orang wanita di sekitar saya yang digantung tidak bertali sehingga kan saya terfikir AJAIBNYA CINTA atau wanitaa tidak amblil pusing lagi dengan status mereka kerana wanita memang telah membuktikan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu bukan sesiapa dalam hidup mereka. Wanita yang meninggalkan lelaki sedimikian tidak rugi apa pun sekali pun mereka telah berpisah dengan suami tapi masih berstatus isteri kerana Allah S.W.T itu maha pemurah dan pengasih dan telah dinyatakan juga bahawa wanita masih boleh kesyurga tanpa suami. Tetapi sebagai lelaki adan fikirlah kegagalan anda menjalankan tanggungjawab sebagai suami telah menjadikan anda sebagai penghuni neraka kerana itu pilihan anda.

Utusan Malaysia Online - Feminin

12 May 2010

Mencari Keberkatan Masa

Salam sejahtera,

APRIL & MEI ini merupakan bulan yang saya sibuk kesana dan kesini............... beban kerja hakiki semakin berkurangan. Yang tinggal hanyalah kerja-kerja menbantu rakan yang lain........... Ada kalanya mencari kesempatan untuk melihat facebok berinteraksi dengan rakan-rakan FB memang mengujakan. Saya terlihat status seorang rakan lama yang merasakan lambatnya masa berlalu. Terfikir sejenak lambatnya masa berlalu????

Bagi saya masa berlalu dengan pantas............. malah masa semakin jauh meninggalkan saya. Seminggu berlalu dengan pantas tanpa sempat saya bermuhasabah................. dan saya pasti jika saya menoleh kebelakang banyak benda yang pasti saya kesalkan................

Utusan Malaysia Online - Rencana

07 May 2010

Sekali sekala kami berasa tertekan

Hari ini hari yang sungguh memenatkan dan masa berlalu bergitu pantas. Apabila "our bos" bagi kerja maka kami semua pastinya sudah tiada masa senggang lagi. Kadang-kadang nak pergi ke toilet pun tak sempat.  Waktu makan kami juga akan lari dari biasa. Jadi kami yang sudah faham benar denganya akan membuat pilihan terbaik. Jika dipanggil mengadap kami biasanya akan pastikan perut sudah di isi kerana biasanya selepas itu kami semua akan bekerja dengan cekap dan pantas. Tiada masa untuk makan lagi.

Memandangkan akhir-akhir ini banyak projek kami yang sedang berjalan dengan rancaknya maka semua orang akan sibuk. Jadi suasananya lebih meriah dari biasa dengan kesibukan kami yang bermacam ragam. Riuh rendah bertanyakan itu dan ini. Saya pasti jika satu hari nanti saya tidak lagi  berkerja disana saya pasti akan terkenangkan suasana ini. Walaupun ada kalanya bunga-bunga percangahan pendapat berlaku tapi tiadak sampai kemana kerana kami dikalangan kami pandai meneutralkan suasana. Kesimpulanya team kerja kami serasi dan mudah bersatu. Saya bangga bekerja bersama mereka dan bos saya masih yang terbaik walaupun kadan-kadang memeningkan kepala juga. Mengambil kata orang "dia kan bos','ala bos memang cam tu'. Jadi apa lagi nak dikata bak kata rakan saya ''tu la sape suruh tak jadi bos'.

LiSa AmIn PeNa:
Hemm sape suruh tak jadi bos??
Ya nanti la aku jadi bos...............
Bos kat rumah.........
Bak kata anak buah ku.............
Amboi mengarah je pandainya.......
Hehehehe......

Rezeki itu urusan Allah

JIKA ITU BUKAN REZEKI KITA

Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezeki bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu, dan dialah jua yang maha mendengar, lagi maha mengetahui.AL-ANKABUT:60

Kita sebagai manusia tidak seharusnya berasa susah hati dan tidak sabar rezeki yang kunjung tiba, kerana urusan rezeki itu telah diputuskan oleh Allah.Seluruh rezeki hamba ada di sisi-Nya dan dia telah menetukannya serta mengaturnya. sebagaimana maksid firman Allah dalam surah

al-Zariyat ayat 22 yang bermaksud:

Dan di langit pula terdapat sebab-sebab rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah ditakdirkan dan dijanjikan kepada kamu.

Urusan rezeki adalah daripada Allah maka seharusnya manusia tidak perlu risau tentang rezekinya walau di manapun dia berada, sebagaimana maksud firman Allah dalam surah

Hud ayat 6 yang bermaksud:

Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya.

Kesimpulanya

Rezeki perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Sifat malas dan lembap akan melahirkan fikiran negatif, keresahan dan kebimbangan. Manakala usaha yang penuh bersemangat akan melahirkan kejayaan dan kebahagiaan, begitulah rezeki diusahakan dengan bersungguh maka akan mendatangkan kejayaan.

LiSa AmIn PeNa:

Jadi kita sebagai hambanya bagi saya kita perlulah mencari rezeki dengan ikhlas, kerana ikhlas itu menjadi punca rezeki yang mewarnai seluruh kehidupan. Jangan sekali-kali kesal dengan rezeki kita walaupun sedikit kerana apa yang ada di dunia ini adalah ganjaran untuk kita dan juga ujian. Oleh itu rezeki kita tidak sama, ada orang begitu murah rezekinya dan  begitu mudah, manakala ada juga yang begitu sikit rezekinya hinggakan ingin mencari sesuap nasi tidak ada. Jadi bersyukurlah dan ingatlah apa yang tersurat itu lebih baik dari apa yang tersirat.

02 March 2010

Lelaki Mangsa Dera????

Hemmm mungkin inilah maksud Rossa dalam lagunya yang bertajuk "Hey Ladies" jika wanita sudah beraksi dunia hancur...........

Menurut kata Dr. Sajaratulnisah dalam utusan malaysia, yang juga Ketua Bahagian Perubatan Rawatan Utama, Fakulti Perubatan Universiti Malaya berkata:-

UMUM mengaitkan penderaan domestik dengan si pesalah laku sebagai pihak lelaki. Malah 85 peratus kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan melibatkan penderaan suami terhadap isteri mereka.Pelbagai tanggapan dilemparkan terhadap kes yang jarang-jarang sekali kedengaran berlaku dalam masyarakat kita apatah lagi lelaki Asia diangkat sebagai ketua keluarga hakiki.

Punca


Apabila ditanya mengenai punca kes seumpamanya boleh tercetus, beliau menjelaskan beberapa faktor yang mampu menyumbang ke arah berlakunya keganasan domestik terhadap lelaki."Terdapat teori bahawa gangguan ekologi (persekitaran kehidupan) menjadi penyebab timbulnya kes penderaan suami," ujarnya.
Kelemahan identiti maskulin lelaki akibat tercabar hebat oleh wanita juga boleh menimbulkan potensi suami ditindas isteri secara psikologi mahupun fizikal.Apabila peranan suami sebagai ketua keluarga terus-terusan dicabar, akibat pelbagai faktor antaranya kuasa dan kewangan seperti isteri memegang jawatan lebih tinggi serta menyumbang lebih pendapatannya kepada keluarga.Jurang status ekonomi dan sosial antara suami isteri itu boleh menjejaskan fungsi institusi keluarga terbabit jika gagal ditangani dengan bijak.

Tiada sokongan


Mungkin akibat kurangnya sokongan daripada masyarakat, menyebabkan mangsa dera tidak mahu tampil mendedahkan perlakuan ganas pasangan terhadap mereka.Atau mungkin juga, mangsa yang sudah berbelas tahun didera tidak mahu mengabaikan anak-anak dan menjadikan mereka mangsa penceraian.Sedangkan wanita mangsa dera pun sukar mencari jalan keluar daripada nasib malang yang menimpa inikan pula kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung keluarga.Tambah Dr. Sajaratulnisah lagi, beliau sendiri tidak pernah memaksa pesakitnya membuat laporan polis jika disyaki mangsa dera.Sebaliknya, mereka dialu-alukan meluahkan perasaan mengenai apa yang berlaku ke atas diri mereka dan doktor sepertinya boleh membantu jika ingin menghentikan perbuatan kejam pasangan itu."Kami bersedia menyediakan segala dokumentasi diri pesakit sebagai rujukan penting dalam mahkamah sekiranya mangsa ingin mendapatkan keadilan untuk diri dan anak-anak," ujarnya.

( Benarkah kini lelaki di Asia kini  masih lagi diangkat sebagia ketua keluarga hakiki,dari sudut fakta mungkin tapi realitinya kini?????) Lihatlah sekitar anda........


Sumber

Sekadar Di Pinggiran

Sekadar di pinggiran hanyalah sebuah nota kehidupan dari kaca mata yang terzahir di pandangan dan juga kesempatan aku meneliti kalam kehidupan orang lain dari 1001 sumber yang ada. Sebahagianya diambil dari kehidupan ku sendiri, kerana aku ingin sekali bersuara tapi apakan daya aku tidak mampu. Siapalah aku? Ku ingin ia menjadi catatan bagi masa yang telah berlalu kerana aku yakin "esok tidak pasti". Ia bukan sebuah catatan untuk mengungkit, mengata jauh sekali menghina tapi ia hanyalah sebuah kupusan 1001 kisah di seluruh alam di bumi ini. Kerana aku sekadar di pinggiran bukan sesiapa untuk menyuarakanya secara lantang dimana-mana.

P/S: Aku selalu berkata ku melihat dari jendela hati jauh tapi ikhlas.

18 February 2009

Cameron Highlands 18 Feb 2009

Lisa Amin


Hehehehhe............. kata orang jika kita byk sangat merancang susah nak jadi....
so ape kate kita main terjah jer.... Permergian kami ke puncak dingin ini memang tidak la terduga walaupun sedikit perancangan dibuat. Sedikit perancangan sahaja hehehehe. Berani juga kami mencuba nasib. Sudah la perempuan berdua pulak tu menempuh perjalannan yang jauh.Tak la jauh sangat sebenarnya.......... kerana kami ada kerja disana. Aku dgn kak Maz ni kalau bab cuba-mencuba ni memang la boleh diharap. Sudah beberapa kali kami merancang untuk naik ke Cameron tapi tak menjadi. Dah hari ini kami benar-benar nekad. Ditambah lagi dengan beban kerja yang sentiasa mengekori jadi selepas mengambil sampel tanah di sungkai untuk penyelidikan maka kami dengan tabahnya meneruskan perjalanan ke kawasan perlancongan ini. Di pertengahan jalan di lata iskandar kami sempat lagi bersantai sambil menikmati mee goreng dan mandi-manda. Fuh hari berkerja memang sunyi dan sepi sekali di lata ini.

Macam kami berdua sahaja yang ada si atas puncak bukit sambil menikmati dinginya air terjun di lata Iskandar ini. Best siotttt........ dah lame tak mandi berendam air terjun macam ni.Tambah lagi badan kami ni sudah berpeluh mengorek tanah dan mengambil sampel air di sungkai,  setelah puas hati kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highlands.


Jadi kami perlu mencari tempat untuk beradu...........dengan penuh yakin kerana hari bekerja hotel pun tidak ditemapah. Melihat... beberapa buah hotel yang ada kami memilh hotel yang baru di buka di tanah rata sebagai tempat peraduan. Boleh tahan juga penatnya. Memandangkan hari bekerja tidak ramai pelawat ketika ini jadi kawasan ini agak sunyi kecuali beberapa orang pelancong dari luar negara.Boring........... malam tu kami lepak kat bilik tengok TV jer. Tak berani nak jalan-jalan sunyi jer tempat ni, tak meriah la. Esoknya kami berangkat untuk pulang, Dalam perjalanan balik kami singgah di beberapa tempat menarik lagi, tengok bunga, sayur, pergi kat mardi, tengok lebah. Boleh la sempat juga pg ladang teh......... bukan pergi singgah jer.